Instagram : @peejburhan

watidis.

ok aku ni takda la amik tau sangat isu semasa.
hampeh sangat kan.
dulu rajin jugak la hari-hari baca newspaper. setiap helai aku akan baca.
then dah tak baca. jenguk-jenguk pun tak kuasa.
if rajin tengok la berita.
tapi tengok tv pun ada la seminggu sekali je. so tengok berita apatah lagi kan.
especially ngan berita politik memanjang. lagi la tak minat.

anyway, tapi aku tau jugak la perkembangan semasa.
daripada mana? daripada blog, fb and twitter.
baca status n tweet2 orang semua.
so aku tau jugak la apa berlaku kat sekeliling. tak banyak pun sikit la.

aku rasa korang pun mostly dah tau kot.
semalam kat twitter kecoh pasal meatballs IKEA tu.
ala yang menjadi kegemaran semua orang tu.
kononnya meatballs IKEA tu ada letak babi la apa.
aku tak sure. tapi itu la yang diperkatakan pun.
i was like. seriously? takkan kot. macam tak mungkin aje.
kononnya cafe IKEA tu tengah di tutup sebab buat upacara samak la apa. i'm not sure.
sebab katanya aku baca daripada twitter timeline aku je kan.

sorry la. tapi Malaysia ni apesal makin merepek-repek je aku rasa ni.
takleh sambut Valentine's aku faham la. daripada sekolah dulu aku dah difahamkan.
then baru-baru ni kecoh konon Mother's Day pun tak leh sambut.
tak sure sebab apa, tapi ada group ngan mengeluarkan fakta itu ini.
hello, mother's day kot.
memang la boleh cakap, hari2 pun boleh menyayangi ibu ke apa.
iyaaaaa, tapi tak sama.
ni macam special day kot. mak kau kot.
katanya pun syurga bawah tapak kaki ibu. tak logik betul.

tu satu la, then pasal poco-poco haram.
pun merepek. memang la ada dorang menari line dancing ke apa kat gereja.
so tak elok la apa.
tapi aku rasa takkan la orang kita pendek akal sangat.
tak dapat beza mana elok mana tak kan.
ridiculous.

then masa tweet tadi ada yang cakap pasal tak boleh jual nasi lemak kat sekolah.
sebab punca prestasi murid tak bagus n budak-budak x fokus.
ke sebab BMI la apa.
ok la. memang la makan nasi lemak ada sedikit mengantuk. tapi takda masalah kot.
masing-masing la. kalau dah dasar pemalas macam aku ni. n tak berapa nak cerdik. kau bagi aku makan salad pun aku ngantuk je.
plus aku kat mrsm dulu ada je nasi lemak.
siap kalau baik ngan makcik kantin, time rehat boleh beli sorok-sorok dpd tingkap belakang.
kawan2 aku semua cerdik n berjaya je.
dorang la. aku tak berapa cerdik la kan. heheheh.

ni meatballs IKEA pulak.
sedap kotttttt. i wanttttttttttttttttttt.
siap tadi ada senior aku kat mrsm terkejut tengok tweet aku.
sebab dia kata, supplier meatballs tu setahu dia kawan bapak dia.
ada kilang kat gombak. so tak mungkin haram.
unless contract dah bukan daripada kawan bapak dia tu la.

aku ada jugak tanya. maybe tak halal sebab tak sembelih punya lembu kot.
then someone cakap if dah samak tu maknanya melibatkan babi. ouh ok.
sambil tengah tweet-tweet tu aku makan auntie anne's punya pretzel.
beli the night before. alas perut makan.
walaupun makanan semalam tapi sedap bukan main.
terus aku tweet, " tengah makan auntie anne's pretzel. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa. eh kena check ni. ada babi ke takda."

ok la keji la joke macam tu kan.
tapi aku ngan noy n p.g suka main2.
kan orang selalu cakap babi ni sedap la apa la. entah.
macam ialah terpaling sedap di dunia.
so kalau kita orang makan apa-apa yang sedap. mesti akan cakap, " ni mesti ada babi ni..perisa babi. hahaha"
ok la maybe tak kelakar pada korang. tapi kelakar je kat aku.
sebab tutti frutti ke, famous amos ke, ayam penyet ke, tempoyak ke. semua nak cakap macam tu.
so macam lawak.
rasanya pasal meatball IKEA pun pernah main-main x silap.
cakap porkballs. hahahahhaha.
haaaaaaaaaaaaaaa, padan muka. memang kasi samak.

tapi aku tak sure la betul ke tak.
tapi dah ramai sangat cakap. ye la kot.
saje mau bincangkan topik yang sedang hangat di pasaran.

apa-apa pun pokok pangkal hati la.
kalau kau yakin n tak was-was telan je la.
sebab kadang yang ada tanda halal tak semestinya halal.
yang takda tanda tu tak semestinya tak halal pulak kan.

yang pasti semalam nampak ada orang tweet pepatah, "setakat lidah pun lagi tergigit, inikan pulak meatballs babi".
hahaha. funny.

hopefully nanti semua ok.
sebab tak kira. i want em ballssss. i mean meatballs.
ok tu je. bye.

14 Comments:

VFN said... [Reply to Comments]

org melayu ni..pasal babi mmg kecoh..
minum arak takpe.. hailaa....

kelakar.

peej said... [Reply to Comments]

hahah. hari tu aku ada terbaca someone tweet, "minum arak, free sex xpe, tapi makan babi je haram. typikal melayu". lawak pulak aku rasa.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

walhal kan, babi tu boleh dimakan sekiranya darurat tapi tak ada pulak kata boleh minum arak kalau darurat...

i baru je makan masa 29 April hari tu, sweddish meatball ikea 10 ketul...

before that dulu2 penah makan kat kedai cina yang ada tulisan halal je... pastu bila penguatkuasa kata tanda halal mesti disertai dgn logo yang diiktiraf oleh jakim semua kan...so esoknya tup2 kitaorang tengok tulisan tanda halal tu dah tak ada kat kedai cina tu.....

me and my hubby mcm..oohh damn, patutlah sup kat kedai cina tu sedap sangat..agaknya sup babi laah tu...

tapi memang sedap...sehingga licin lah kami hirup..ha ha ha.... apa nak buat, halal je lah...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

"kau bagi aku makan salad pun aku ngantuk je." aku suke je ayat ni sbb aku pn sama je , haha!

tu la ape ni duduk kata negara islam la segala benda2 mcm ni pn boleh terlepas ke...ohh sibuk intai benda lain kot...tu terlepas pandang..

dh sume haram ape je boleh makan..tp kalau sume haram halal sume x de terpaksa la makan kan..?darurat kan?:P

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

masalah nye dulu zaman aku budak2 sekolah, pepagi makan je nasik lemak. i mean zaman2 tu kan, jual dekat pinggan2 plastik, kalau tak nasik lemak, mihun ke mee ke. masalahnye bukan sbb nasik lemak, sbb mak bapak pon pemalas. zaman dulu kite makan nasik lemak dekat sekolah, balik rumah parents masak, makan home cook meal. zaman skang mana ada. kalau tak mekdi, kfc, sekolah pon jual naget n sosej. patut yang haram bukan nasik lemak, processed food tu yang di haramkan.

Masalah obese in kids dekat england pon due to massive processed food. processed food tu lg bnyk lemak n ntah apa bahan perisa, pewarna n campuran ntah ada dlm tuh

~BEE~ said... [Reply to Comments]

Peej, kat FB my hubby lak ada video pasal tepung gandum ada unsur babi...mcm msia ni dah teruk sgt kan? semua makanan macam was2 je nak makan...yg peliknye samapi tepung gandum pun bleh...kalau x silap kat youtube pun ade kot pasal tepung ade babi...tapi mmg lawak, bila peej ckp semua yg sedap ada perisa babi...haha

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

tulah... sebab die tutup2 kn.. under reno ke hape sume la assume.. aku selagi tak kuar pape dr jakim so aku ok je.. kalo dah confirm mmg haram den jgn la saje nk g mkn.... but for now, aku lom ketahap was2.. :)
aku suke je ape meatball tu... ngan jem ni.. adeh..
org malaysia ni bab2 ni extreme sangat! tp ade certain2 bab buat tutup mate je..

farah : m0mma HD said... [Reply to Comments]

my frends nye status FB:
"sluar dalam renoma ada DNA babi"

agaknye..kalau xde dna babi dlm spender tuh...xtahan lama la kot...
senang berlubang????

FieZa9 said... [Reply to Comments]

Memang merepek la lately. Everything pun nak cakap haram. Now cakap KFC pulak tak halal. Dulu Gardenia. Apa aje lah Malaysia ni semua nak jadi tak halal dah. So duduk rumah, sila tanam ubi kayu ye. Tak pun makan angin sahajor, confirm halal! (--")

peej said... [Reply to Comments]

nenek penne - susah kan. masing2 la kan. kalau yakin selamba aje. orang yg tak yakin tu sila duk diam2. hahha lawak lak bila baca kau kata hirup sampai licin. mesti perisa babi tu. hahhaa

buyui - betul la kan. aku ni memang sentiasa ngantuk n tak fokus je. hanya fokus kalau ada mamat kacak dalam kelas.

lilred - tu la kan. setahu aku kalau rancangan omputeh selalu masalah adalah processed food. kalau nasi lemak tu kira bagus bagi dorang. sebab semua dpd bahan raw. bukan fast food ke apa. pelik2 la dorang ni.

bee - kan... tepung je pun. kot ye pun la letak perisa babi ke apa. apa pulak jadi? adakan menghasilkan makanan yg lebih tembam. tak munasabah je kadang2 kan. tapi betul la. kita orang suka macam tu. apa2 yg orang lain buat eksperasi mcm sedap sgt la makanan tu. mesti akan kena ejek, "confirm perisa babi weyh". hahahha

peej said... [Reply to Comments]

shiera - kannn. selagi dia tulis meatballs. aku telan aje. lain la tiba2 dia kata porkballs ke. lain la cerita kan. hahha.

momma HD - hahahahhaa. ok memang lawak komen kan. tu la seluar dalam aku x tahan lama. kadang2 berlubang. maybe aku kena beli yg ada DNA babi.

fieza9 - hahhaa. makan angin pun kalau area tu ada kandang babi haremmm ok. heheheh. eh kfc x halal? kenapa pulak tu?

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

dari dlu lg isu psl makanan kat kafe ikea ada babs. dlu tu yg kulit sosej pkai usus babs la apa. ntah la. xtau betul ke tak. kalau was2 jgn dimakan. kalau rs xde apa2, mkn je kan :P

kalau xnk nasi lemak kat sekolah, suh jamie oliver dtg masak makanan2 berkhasiat utk students. tp xnk letak babs haa. lolx

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

adoi sekarang ni macam macam fatwa keluar kan, aunty senang je kalau rasa was was tak makan dan kalau tak rasa was was bedal je. yang penting kita yakin.

shuweet said... [Reply to Comments]

tu seme ayat2 dengki nak sabo la tu..sma gak pasal secret recipe yang babi bla bla bla....aku baru je g makan kat ikea semalam....sedap je nom nom nom...takde pun tutup untuk tujuan samak segala..semakk la dorang...ntah aku stuju gak yang minum arak tak kecoh pun...bab babi2 ni nak kecoh2 lak...donia oh donia...
kalau was2 tu jangan je la makan..xyah la nak ckp ada babi la tu la ini la...haiyoooo...kecohhh la dorang nih..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...