Instagram : @peejburhan

tak reti la mesraaaaa.

aku selalu kena marah ngan family n friends dengan cara aku.
aku ni memang tak reti nak sweet2 sangat la.
kalau sweet pun sorang2 aje.
tak reti sangat nak share perasaan sweet2 ni.
rasa kelakar n geli2 sikit. heheh.

aku kalau cakap telefon boleh la sweet.
tapi kejap. sampai tahap call ke 5-6 untuk hari itu.
aku dah rasa rimas n annoyed. mula la rasa macam nak marah or cepat2 letak telefon.
ye aku sellfish macam tu. bila aku rasa rindu n nak sweet aku ok la.
tapi tang orang tu rindu nak sweet2. aku garang2. hahaha.
mama yang tak dengar tu pun boleh tau.
elok aku letak telefon aje.

mama : kenapa muka kau berkerut2 masa cakap. kau marah2 ke?
me : sibukkkkk aje.
mama : takda la. jangan la macam tu. tak baik. orang tengah sayang kita. layan la elok2.
me : mama. ni kali ke sepuluh kot dia kot. penat ok.
mama : mana boleh. selagi boleh kena la berkasih sayang.
nonoy : tak maaa. noy pahammmm. dotdot ni asyik call aje. nonoy pun rimas. hahahha
mama : iye ke. takpa la. jangan yea.

phewwww.
tapi bukan ngan dia aje.
ngan semua orang pun.
sebab tu aku kata aku ni tak berapa nak mesra.
contoh la. noy ni jenis suka rapat2 ngan aku.
kadang2 cium pipi la. peluk la. cium2 siku la. dia kata siku aku bau baby.
wtf. gila. masam kot.
ada sekali tu aku tengah baring.
dia datang peluk aku kuat, "i love u kominyoooo. sayanggg"
aku keras macam kayu balak.

me : tepi laaaa. rimas la.
noy : kau x sayang saya ke?
me : ishhhhh. * sambil tolak2 dia*
noy : cuma kau peluk saya balik. peluk je la. best tau.
me : taknak laaaaaaaaa. apa ni paksa2 saya.
noy : hahhaa. kau ni kelakar la. kalau kau kawin nanti kalau dotdot nak peluk pun kau macam ni?
me : entah la. peluk la kot. tapi takmo la lama2 ke apa. ish rimas la.
noy : ish kau ni memang pelik la. tak faham saya. macam ni punya orang pun ada.

hhahahahaha.
nak buat macam mana. tak reti laaaaaaa.
even ngan kawan2 pun ye ok.
orang excited peluk2 ke apa.
aku keras je. jarang la aku peluk balik.

oh n satu lagi.
aku suka if aku yang call dia.
if dia call aku tak suka.
bukan tak suka. sebab timing selalu tak kena.
time aku nak masak la. time aku nak main game la.
lepas tu nak cakap lama2. kan gangguan tu.
tapi sebab mama tak bagi garang2.
aku cakap elok2. tapi kelentong la.

hp tgh charge.
aku nak turun bawah masak.
phone bunyi.
cabut charger. sebab if not kadang2 rasa electric. aku tak tau la mmg ye ke. aku paranoid lebih ke apa. ;p

*sembang2*

me : ok la. byeee.
him : kejap je.
me : i nak turun ni. nak masak la.
him : bawak la hp u sekali.
me : i tgh charge ni. nanti abis masak i call la balik.
him : ye la. bla bla bla

sembang2 lagi.

me : ok byeee.
him : kejap je. macam dah tak sayang je.
me : sayang la. i tengah charge hp ni. kang i kena electric kang macam mana? abis terbakar macam mana.
him : i sayang jugak.
me : kalau i jadi macam dayang senandung pun u nak jugak?
him : nak jugak.
me : ye lah. ok la yeaaa. byeee.
 bla bla bla.

tapi kann. sebenarnya aku x masak pun.
aku turun minum air.
pastu aku online. hahahha.
keji kah?

aku pun x tau motip entry ni.
tapi aku rasa sebab aku tak mesra la.
n kesian kat orang tu.
aku yang garang2 n tak mesra ni even dah jadi dayang senandung pun dia nak. hahhaa.
e ehhhh.
tiba2 rasa sweet n rindu la pulak.
nak call la. nak feeling mesraaaa. hehehe.

maka dengan itu.
jangan la korang 'sentap hati mak nak' kalau aku tak mesra ke apa.
kan orang yang aku dah hidup sama2 seumur hidup pun aku tak mesra.
ni pulak strangers. sendiri faham la kan.
ok bye.

10 Comments:

cik1356 said... [Reply to Comments]

hahahaaa! aku dolu2 pun macam ko ni peej. orang peluk2 aku tatau nak respon camane. reason aku, sebab aku ni takut kena tinggal. let say la, aku dah sayang2 org tu, dah selesa.. one day nanti dia mesti pergi jugak kan? aku paranoid tang tu la.. maybe sebab aku biasa sorang, nak rapat dengan orang susah sket.
tapi kan.. aku pasti sangatla, ko kawen nanti takde maknala ko tolak2 laki ko tak bagi peluk. ngahahahaaaa!

yana halim said... [Reply to Comments]

hahaha....lawak la peej. Takpe. Nak buat camne, dah mmg cenggitu. Akak pulak orang takut nak mesra2 sbb muke nie agak complicated gamaknya. Susah nak sengih sana sini. Rabun pun satu hal. Tapi di hati sgt mesra tauuu....

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

hahaha!aku phm perasaan tu , ke sbb kita pisces kot?so perasaan tu sama, tp sayangg je sume org tp x reti nk tunjuk, lain org lain cara kan?

NenekPenne said... [Reply to Comments]

aku rasa aku species kau lah peej
lagi satu aku payah nak mesra alam...

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

hehe, aku tak kot mcm ko ni.aku ske je org manja2 dgn aku.sbb ade feeling2 disayangi gitu.dgn budak2 rumah sewa aku yg mcm adik2 tuh pun aku layan je kl dorg dtg manja2 peluk2.sbb aku ade abg sorg je.abg aku dr kecik dok jauh, pastuh mcm tak cukup kasih sayang je aku ni dgn org lain.dgn parents dah bese.so aku suke je org manja mesra2 dgn aku.tp jgn over la pulak, mmg mkn penendang.hahahaha

a's said... [Reply to Comments]

same here! saya pun garang-garang kalau cakap phone dengan lelaki.tapi bila time sunyi,saya layan jugak sebab tak tahu nak bwtpe..


tapi tu la,betul la mcm ur mom cakap.tak baik kan garang-garang,kena sayang sebab nanti if dah hilang depan mata baru nak menyesal... ;'[

peej said... [Reply to Comments]

cik1356 - hiahahahaha. tah2 aku lak paksa2 nak peluk2 sampai dia rimas kan. tp ye la. aku pun rasa aku macam kau. aku taknak terlebih sayang orang tu. so let say if anything happen ke apa. aku takda la devastated sangat.

yana halim - muka complicated? hahah. over tau. xde la sampai begitu sekali orang taknak peluk kan. maybe rabun tu kot. ada orang berlari2 nak peluk. rabun so gerak je. lalu roang tu terpeluk dinding je. ;p

buyui - kan. aku pun sayang je semua orang. tapi x reti nak lebih2.

nenek penne - ye . kita ni species rare. hahha.

lss - ish scary. tiba2 terbayang makan penendang.

a's - tu la kan. so tengah mencuba2 la ni. kasi adjust.

ezanoor said... [Reply to Comments]

maybe tu cara u protect diri u kot peej... hehhe... tapi kan... jgn nanti, satu masa, u memang nak sangattttt orang sayang u, peluk u, tapi diorg dah tak teringin dgn u... nanges tau... hehehe dh penah rasa dh gitu... so, hargai je apa yg ada...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

pelok pelok peeja!!!! rinduuuuuuuuuuu. hehhehehe

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, masa aunty jumpa peeja dulu aunty rasa ok je, tak perlu nak fake fake kan, tak peluk peluk bukan bermakna tak mesra pada aunty apa yang perlu, kita menjadi diri sendiri peeja
walaupun baru kenal peeja aunty suka je mungkin sbb aunty suka baca cara peeja menulis dlm blog tu yang buat aunty happy bila jumpa peeja.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...