Instagram : @peejburhan

surprise la sangat.

hahah hari minggu yang konon nak dating tapi x menjadi.
yang si dotdot around 11am call cakap dia nak jumpa.
aku kata petang-petang sikit la.
aku masih tido. hahaha. elok pulak dia layan.

then around 2ish dia call lagi.
dia kata nak jumpa.
aku kata datang la rumah. lepak kejap ke apa.
sebab noy pun ajak teman keluar petang tu.
so jumpa kejap pun jadi la kan.
dia kata aku nak pergi mana.
aku cakap klcc. dia kata jumpa sana la.
aku cakap jangan sebab aku lambat lagi.
aku mandi apa pun belum kan.

then dia call lagi around 3. tanya aku kat mana.
aku kata la baru abis mandi.
dia kata dia penat. nak tido.
aku cakap then it's ok la. balik je la. xyah jumpa.

dotdot : tapi nak jumpa.
me : if nak jumpa datang la. u kat mana tu?
dotdot : kat kedai makan area rumah.
me : hah? apesal riuh sangat. u kat mana sebenarnya.
dotdot : i kat rumah boss i. ada party anak dia. u pergi klcc pukul berapa ni?
me : kenapa?
dotdot : i gerak sekarang la. jumpa sana terus.
me : eh i lambat lagi la. bukan gerak sekarang la.
dotdot : berapa lama lagi?
me : nanti i gerak i call yea. so kita gerak sama-sama la. takda la u tunggu.
dotdot : ok.

then ok la. tapi ada la 50 kali dia call.

him : kat mana?
me : kat rumah. baru nak gerak. tengah smoke n sembang2 ngan mama kejap.
him : lamanya. dah dua jam i tunggu. dah tak tau nak buat apa dah.
me : u kat mana?
him : i kat klcc.
me : u buat apa? i dah kata nanti gerak i call kan.
him : i nak surprise. terkejut keee? tak terkejutnya punnn *gaya johan ejek eric leong*
me : haaaa. padan muka. siapa suruh. padan muka surprise sendiri.
him : surpriseee. terkejut sendirinya pun.

hahahhaa. bengong kan.
siapa suruh. nak surprise tak kena gaya.
end up jumpa kat klcc kejap aje.
sebab dia dah letih. dia mau balik n tido.
nice. mula-mula sentap gak la. drama tau.
tapi tiba2 terdapat duit belanja. hiahaiahaiahaiah.

so jalan-jalan ngan noy je la.
tujuan pergi sana sebab ada perempuan tu addicted benda ni.


so dia beli terus sedozen.
then terus ke nandos untuk makan.
tak lunch lagi. walaupun time tu dah 5ish pm.
dah la time nak gerak tu nampak kat dapur ada masak lemak rebung. fuhhhh.
tapi sebabkan dotdot dah sibuk tunggu. takkan tiba2 boleh nak makan bagai kan.
tak sempat.
so makan ini. noy nak nandos lagi.
so layan aje.


:: ceria lebih ::


sorang harimau. sorang polka dot. hahaha. nice.
then jalan-jalan sebab noy nak carik kasut or clutch untuk wedding kawan dia.
tapi warna yang dia carik tak jumpa.
pastu sesuka hati dia macam pergi top shop aku tengok dia pegang baju.
baju leopard jugak. tapi design lain.
dia memang gila leopard la. apa2 yang rupa tu mesti dia nak beli.

me : tu kau pegang apa tu? kau nak beli ke? bukan kau carik lain ke. apa ke baju pergi nya?
nonoy : oh tak boleh yeaaaa. *letak balik muka masam*

then jalan-jalan lagi.
pastu dia tak puas hati.

noy : ish takda la. saya tak suka la keluar tak shopping.
me : kau ni gila la. jalan je la.
noy : tak suka. eh kau taknak shopping ke pija? jom tengok baju untuk kau nak. kau kan takda baju sangat.
me : taknak la. saya takmo shopping. hari tu dah shopping baju kan.
noy : apa? polka dot ni? heheheheh. jom jom. kat mana ada baju besar-besar.
me : takda la. if ada pun x lawa. kan hari tu dah pergi dorothy perkins tu.
noy : tu parkson. isetan takda baju besar-besar?
me : ada la dulu. total woman, ms read.
noy : hah jommm. *tarik tangan aku paksa*

noy : haaaaa. ada saleeeee. *muka girang*

pastu kannnnnnnnnnnnn.
sampai kat total woman tu sale mostly 50%-70%
my oh my.
pastu kannnn baju dia macam lawa-lawaaaaaaaaaaa.
sebab sekarang ada total woman career n satu lagi casual.
casual boleh tahan lawa.
tak pasal aku menggila.
aku capai 2-3 untuk try.

tengah try2 tiba-tiba datang dan datang dan datang lagi baju.
si nonoy tu bawak bagi aku try.
pastu kannnnn. out of 10 yang aku try. aku rasa aku suka 8 kot. pitammmm!!!

noy : lawa pijaaa. serious lawaaaa. omg. amik yang ni. ok yang tu pun amik. yang tu pun lawa jugak.
me : ish banyaknya. semua saya suka je.
noy : amik la semua.

pompuan ni bab jadi syaiton menghasut memang terrarrrrr.

me : takmo banyak la.
noy : tapi kau takda bajuuuu.
me : ok la. saya budget tak lebih rm300
noy : hhahahaha.
me : kenapa?
noy : cea konon taknak. tapi budget rm300.

then try2 lagi.
patut yang betul-betul nak adalah 9-10 pasang.
tapi sebab sedar diri dan menarik napas dan sedar diri tak kaya mana.
so settle dengan 6 baju aje.
then kira-kira pakai calculator. total rm335 :/
argh lantak.


:: muka syaiton yang teruja berjaya menghasut orang. perempuan gilak. sebenarnya aku nak snap pic baju2 yang aku beli kat belakang tu. tapi dia menyibuk ::

:: gediks kejap sementara SA tu tulis bil ::


so pergi la bayar.
sekali mungkin salah kira. sebab ada yang 70% tapi aku ingat 50% aje.
then rupanya lebih daripada 3 item. ada lagi aditional 20% discount la apa.
total adalah rm212 sahaja ok!!!

whattt? kalau ku tahu aku amik je banyak2 tadi.
lari budget ni. hahahaha.

me : hoh x sampai rm300
noy : seeeee *angkat2 kening*
me : patut saya beli baju lagi 2 tu kan. amik ke tak?
noy : kau jangan nak over. dah ada 6 tu ok.
me : fineeeee.

omg. apakah telah berlaku.
baru je hari tu shopping online.
ni shopping lagi. fuhhhhhh.
yang mama lak aku tunjuk dia baju aku shopping.
dia kata cukup. tahun depan baru shopping lagi. hahahhahaha.

paling tak tahan.
masa noy tgh window shopping tu dotdot call.

him : kat mana?
me : kat klcc lagi.
him : tak balik lagi?
me : tak. teman noy nak shopping.
him : u tak shopping ke.
me : takkkkk. :( takda. takda duit.
him : tu i bagi tu.
me : mana boleh. tu simpan-simpan jimat.
him : ye lah.

sekaliiiiiiiiiiiiiiiii.
siapa yang over ni.

lepas tu lepak starbucks kejap.
gossip-gossip.
ye la tu. apa aje yang boleh gossip pun.
dah katanya sentiasa sama-sama. mostly gossip pun dah habis. ;p


hari tu aku mobile upload pic noy.
tiba2 ada reader komen kata belakang noy tu macam ada makhluk. menakutkan.
hahahaha. gelak sakan aku.
sebab aku kan pakai bold. quality pic mmg macam haram.
butttt. muka lelaki tu memang agak menakutkan.
sebab dia macam cengkuk ala2 tengkorak. pastu rambut gerbang2.
dalam pic tu lagi ketara scary la. heheheh.

ok itu aje sekian entry kali ni.
surprise tak jadi.
shopping yang macamkan banyak sangat duit.
tapi takpa la. serious puas hati la.
sebab puas hati kau dapat try, dapat rasa material n all.
entah la. best lagi shopping macam ni daripada online shopping kot.

oh kalau korang nak pergi.
total woman ni kat isetan klcc.
level bawah tu renovate. so dia pindah ke level 2 tak silap.
sampai bila sale aku tak sure. tapi sila la pergi.
sebab lawa n paling best adalah murah. :)

12 Comments:

NenekPenne said... [Reply to Comments]

i dapat sms alert daripada isetan kalau sales tapi malas nak pegi sebab sometimes baju stok zaman bila dia keluarkan.... i mean yang isetan punya product laa mcm communique, cresendo atau cultivation tu...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

omg!!!! i know how u feel! hari tu aku amik amik amik amik, sekali 500 kau!!!!! tp best kan bebaju die. hehehehe

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

ooo pergi shopping yea, kita orang pun lepas makan kat de templer terus gi shopping langsir kat ampang point, tapi tak berapa berkenan so terus je ke jalan TAR gi tengok kat KAMDAR pun tak berkenan sbb semua patent macam tak best. kat mana yea peeja nak cari langsir yang cantik? langsir rumah ni dah 3 tahun tak tukar la so tahun ni rasa nak tukar.

Hazey said... [Reply to Comments]

Peej, sampai bila sale ni?

ida zulqarnain said... [Reply to Comments]

peej,

mana expose mistik nye?

salzahari said... [Reply to Comments]

oh peej..aku rs aku sama perangai Noy! ye, mgm tak best kalau keluar n balik tgn 0.. biarlah bkn diri sdiri yg shopping, tp haruslah aku paksa hubby aku beli baju utk dia/ anak2 dia..hehehe...gila kan??!! janji nikmat rasanya memilih baju n bayar.. ngeee....

peej said... [Reply to Comments]

nenekpenne - aku x kisah pun season mana. janji aku rasa lawa amik aje. heheh. oh nampak gak brand2 yg kau ckp tu. tp utk org kurus uolls.

lilred - hoih byknya. tapi takpa. kau ado-ado. aku ado ajo. hahahha. tp puas hati kannnn.

sh rosidah - entah la aunty pija bab2 langsir ni tak tau pulak mana nak carik lawa2. tak try nagoya? nagoya banyak jugak range langsir dia. boleh tempah terus kat situ.

hazey - entah x sure la. cuba try google ke apa.

ida - expose mistik malam karang. khamis malam jumaat. so x keluar lagi.

salzahari - hahaha. bagus la tu. boleh geng. dia jenis if aku ajak masuk kedai window shopping dia xmo. dia kata if nak beli baru masuk. gilo.

..tora aziz.. said... [Reply to Comments]

Aku pon suka shopping kat mall compare online.ari tu ada skali tgk baju shirt ala2 korea tu.model korea tu pakai lawa jeee...skali beli,dpt mcm tshirt sukan tu je.dah la harga mahal jugakk.tensenn je

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Mintak mintak sale dia sampai July.
Hahahahaha..

peej said... [Reply to Comments]

tora - kan. lagi best shopping betul2 la aku rasa. kepuasan tu ada.

kakakdegil - haha melampau. ada ke july. mcm tak mungkin aje. *saje dengki*

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

sorang rimau..sorang polka dots..nice!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

belakang noy gambar ala2 zombie..

XD

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...