Instagram : @peejburhan

public speaking

kan aku selalu cakap.
aku ni pemalu. dah la pemalu. merepek-repek pulak tu.
ok takda la pemalu macam ayu-ayu tu. tapi aku ni memang la tak reti nak pr ke apa.

monday tu dapat sms daripada jaclyn from sirens media.
tanya aku free tak tuesday n thursday.
aku cakap tuesday x free.
then dia kata wednesday free tak? aku kata free. sebab apa sangat aku buat pun kan.
unless memang dah ada plan.
so rabu tu dia mintak aku untuk pergi office media ni.
ada la kerja.
ok la. pergi je la.

pastu sampai, ingat akan dapat macam barang untuk try ke. briefing apa2 ke.
rupanya aku kena buat sikit speech untuk esoknya.
pasal aku as a blogger.jadi wakil la. terangkan apa blogging is all about. tak lama pun. dalam 2-5 minit aje.
aku dalam hati dah macam, "whattt???"
tapi takkan aku nak tolak tiba2. dah la last minute n dah cakap ok kan.

so dia bagi point2.
dia suruh aku susun ayat aku sendiri then present kat dorang.
so aku masuk bilik sebelah. aku rasa nak nangis.
sebab takuttttttttttt. sebab apa takut?
sebab aku zaman belajar dpd sekolah dulu. kalau aku x biasa. aku akan ada masalah gagap.
pernah kena gagap yang tahap kronik.
n bertambah takut. semua semuaaaaa pun in english.
aku ni takat menulis ok la. kalau nak cakap???
tersasul2 la jugak. macam harammmm.
dah lama sangat tak sembang ngan kawan2 yang speaking 24/7, ini lah jadinya.

kau bayangkan benda yang x lebih 100 perkataan tu aku amik masa berjam nak buat.
masa buat tu aku tunggu dgn this guy nama Amos.
lepas aku buat. dia suruh aku cakap kat dia apa yg aku dah buat tu.
dia kata aku kancheog(ok aku tak tau eja mcm mana)
aku dah macam, "what's kancheong? robotic? macam nampak sangat i baca script yea?"
dia kata aku gelabah. hahahhaa.

ok takpa. then pergi lunch. balik tu kena present.
masuk bilik tadi. ada la dalam 5-7 orang.
siap ada directors semua. indian yang dpd india. omputeh semua ada.
mmg mcm beruk la aku. tah apa aku merepek tersekat2. hahahaha. ingat balik nak sepak diri sendiri.
tapi dorang kata ok. sebab tu memang tulus daripada blogger.
then dorang kata boleh mix2. boleh je if aku nak cakap malay.
dorang boleh translate. lagi akan nampak natural.
ok la.

paling la aku tak senang duduk.
sebab untuk tadi.
aku kena present kat depan panel2 lain pulak.
dah la amos tu kata yang kali ni lagi ramai.
ada omputih daripada paris la, new york, n daripada hongkong la.
tak kau rasa nak pitam. baru present kat depan kawan2 kat sekolah aku dah gagap.

tapi takpa la.
tabah aje. sampai bila aku nak menyorok je kan.
kena jugak exposekan diri. experience kan.
so tadi memang lawak la.
tunggu. then sampai giliran aku.
yang manglish yang aku dah hafal sangat tu kannnnn.
masuk je bilik tu. tiba2 mak speakingggg pulakkkkkkkkkkkkkk.
kalau speaking tu ala omputeh takpa la jugak. ni tah apa bunyi pun aku tak tau la.

pastu halfway aku terstop. rasa macam blank. eh apa aku nak ckp.
macam melebih2 je ni. x ikut script ni.
pastu terus coverline cakap, " i'm very sorry. i'm so nervous. i've never done anything like this before. bloggers suppose to be behind a computer. we don't do public speaking. i usually blog in bahasa. so excuse my english. hahahahahaha."
tak pasal2 meeting yang serious je jadi hingar bingar.
semua bantai gelakkkk.
dorang kata takpa. boleh je cakap malay. dorang ada translater.
hahahaha. merasa lepas tu terus makan belacan balik.
tadi feeling sangat makan pancake bagai. heheh.

dorang semua very nice la.
seronok pulak. ni bukan kipas ke puji-memuji ke apa ye.
tapi memang rasa welcomed sangat.
walaupun siapa la aku ni kan. picisan aje.
dorang semua orang besar2. tapi layan baik je.
n very humble.
walaupun as usual aku suka membengongkan diri diri.
tah apa2 aku buat lawak dalam tu.
yang pasti janji omputeh2 tu gelak. maknanya ok la kan. heheheh.

balik je sembang2 ngan mama n papa.
mama eksyen kata dia bab2 public speaking ni memang hebat. dia suka sangat.
fine motherrrrr. uolls je la best.
eh tapi mama memang terel kot. papa pun. dorang selalu je jadi emcee la apa.
aku ni haaaaa. suruh jadi emcee untuk majlis harijadi taska pun belum tentu lepas tau.

ni satu dah settle.
harap-harapnya lepas ni tak yah la public2 speaking ni. pitam weyh.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku ada satu lagi menunggu aku in June.
aku kena buat talk kat mrsm lama akuuuu.
cakap pasal blogging.
hahaha kelakar kan. apa la yang aku tau pun.
merepek2 ada la.
tapi takpa. kongsi la ilmu yang sikit ada ni kan.
lagi scary tu kan. ramaiiii. tapi budak2 aje. so ok la kan.
erk tapi mesti ada cikgu. n jugak senior2 aku yang ajak aku buat talk tu.
hahaha selambaaaaa.
sedangkan omputeh pun aku boleh bagi gelak. ini pulak junior2 ni kan.
cea..berunsur riak pulak. bukan riak tu. tu melawak sebenarnyaa.
junior2 tu x gelak kat lawak aku siap. kita kasi raging. miahahha.

hoho. korang bab2 public speaking ni ok tak?
ke macam aku jugak?
ok tu je. aku nak sambung menari guyang buntuit.
cea eksyen. dah settle la katakan. semalam makan pun ala2 tak lalu ok. ;p

14 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

dlm tgh baca paragraph ko awal tu dlm hati aku ckp "apesal la peeja x ckp je bllogger keje dia menulis bukan ckp depan2" sekali scroll bwh ko ckp jugakk..hahaha!ok la tu ko ogt sng nk bg mat saleh gelak kalau kita ckp?ngahahaha!

gila ke kalau org ckp dia ok je public speaking, maksud aku public speaking main terus ke depan ckp je..nebes oooo!!!

ceritacherita said... [Reply to Comments]

aku nampak kau smlm kat dlm bilik meeting tu, pastu kau pergi bilik sebelah kan, aku nak je tegur kau, tapi seganla, aku pun sekali sekala je hantar comment kat sini. by the way aku salah sorang staff kat media office tu. anyway congrats lepas gak public speaking kau. aku pun sama gelabah kalau bab2 public speaking ni.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

nak present project assignment kat depan kawan2 pun terketar2 apatah lagi pada audience yang tak dikenali...


nervous ok..

doll said... [Reply to Comments]

wahh bgs laa peeja.one step ahead in yr blogging career!hehehe..

gd luck for more challenging tasks to come!

doll said... [Reply to Comments]

wahh bgs laa peeja.one step ahead in yr blogging career!hehehe..

gd luck for more challenging tasks to come!

Affy Ronan Affandy said... [Reply to Comments]

Wah,mmg salute la,siap bagi speech bout blogging kat mat saleh.congrat kak :-)

Che Sue said... [Reply to Comments]

omg aku ingat aku sorang je ada penyakit gagap!hahahah..aku seyes ada darah gemuruh bila soh public speking ni..teringat time aku darjah 6 cikgu soh wat ucapan time perhimpunan pasai rombongan ke airport..aku stonecold kat depan assembly tu bila sampai part aku bercakap..!terkelip2 je mata suara tak kuar..peh! rasa mcm nk g lari nyuruk dlm jamban je time tu..dah aa time tu ai ado ati kat ketua pelajar yg dok depan tu..haiyooo achik maluuu! drop my water face!

Shahrizat said... [Reply to Comments]

huyooooooooo....tetiba lah saya nak mengaku budak MRSM jugak kannn . nak lah jugak dengar talk peeja...

HaLiMaTuN SaAdIaH said... [Reply to Comments]

Fuh... Haruslah sgt tak suka dgn public speaking. Nak bercakap biasa2 pon susah... Hehehehe

Alia said... [Reply to Comments]

Wahahahaha! Comel je ok!

Aku suka public speaking jugak...so kalau ada presentation ke apa, aku je la yang selalu volunteer diri..hahha..

Abis tu, semua orang tanak present! Terpaksalah menonjolkan diri!

:D

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Congratulations peeja, mesti masyuuk kan, Iam so proud of you, you go girl. Jangan selalu rasa rendah diri percaya pada diri sendiri, insyaallah aunty percaya Peeja boleh buat.

Aunty baca dlm kereta kuat kuat supaya uncle boleh dengar, kami berdua dlm perjalanan balik dari Melaka ke kl. Tengok tengok kat melaka wonderland sebelum konsert untuk minggu depan. Uncle cakap tahniah kat peeja dan dia pun berbangga dgn apa yang peeja buat.

ceera said... [Reply to Comments]

heibat, ko mmg heibat!!!
kalau aku pitam terus, haha

shuweet said... [Reply to Comments]

caya la peeja..aku pun paling mencik public speaking nih..dulu kat itm udah jenuh...next week aku kene wat public speaking presentation kat class plak. kat BC lak tu..ketaq lutut nih....kene bahasa inggeris uols...queen language lagi...pitamsss

peej said... [Reply to Comments]

buyui - hahaha kan. sangat beruk aku time tu ok. nasib lepas tu semua ok. harap lepas2 ni aku ok la ye.

cerita - hahaha ye ke. nasib kau x tegur ke apa. lagi menggelupur aku nanti. eh semalam kan. kat office kau ada sorang mamat kacak ok. teruja aku. ;p

nenek - kann. so aku sangat kagum kalau orang relax je boleh public speaking ni. unless dia mmg kerja bagi talk la kan. tu lain la.

doll - haha thank u. walaupun xde apa pun. biasa2 aje kan. slow2. harapnya lepas2 ni akan biasa la bercakap2 ni kan. :)

affy - over kau dik. takda apa la. bukan speech apa pun. bengong2 aje.

che sue - hahhaa. kau cakap macam ni tiba2 aku kecut ok nak buat talk kat bebudak mrsm ni. gulp.

shahrizat - hahaha. jangannnnnnnnnnn. nanti tak sempat apa aku dah pitam.

halimatun - kannnnn. memang pitam ok.

alia - ye ke. bagus kau ni. aku kena belajar daripada kau la cara2 nak hilangkan nervous n gagap tu.

sh rosidah - heheh. tu la kan. thanks aunty. hopefully lepas2 ni akan ok la kan. takda la asyik pemalu n segan aje kan. kirim salam kat uncle ye.

ceera - aku pun rasa nak pitam ok. paling harem masa nak present tu la aku rasa nak terkentut2. nasib x keluar ok. bayangkan sekali kuat. aku terus buat2 sawan ke apa. coverline.

shuweet - haha ye ke. good luck to u. hopefully semua selamat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...