Instagram : @peejburhan

oh ini la kerja kau ye.

kan aku pernah cerita yang favourite spot lulu adalah mengadap tingkap.
macam-macam la dia tengok kan.
ada satu petang tu. aku tengah main computer.
aku dengar dia dok mengiau macam kucing nak bergaduh tu.
aku dah macam. apakah?
aku takut hannan panjat ke apa.

oh hannan ni sekarang dah selalu lepas.
sebab dia takleh masuk rumah.
dia tu dah sunat tapi suka pancut-pancut n dia suka nak seks lebih.
nak merayap-rayap la apa.
so memang letak luar dalam cage.

tapi noy kata kesian dia. tak puas dia.
seksa je kan. takkan sampai ajal nanti dia terkurung aje.
so semua decide lepaskan dia.
so kita orang lepaskan. nanti after maghrib dia pandai balik and duduk n tidur balik dalam cage dia.
gila comel. mama cakap macam ayam pulak.
pagi nak keluar. lepas tu elok pandai masuk reban. heheh.

so masa dengar tu aku risau la.
takut dia panjat kan. kang tak reti turun jadi kerja pulak kan. kesian.
pastu aku intip la nak tumpang busy body kan.


bukan hannan.
tapi kucing yang dompot ni.
ingat tak hari tu aku kata ada kucing luar yang jahat gila tu.
yang kita orang suspect ada rogol yoki tu.
sampai la dapat anak yoki si dompot junior ni. sebijik ok.
so inilah dia.
sebijik okkkkk.


muka gila punya gangster. heheheh.
patut la lulu marah. kasi kacau pemandangan dia kot.
macam-macam hal betul.
yang dompot ni pun ni pun saje je kacau line kan.

serious dia ni jahat ok.
dia memang selalu menyibuk makan kat rumah aku.
kat luar umah aku ni ada la few kucing kita orang bagi makan.
kesian kan. sampai kucing-kucing tu dah feeling kita orang ni tuan dia.
suka gesel-gesel n bila kita orang duduk lepak kat depan ke apa.
akan baring sebelah ke apa.
so si dompot ni suka perambat kucing-kucing tu, then dia yang makan. keji.

ada sekali tu lagi la.
papa kata dia tengah smoke.
then dia nampak si dompot ni masuk cage hannan. naik paling atas n makan.
makanan hannan of coz la yang mahal punya kan. elok punya.
yang lain2 ni beli biasa-biasa punya.
so maybe lagi sedap la. sesuka hati dia je.
hannan nampak. hannan masuk cage dia. dah bergaduh2 kat situ.
papa boleh gelak2 pulak.
sebab dia kata suka tengok hannan kuat.

tapi ye la kannnn.
kalau aku pun marah.
tiba-tiba musuh datang elok je curik makanan aku.
makanan tu weyh. masuk rumah aku pulak tu.
aku yang tak pandai silat pun boleh tiba2 keluar bunga silat kan.

aku suka la kucing2 ni.
macam2 keletah ada.
macam2 drama ada.
ok itu sahaja drama kucing untuk kali ini.
ta-ta

6 Comments:

Jullia Jukogyu said... [Reply to Comments]

kacaklah dompot.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku bukak2 je entri ni terus ckp "ohhh ini keje kau ye..." bila nampak muka dompot tu , haha!

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Dompot ni muka hati kering eh.
Cam muka samseng!
Dialah KL Gangster! Hahahahaa

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wow kucing duduk kat tingkap sambil verangan macam tuan nya, ahahaha suka je aunty tengok kucing kucing peeja ni comel semuanya, yang hanan tu aunty rasa paling comel dan geraaam Je tengok perangai dia.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

dompot kucing kumpulan kongsi gelap yang mengganggu-gugat ketenteraman kucing-kucing belaan di kejiranan. ahaha

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

ape kate ko buat caption kt gmbr no.2..hehehe..mcm lolcats (i can has cheezburger?) kehkehkeh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...