Instagram : @peejburhan

nak tapi tak reti.

aku nak stop pakai nuffnang.
aku nak start pakai innity balik.
hari tu aku stop innity sebab malware tu. lepas tu terus aku x install balik.

reason kenapa aku teruskan je ngan nuffnang ni sebab dia macam user friendly la aku rasa.
macam senang la. tak susah. kau letak je coding. then lantak la kau kat situ.
ada iklan dia keluar. takda dia ada aperkataan tu je.

macam innity. kau tau la. if takda iklan. dia ada banner hijau tu. aku rasa semak.
sebenarnya boleh adjust. kalau xde iklan. dia akan keluar benda lain. kalau pandai buat la.
masalahnya aku ni mana la reti sangat i.t2 ni. simple2 aku tau la.
aku nak monitor kejap2 buang coding. kejap2 pasang jadi kerja la pulak.
ke sebenarnya benda tu simple aku yang rasa complicated eyh?

aku terbaca blog ariff tadi.
dah few months la aku ikut.
aku suka sebab dia banyak ajar macam2 pasal blogging ni.
something different la kan. sebab selalu aku baca blog personal aje.
then tiba2 ternampak link kujie2. click2.
masuk la. best jugak. banyak info2 berguna.
then aku nampak entry ni. CLICK HERE 
terus aku rasa macam. hmmmmm....
tiba2 rindu blk kat innity.
baru2 ni ada gak dpt email dpd dorang kenapa aku x run campaign dorang.

tapi tu la. macam yang aku cakap earlier. aku tak reti sangat la innity ni.
anyone yang dah expert?
sila la ajar yea.
macam mana nak buat supaya tak semak page aku.
sebab once aku dah expert bab innity tu.
aku x perlu guna nuffnang lagi.
ye la. satu cukup. kang buruk lak rupa tamak2 blog banyak iklan. heheh.
ok tu je.
siapa yang expert silalah bantu anakanda yang lemah ni ye. heheh.

12 Comments:

Kujie said... [Reply to Comments]

eee.... tu entri lama tu, entri yang buat ramai 'panas' dan 'makan hati' dgn pendedahan 'kisah benar'

utk gantikan iklan hijau tu, create dulu banner yg kita nak dia keluar.

kemudian kat dashbord innity, Menage Ad , klik Alternate Ad Management.

uploadkan banner yg kina nak dia display ganti banner hijau innity.

Yanmie said... [Reply to Comments]

Salam,

kalau taknak innity hijau tu nampak semak, boleh aje sorokkan iklan hijau tu, means time iklan ada je dia keluar ;)


www.yanmieonline.com

Kujie said... [Reply to Comments]

makcik yan..dia tau mmg boleh sorok iklan hijau

dia tanya...mcm mana...cube cer cer sikit makcik..hehe

Mr. Azman @ Kreuger said... [Reply to Comments]

Kene buat ALT Adds.

1. Login ke dashboard Innity
2. Click Manage ADD. (pastikan dah buat satu atau 2 add Innity)
3. Alt Adds Management
4. New Alt Ad.
5. Masukkan nama...
6. Pilih format... kalau nak masukkan header NN, pilih leaderboard.
7. Ad Type: HTML Code
8. Paste Code NN dalam kotak Code tu.
9. Save.. kemudian.. pergi balik ke manage AD (side menu tu). Pilih nama yang diberi untuk ALT Adds tadi dan tekan SELECT.
10. Save & Generate Code.

dah selesai.. 10 langkah. :D

Cikmin said... [Reply to Comments]

kalau nak sorok iklan masukkan html code center bukak dan center tutup..tak boleh pulak nak letak codenya kat sini..ngeee..

Yanmie said... [Reply to Comments]

nak sorok senang je, follow mcm Mr.Azman tulis tu, tp di bhgian code html xperlu letak code NN, cuma letak code bawah nie.

*center^ */center

gantikan * = <>

ruangan komen blogspot nie xsupport html code tu, tupasal guna code mcm tu..haha, so tukar kan je ye dgn <>

bila ada iklan sahaja baru keluar iklan, kalau takde iklan akan nampak kosong mcm biasa, mcm xde letak iklan. cnth blh tgk kt blog saya, tgk takde iklan keluar kan? hakikatnya ada aje iklan innity hijau tu tersorok, sbb taknak nampak kelihatan semak dengan warna hijau.

harap dapat membantu ;)

www.yanmieonline.com

Tijah said... [Reply to Comments]

nati dah teral ajar mak eh! tq

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku lagilah, ape pon x reti..hehehe

apa pun x boleh..apa pun x boleh.. :P

mamasuri said... [Reply to Comments]

tumpang baca dengan penkomen2 handal ko yer peej...hehehe

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Anakanda Peeja, bonda lagi lah tak tahu apa itu innity,hahaha klakarlah peeja ni, siap tulis anakanda bagai, aunty lagi lah bengap satu hapah pun tak tahu IT semuanya mengharapkan anak anak yang ajar.

peej said... [Reply to Comments]

thanks to geng2 kujie yang sudi membantu. nanti saya try. harapnya2 berjaya la kan. heheh.
semua terel2. terus rasa saya ni betul2 punya buta i.t. hahah. thanks again.

tijah - baik uolls.

buyui - haha bengong mu. "apa pun x boleh..apa pun x boleh". sama la macam aku

mamasuri - handal sangat kan. tu geng kujie tu. laju je dorang menolong. aku pun terkedu. berkerut2 aku baca cuba pahamkan.

sh. rosidah - takpa slow2 aunty. ala pija pun bukan reti sgt. sikit2 belajar. biar orang bijak pandai guide kita.

Teted said... [Reply to Comments]

nuffnang hanjeng la
iklan kuar setiap hari tapi earnings xdok
vabi je

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...