Instagram : @peejburhan

memang lain feel dia.

so last friday aku pergi tengok maharaja lawak live...
hehehehe. suka sangat.
sebab hari tu masa lepak ngan aunty sh. rosidah tu.
dia kata nak tak tengok live?
sebab anak dia boleh je bawak.
aku macam segan la kan.
tapi macam best kan.

so few days before tu aunty bbm lagi tanya nak tak pergi.
if nak berapa orang. dia nak confirmkan.
aku cakap la 2.
then aunty bagi aku bbpin anak dia.
so ok la. sebab nanti pergi ngan anak aunty, Wan.
bagus jugak. so that nanti takda la aku kekok ke segan ke apa kan.

noy takleh pergi sebab dia kerja. n dia bukan tengok pun maharajalawak semua ni.
aunty pun cakap. if noy tak pergi. n aku segan ke apa. ajak la P.G.
aku tanya P.G nak ikut tak. dia kata OK.
so jom. sebab aku ngan P.G yang minat gila pun.
tak abis2 guna dialog2 dorang aje.

sebelum tu dok la bbm ngan wan tu.
aku tanya la. best ke tengok live?
sebab mana tau x puas ke. sebab x nampak experasi muka dorang nanti.
dia kata if tengok kat tv rasa nak gelak pecah2 perut.
tapi kalau tengok live. akan tergelak2 sampai terkencing2.
siap pesan suruh aku pakai pampers. babikkk.

so jumaat tu pergi la.
sampai sana around 9pm.
then duduk kejap. sembang2.


pastu around 9ish masuk.
ramai jugak la.
semua pun ahli keluarga la mostly.
ada la artis2 jugak. n jemputan pihak production ke apa.
so ramai tanya ada jual ke tiket dia.
so jawapannya tak ada.
aku rasa la. tu yang wan bagi tau aku la.


kita orang dapat duk belakang.
depan tu untuk artis n family.
tapi belakang ni ok la.
sebab macam stairs sikit. so tinggi la lagi best la nampak.
kalau depan tu sama level semua. ketot macam aku ni memang payah nak nampak nanti.
tak jauh sangat pun. dalam 5 meter je kot dpd pentas.
studio pun tak besar. muat dalam 200 orang je kot.
tak ramai la. nampak kat tv macam besar je kan.

oh anyway, suprisingly, AC tiba2 macam lawak pulak ok.
ikutkan aku memang takleh terima la dia.
macam tak lawak n annoying je aku rasa.
tapi tengok LIVE ni ok pulak.
time dorang interaksi before start tu. time iklan tu ke apa.
lawak la. tergelak2 aje.
even peserta2 tu semua la. ada je adegan lawak.
dorang macam bengang sebab ada supporters Man yang bawak banner ke apa.
panggil2 nama dorang tp tunjuk banner Man.
mula la jeling2 la. nak bantai la. bengong aje.

serious memang best la.
gelak macam melampau je.
semua aku rasa lawak gila kecuali amir la of coz.
n betul aku rasa macam wan cakap.
tengok live lagi best. lagi nampak lawak dia tu.
sebab suasana n all.
n kadang2 camera amik tak semestinya sama kan.
contoh patut orang ni punya mimik muka kena fokus. tapi dia tengah amik yang lagi sorang. so tak sama la feel dia.
so kesimpulannya. memang paling best time tu jambu la.
daripada awal sampai dia abis asyik gelak tak stop2.
x sukaaaaaaaaaaa. bengong sangat tau. hahaha.


memang tak sama la.
macam aku rasa jozan kelakar.
ramai kat twitter kata tengok biasa aje.
n ada yang tanya kenapa kat studio riuh masa jambu. dorang macam ada yg tak faham.
ye la. sebab kita orang nampak semua kot.
n balik tu aku tgk la balik video dorang dah upload kat youtube.
a ah. mmg ada2 yang x nampak kat dlm tv ke apa.

it was great la.
suka sangatttttttt.
wan tu pun best. sebab dia jenis suka kelakar2 jugak.
pastu dia share lak ngan aku stand up comedian apa yang best tgk kat youtube. hiahaiahah.
n ok la. tak rasa kekok la.
padahal baru kenal kan. P.G la pendiam. hahah.
ye kami mmg adik beradik pemalu. mula2 jumpa mesti sepi aje.
nanti2 ok la tu kot. ;p

oh ni aku baru tau jugak.
rupanya kat finas tu ada macam big screen untuk tengok maharaja lawak ni.
balik tu tengok banyak je bekas2 orang punya air n makan semua.
dorang tengok kat situ kot.
so if korang rasa nak tengok tu boleh la kat situ.
free aje. parking la kena bayar. rm4 aje. sebab amik parking zoo.
oh finas ni betul2 kat zoo negara.

e eh. macam dah promosi sangat.
biarkannnn. aku suka sangat maharaja lawak ni. keh keh.
oh n thank to aunty n uncle sebab sudi jemput.
n wan sebab bawak kita orang.  (mcm dia baca kan)
tp serious thanks. me n P.G sangat la enjoy :)

p/s : gambar aku takda. sebab segan lak nak snap2 pic sendiri ke apa. kang anak aunty ingat aku tebiat lak. heheheheh.

13 Comments:

nqr (qistina) said... [Reply to Comments]

aku baru je komen kat auntie roshidah ckp tnggu aku balik nanti nak ajak lepak dgn adik aku gossip2. hahahaha (mana tau dpt tiket free apa apa plak ke) kekekeke

auntie- gurau je! saya takde nak tiket free pon! :p

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha Peeja malu aunty baca macam nak mempromosi aunty je, ah tak kisahlah janji peeja dgn Pg enjoy. Wan tu okay dia macam mama dia peramah, tapi kalau orang diam je dia seganlah. Wan baca blog peeja lah tapi dia tak boleh komen sbb dia tak sign up untuk baca blog. Uncle baca blog ni tersengih-sengih dia, dia pun suka berborak dgn peeja. Nanti kalau ada apa2 yang aunty dapat tiket free aunty jemput peeja lagi ye.

nqr: kalau kebetulan awak ada kat Malaysia aunty tak kisah, kalau ada apa2 tiket free aunty pelawa je. Aunty bukan tak nak bagi Qas tiket free tapi Maharajalawak tu malam sangat dan tidak boleh bawak budak kecik.

peej said... [Reply to Comments]

qisrina - haha. ye la tu. aunty ada bbm aku dia kata nanti kau balik dia nak jumpa kau jugak. nak lagi best kita jumpa ramai2 nak. haha. nak jugak sibuk kan.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ok jumpa ramai2 nanti.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kesimpulannya kan cameraman tu x pro la sian aku pinga2 pelik nape org gelak2 masa jambu, pffftt

kalau tgk af live sama x feel?hahaha!

tp dl aku tgk af2 live mmg best, sekarang tataulah

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

tapi minggu lepas mcm tak ramai sgt compared dgn yg sebelum2nya..parking bersusun sampai tepi-tepi jalan..

nqr (qistina) said... [Reply to Comments]

nak beb! nak p mkn makanan yg salu ko lepak makan..awesome!

peej said... [Reply to Comments]

buyui - xde la x pro. sbb dorang ni kadang2 spontan. x sama mcm rehearsal. tu yang lain jadi tu.

huda - sama je. tp before this parking x bukak. so semua kereta tu kena saman. dorang baru je open parking zoo tu. agaknya ramai complain kot.

peej said... [Reply to Comments]

qistina - nak tunggu kau balik tu bila la kan. katanya baru je pergi pun.

green apple said... [Reply to Comments]

aku tgk Jambu kat YT tak paham satu hapah. Tapi dengar org gelak mcm nak rak. Maybe betul ckp kau kena tgk live.

lily lotus said... [Reply to Comments]

mmg best gilak. tu lah syok dpt tgk live. sbb kat tv diorang tak dpt capture semua. teringinnya mau pergi jugak.

peej said... [Reply to Comments]

greenapple - aku rasa la. dorang mmg xde buat lawak. dorang lebih ke gaya. tp mmg lawak la. pelik2 aje.

lily lotus - best kan. tp tula. dorang takda jual tiket nak tgk. by invitation only. if tak silap la.

Eisha said... [Reply to Comments]

mmg sokong jambu dr dulu...tapi tu la aku pon rse kamera byk xdpt capture lawak dieorg! xsbr nk tgk silent comedy diaorg msti lagi lawak kan? sbb dieorg tu suke je buat gaya tah hape-hape hahaha tp tetap lawak!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...