Instagram : @peejburhan

macam-macam jenis hati ada tau.

last sunday lepak ramai2.
dah lama x jumpa dorang.
last jumpa ice n huda masa kat hospital tu.
Alhamdulillah huda dah sihat.
then tanya nysya pulak bila boleh jumpa dia.
memanjang busy aje.
sekali weekend lepas dia balik sini.
so terus buat appointment ngan dia. gila over kan.

ahad tu ice ada tournament ke apa kat tempat kerja dia.
so janji after tournament lepak la. janji around 2-3pm mcm tu.
sekali pukul 11 dah tingtong tingtong bbm aku berbunyi sakan.
tanya aku dah bangun ke belum.
kalau dah bertalu2 bbm bunyi bising2. harus la terjaga kan.
terima kasih huda.

rupanya dorang dah settle.
kata nak tumpang mandi sekali.
pastu tanya boleh ke tak.
buat cerita kesian. kalau xleh dorang tumpang mandi kat mana2 masjid.
gedik kan. takkan la tak boleh.

so lepak kat bilik.
mandi2. tengok melodi sat.
then keluar.
ajak nysya kata dia baru settle masak laksa johor pulak.
dia ajak makan umah dia. tapi macam segan.
n yang ice pulak kata nak keluar. sebab need entertainment katanya.
tak sukaaaaaaaaaaa.
sejak dok nilai huda suka buat lawak.
ye la sana kan takda kawan sangat n takda apa sangat.
so konon nak selalu turun kl la sebab ' i need entertainment' . hahhaa bengong.

mula2 makan kat ayam penyet.
katanya favourite kan.
then lepas tu beli2 barang2 kat guardian la apa.
then ke a&w pulak untuk session gossip terlampau. ;p
around 3.30pm macam tu baru nysya join.
penat sembang lalu order ini.
wahhh nyaman di kala cuaca kepanasan melampau ni kan.

:: rootbeer float large n onian rings. sedih ada 4 ketul aje ok. hahaha ::






macam-macam cerita la keluar.
yang kelakar tiba2 keluar topik hati.

nysya : aku rasa macam dah takda hati dah. berkecai berterabur. ni tengah kutip satu-satu cantumkan balik. biar jadi hati n ada perasaan balik.

me : ye laaa. bayangkan hati ni macam kertas. kertas dah komot2 kau nak betulkan balik pun dia dah tak sama.

ice : hahahhahahahahahhah *tunjuk2 huda*

me : kau ni kenapa?

huda : dia suka ejek saya bila saya cakap pasal hati kertas.

ice : ye la, sama je. dia pun tak abis2 hati kertas komot2.

me : eh betul okkkkk.

noy : *menyampuk* e eh eh. memang la. bayangkan kalau kaca dah jatuh pecah. kita sambung balik gam ke apa pun tak sama ok.

nysya : hahahaha. haaa kau. macam2 jenis hati keluar.

ice : hati berderai kutip2 la. hati kertas komot2 la. ni dah cermin pecah pulak.

noy : memang laaaaaaa. hahhahaa.

me : kau pulak apa?

ice : aku hati dia berkecai bertabur. aku kutipkan balik nak bagi sambung. supaya dia sayang aku balik. dulu masa aku dengan ******

huda : eeee over. dia mesti paling over.

me : eeee gila loser kau. orang dah taknak sibuk nak kutip2 hati orang. sedih betul kau ni.

all : hahhahahahahahahhahaha.

kelakar la cerita benda2 lama.
sangat cibais.
kat wangsa walk tu time tu ada pertandingan karaoke ke apa kat belakang tu.
tiba2 keluar lagu siti nurhaliza. aku dah nak tersedak.
jangan tak tau. aku zaman mrsm feeling kat ice. siap dedicate lagu ok.
nak terkincit aku menceritakan ni.

pastu semua la sibuk nak bahan aku kan.
noy paling keji cakap aku pernah ada gelang nama ice la.
yang nysya sibuk nak sambut cakap, yeeee aku ingat.
terima kasih la ye.
yang huda tak puas hati kenapa ice hot stuff masa kat mrsm dulu.
sebab bila tgk pic lama2 mmg tak menarik la weyhhhhhhhhhhh.
hahahahhaha. tolong aku nak pitam.

yang noy pulak dengki nak memalukan aku cakap.

"saya ingat lagi. saya kecik time tu. sekolah rendah.
kita pergi sunway. pastu awak tengah ngan sorang pompuan tu. kwn siapa tah.
pastu pija sentapsssss. hahaha.
kita main naik cawan2 tu. awak naik ngan perempuan tu.
pastu pija bila cawan terpusing sebelah awak je. dia sentap. pastu dia suruh pusing sampai x nampak awak"

hahahahahhaha. maluuuuuuuuuuuu.
x suka. memang la aku dah tak rasa apa sekarang.
tapi bila pikir balik macam lawak n buang tebiat ke apa weyh.

me : diam laaaa.
huda : tapi kenapa orang suka eyh? saya tgk tak best pun.
me : hello kat mrsm kot. apa sangat pun yang ada. kira ice ni 'kl' la. time tu dressing ok. n boleh lepak2 lot 10 semua. kira best la. hahaha.
noy : saya ingat lagi dulu dia siap cakap muka awak mcm pelakon x-files la. saya fikir. ooo handsome tu. pastu tunjuk gambar...mmg tak laaaaa.

ish cerita pasal ni tak abis ok.
banyak benda memalukan betul.
tapi katanya zaman budak2 kan.
sekarang elok bestfriend. :)
walaupun kadang2 rasa nak tikam diri mengenangkan bengong2 je dulu. hahahha.



i love them all.
nasib huda ni pun boleh get along aje.
mana tau. if la dia jenis sentaps.
tak pasal2 aku kena tikam2 ke apa kan.
dia siap boleh gelak2 n tukang ejek sama. hampeh.
ni pun bagus jonet takda.
jonet katanya bestfriend kan. dia paling tau banyak rahsia aku la.
wtffffffffff. malu ok.
ok i wanna go die now.





e eh sebelum tu nak vain kejap.



ok dah.
bye. 
;p

9 Comments:

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

ala...apsal ko tukar name? baru nak sebut name panjang:NURHAFIZA
hikhik..aku pun mcm tu gak dulu..bongok..bile tgk blk gmbr konon2 crush tu..rs penampar je muke..sbb tidak berape hot la nape aku suke??? hahahahah

peej said... [Reply to Comments]

ati - aku x tukar pun hari tu. blogger tgh gila. automatic suka hati tukar2. :)

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

funny entry....bila ingat kisah zaman sekolah dulu memalukan ajo....

btw, korang semua lawa2.....suka kak ie tgk!!!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

memang seronok kalau teringat kisah lama-lama, masing-masing ada cerita sedih,suka dan duka, apalagi kalau kita masih lagi berkawan dengan kawan-kawan yang satu sekolah memang beruntung lah kita sbb masih boleh bukak kisah dulu-dulu kan.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Help! Help! mama nak rootbeer float tuhhh...huwaaaaa..

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

bencikkkkkkk sbb kat kuching xde a&w.kalo nak float g oldtown tp x sama wehhh

pic ujong tu lawa.seyes! ;)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

muka huda ngn nysya makin seri2 la

Affy Ronan Affandy said... [Reply to Comments]

Aduh kak,bestnye anw tuuuu

peej said... [Reply to Comments]

iekan - awww sweet. tapi paling lawa saya kann?? hahhaha.

sh rosidah - kan seronok sangat. paling rapat ngan kawan2 mrsm la. sbb katanya bertahun dok makan tido semua sama2 kan. syok je bila lepak.

mama - nanti pergi ye. hari tu nak beli 1 pint tu xde jual la.

fieza - serious takda? sedihnya. sini pun dulu tak byk. byk tutup. ni lately baru ada balik. a ah oldtown punya tak sama kan.

buyui - dorang je? aku?

affy - sedapppp.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...