Instagram : @peejburhan

kucing happy. tuan dia pun terlebih happy.

kan last week aku ada kata nak bawak kaseh pergi vet kan.
sebab telinga dia kronik kena ear mites tu.
dia garu teruk sampai luka2.
aku siap pagi2 bengang aje.
sebab dia garu tu bunyi loceng bising2. ganggu tidur ok.
sebab noy letak sekali dua loceng kat collar dia. over.

so bawak ke petcare, taman melawati.
hari tu ada yang tanya kan. aku bawak sana. daripada kucing dulu2 pun.
ntah puas hati kat situ. tempat selesa n bagus la service dia.

masa pergi tu ramai pulak orang.
lama jugak la tunggu giliran ada nak dekat sejam.
macam2 bunyi kucing ada.
tapi ceceh ni dia aje. terkejut kot.
last dia pergi masa kecik tu. dia sakit tu kan.
tah2 dia dah lupa pun. elok pulak dia behave.

 :: mengenang nasib diri ke uolls?  ::



dah besar kan dia.
dr tu kata teruk dah.
tapi takda la tahap bernanah ke infection.
so kasi bersih n letak ubat.
mahai ubat dia. ubat titik telinga pun rm33.
takpa asal dia baik.



:: muka tension je dia. heheh. ::

ingat nak vaccine n nanti boleh sunat sekali.
sekali vet tu tak bagi. dia kata bagi ok sikit.
minggu ni baru boleh bawak utk 1st vaccine.
then sebulan later baru bawak utk 2nd vaccine.
later seminggu lepas tu baru boleh sunat. haiyoh lambat gak kan.
dah lupa la. lama x sunat kucing.
tapi ni aku terfikir. hari tu yoki surgery tu. aku x rasa dia pernah vaccine.
how come boleh pulak yea???
haaaaaaaaa. nak tipu la tu kan.

ceceh ni nama je dah 8 months.
tapi kecik aje. macam kenit je lagi.
berat hari tu pun 2.1kg aje.

settle semua gerak balik.
eh tak kita orang singgah jj au2 kejap beli makanan n pasir kucing.
merasa ceceh duduk dlm kereta. tp bukak tingkap sikit la kan.
tak lama pun. cepat2 beli n gerak.

masa kat petcare tu noy siap beli collar baru untuk mereka.
lawa2 lak collar dia.
so beli untuk semua except lulu.
sebab lulu tebal sangat. collar halus2 ni tak nampak.
n collor sekarang yg bow tie tu still lawa.


:: lulu ngendeng ingat ada orang shopping utk dia la tu. yang yoki pulak tawaf kepochi apa tah ::



cantik kan collar dia.
sama macam warna bulu dia. heheh.
dia dah sihat. elok dah ke sana sini.
cuma bulu2 kat tempat kena shave tu tak tumbuh betul lagi la.



kaseh pun dapat.
ala2 zebra sikit la.
cantik collar ni sebab loceng dia pun colour sama macam design collar tu.
hannan pun dapat gak.
hannan punya harimau belang. cantikkkk.
tapi x sempat snap. nanti2 la aku update pasal hannan. takda cerita dia dah lama.


kesimpulannya.
kucing happy...tuan dia pun terlebih happy. heheh.
eh mana tau kucing happy kan? memandai je nak drama2 kan kucing.

ok tu je. taaaaaaa.

10 Comments:

Lemari Kecil Saya said... [Reply to Comments]

salam kak peej.
slalu biase jadi silent reader je.hehe.
just nk tau la, ape mknn kucing kak peej bg eh kat kucing2 tu?
gebu2 bulu diorang ^.^

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

yes, aku pun nak tanya makanan kucing jugak.ko bg apa eh? lepas tu mcm mana ko buat kucing tu elok je pakai collar?kucing aku bila pakai dia mcm jd kelam kabut.kdg2 dia nak buka sampai tercekik2 collar tu sangkut kat tengkuk and gigi dia.geram tul aku.kucing kampung pun taknak, kucing parsi pun sama.beli2 pastuh dia tanak pakai,nyampah. kdg2 rasa macam aku sendiri pakai kolar tu baru tau.hahaha

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

yes, aku pun nak tanya makanan kucing jugak.ko bg apa eh? lepas tu mcm mana ko buat kucing tu elok je pakai collar?kucing aku bila pakai dia mcm jd kelam kabut.kdg2 dia nak buka sampai tercekik2 collar tu sangkut kat tengkuk and gigi dia.geram tul aku.kucing kampung pun taknak, kucing parsi pun sama.beli2 pastuh dia tanak pakai,nyampah. kdg2 rasa macam aku sendiri pakai kolar tu baru tau.hahaha

puan nina said... [Reply to Comments]

hehe..comel je..sy pun suke kucing!thanks ea vote Danial..jasamu kukenang =)

zarazueyin said... [Reply to Comments]

comel jer kucing2 peej
suka tengok...hehe

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ceceh comey...gereeemmm aku tgk...

Iz said... [Reply to Comments]

Hahahaha aku pun asal pegi kedai, asik beli collar. Kucing-kucing aku macam boleh berganti collar every week, macam salin baju. Mak aku membebel kata aku macam takde keje lain asik beli collar je pastu main tukar-tukar, eh sukati akulah kan. Hahaha. Nasib baik la diorang okay je pakai collar, kalau tercabut pun senang je nak pakaikan balik, takde la sampai nak bersilat pakaikan collar.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kucing tu nampak memang happy sbb tuan nya jaga dgn baik, semuanya comel comel belaka macam tuan nya juga.

Shahrizat said... [Reply to Comments]

kucing macam tu kan bila kat vet dia punya behave amboi boleh bagi star...tapi as soon masuk kereta dah macam tumbuh tanduk dah...dengan meround dalam kereta itu tak masuk memekak lagi tu..keh keh keh innocent giler tengok muka kaseh tu kat meja vet...adehhh

peej said... [Reply to Comments]

lks - wsalam. lain kali jangan la silent2. tuan blog ni mmg suka mkn, tapi belum pernah mkn orang lg. bagi dorang makan iams. gebu ke? sbb dorang mmg bulu tebal kot. kalau yang yoki tu x gebu pun. heheh.

lss - bagi dorang makan iams. collar tu mmg macam tu. sebab dorang tak pernah pakai. so akan ada moment jakun tu. menggelupur semacam. pernah jugak tersangkut kat tangan la apa. tu maknanya collar tu tak ketat tu. longgar sangat. try ketatkan. lepaskan boleh masuk jari kita satu. so ok. biarkan je dorang menggelupur. lama2 dorang akan biasa. cuba try ye.if jadi jugak asyik tersangkut2 tu, maknanya collar tu x berapa bagus. tempat adjust dia tu jenis senang bergerak. okey?

pn nina - haha. over betul siap jasamu dikenang tau. alah takpa la. sama2 tolong menolong kan.

zarazueyin - geram kan. pemhibur hati dorang ni. suka tgk macam2 gelagat ada.

buyui - muka bengang tu.

iz - kau lagi overrrrr ok. siap tukar. kita orang tak ketahap tu la. maknanya kau mmg kronik. siap bagi dorang dok berehat kat klinik la. heheheh. kelakar2 aje. tp best kan. kesayangan dorang ni.

sh rosidah - hahaha. paling comel dlm semua tu adalah yg tgh type ni kan? hahahahha

shahrizat - kann. tapi kita orang tak lepaskan dalam kereta. kang kucing tak apa2. kita orang yg kelam kabut. so dalam carrier tu je. bunyi pun kurang la. yang banyak bunyi hannan n lulu. terkejut2 kadang time drive.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...