Instagram : @peejburhan

kena biasakan dulu baru ok kot.

aku rasa korang pun dah pernah baca yang aku ni penyegan.
ok bukan la penyegan yang macam sopan santun tu ke apa.
tapi if orang nak jumpa atau terjumpa so tegur. aku akan macam terkulat-kulat.
dah banyak kali la jadi.
reader terjumpa, pastu ada yang tegur. aku macam tak tau nak sembang apa.
kadang2 if noy ada, noy yang sembang. aku akan pusing kiri kanan. lama2 aku jauh je. hahaha.
sangat buduh ok perangai.
i dont know why la.

sebab tu if orang ajak jumpa ke apa. aku macam akan, 'eh takpa laaaaa'. whahahaha.
kau tau tak rasa #thatawkwardmoment bila orang tegur kau.
dia silent reader. orang tu macam tau almost everything pasal kau. tapi kau tak tau satu apa pun pasal dia. kenal pun tak pernah ke apa.
memang akan rasa pelik la. get it?

lain la macam orang tu pun blogger n kau sama2 baca blog masing2.
so kau akan feeling macam orang tu dah rapat ngan kau.
so nak jumpa tu takda la segan sangat kan.
tak pun orang tu rajin interact ngan aku kat twitter. tak pun komen.
so kau rasa macam, "oooo dia ni. kenalllll".
so tau dia mana satu la.
n kadang2 rasa macam dah rapat.

aku tak tau korang perasan ke tak.
aunty sharifah rosidah ni rajin komen entry aku.
boleh kata setiap entry la.
sampai kadang2 if dia tak komen. menghilang lama, aku macma tertanya2.
eh apa cerita aunty ni. mana dia pergi.
wah feeling sangat kan.
tapi memang nanti after few days aunty akan komen aku balik n cakap la dia takda. dia pergi sana sini. tak sempat online.
baru la macam ooooooooo.

so dpd jadi reader aku dah few years.
sampai la few months ago dia dah start komen.
then bawak ke facebook. then ke bbm.
aunty asyik la kata nak jumpa.
walaupun rasa dah kenal. tapi tetap la segan.
aku ni ada satu penyakit daripada dulu sampai sekarang.
aku ni low self esteem la. n selalu rasa inferiority complex.
so kalau boleh memang takmo jumpa orang ke apa.
mak bapak aku mesti marah2. hmphhhh.
what to do. dah memang rasa macam tu kan.

few times dah aunty ada area umah aku. ajak jumpa.
tapi macam takda rezeki.
sampai la last weekend. hari sabtu tu aunty dah inform dia akan ke area umah aku nak makan.
so dia nak jumpa on sunday tu.
siap buat appointment tau. hahaha. poyo di situ. macam la busy sangat kan.
aku memang takda plan except ada wedding la around 2pm mcm tu.
so ok je la. takkan la keji sangat taknak jumpa kan.
aunty suruh ajak noy. tapi dia ada hal pulak.
aku nak bergerak sendiri ni memang la segannn.
tapi dah janji. xkan tiba2 tak pergi kan.
so aunty bbm kata dah sampai, so tak kira. redah gak hujan. ;p
sekali aunty datang whole fam ok!!!!
hahahahahahhahahahahah.

terkulat2 aku. nasib aunty sh. rosidah ni banyak cakap n ramah.
tak pasal aku pun terus banyak sembang.
it was fun laaaa.
aunty memang sangat la peramah. macam tu jugak husband dia.
anak laki dia sorang muda setahun aku pun ok.
then anak perempuan aunty tu pun sweet aje. suka aku tengok.
anak bongsu je senyap.
yang kelakar anak lelaki dia kata rasa kelakar sebab aku ni lebih kurang baya dia.
tapi kawan ngan mak dia. hahaha.

haaaaaaaaaaaaaaa. dengan itu ni aku cerita ye.
aku tak sempat nak reply komen entry 'makcik kolumpo' tu.
ok la bukan tak sempat. memang pemalash.
yang ada kata aku tak polite la, tak baik la apa.
tak layan orang tua la apa.
helloooooowwwwwwwww. kalau aku ni keji la sangat. takda la aku nak layan jumpa aunty sh. rosidah ni ok.
aku buat stuck up aje.
aku ok je la layan orang tua sembang.
esp. sekarang mama dah takleh dengar. kau ingat sapa yang tolong layan kawan2 dia ke apa.
makcik2 yang interested tanya itu ini.
aku la translator nya. pastu mama senyap je. aku la teruskan layan.
kadang2 aku pun dah macam makcik2 layan sembang ok.
tapiiiiiiiiiii. hari tu 'makcik kolumpo' tu menang takleh tahan la.
pening kepala aku.
itu pun aku layan jugak cakap ooooo..iyeeeee. cuma sambil tgk hp.
tapi daripada aku tarik muka n gerak daripada situ. lagi rude.
atleast hari tu dia yang gerak kan. aku bontot tetap melekat kat situ. dok oooo, iyeeee, angguk2.
so dont judge me just because of that lousy entry ye.
apa2 pun aku tetap nak mintak maaf if ada yang rasa aku macam rude kat makcik tu.
baiklah. belajar daripada kesilapan. lepas ni layankannnn aje.
tapi aku up kata kelaurga aku ada ramai kat lonnndonnnnn (cakap gaya aleeza kassim dlm cerita cinta kolestrol).
hahahha. ok sarcasm di situ.

ok sambung.
uncle n aunty belanja makan kat SABA Restaurant kat dataran jelatek. beside seri maya condo tu.
hahhaa. aku tak tertangkap gambar lak hari tu.
layan sembang sangat.
plus segan pun ada. orang sembang. aku sibuk nak amik pic ke apa kan. hahaha.
takpa. ada rezeki jumpa lagi kan. amik pic banyak2.
oh say thanks kat uncle yea sebab belanja. ;p

serious it was fun la.
takda rasa janggal ke apa. ;p
terus rasa macam. hmmmm. it wasn't so bad la. i mean meeting new people kan.
tapi lepas tu aku tweet. cakap la best la apa.
sekali ramai reply kata nak jumpa aku jugak.
terus aku terkulat2 n ketakutan kembali.
terus makan pil tidur. tidur takmo bangun2 dah.
ok tipu. takda la. tapi aku terus tak tenang fikiran membayangkan apa nak buat if orang nak jumpa2 ni?
dont wanttttttttttttttt. segan.

i dont know la. some people suka kot jumpa2 orang la apa. feeling sangat.
aku pulak. i think i prefer duduk belakang pc ni.
tak suka ke depan ke apa. kan kan kan.
ke aku je rasa macam ni eyh?

19 Comments:

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

kak ie pon nk jumpa jugak peeja n mama peeja......blh??? jom wat appointment!!! hhhaaa.....hhhaaa....

Arin said... [Reply to Comments]

aku antara yg tweet ko nak jumpa ngan ko pas ko bertweet ko jumpa aunty tu. hehehhe..

yana halim said... [Reply to Comments]

nak jumpe peeja jugak. nape nak segan2. kite kan fren2. jodoh pun boleh dpt hasil ketukan keybod nie, tauu...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ala peeja sekarang aunty yang malu sbb peeja dah post kat sini, sebenarnya malu dan suka. Malu sbb nanti reader lain ingat aunty mintak layanan istimewa dari peeja, suka sbb peeja sporting layan aunty sekeluarga, uncle dan anak2 aunty pun suka bersembang dgn peeja. Jangan takut kalau sesiapa ajak jumpa sbb kadang2 kita jumpa orang yang best dan sekepala dgn kita, kalau yang jumpa 1st time dah tak best lain kali kirim salam je ok tak payah layan lagi, Cewah bagi nasihat yang hmmfpt.

Peeja nak tengok tak Raja lawak hari Jumaat malam sabtu ni, kalau nak nanti aunty boleh pesan Wan anak aunty ambik Peeja kat mana2. Wan senang ambik peeja sbb dia kan duduk kat KL. Apa pun confirm dgn aunty yea kalau peeja nak pergi. Peeja kan tau no hp aunty atau bbm je.

NMB said... [Reply to Comments]

ape kate pija ajak sume readers2 pija jumpe.. cam buat reunion la... mesti gempak... yelah cam fan club pija gitu.. ei.. x sabar nak dtg kalau pija buat..

chics said... [Reply to Comments]

Takla, bukan kau sorang. Aku pun sama.

Nak pegi rumah mak aku pun bercinta, inikan pulak nak jumpa orang.

But then again, macamlah ada orang nak jumpa aku pon heheheee

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

kiter phm cmner sis rase..
sbb kiter pon ada prangai mcm tuu..
xsuka meet new people kan...
mak pon sllu marah..
bila org dtg umh lari laju2 msuk bilik...huhu..

p/s: tp teringin jugk nk jmpa sis..;p

Nur Wahida said... [Reply to Comments]

hahaha comelnya akak! sekali dia bawak 1 family! haha. meguji ketabahan sungguh!

btw dulu masa yonna aktif forum (5 thn lepas) mmg tiap2 minggu rasa nak ber-gathering. seronok jumpa kawan2 baru ni. forst time la katakan.

lama2,dah tinggal forum, dah start blog and now twitter (diorg selalu buat twtup and gathering), apesal entah rasa taknak jumpa pulak. rasa segan,malu,awkward,nnt nak sembang apa semua blablabla. plus keadaan tak mengizinkan (ALASAN! HAHA) so menceceh beria-ia dlm virtual world je la :p

main point yonna xnak jumpa sebenarnya sebab taknak #awkwardmoment la tu. tapi kalau terserempak haaa takpa.sebab consider mcm dah jumpa lol

sayangsayangibu said... [Reply to Comments]

seronok dik dapat jumpa org baru akk teringin nak jumpa mak peej tau..;p

soklan panaz....
aunty sharifah tu dtng merisik peej kot ;)


opss..risik noy)

opss...sowiiiii....

mamasuri said... [Reply to Comments]

aku takde lah glamour pun peeja..tapi even reality luar pun..aku pun cam ko..nak kata segan takde lah nak segan..cuma takde benda nak cakap...aku lak jenis buat hal sendiri n serius tak reti nak puji2...laki aku pun dah tau perangai aku..kalu aku terjmp kawan ke..setakat tegur ..g mana..dari mana..then fullstop..huhuu..tak mesra alak..nak wat camno...hehehe..apaun..kalu nak wat gathering jemput lah aku ye..ahaks

Rina277 said... [Reply to Comments]

Peej..aku pun teringin sgt nk jumpe ko..dh bertahun baca blog ko ni n rasa mcm dh rapat dgn ko sefamily..apa kata ko organize buat potluck ke..ajak sume blogger n readers ko jumpe kat mana2..mst gempak giler punyer bile dh berlonggok..maka hilang la penyakit segan ko tue..hehe..

fdyana said... [Reply to Comments]

wah wah wah... datang merisik noy laa.... sebab peeja dah ade 'dotdotdot',kan? ;p

anyway,peeja... its nice to get to know the other side of you although we've been to the same school tapi tak penah kenal peeja like how i know you,now :) no wonder you looked so distance je,pemalu rupenye..cute!

VFN said... [Reply to Comments]

peej,jom dating! angkut aie skali..
muahahahaa

i.z.m.a said... [Reply to Comments]

aku pun rasa cam dah kenal ko la peeja sebab hari2 dok baca blog ni. pastu laki aku pun join jugak jadi stalker hari2 dok baca. then balik umah nanti kitorang mesti siap jadikan topik borak 2 orang. see, kitorang macam dah kenal ko pun ye gak ni. hebat an!

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

dah kata kite ni spesis 'ikan', harus la malu2 n buat hal sendiri gitu. tu yg org kata sombong tu, jenis tak reti bergaul. dulu aku nak pegi kedai pon takot. nak kene berteman. nak bertanya arah pon segan & rela tersesat. inikan nak jumpa blogger2 kat luar. tido tak lena aku memikirkan. huhu.

so skrg aku hantar anak aku kat nurseri supaya x jd mcm aku. tp skrg die jenis tak reti malu plak dah. hahah

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

wei aku pon sama mcm ko, tp x la mcm ko femes kan org beratur ni nk jumpa..haha!

aku lak kalau kuar ngn kawan2 then bawak org br kenal, mula la sejam dua sebelum jumpa aku akan gelisah sbb x reti la ape la..last2 aku lak lebih2 . iye aku mmg over...haha!

kalau org br jumpa aku mmg akan igt aku ni sombong la ape la...tu sbb aku tgh handle #awkardmoment la tu..hehe!tp pastu aku ok je, nak2 kalau org tu pandai handle the situation, x kenal maka x cinta

ok jom jumpa!*aku dh mula gelabah2..haha!

NenekPenne said... [Reply to Comments]

alaaa peeej rileks aaa pasal peminat yang komen u dalam entry bertajuk makcik kolumpo tu..

at times memang kita rasa tak nak layan makcik mcm tu sebab tercuit dalam hati kata 'eh poyo lah makcik ni' tapi the way kita dok belek2 phone kat situ masa orang tu bercakap memang laa tak elok kan... so kita kena jadi hipokrit dgn berkata eeehh yer ke makcik?? gitu?? ooo ramainya anak makcik dok kolumpo...

tapi i kan, kalau rasa mcm malas, i cakap jer, makcik dok kejap jer, saya nak pi tandas jap...pastu jangan harap nak datang balik dok situ semula..tu namanya 'bunuh diri'.. memang tu nampak lagi rude tapi i would rather say, its rude berhemah... ..eh apa i merepek ni...ha ha ha..

eh peej jangan terasa hati pulak yer dgn komen i ni..

cheers...

doll said... [Reply to Comments]

biasa2kan diri ngn org2 tua nie..sok2 kan peeja kawen, kena buat lawatan kat umah sedara mara laki, ms tu lagik laa segan sehh..tp kalau mulut kita nie peramah, pandai amek hati depa tu semua, Insya Allah jadik menantu kesygan seantero..

hak ah, mmg kalau baca blog org tu, rasa cam dh kena jer blogger tu esp klu dia dok citer psl diri dia dan perasaan dia, cam peeja kan?ramai blogger pun kata peeja nie sweet dan good girl..seriously..

shuweet said... [Reply to Comments]

aku slalu jumpa ko kat jj au2 tu..hehehe..tapi segan nak tegor..dlm ati kobar2 nak kenal ko nak sembang2 nak minta bbpin tapi pendam..leh tak gitu??

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...