Instagram : @peejburhan

kembali ke 19 tahun yang dulu.

hari yang sangap.
tak tau nak buat apa.
nak update malas.
dah puas tengok orang update.
lepas tu tak tau nak buat apa.

so layan facebook.
aku jarang layan facebook.
sebab tah. malas kot. sesekali je la aku check out ada apa-apa ke.
sebab tu aku punya update ke apa takda apa sangat la kat sana.

nway about a month ago kawan aku azlina ni add aku kat facebook.
azlina ni kawan masa aku sekolah rendah. daripada darjah 1- darjah 4 half year macam tu.
aku sekolah kat sekolah rendah kebangsaan jalan gurney 1.
then kat setiawangsa ada bukak sekolah. so pindah la ke situ. dekat sikit kan.
then habis situ la. aku memang tak contact ke apa.
sebab katanya budak kecik kan.

then sebelum masuk mrsm terendak.
aku sekolah kat ampang girls sebulan kot.
aku terjumpa la dua daripada kawan sekolah rendah aku ni. kenal la. aku cam.
tapi tegur2 macam tu je la.
then senyap again.
sampai la aku masuk CBN masa aku form 6 pulak.
aku sekelas ngan azlina ni.
aku memang kenal la. tak banyak berubah dia. sama aje.
sebab apa aku kenal dia?
sebab masa dulu dia selalu jadi penolong kelas.
then nama dia azlina shah bin azlan shah.
so masa kecik2, aku ingat dia anak agong ok. time tu sultan azlan shah ni agung. hahah. bengong aje.

then aku kenal sebab kan masa sekolah rendah.
korang ingat tak. abis je exam. kau boleh bawak mainan pergi sekolah.
so azlina ni mainan dia memang best-best la aku rasa.
kalau barbie doll tu. dia siap ada rumah, kereta, bilik la. ish macam2 set la.
aku ada anak patung aje. tsk.
then kalau mainan supermarket. dia ada cash register. siap ada yang belt tu. apa nama benda tu.
kira if kau letak barang. barang bergerak ke cash register.
time tu memang aku rasa macam, bestnyaaaa dia. mainan dia bestnyaaaaaaaaa.

macam tu la.
so tadi aku bukak page azlina.
aku tengok ada pic bawah ni.
pastu ada komen-komen.

:: jeng jeng. yang mana aku? ::

gambar masa aku darjah 3.
3 hijau. ingat lagi cikgu2 tu.
yang kiri tu cikgu english. garang. nama aku x ingat.
yang tgh tu cikgu kelas aku. x silap nama dia pn. zainon. yang kanan tu ustazah.
ustazah hafisah x silap nama dia. lembut sangat dia. suka aku.
tak garang macam ustazah aku masa darjah 2. yang cubit aku tu. ;p

tgk dorang bersembang terus aku sibuk2.
sebab aku rasa excited. sebab serious sangat familiar nama2 tu.
sorang tu nur khursiahmi. sorang lagi shakiza.
shakiza aku kenal. khursiahmi ni aku x berapa sure yang mana satu daripada pic tu.
then start sembang. terus aku recallll ok. terus rasa seronok.
sebab aku can almost recall all the girls dalam kelas tu.
yang aku x ingat mungkin 3-4 orang aje.
kagum gak ngan daya ingatan aku. huhuhuhu.
hello. sekolah rendah kot kan.
tapi mostly tak ingat aku. sebab aku kan gerak awal.
selalu if kau ingat pun masa kau dah darjah 6 ke apa la kan.

tiba2 kawan aku siap tag pic tu kat budak2 lain. lelaki.
terus rasa bertambah2 ceria. sebab terus ingat balik. hahahah.
seronok kejap rasa.
hoih dah besar2 semua. ada yang sama je macam kecik2. ada yang lain bebenar.
then dorang mula add aku yang pompuan2 ni la. tgk pic2. ish ada yang muka sama. ada yang dah berubah muka.
mostly semua dah kawin. ada yang anak pun dah ada semua. heheheh.

mengimbas kenangan betul la.
seronok betul la.
yang aku ingat masa darjah 1 aku baik ngan illi nadiah.
tu yang dia sibuk add tadi. sebab dia tak ingat aku.
sebab aku cakap la masa darjah satu aku baik ngan dia.
aku ingat sebab ada satu petang tu balik sekolah.
dia ajak aku pergi office bapak dia. kat felda sebelah sekolah aje.
rasanya sebab dia nak mintak duit kot. nak beli ice cream ke tah apa2 tah.
aku ikut je la.
illi ni kecik je time tu.
pergi la. sekali masuk scary. sebab orang dah balik kerja kot. gelap aje. pintu banyak dah kunci.
memang aku rasa sangat takut la time tu. kau bayangkan kau darjah 1.
takut2 macam tu. pintu semua besar2 n menakutkan aku rasa.
kita orang sesat2. nasib guard jumpa. so dia bawak ke bapak dia. bapak dia nak balik dah.
hahhaha. sesuka hati kan.
aku ingat lagi time tu bapak dia badan besar2 sikit. rendah. x berapa tinggi la.
then bapak dia pakai baju macam bush jacket tu.
then bapak dia hantar balik aku kat sekolah.
nasib aku tak terlepas bas sekolah ke apa ok.
sebab selalu kan darjah 1,2,3 akan balik 1/2 hour awal.
kalau x jadi kerja pulak bapak dia kena hantar ke rumah aku.
tapi tak silap aku time tu dia pakai driver.

then darjah dua aku baik ngan sorang ni pulak.
nama dia izrin irina. yang dok depan belah kiri tu.
dulu dia rebutan student lelaki. sebab dia macam mix. so mmg hot la kira.
tapi dia sangat baik la. takda la eksyen ke apa.
yang aku ingat ni pun sama.
tah macam mana. aku balik. aku ikut dia pergi rumah dia.
time tu rumah dia kat sri rampai.
tujuan ikut sebab nak main doll house dia.
pastu kita orang siap sembahyang sama2 la.
aku ingat lagi time tu mak bapak dia takda. kerja.
bapak dia kerja behn mayer tak silap. sebab dia suka bagi aku card raya tu.
then aku telefon arwah atok untuk amik aku.
ish keji kan. sesuka hati aku je nak merayap kan.
nasib mama tak tau. if tau mesti kena dah aku.

then darjah 3 aku baik ngan azian (berdiri atas- 2 dari kiri)
azian ni pun aku pernah ikut pergi balik rumah dia.
dia dok kat flat kat keramat dekat ngan masjid kat simpang nak naik ke gurney tu.
aku x sure apesal aku ikut dia. ada la sebab kot.
adik beradik dia ramai. dia ada kakak n adik semua.
bapak dia bawak teksi. ingat lagi. kat teksi tu ada nama bapak dia.
dulu mostly teksi mesti sendiri punya kan.
nama bapak dia abu zarim tak silap.
teksi bapak dia warna hitam kuning tu.
ingat lagi tak? dulu teksi kita color tu.
aku rasa pergi rumah dia main2 kot. kat taman rumah dia.
makan semua. tapi aku quite rapat la ngan dia time tu.
budak2 lelaki suka ejek dia axion. hhahaha. tah apa2 tah kan.

then darjah 4 tu aku rapat ngan balqis pulak. (berdiri atas 5 dari kanan)
maybe sebab time tu sama2 pakai tudung kot.
wah jangan tak tau. aku darjah 4 pakai tudung ok.
tah apa motip. lepas tu tukar sekolah tak pakai pulak. hahahah.
aku ingat lagi time tu kita orang ada ustaz ni. shahbudin kot nama dia.
suka sakat kita orang. macam tah apa2. aku x ingat la apa dia sakat.
yang pasti tak abis sakat aku ngan balqis ni la.
ustaz ni kalau x ingat memang saje je la.
sebab apa? sebab dia jenis rambut perang. macam red hair tu.
misai dia. bulu2 tangan dia semua la.
gempak kan. heheheheh.

macam2 la pengalaman ada.
makanan favourite kat sana.
game apa main masa rehat.
seronok aku. ni ada jugak tak tido lagi ni.
sibuk dok comment2 tanya itu ini.
tersengih2 je aku teringat zaman kecik2.
seronok je kan.

ok tu je. nanti2 sambung.
dah tau mana satu aku kat pic atas tu?
rasa2 sama ke tak muka aku dulu n sekarang?
;p

13 Comments:

Dolphin1502 said... [Reply to Comments]

Salam from a silent reader. I just came back from a wedding reception at Dewan Felda. Name of bride ... Izrin Irina Muhd Noor. And yes, the father used to work at Behn Mayer. If this is the same classmate that u described in yr post, what a small world it is, ekk?!

peej said... [Reply to Comments]

dolphin - wsalam. omg really? i pun x tau. sebab memang takda contact ke apa ngan dia. segan pulak nak add2 ke apa kan. if it's really her, mmg what a small world kan.

n Z r A said... [Reply to Comments]

bahagian belakang sekali 4 dari kiri ke? huhuhu

deasa said... [Reply to Comments]

nak teka jugak
belakang dari kiri no 4

sama jawapan dgn n z r a

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Peeja : Mama tears dear, remembering the days when arwah atok took care all of my children when mama goes to work utk memcari rezeki tambahan utk keluarga..
Sweet experience though..

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

aku tau ko yg mane..barisan blkg no4 dr kiri..hehehehhehe..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

memang seronok kalau dapat jumpa kawan kawan dari sekolah rendah kan, aunty pun ada add dua tiga orang kawan kawan dari sekolah rendah ada yang dah bercucu pun dan ramai juga yang telah meninggal dunia.

ok sekarang aunty nak teka peeja yang diatas sekali sebelah kiri baris yang ke 4 yang pakai gown sekolah tu kan?

Beautyfull_Maria said... [Reply to Comments]

Nak give a try jgk la tp mcm same jek dgn readers yg lain..4 dari kiri..btul x??

Gmbar yg btul2 mngimbau memorikan...

peej said... [Reply to Comments]

ye la semua teka pun betul. ketara sangat yea sama muka aku? hahaha

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

bahahaha!sng gilo dowh nk kenal muka kau, [aku pon jwb no 4 dr kiri tu!]

aku pn suka gak jumpa balik kawan2 lama, tp ade jugak memories yang aku spi kesudah aku x leh recall spt bulan puasa aku paksa budak2 ni mkn bekal aku bwk so hari tu diaorg akan dianggap x puasa..keji kan?spi ke sudha aku x leh time bapaknya jahat aku dulu..hahaha!

peej said... [Reply to Comments]

hahaha. gila jahat dow kau. dah la x puasa. siap ajak geng.

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

barisan hujung berdiri 4 dari kiri kann kannnn??? kalo tak silap aku la.. memang sebijik gilaaaaaaaa

doll said... [Reply to Comments]

4 dr kiri!4 dr kiri!muka x berubah yea!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...