Instagram : @peejburhan

expose mistik : sixth sense

Hi Peej. Ni second time I nak karang expose mistik nie. 
This time, bukan pengalaman yg I tempuh tapi ni cerita from my mom. 
Cerita mungkin sedikit lari dari cerita asal sebab biasa la, cerita dari mulut ke mulut. Ahaks. 
So let’s start.

My mom is a high school teacher. 
Nama sekolah dan lokasi dirahsiakan utk memastikan cerita ni tak jadi semakin mengarut.

Masa I balik ke rumah parents baru-baru ni, timbul cerita pasal hantu kat sekolah dia. 
So I paksa my mom cerita. 
Dia pun buka cerita.

Semuanya bermula dari seorang pelajar, Ain (bukan nama sebenar) mula diganggu. 
Dia tiba-tiba jadi senyap dalam kelas dan pandang orang dgn mata yang tajam (bulat mcm kena rasuk). 
Tapi masa tu dia tak buat kecoh lagi. 
Dipendekkan cerita, seorang pelajar lain yg bernama Fify (bukan nama sebenar) beritahu cikgu yg Aina kena kacau dengan makhluk halus. 
Bila cikgu tanya camne dia tahu, dia kata sebenarnya dia mmg boleh nampak makhluk halus. 
Dia kata, kat sekolah tu ada banyak hantu. (Disahkan oleh my sis yg pernah bersekolah di situ juga).

Lama-lama, si Ain ni pun dah boleh nampak. 
Orang kata, kalau jiwa dan sensitif, senang nampak makhluk halus tu.

Makin lama, makin teruk. 
Budak-budak lain ada yg dah mula kena mcm Ain tapi diorg tak boleh nampak la. 
Cuma rasa mcm badan penat, kepala pening, bahu lenguh. 
Ada sorang ustaz tu ckp, bahu budak tu lenguh sebab makhluk halus tu bertenggek kat atas budak tu. 
Dah mcm dlm movie The Shutter pulak I rasa.

Benda ni berlarutan sampai satu sekolah tahu akan kewujudan hantu-hantu tu. 
Makin ramai budak dah kena mcm Ain. 
Cikgu larang si Fify ni datang sekolah tapi mcm mana pulak la kan? Dah budak tu nak datang. 
Si Ain ni pun dah join the club.

Ada satu kali tu, sorang cikgu ni jumpa sorang pelajar kat bilik guru. Camni conversation dia:

Pelajar : Cikgu, saya kesian tgk budak kecil tu
Cikgu: Budak mana?
Pelajar: Tu, budak kecil kat tepi pintu tu. Kesian dia, cikgu. Dia menangis. Camne nak tolong?

Cikgu tu pandang kat pintu yg dimaksudkan. 
Pintu tu berdekatan bilik sembahyang mereka. 
Takde budak kecil! 
Later she found out that budak yg berbual dgn dia tu ialah Ain!

Sejak tu, cikgu-cikgu pergi bilik sembahyang secara beramai-ramai sebab takut. 
Pergi toilet pun paling kurang berdua.

Cerita ni klimaks apabila seorang pelajar panjat tingkap kelas dia, keluar ke beranda belakang dan cuba terjun dari bangunan. 
Nasib baik dia sempat diselamatkan oleh guru. 
Budak tu tak sedar apa. 
Yg dia ingat, dia ikut sorang budak tu main-main. 
Budak tu panjat keluar, dia pun panjat keluar. 
Lepas tu budak tu terjun dan dia suruh pelajar ni terjun sekali. Nasib baik la dia tak terjun.

Sudahnya mereka minta pertolongan ustaz dari luar. 
Satu malam tu, ustaz-ustaz ni datang ke kawasan sekolah dan mulakan operasi pembersihan. 
Dptlah ditangkap mana yg nak menyerah diri. 
Tapi ada 51 makhluk halus yg taknak pindah atas alasan tanah tu mereka yg punya dan mereka dah buat perkampungan di situ.

Kat belakang kawasan sekolah tu mmg ada kawasan lapang pastu bertebing. 
Di situ la kampung mereka. 
Pernah jadi kes sorang pelajar ditemui mati kat blkg tu. 
Post mortem menunjukkan dia sakit jantung. 
Ustaz ckp, budak tu terperanjat sbb dia terserempak dgn kampung tu. Wallahualam.

Ustaz kata, ada 5 jenis makhluk halus kat sekolah tu : Langsuir, nenek kebayan, orang bunian, toyol dan I tak ingat lagi satu. Huhu, sorry.

Now, tak sure apa jadi. Nak kena tunggu balik rumah minggu depan, baru boleh update.

Oh, tentang yg berkeras taknak pindah tu, telah diadakan satu MOU dengan mereka. 
Mereka tak boleh kacau student. 
Kalau tak, mereka akan dipaksa pindah. 
Ustaz tu ckp, mereka geram dgn Fify sebab Fify ni nampak diorg tapi taknak kwn dgn diorg. 
Diorg tau Fify ni boleh nampak diorg sebab Fify pernah tolong satu anak toyol cari mak toyol yg hilang. 
Isk, mcm susah nak percaya kan? 
Tapi Fify mengaku yg dia ada tlg anak toyol tu sebab kesian.

I pernah duduk kat asrama so agak percaya akan cerita-cerita mcm nie. Hehhee.. can’t help it.

-Liz-

charming-umi.blogspot.com


...................................................................................


hi liz,


haiyoh nak pengsan.
sebab aku ni imaginasi tinggi. so kalau aku baca. aku suka bayangkan.
n kadang2 siap buat2 gaya utk fahamkan.
masa kau kata pandang mata bulat macam kena rasuk tu aku dah faham sangat.


oh ni sekolah asrama yea.
tapi tang tiba2 nak tau sambungan kena balik rumah tu tension ok.
sebab nak tau sambungan. dah macam drama kat tv pulak kan.
ish banyak betul benda2 scary ni kan.


walaupun cerita ni ala mild aje.
tapi bila kau list out kan 5 jenis tu tiba2 seram.
sebab time nak schedule post ni tengah sorang2 n pukul 2++ pagi ni. gulp.


ok la tu je..
semalam malam jumaat semua :)


3 Comments:

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

Peej, tu bkn sekolah asrama. sekolah harian. cuma I dulu duduk asrama, so bab hantu2 ni dah biasa dgr. so mcm agak percaya la.

I dah tanya my mom. dia kata, sejak tu.. mmg dah takde gangguan. alhamdulillah.

benda2 ni hanya syaitan yg nak menyesatkan kita. dia kacau kita, biar kita lebih takut dgn dia berbanding Allah.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Memang scary la cerita ni. Nasib baik aunty baca dlm kereta dan uncle pun ada, kalau sensorang kat rumah memang tak baca lah, takuuut.

peej said... [Reply to Comments]

liz rohaizat - oh ye ke. nasib dah takda apa kan.

sh. rosidah - kalau berani baca tu ok la. x tahap penakut melampau kiranya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...