Instagram : @peejburhan

expose mistik : kok kok kok.

tiba-tiba aku keliru.
pernah ke aku keluarkan cerita ni?
rasanya tak pernah.
tapi bila baca rasa familiar.
so aku dok la check entry2 kat scary-mary tu ada tak aku pernah publish.
takda pulak.
ni mesti masa dapat email ni aku terus baca kot.

aku usually if korang bagi tak terus baca.
aku biarkan dulu.
nanti nak schedule post baru aku baca.
senang nak komen sekali kan.
aku rasa email ni ada dah terbaca earlier.
tu yang bila baca balik ni rasa. familiar je. ;p

ok ni ceritanya.

................................................................................................


Salam Peej


Cerita 1

Ni aku nak cerita pengalaman yang sangat x leh lupa...
Kisah ni jadi kat aku awal tahun lepas
Masa ni aku baru je kawen dengan husband aku Dec 2009....kisah terjadi February 2010....
Kitorang dok umah sewa lagi time ni.
Ada 1 hari tu husband aku keje shift malam....so tinggal la aku sorang2 kat umah...
Aku takde rasa apa pun, biasa2 je la, sampai la tido...
tiba-tiba dalam kul 2am camtu(aku baru je lepas tengok jam kat meja tepi aktil) aku rasa lain macam...
bulu roma meremang...tiba-tiba aku nampak lembaga hitam seakan2 husband aku kat depan katil, lembaga tu terus baring kat seblah aku....aku memang gigil2 tak tau nak cakap ape...baca ayat kursi pun tunggang langgang...baca 3 kul kejap salah2 ayat...time ni memang takut sangat...aku terus jugak baca sampai la aku tertidur n sedar2 dah azan subuh...

Sampai sekarang bila teringat, sangat takuttt...


 Cerita 2

Masa ni jadi bebaru ni...bulan lepas seingat aku...
Masa tu tengah main-main dengan baby, main bunyi2 haiwan
Bunyi ayam kok..kok..kok..
Masa tu dah kul 9pm camtu la...lepas tu aku teringat x elok sebut bunyi2 ayam tu sebab ada benda halus yang bunyi camtu...
Arwah nenek sebelah ayah pernah gitau kalau bunyi nye sayup2 maknanya benda tu dekat kita, kalau bunyi kuat pulak sebaliknya..
Kalau kat Sabah diorang panggil penanggal atau balan-balan...
kul 11pm aku dah nak masuk tido sebab baby pun dah tido...
Sekaliiiii....dekat seblah tingkat aku terdengar bunyi kok...kok....tu (macam bunyi ayam tapi pelik skit)
Memang gigil takut sangat...rasa nak nangis pun ada, husband keje malam time tu...
Habis tu aku baca je la apa2 yang patut....& baring peluk baby...
Alhamdulillah benda tu lama2 hilang ...


Cerita 3


Ni cerita zaman-zaman aku sekolah pulak
Dulu aku & adik aku tuition Maths kat umah kawan mak aku, husband cikgu ngajar satu sekolah dengan mak aku la
Tuition kul 7pm-9pm...kadang lamabat skit beberapa minit kalau dia bagi test...
Pergi balik bapak aku yang hantar n amik...
Time tu awal lagi tapi dah dekat2 kul 10 la...
Kuar simpang dari taman perumahan cikgu tu ada bus stop kat seblah kiri jalan...
Bila bapak aku lalu situ sekali tiba2 bapak aku break....& cepat2 kuar dari keta...
Aku n adik aku ni jerit2 tanya..napa pak...napa pak...
Bapak aku g depan keta n tengok2 bawah keta...
lepas tu dia masuk keta n x cakap apa2 terus drive sampai umah
Kat umah, baru la bapak aku citer kat mak aku...
Dia kata masa kuar simpang tu dia macam terlanggar seorang pompuan sedang duduk berteluku tapi x nampak muka...
kiranya sebelum terlanggar bapak aku sempat ternampak benda tu...
tapi bila kuar dia x nampak apa2 kan...so kitorang x terkata apa2...malam tu tido ramai2 kat hall sebab takut...
selepas beberapa hari mak bapak aku cerita sini sana barulah kitorang tau.

tempat tu memang selalu jadi accident sebab ramai orang 'terlanggar'  'sesuatu' kat situ.
simpang kuar terus ke jalan besar biasa la keta laju2 kan.
& kat situ memang ramai orang selalu nampak tiba-tiba ada orang melintas sehingga terjadinya kemalangan sehinggalah ke hari ini...


-umie baidura-


.....................................................................................................


wsalam,


yang cerita pertama tu scary ok.
tak silap dulu mama pernah cerita.
zaman kecik2 ada batman papa kena.
kononnya papa balik kerja. dia tegur ke apa pun x layan.
pastu papa terus tido dalam bilik tetamu.
esok pagi dah gerak.
sekali lepas tu dia nampak lagi papa balik. kali ni papa betul la.
bila dia tanya. papa kata mana ada papa balik. papa dok buat kerja kat pejabat.
tapi bila check bilik tetamu tu katil memang komot2 macam ada bekas orang tidur.
hish scary kan. nasib masuk bilik tetamu. 
kena macam atas ni. tido sebelah kita. uwaaaaaaaaaa. takut laaaaaa.


pasal cerita kedua pun pernah dengar jugak kan.
pasal benda yang bunyi macam tu. hish x suka la.
nasib la aku x pernah terdengar pelik2 ni ke apa.
terima kasih Tuhan. :)


ok tu je untuk hari ini.
selamat malam jumaat semua. 


3 Comments:

Princess Kekuri said... [Reply to Comments]

wargghh cerita no2 & 3 memang takut..:(

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

nasib baik aunty tak pernah melalui pengalaman hantu hantu ni walaupun rumah aunty dekat dgn kubur, syukur.

nadia- said... [Reply to Comments]

ok...sume cite scary-merry kak peej ni is seyesli scary ok...xde yg kurang scary or pape yg less than scary...tatuuuiit...!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...