Instagram : @peejburhan

tapi terpijak apanya?

noy ni since sebulam lebih tu dia punya kaki macam bengkak.
bengkak je takpa. tapi siap sakit semua la.
sampai nak berjalan susah la apa.
tengok pun kadang2 scary.
buku lali pun dah x nampak sebab bengkak.
urat siap tertimbul2 la apa la.
kaki dah nak sama besar ngan aku je tengok.

kat joint2 pun sakit la apa.
pelik la.
tanya jonet pun jonet tak tau napa.
dia kata kena jumpa pakar la.
so far tak jumpa la. tapi memang pelik la.

masa lepak ngan ice ada la ice cakap.

ice : bukan la aku nak orthodox ke apa. tapi kan mak long aku pernah kena macam ni. tapi sebab dia ada terlangkah ke terpijak something.
me : ha haaaaa.
noy : takla laaa. awak ni. jangan la menakutkan saya.

then esoknya tu ada la makcik tu datang untuk urut2.
mula-mula urut mama.
then settle panggil untuk urut kaki noy lak.
dia urut la betis semua.
then kaki.
noy kata tengah urut tiba- makcik tu turunkan spec dia ke hidung. pandang noy n cakap.

makcik : dikkk.adik ada tak pergi mana-mana keluar ke tempat-tempat tertentu.
noy : pergi mana pulak? saya memang la selalu keluar.
makcik : kat bilik air la.
noy : selalu la pergi.
makcik : tak la. ni macam kat luar. adik macam lamaaa kat tempat tu.
noy : tak ingat la pulak. kenapa?
makcik : makcik rasa adik terpijak something la dik. tempat dia. kat tandas rasanya.
noy : ish jangan la menakutkan saya.
makcik : tak. sebab makcik dah urut lama. macam betis makcik urut elok panas. ni makcik dah urut kaki adik lamaa sangat tapi still sejukkk je. tak panas.
noy : takut la. macam mana ni.
makcik : makcik nanti buat air. adik minum n sapu kat kaki ni yea. dia selalu sakit time nak tidur n bangun tidur kan?
noy : a ah.
makcik : adik try. tengok ok ke tak. nanti minggu depan makcik datang lagi. makcik buat air ni reti la. if tak ok nanti adik try la check orang2 yang pandai.

va va va.
scary kan.
tapi takleh recall lak time bila.
tapi aku tengok dia buat tu ok sikit la.
tak baik 100%. tapi rasanya 70% rasa ok la.
ada lagi sikit2 la.
tapi gila scary. i mean if betul la terpijak ke apa kan.

tapi ada satu ni la jadi.
aku pun ada time tu.
mama ada cerita kat blog dia. aku tak update rasanya. tak ingat la.

ada satu malam tu kita orang balik.
around 1ish am kot.
nak masuk parking.
kereta senget. so reverse nak luruskan balik la park tu kan.
masa reverse tu tiba2 macam kereta terangkat. siap bunyi "gedukk.gedukk".
terangkat macam bila kau ada ternaik atas batu ke apa tu. boleh rasa la.

noy : eh apa tu?
me : entahhh. ada la tu kot.

aku baru nak main2 cakap haaaaa..kau terlanggar ciko.
ciko tu kucing liar la. selalu lepak umah aku. kita orang kasi makan.
then lepas reverse. nak ke depan balik pun still terlanggar benda tu.
then keluar la kereta.
aku gerak la. noy kena la pusing lalu belakang kereta kan.

noy : laaaaa. langgar ulat gonggok la. *sambil dia tunjuk ngan hujung kaki dia*
me : manaaa?
noy : niii. besar kan.
me : eh tu bukan gonggok la. tu lipan bara dowww. ishhhh. masuk la.
noy : kenapaaa? *muka cuak* kau ni menakutkan saya la.
me : masuk je la.

aku time tu tiba2 bulu meremang.
scary ok. dia panjang macam pembaris pendek tu.
badan tebal macam besar jari kelingking tu. *read: jari kelingking aku beso*
then kaki2 dia memang macam merah2 menyala macam tu. ish.
sebijik macam yang mama letak kat blog tu la.
aku takmo letak sini. scary.

ok aku tak tau la pasal lipan bara except benda tu berbisa kan.
tapi aku tau. dulu pernah aku cakap aku mimpi spider bisa la apa.
then ramai komen kata tak elok la apa. petanda tak baik la apa.

so masuk terus cerita kat mama la.
mama pun seram.
mama kata lipan bara ni selalunya jelmaan.
kadang2 tu benda tu. if kita terlanggar tu yang dia menjelma jadi tu. Wallahualam.

tapi yang buat kita orang macam pelik tu.
ok la tu lipan kan.
tapi. kenapa masa langgar tu dia punya gerak tu melampau.
memang tak logik if langgar benda tu boleh terasa macam tu sekali gegaran kat kereta tu kan. ish.

apa-apa pun hopefully bukan benda2 pelik la kan.
noy kata bulan depan baru dia nak check kat pakar.
sebab doktor biasa bukan tau apa.
dorang bagi pain killer n ubat kurang bengkak aje.

ok itu je misteri nusantara untuk hari ini.
ni bukan segment ye. random entry aje.
ok bye.

15 Comments:

AimanAriffin said... [Reply to Comments]

eeeeeeeeeeee so scary :( what an experience!

LadyRye said... [Reply to Comments]

eh betol la peej pasai lipan bara. Aku pn ada xperience mistik bab ni, jd kat abah aku. Nanti aku cerita sbb on9 ngn hp cam gampang, xbest type.

Princess Kekuri said... [Reply to Comments]

misteri sungguh eee takut suda, hope noy will get well soon :)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Eeei takut pulak mendengor nye, harap bengkak Noy tu tak serius lah.

Masa kak Nani post cerita lipan bara tu aunty ada komen, kebetulan nak aunty cuti masa tu, di tidur kat bilik dia tiba2 pukul 2.00 pagi dia menjerit sekuat2 hatinya,Ya Allah lipan bara tu berjalan atas tangan dia nasib baik dia tak panik aunty ambik shelltox dan spray lipan tu tak mati pun dah geram aunty empok dengan penyapu terus mati. Bila teringat yang kak Nani cakap Lipan bara tu mungkin jelmaan sampai hari ini rasa takut dan bersalah sbb bunuh lipan tu.

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

scaryyy laa..
hope xder paper yg serius kan....

ceera said... [Reply to Comments]

mmg scary
suh noy cek cepat2 la.. bahaya tau kaki.

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

kesiannya noy, hope pasni oklah la kan.ish, scary pun ade.tak suka :(

tuan tanah said... [Reply to Comments]

hmm.. bukan nak kata apa gak.. tapi cam setuju ngan ice or ngan makcik urut tu..
tahun lepas adik saya cam ni gak la. dekat sebulan lebih sakit.. jumpa doktor takyah cakap la.. banyak dah..
pastu gi jumpa darussyifa' sampai 3 kali, ustaz tu ustaz ni, siap nenek tolongkan sekali.. rupanya mmg ada terpijak something.. lepas dah buang sikit..sekarang dah ok..alhamdulillah..

masa dah lepas baper minggu tu, mmg dia takleh jalan..pakai tongkat, wilca..siap dia duk atas kusi, then angkat kusi tu naik tangga bawak masuk umah..bayangkan.. kitorang ni family berisi.. aduss.. memang berat la kan..huhu..

tapi try la kan jumpa doktor dulu kan.. lepas tak berkesan doktor, leh la gi berubat ngan ustaz ke apa kan :)

semoga noy cepat sehat, sian dia tak dapat nak pi kerja..
kami semua doakan noy cepat sihat :) aminnn

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Peeja
Time pregnant aritu pun asek kena mimpi ngeri
Pegi berubat.. pakcik tu kata lipan bara memang antara benda tu...

Aritu pun masa pregnant kat rumah lama, ada lipan ni.. tak tau mana datang, tiba tiba ada..
Atas karpet tau n tak bergerak.
Jerit panggil husband n dia kata kena bunuh ni.. so dia bunuh n putuskan dua..

Buang kat depan pintu rumah laaa sebab time tu tgh malam..
Bila bukak balik pintu depan tu..
Pecaya tak, takder langsung bekas lipan yang dah putus dua tu..
Hilang macam tu jer..

Scary mary kan?

Che Sue said... [Reply to Comments]

better berubat awal beb..mcm kawan asben aku, start bengkak la..then naik mcm bisul then pecah bernanah2 tak baik2..mula ingat diabetes ke sb susah giler nk baik..doktor sume pun dah pepelik siap cek darah segala..last2 balik berubat kampung, ada pakcik ckp dia terpijak or terkena kenc.benda2 tak elok ke hapa tah..ngerii~!

until now dia still berubat..kesian weh..dah 4thn dah..kejap surut kejap jadi balik..gitu aa..

LadyRye said... [Reply to Comments]

ok sambung, skang online dengan laptop senang nak type


3 years back, family kitorang buat makan-makan durian..abah aku beli 3 guni durian camtu..

tengah2 makan tetiba mana mari tah lipan bara sekor gila besar aku tak tipu, tak penah aku tengok lipan bara besar camtu..

abah aku terus cantas la dengan parang kopek durian tu, pastu dia penyek

pastu mama aku kais dengan penyapu, letak dalam pengaut sampah tu pastu letak kat luar rumah

besok tu abah aku demam, kitorang ingat demam la sebab makan durian malam tu

pastu dia cakap, tangan dia berdenyut kat pergelangan tangan tu, yang pelik tu tadek bengkak ka hapa, tapi abah aku sakit la sangat sampai merintih.

kesian ok tengok abah yang selama ni gagah perkasa merintih sakit! orang cakap orang laki ni payah nak merungut kalau sakit, tapi abah aku sampai tahap merintih. aku sedih.

tapi yang heran tu, pi klinik doc cakap tak dak apa pun. urat apa semua ok, x-ray pun ok, tapi abah aku sakit tahap gerak sikittttt saja pun dah meraung!

pi urut ramai gak la kat tukang urut sampai tukang urut yang last, pakcik tua, rumah kat kawasan pendalaman gak la..

terus dia petik ada malam tu abah aku bunuh jelmaan dia camtu la lebih kurang..bila ingat2 balik, baru ingat abah aku tetak lipan bara tu..lepas tu dia buat air, suruh guna basahkan tempat sakit tu, dengan dia sembur sirih pinang kat tangan abah aku..

magicnya, 2 hari lepas tu..terus sembuh! sakit macam tipu2 plak! menderita 3 bulan, kena air tu, terus abah aku boleh menyangkul kebun sayur dia!

tukang urut tu sebut, lipan bara, ular hitam, dengan belalang hitam, kalau boleh jangan ler bunuh dalam rumah..pastu sebut dulu sebelum nak bunuh tu, kalau kau bukan binatang, datang nak ganggu, eloklah kau keluar dari rumah ni..kalau dia keluar, maknanya dia jelmaan ler..tapi kalau dia tak keluar, ha boleh la kais2 keluar rumah pastu bunuh.

wallahualam..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

alamak!tak mau ckp ape2 [read:penakut]

apa2 pon semoga noy cpt ok2 [lari laju2, read again;penakut tak tentu hala]

T|ff|e LaNd said... [Reply to Comments]

Hi Peej, it's better for her to get it check with the specialist, my dad ever encounter the same problem.. He went to see few people to "berubat kampung", but it doesn't work.. In the end he found out it was Gout =| Hope Noy will get better soon =)

ita citot said... [Reply to Comments]

yg kaki bengkak tu aku pon ade pengalaman tau. mula2 stat dari buku lali sebelah jek. jap lagi sebelah pon jangkit. dua2 kaki aku bengkak. dari betis tu sampai bwh tegak jek beso. takde bentuk dah. berat, panas, bisa, tak pyh ckp la. Tuhan jek tau. aku dah pegi darussyifa' tu. hospital, klinik, pakar, xray, amik darah, sume2 dah. jumpe org sane sini. pahtu org yg ke 5 aku jumpe baru la bengkak tu susut. katenye "terlanggar" masa aku balik keje. kat parking. time tu maghrib. org tu siap bagi gambaran lagi tpt yg aku lalu tu sume. mmg betol ok. ish! klw ingat2 balik mmg serik ah. cecepat cket g cek tau tau tau.

s a L o m a said... [Reply to Comments]

hope this will help.i took this from my my flying manual.might be noy pun knew this since dia pun fly.dalam flight memang banyak kes dvt..harap2 noy not one of them n moga cepat sembuh.amin

DVT/Deep Vein Thrombosis: potentially very serious as the clot may break off and travel through the blood stream and lodge in an artery, causing a blockage, called an embolism. a lung(pulmonary) embolism can cause sudden death.

recognition features: pain&tenderness in one leg that is noticeable when standing/walking, swelling,warmth&redness on the affected leg.

risk factors: history of dvt, hormone treatment e.g: contraceptive pills, recent surgery, blood clotting disorders, immobility for extended periods of time.

NOTE: NEVER MASSAGE THE EFFECTED AREA AS THIS MAY DISLODGE THE CLOT. ELEVATE THE AFFECTED LEG, DISCOURAGE WALKING AROUND

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...