Instagram : @peejburhan

senyum. tak perlu kata apa-apa.

tah apa2 tajuk.
tapi dah gambar first senyum kan. letak je la tajuk tu.
khamis lepas mama n papa ajak makan.
wah orang ajak aku on aje kan.
taknak la jadi anak derhaka kan. ;p

mama teringin nak makan bakso.
tapi aku tak tau mana nak carik.
kat ayam penyet ada la.
tapi hari tu ice ada makan. aku tengok macam tak menarik je.
so tak tau mana nak carik.
korang tau mana nak carik bakso yang best?
jangan la suggest yang jauh2 tak masuk akal.
yang kat area KL la ye.

tiba2 dia kata jom pergi hometown yong tau foo.
sebab ada sup2. dia teringin nak sup2.
wah best tu. lama tak pergi kan. ;p



ramai orang malam tu.
so dok luar meja besar.
macam nak makan 8 orang. padahal bertiga aje.

:: sawi oyster ::


:: aku punya. sedappp ::

tapi dia silap bagi.
patut ada seketul fishball kot.
tapi takda. dia bagi peria.
yang mama lak dia korek2 dia punya takda peria.
dah bising2. tah apa2.
aku cakap amik je la aku punya ni.
aku tak makan pun.

haha gila ketara kat gambar kan.
korek2 mangkuk dia tapi mata tengok mangkuk aku.
hahah, intip peria la tu uolls.

ok la. nak siap la.
bapak aku ni msg suruh siap pulak.
nak makan steak. wow.
ok bye.



10 Comments:

nor elyana said... [Reply to Comments]

peeja..rasanya kat kampung baru ada bakso sedap..ingat lagi masa skolah2 dulu my mom pegi dgn kawan dia sampai ke kpg baru nak beli bakso..gagah gila tgh2 ari tuh pegi dr bangi...

nor elyana said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
sweethOneY said... [Reply to Comments]

kat mana ni??? nampak yummyyyyy

gwen velora said... [Reply to Comments]

sis, cbe try kat central market. kat situ bakso sedap gak. bakso jambo pun ade. daging besar giloooo

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty pun nak beritahu peeja at last dapat juga aunty makan kat Wong Solo tu pergi yang dekat section 7 Shah Alam. Baru uncle tau sedap dia suka, dia bab2 makanan pedas-pedas ni memanglah suka, puas hati.

peej said... [Reply to Comments]

elyana - still ada lagi ke? kat arah mana?

sweethoney - dia ada banyak branch tak silap. nama dia hometown yong tau foo. aku selalu pergi kat ampang dpn ampang puteri. satu lg kat wangsa melawati.

gwen - kat belah mana tu? dalam central market ke?

sh rosidah - dah? best kannn. tapi pija tak berapa suka wong solo punya. tp orang kata tu yang ori. pija suka ayam penyet AP n satu lagi waroeng penyet kat the curve.

nor elyana said... [Reply to Comments]

ada lagi rasanya peeja.last yr masa balik mesia kawan my mom ajak pegi tapi x kesampaian..nanti saya tanye my mom ok..will get back to u..x pun nanti saya tweet je peeja..ehh tiba2 sangap bakso..

mamasuri said... [Reply to Comments]

tgk yongtaufu tu..tingat masa skolah rendah..dulu skolah methodist ..ada kantin cina n melayu..suka makan sup kat kantin cina (halal)..sup diorang sebiji cam sup dalam gambar ko tu peej..ahh rindu2...nama kedai tu memang hometown yongtaufu yek..nak carilah yg kat wangsamelawati tu..tp area mana yek??

estee_8980 said... [Reply to Comments]

sedap ke peria in sup...kalo goreng pn kena garing2 sbb nk ilang rasa pahit...dapnye nk mkn steak plak...

shuweet said... [Reply to Comments]

owhhh..dah lama tak makan ini yong tau foo

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...