Instagram : @peejburhan

pengalaman2 ngeri membuatkan rasa ketakutan aje.

masa gi thailand tu.
kan masa pergi island safari tour tu.
kan aku ada cakap pergi sekali ngan sorang lelaki omputeh sweden ni ngan minah thai.
kita orang dah fikir escort la kan.

so lantak la.
takmo amik tau.
tapi masa water rafting tu.
nak pakai life jacket.
aku ni ngan jonet ni terkial-kial.
sebab dia ada size2. kejap pakai kecik sangat. nak meletop tetek dibuatnya kena kepit.
ada besar sangat. lubang lengan tu besar gila.
dah tetek terkeluar kiri kanan. wtf sgt.
tp dpd kecik baik besar kan. kang orang kata tak sedar diri lak nak feeling pakai life jacket size S kan. ;p
sekali minah tu tegur.
dia kata besar sangat. dia siap carikkan yang betul2 fit untuk kita orang.
siap pakaikan semua.
so sweet.

then habis tu.
time dpd tempat water rafting nak ke tempat atv n gajah tu.
dia dok belakang.
mula2 dia dok depan la ngan bf dia.
ni dok belakang.
sekali seronok sembang.
dia tanya kita orang dpd mana.
cakap daripada malaysia dia seronok.
sebab dia pernah dok malaysia 3 tahun masa awal tahun 2000an.
siap semangat cakap dia dok kondo kat tropicana.
so dia tau la area tu. lrt Kelana jaya, one utama (ou) sebab selalu grocery shopping kat jusco la.
kita orang tanya la dia pandai tak cakap melayu.
dia kata tak. dia tau 1,2,3 aje. sebab nak order makanan.
dia suka roti canai, mee goreng mamak la apa.
dia kata malaysia tak payah belajar melayu. sebab its an english speaking country.
semua pandai cakap english. so tak susah.
sekarang dia dok sweden. sweden pun takyah belajar dia kata. sbb sweden pun ramai ckp english.

yang kita orang ingat dia ni escort bagai.
rupanya dia engineer ok.
ngan ericsson. support engineer. so mmg travel.
dok malaysia 3 tahun. then US almost 10 year.
now sweden. dia banyak travel la.
start memula dia cerita la dia naik atv kat mexico la. best.
then water rafting kat sungai mekong la.
semangat je dia bercerita.
aku suka cara dia bercerita. teringat kat kawan aku Murshida. yang dok kat UK tu.
sama aje.

knowledge pompuan ni bagus gila.
siap tau lagi sejarah kereta proton la apa. haha.
tiba2 dia kata la dia masa kat malaysia naik teksi.
dia sewa. dia bayar rm700 sebulan.
tiap2 hari amik n hantar dia balik kerja.
weekend boleh sekali pergi mana2.
dia kata baik gila la orang teksi tu. malay.

dia kata naik teksi ni menakutkan kadang2.
sebab if dia naik mesti orang akan cakap melayu kat dia.
bila dia tak jawab orang tanya la dia dpd mana.
dia kata bila dia kata dpd thailand je terus muka2 orang2 ni teruja.
bengang je dia kata. orang mesti akan label. thailand je mesti jenis tu kan.

then dia cerita la.
time tu dia belum betul2 hire lagi la pakcik teksi tu.
sekali sekala je amik or hantar dia. if dia call.
so dia balik tu. dia call. sekali pakcik teksi takleh amik dia.
so dia just naik je la teksi2 yang ada kat situ.
dapatlah teksi indian malay dia kata.
india la.

then dia kata dia tau la.
route dia naik teksi kat kelana jaya. jalan sikit teksi kena u turn kat depan tu untuk ke tropicana.
ni teksi tu straight je.
dia biarkan je la. maybe dia kata ada jalan lagi short cut.
makin lama makin jauh.
dia tanya la. rumah dia bukan sini.
rumah dia sana. ni dah ke puchong.
orang tu jawab. tak la. betul la apa.
then dia kata makin lama, jalan makin narrow.
gelap takda orang ke apa.
jauh je rasa.

time tu dia kata mmg jantung rasa nak terkeluar la.
nak call takleh sebab line phone pun dah takda ok.
dah macam jalan kampung n penuh pokok2 je kiri kanan.
dia diam aje.
tiba2 dia nampak macam ade cahaya lampu.
dia kata kat orang tu. u better stop or i will make u stop.
orang tu buat dek je.
dia kata nasib lelaki tu jenis kurus kecik. sama size dia je.
pompuan ni kurus. tapi quite tall la. aku rasa mau 5'10" mcm tu la.
dia kata terus dia grip laki tu. pastu dia kacau steering.
yang jonet dah buat lawak, u mean muay thai?"
dia dah gelak2. dia kata "yeaaaaaaaaaa. muay thai. i learn muay thai u know. so yea. "
pastu dia kata kereta dah ke kiri ke kanan tu.
sampai la kereta terhenti kat tepi. dia cepat keluar dpd kereta lari sekuat hati.
dia kata nasib orang tu takda pisau ke apa.

dia lari ke arah cahaya tu.
ada rumah orang.
dia ketuk2 la apa.
so orang tu yang tolong dia.
malay family. so dia guna phone call pakcik teksi dia.
cerita tu ini. so pakcik teksi tu yang datang amik dia.
orang yang india tu dah gerak.
pakcik teksi tu kata. dpd jalan besar nak amik pompuan tu makan masa sejam lebih ok.
bayangkan betapa jauh dia bawak. tah mana2 tah.

pompuan tu kata lepas tu memang dia tak amik teksi lain dah la.
ish takutkan. kau bayangkan if la pompuan tu tak melawan.
tah2 kena rogol n bunuh la apa.
teksi ni kadang2 menakutkan kan?
aku tak kata semua la. tapi mostly la.
takut sungguh la.

kawan kerja noy arab pernah kena jugak. lelaki la.
dia amik teksi. lepas club kot.
dpd club nak blk hotel la.
nak naik teksi tetiba ada dua orang.
dia kata takpa la. dia takmo naik.
orang tu kata naik je. tu kawan dia. dia akan drop kawan dia kat depan tu.
so ok la.
sekali dia rasa apesal jauh je ni kan.
hotel takda la jauh mana.
bila dia tanya terus orang tu keluar pisau rompak ok.
siap toreh2 muka n badan ngan pisau la apa.
berdarah2 semua.
pastu tinggalkan kat DUKE.
time tu duke baru bukak. so tak ramai orang guna la.
dia kata dia lost gila tepi jalan tu.
tahan2 kereta pun orang tak nak berhenti.
ye la. kau nampak berdarah2 tepi jalan tahan2 kau pukul 3-4 pagi. mmg tak la nak stop kan.

aku pernah kena time aku form 4 macam tu.
naik teksi ngan kawan aku Murshida tu.
dia balik cuti kat malaysia.
dorang ni kan kau tau la. dressing macam kan dah dewasa sangat.
padahal baru form 4.
time tu dia dah pakai lawa2. siap handbag la. make up la.
so memang time2 tu ramai la lelaki2 ngorat la apa. sebab ingat dia dah keja.
aku ni pakai masih merepak aje.
baggy shirt ngan jenag baggy. haha. huduh.

so naik teksi.
teksi tu seperti biasa akan turunkan rare mirror tu tengok je kau.
murshida ada ckp kt hp. cakap ngan scandal2 kat kl ni kan. haha.
pastu abang teksi tu.

teksi : cakap ngan bf ke tu?
m : hmm. tak la. kawan.
teksi : mcm bf je. ada hp yea? saya pun ada. nak ni hp boleh?
m : tak boleh.
teksi : kenapa tak boleh.
m : ni telefon mak. tak boleh la bagi2 no phone.
teksi : tu bf boleh bagi.

kita orang malas nak layan dah.
yang murshida kaki dok la tolak2 kaki aku.
aku diam aje.
pastu orang tu cakap2 lagi.

"abang ni dah bawak teksi lama.
macam-macam orang dah jumpa.
abang paling suka bawak teksi malam.
tunggu orang2 balik club ni.
kadang2 pompuan2 melayu ni dah mabuk.
balik naik teksi. nak bayar takda duit pulak. tak cukup duit.
abang cakap la. bayar cara lain pun boleh.
dia taknak. tapi mana boleh kan. dah naik kan.
ala pompuan ni kata je taknak la apa. sebenarnya nak je.
best la abang.
lepas2 tu dia pergi club. balik naik teksi abang.
pastu saje kata dia takda duit. nak bayar cara lain"

OMGGGGGGGGGGGGGGGG. serious ok dia cakap macam tu.
kau bayangkan time tu kita orang form 4.
ala2 naive je lagi. tak ke takut tu.
tu yang aku ingat la. if ada dia cakap2 lain lagi aku tak sure la.
macam gampang kan. motip nak cakap macam tu.
siap pompuan tu nak lagi la apa.
konon best la.
time tu of coz la aku tak faham sgt apa dia merepek ni.
tapi bila dah besar2 ni baru la aku macam, oooooooooooo.

lepas tu time nak sampai umah tu.
siap tanya. so mana satu rumah ni?
yang murshida tetibe suruh jalan straight la apa.
kira tak masuk lorong umah aku ke apa la.
corner sana sini.
tetiba berhenti umah sesapa tah.
buat2 nak masuk umah.
teksi tu blah je terpaksa kita orang menapak balik umah. heheh.

hoih macam2 pengalaman ngeri kan.
korang ada tak experience macam ni?
sekarang macam tu lagi ke.
aku dah tak naik teksi. takut a.
teksi2 kat bas kl sentral tu pun aku tak suka.
kau turun je bas dorang kerumun. paksa2 la apa.
scary gila. bila kau taknak ada yang kerek2. tah apa2.
nasib sekarang ada kaunter teksi kat kl sentral tu. yang proper.
so macam ala2 berdaftar punya. tak da la scary tah sapa2 kan.
n hari tu dapat macam pakcik. baik je.
so ok la.

me not loikeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
malaysia ni sekarang dah scary la.
nasib negara tumpah darahku. negara tercinta.
kalau tak i dah migrate tau.
ceaaaaa. macam mampu. hahha.
ok tu je. bye.

19 Comments:

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

sary kan...i pun ada tulis pasal benda2 scary kat malaysia tanah tumpah negara ku ni kat entry ni semalam --> http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/04/malaysia-tanah-air-ku-yang-tercinta.html

s a L o m a said... [Reply to Comments]

aku pernah kenaaaaaaaaaa

haritu cuti aku balik kejap,lepak umah along aku.time tu dia dok area subang-shah alam.jauh ulu banat mana dekat2 dgn area kilang sana

then petangnya aku ada flight,nk p airport tadak sapa boleh send.along aku keja,ex bf aku pun keja.

so aku decide nak call cab.mulanya ingat nak suruh hantar sampai klia kau tau.lepas je aku masuk cab tu,aku tukar plan.aku suruh je dia send sampai kl sentral.sebab aku rasa tak selamat sangat..

dah lah dia tak tolong aku angkat luggage yg besar gedabak tu,bila masuk je cab,dia tanya kerja ke,nak sambung study?aku buat pekak.lepastu tu dia kata muka aku matured la,kecik2 dah pakai mekap2 cantik2 la.aku dah start takut.then ada sekali tu aku cakap fon,argue sikit dgn ex bf aku tu,dia sampuk cakap bf aku tak reti hargai aku la,selfish la,apa la.wtf.kau bukan kenal pun sapa aku nak ckp macamtu kan!

paling aku tak boleh terima,sambil dia cakap,dia korek hidung tau.lubang hidung dia kecik,tapi jari dia macam chubby sangat,macam seksa je aku tengok dia korek.ni bukan tahap sikit2 nya chubby.aku rasa dah obese sangat dah.drive pun dah tak pakai seatbelt sebab seatbelt tak sampai :/ sambil dia dok bercakap,sambil dia dok korek hidung.aku geli ok.taktau la mana dia campak taik2 idung tu lepas dia korek.aku tak sanggup nak tengok

kemudian dia drive slowwwwwwwwwww sangat.aku suruh dia cepat sikit.dia tanya aku balik,cepat2 nak pi mana.heurghhhhhhhhhhhhh..so aku pun start la drama cakap fon konon dgn abah aku yg konon lepas meeting dgn tan sri musa hitam n dia pun ada sekali,yg konon dah otw ke kl sentral nk ambik aku.aku sengaja je cakap kuat2 describe taxi tu,driver tu macam mana,nanti aku stop kat mana,siap bagi no plet.ahahahah lepastu senyap dah tak cakap pelik2 dgn aku,then laju je taxi dia send aku ke kl sentral

sori le panjang sangat :p

nik said... [Reply to Comments]

my colleague from Philippine pun pernah kene rompak ngn taxi driver kt KL ni..

Dils said... [Reply to Comments]

Oh aku penah kena sekalik. Horror gile tobat takmau naik teksi dah.

Aku suh die hantar aku ke rumah Bukit Antarabangsa, time2 tu tak ramai lagi teksi nak gi sana, ape pasal tah.

So kira sambil2 die cite tu die cakap la kononnye betapa beruntungnye aku sebab die sanggup nak hantarkan aku ke rumah. Cit poodah, aku bayar kan.

Then tetiba die keluakan soalan "awak ni tak takut kalau saya rogol awak" "mane awak nak tahu kan kalau saya nak rogol awak" . Muka trauma jgn cakap camne ar, aku dah nekad nak tergolek keluar dari MR2 dah. Pastu die gelak2 sikit, "saya buat lawak je" ,

LAWAK KEEEEE?????

mamasuri said... [Reply to Comments]

ho ho ho..
ngeri2..
nasib baik aku ada taekwando kaler coklat...(xsempat ambik itam)..leh lah bt pendinding kot..

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

cab driver mmg scary hoih.aku slalu kl dpt pemandu yg scary2 ni aku mst pilih utk ckp dgn sape2 kat fon.kl takde kredit aku ckp je sorg.sambil2 describekan teksi tuh.haha

sweethOneY said... [Reply to Comments]

kannnnnnn.. msia dh mcm x selamat kan. mcm hari2 asyik dgr org kena bunuh ke apa ke..

:(

atty's said... [Reply to Comments]

kty pun penah ada pengalaman ngn teksi..masa tu naik teksi sorg2..abg teksi tu tanya lah nak g mana apa semua ..sekali bila dah sampai kawasan umah kty..kty buat mcm kwn peej..suh dia jalan sana sini ..benti depan rumah org lain..huhuhuh.

LadyRye said... [Reply to Comments]

aku pun penah kena gak

aku ambik cab dari taman tun nak pi setiawangsa time tu practical

sebab aku dah lewat, aku call supervisor aku cakap aku tertinggal kunci, so aku patah balik dan aku akan sampai lewat, aku menipu sebenarnya! si driver neh pasang telinga

tetiba dia berenti tepi jalan ajak aku pi breakfast apa semua! aku glabah la aku cakap aku nak pi opis ni, tau dia petik apa?

la..kan dah cakap kat boss you yang you pegi ofis lambat..rilex la dulu, kita breakfast dulu!

bodo cibai ke aku nak ikut-ikut hang pi breakfast plak! kang orang ingat aku girlfren pakcik teksi plakkkk!!!

last aku turun, kebetulan ada teksi laen lalu, terus aku tahan! nasib baik!

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Peeja! Buat lagi satu segmen lah cam ni. Expose drebar. Hehehe.

Scary jugak siot. So far aku kat JB takda kene apape. Drebar bebual merepek tu selalu lah jugak dapat. Lagi dia merepek, lagi aku merapu. Kah kah kah.

Padanlah Parihah selalu ribot bila aku kata nak naik teksi. T_T

Lady Arween said... [Reply to Comments]

Masa mula kerja belum ada kereta, saya sewa teksi dari sek 2 shah alam sampai sek 13 shah alam. ambil chartered pakcik yang sama pergi dan balik selama sebulan. after sebulan pakcik tu mula buat perangai..singgah bekpes sama2 sebelum hantar saya..seram la gak..pastu..dia start la cita dia duda..lagi la seram..the next day nya..saya terus pergi kija naik bas..pasal tak berani dah nak guna khidmat pakcik tu

estee_8980 said... [Reply to Comments]

scary weh dgr semua citer nih... aku cuma penah kena driver kerek x hengat...cam bagus je pakcik tu...sangap

Girl Girl said... [Reply to Comments]

I'm ur silent reader... i pon hampir2 penah kene dgn pemandu teksi india. Masa tu i baru je dtg KL. On that time, i nk pegi rmh kakak kat Segambut. I duk kerinchi. Tetibe teksi tu bawak jalan ntah mana2 smpai tmbang teksi naik smpai 20 hengget. gile! pdhal jalan tk jem pon. lgpon i knl jln nk gi segambut tu cume mase tu i tkut nk bsuara. so i diam je. tp mujur dier hntr i smpai rmh kakak. i tk tahu la kalau dia bwk i kat tmpt lain, ntah ape la nasib i..

But FYI, kalau nk naik teksi, elakkan maik dgn driver india.. mostly diorg ni jahat2... ni pngalaman i yg slalu naik teksi b4 i ada "driver" sndiri..

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

memandangkan aku ni jenis kecik n tak sexy, driver teksi selalu je nak sombong2 dgn aku. cam lahanat! kurang ajar ok. aku salah sebut nama jln pon dah sound kuat2. die ingat aku bodo, aku sound la balik! aku jarang dpt driver teksi yg baik hati bersopan santun!! aku benci teksi driver!!!!!!!
sori aku emo.

shuweet said... [Reply to Comments]

weihhhh..giler takut weihhh...aku dulu rajin naik cab....tu pun ngan rasa yang cuak gile babi..kalau naik cab aku terus call kawan aku or sape2 gtau segala..then aku sms no cab tu kat family aku ckp aku naik in case takut di apa2 kan...jahat la orang2 taxi kebanyakkan nyer skang nih..

yana2605 said... [Reply to Comments]

sy pun pernah da pengalaman gk..1 rie tue sy balik dr satu tmpt ambik teksi..tgok abg tue melayu and cm baik jer tak sampai ati nak duduk blakang..yer la tak nak la uat cm driver kan..so duduk depan...so dia borak cm biasa...masa smpai kat depan umah sy tgah bukak beg uit nak bayar dia kata nanti dulu kita borak2 nak..sy ckp la nak borak aper..bole dia sentuh peha sy...terkejut sgt masa tue and ingt sy nak bia terus sy tepis tgan dia..bg uit and terus kuar dr taxi tu..sejak tue mmg tak pernah duduk depan bila naik teksi..and sejak ader keta nie mmg akan cuba elakkan diri dr naik taxi klu terdesak pn rela naik train or bas dr taxi...huhuhuh

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

gile ah..sbb tu aku dah tak naik teksi..klau boleh elak aku elakkan..klau terpakse aku make sure dgn mmber ramai2..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

woah. ngeri je baca. mintak dijauhkan la drp org2 jahat. teksi ke apa ke. so far naik teksi semua ok la. zaman2 student xde kereta dulu haha. skang tak naik teksi dah. org jahat merata. takut ok.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ya allah takutnya,

aku ni mmg kena naik taxi dua minggu sekali, tp alhamdulillah aku dh ade jumpa permanent driver cab so kalau nk p mana2 aku akan call pakcik tu je, mintak2 jgn tukar2 org dah...

tp alhamdulillah so far driver taxi kt sini ok la sbb sini kan kawasan perlancongan so nak matilah kan kalau diaorg wt hal..agaknyelah...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...