Instagram : @peejburhan

paling best tapi tak puas.

ok hari sabtu aku rasa aktiviti paling best la.
tah aku rasa sebab something new la. tak pernah try kan.
so setelah sepakat kita orang pilih nak buat adventure sikit.
memula ingat nak pergi pulau lagi. sebab murah sikit. dalam 600baht macam tu je.
tapi dah katanya hari sebelum tu dah terbakor. gila apa nak pulau lagi.
aku pun cucuk lagi duit. T____T
so pilih aktiviti ni. kena bayar mahal la. 1200 baht sorang.

tu pun kira tour kita orang tu baik.
ye la kata asyik amik kat dia je kan.
patutnya yang nak pergi ni sorang 2400baht ok.
tapi dia buat jadi buy 1 free 1 la konon. so dia bagi jadi harga 1200baht la. :)

aktiviti ni awal.
pukul 8am tepat dah pick up.
so harus menggelupur je pagi2 bangun siap n sarapan cepat2.
elok kul 8 sampai.

oh lupa cakap.
kat sana if hari hujan kau takleh trip pergi laut.
akan cancel.
kau boleh la refund duit kau.
tu yang rasa syukur sebab elok pulak kita orang atur aktiviti.
rabu panas - phi phi island tour
khamis hujan - noy pergi kayaking
jumaat panas - 4 islands
sabtu hujan - island safari tour.

:D so takda la kena cancel ke apa.
memang la cancel boleh refund.
tapi macam rugi la ur day kan.




patut la awal.
sebab perjalanan nak ke tempat tu amik masa 1 jam setengah.
ternganga jugak la tidur dalam van tu kan. jauh bebenor.
ada 6 orang je dpd group kita orang.
lagi 3 tu sorang laki omputeh. tak sure daripada mana. UK kot.
sorang lagi gi ambik kat mana tah. jauh jugak la.
jenis yang resort lawa2 villa ni.
ada omputeh n minah thai sorang.

keji je kita orang ingat minah tu escort la kan.
sebab omputeh ni suka bawak escort.
mamat tu macam orang sweden, german semua tu la.
sebab jenis yang rambut, kening apa segala putih tu. tau kan.
sekali aku dengar minah tu sembang ngan driver n tour guide tu ada sebut sweden.
weoww. tepat. hebat i dalam mengenal lelaki ni kan. ceaaaaaaaaaaaaa.

anyway lelaki yang tour tu kan.
omg comel ok.
orang thai la. muka jenis lembut je manis aje.
dah la mata hazel. suka cheq tengok.
dah la english dia tak fail la. faham je.
ewah dan-dan kan. sebab comel terus la ok apa la kan.  ;p

ok island safari tour tu ada banyak package boleh pilih.
kita orang pilih paling murah n menarik la kan.

1. white water rafting - 5km
2. atv - 15 minutes
3. elephant trekking - 15 minutes

so first ke tempat water rafting.
tapi takleh amik pic la.
sebab memang basah kuyup la. kang rosak tak pasal.
plus kau sibuk nak rafting. tang bila nak snap tu.
kang terpelanting tak pasal. haha.

omg sumpah best ok.
ngeri tapi best. fun gila.
terus aku n jonet berangan nak buat rafting lagi tapi kat tempat2 lain pulak. haha
air terjun kat sejuk. bdan aku lak terbakor. so memang best la kena. cooling. hiahahah.
yang join ni ramaiiiii gila.
kita orang punya raft asyik jadi mangsa.
sebab ramai syok kat noy sebab ingat noy orang thai kan.
so dorang suka simbah2 air. gilo.
memang kuyup la.

kita orang lak dapat raft boy dua orang.
jenis nakal ok.
orang raft macam biasa. dorang ni akan target batu.
so bila langgar batu memang kau akan terpelanting la kan.
yang noy tergolek lututkan aku.
aku lututkan kaki noy. sampai lobam.
main ni boleh lebam2 la jugak kalau korang lembik mcm kita orang la.
jonet semangat siap paddle bagai.
tapi sebab budak tu langgar batu. jonet nak elak dpd jatuh. dia kata sedap la dapat paddlekan kepala budak tu. hahaha. keji.

dorang ada official photog.
dia akan bagi tau la ada few tempat orang ready nak amik pic.
tapi aku punya semua muka terhalang. wtf.
so aku x beli. dah la mahal pic dia 300baht. gila!
kosser aku. baik shopping.
selalu trip2 lain jual 150baht je la pic.
cekik darah betul.

ni aku amik dpd website dorang.
pic lebih kurang macam ni la.
jonet beli. sebab dia nampak sangat lawa dalam pic tu. haha.



serious fun.
time balik satu hal lagi pulak.
naik tut2 ramai2.
kita orang lak naik yang last.
siap tut2 tarik segala raft2 ni.
tu takpa. kita orang dah penuh pack dalam tut2 ngan few others lagi la kan.
dorang dalam sepuluh orang naik jugak.
dah bergayut2 macam beruk la.
siap selit2 dok celah2 kaki kita orang. gelak2.
lawak la. kalau la ada camera time tu. heheh.

then sampai situ.
mandi2 tukar baju ke apa.
then makan.
wah makan kat sini paling terbaik la.
kira berbaloi la kau bayar lebih tu.
choice dia banyak gila.
bagi kau kelabu mata.
combination lauk pun kena je semua.
siap ada spaghetti if nak.
tengok la macam mana aku n noy menggila n mentamak amik macam mana. hahaha


ada telur dadar.
ayam masak paprik.
sotong masak sweet sour.
kangkung belacan kot. entah. haha.
sup apa tah.
siap ada macam2 goreng tepung la apa.
oh i likeee.


:: pemandangan kat situ ::


ni group malaysian gak. naik satu tut2 tu.
lawo gila kulit dorang stop putih macam jepun tu. macam snow la.
aku memula dah maca. ish apesal lawo je ni.
orang apa ni. jonet dah cakap cina.
aku pun merasakan jugak la. sebab bahasa familiar kan.
tapi bila budak2 sana tanya dorang kata dorang orang jepun. hahahhaha. poyos disitu.
bila dgr kita orang cakap kita orang malaysia baru dorang gelak2 cakap dorang pun malaysian.
ewah kau. lepas ni if orang tanya aku orang apa. aku nak jawab latin can? *sepak bertubi2*


haha noy bengang gila aku pakai macam ni.
ye la. bikini tu basah.
kalau aku sarung baju terus. kang kat tetek kuyup.
takmo la.
so kasi alas ngan towel la kan. :D
ok kan? tak siuman sangat ke ghupenye?


kau tengok noy amik macam mana. lagi macam orang gila kan.
pastu rasa2 susah2 nak abis dia akan masukkan dalam pinggan orang lauk2 tu sambil cakap, "cuba rasa. cuba rasa. sedap"
tah apa2. padahal dah tentu aku dah rasa. katanya makan yang sama.
jonet lagi hebat. makan spaghetti aje.
gilo. datang jauh2 makan spaghetti. tu aku pun boleh masakkan.




settle tu. ke destinasi seterusnya pulak.
pun jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
ada la sejam lagi perjalanan kot. ke sejam setengah lupa.
time ni tak tido sangat la.
sebab minah thai tu galak nak sembang lak.
tu nanti aku cerita lain entry.

then sampai.
kita orang naik atv pulak.
pun syiokkkk. tapi berat jugak nak handle benda tu.
rasa tak puas je 15 minit.
dia ada la package2 dia. nak 30 minit pun ada. tp harganya lain.
takpa. lain kali try lagi.
pun aku x beli pic. sebab mahal jugak. plus macam harem je ghupe aku.


if beli pic2 macam ni la.
tak pun kau sorang2. ada la.
aku punya tu macam spastic. so not like.

main ni lak. kau kena pakai baju yang kau tak kisah nak buang lepas tu.
sebab. kotor doh lecak2 semua.
aku lak pakai baju baru n putih lak tu. sentaps.

lepas tu elephant trekking pulak.
pic kat jonet la. sebab pakai camera dia.
so ni je yang baru jonet upload kat fb boleh?
apa jadah minah tu.
so tu nanti2 aku letak la yea.


pendapat aku?
aku x suka. sebab aku sedih tengok gajah2 tu.
kesian kena ikat2 pastu kena bawak kita macam tu.
aku sedih. ke gajah memang muka sedih?
pastu cara dia kawal gajah tu pakai satu benda macam tajam. lebih kurang mcm sabit.
kuis2. aku rasa keji. :(
dah la telinga gajah2 tu macam hancur je.
aku terfikir adakah sebab kena kuis tu ke. sebab gajah2 tu memang dah tua.
gajah2 tu lebih kurang 35 tahun.

tapi lepas tu kita orang belikan pisang sesikat.
suka dia makan. comel.
tapi takleh amik pic. harem betul.

yang monkey n elephant show ni pulak mmg ada dalam pakej la.
free je dia bagi.
so layan la.
pun aku tak suka.
sebab kesian aku tgk binatang2 ni.




bukan main lagi kan.
macam2 la ada. naik basikal la.
slam dunk la apa.
memang comel.
tapi aku x suka sebab kan kena ikat tali kat leher tu. macam keji kan.

then show baby elephant.
kesian macam2 dia buat sampai terberak2 sekor tu.
bayangkan tengah berak. kena buat baling dart kat belon.
taik elok tersangkut kat buntut.
sian ok. nak berak pun tak fokus.
alih2 satu je belon pecah.






then dia mintak volunteer untuk gajah massage.
semua taknak.
sebabkan mamat thai handsome ni kenal kita orang.
dia mintak tolong kita orang. me not wantttt.
tapi jonet sporting so jonet pergi la.
merasa kena sedut2 ngan gajah. hahahha.
gelak2 sakan dia. geli dia kata.




then basuh bilas2 badan bagai gerak.
lagi sejam lebih perjalanan.
time ni memang tido je la.
tak sedar apa. tau2 nak sampai je dah. hahaha.


jonet yang over siap berselubung. haha.
sampai almost 6pm mcm tu kot.
aktiviti yang panjang la.
tapi tak penat pun.
sebab sejuk kot.
penat dia tak sama macam kau pergi pantai kan.

oh suka la.
kat malaysia pun ada kan rafting n atv semua ni.
tapi setahu aku mahal macam haram la.
tsk.

ok nanti sambung lagi.
taaaaaaaaaa.

5 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

jonet muka tdo pon mcm senyum...:)

linda said... [Reply to Comments]

owh saya suke water rafting!!!! penah try kat Sabah & Phuket, tapi saya rasa masa tu kat Phuket tak best sbb kena lepas air kat empangan baru ngam, kat Sabah air original, dalam plak tu, siap depa bagi kita mandi in the middle of journey (tempat air tenang), pastu merasa la orang tu kene tarik saya semula ke dalam bot, hahaha, merasa la mengangkat saya yang terlebih muatan nih :P


Gajah pun saya merasa naik masa g Phuket, memang kesian & scary, nak2 pulak depa saja je buat trek yang naik turun bukit, puas pulak kene tahan kaki kat leher gajah tu sebab takut jatuh, sian gajah tu kene tolak kat pakai kaki tang leher dia. huhuh

ATV plak saya tak penah try, macam best je kan, nampak nya lepas ni nak buat trip ke Krabi free & easy mcm pija lah, senang je nampaknya takyah pakai tour guide pun :)

Wah panjang nye saya komennnn, excited woo saya suke holidayyy :D

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

tu r...
cian kt binatang lau tgk g2..
mcm dianiaya..tp tu pnca rezki dorg..huuuuu~

best r water rafting tuu...
teringin ohhh~ =)

kePeej said... [Reply to Comments]

buyui - kan. dalam hati ada iman. wah tetibe kan.

linda - ala bestnya baca. macam nak pergi je yg kat sabah tu. pergi la krabi serious best. krabi itself takda apa sangat la. best sebab tour2 tu. :)

talkwithmykeyboard - tu la kan. ada gak orang cakap. walaupun mcm tu tp makan minum haiwan2 tu terjaga. entah la. tp sedih bila tgk.

s a L o m a said... [Reply to Comments]

aku pun taksuka kalau binatang kena ikat2 ni suruh buat macam2.kadang2 nampak airmata meleleh aku terfikir diorang mesti tengah nangis.binatang2 kat zoo aku rasa patut lepaskan je kat hutan balik,tapi nanti orang buru haram nak tanduk la kulit la gigi la apa la pulak kan..

kalau bila2 kau datang cuti ke mid east,try la desert safari.dalam trip tu include pakej naik unta sekali tau.pernah naik sekali,lepastu aku macam dah tak sanggup dah.sebab tak sampai hati tengok unta tu macam takmau bangun,lepastu kena libas.bila nak turunkan manusia2 ni,kan ke dia kena duduk,sebab unta kan tinggi.dia macam merajuk takmau duduk,sekali zassssss kena libas.nampak air meleleh kat mata aku jadi taksampai hati.rasa bersalah ok

dah boleh jadi entri dah komen aku.sori le.aku memang suka bebel.haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...