Instagram : @peejburhan

motip ada gambar bogel?

katanya hari last.
harus la nak terjah pub lagi kan.
jonet ada ajak pergi center point. tapi aku n noy malas nak menapak.
kata lepak pub depan sudah.

so ke sana la.
pergi pub lain pulak.
lagu gila best.
tapi takda ramai orang.
ada la 2-3 meja aje.
lantak. layan lagu aje.

sambil tengok aksi2 minah2 thai ni nak carik pelanggan.
macam2 gaya ade.
tergelek2. terkinja2. main pool.
main pool takpa la. ni siap nak shoot ke apa siap terkangkang. siap panjat meja bagai.
kita orang yang perempuan ni pun perati aje.
kalau laki tengok entah macam mana la.

kita orang lak main2.
sebab kat situ ada lampu2 merah hijau ni.
selalu lampu ni gerak2.
tapi pub ni punya static aje.
so main snap2 pic la. haha. lawo pulak.


:: hidung merah ala2 clown ::


:: noy ada nandek. eh apa nama dia eh? pottu kan. satu lagi nama bindi tak silap. haaa jangan main2. masa form 6 bestfriend aku indian ok. so tau la sikit2. heheh ::


:: jonet lak konon laser dalam mata la. tapi minah ni takleh dok diam. tu yang gegar2 tu. tgk la noy dah pegang dia kasi senyap pun tak reti2 gak ::






masa lepak situ.
ada makcik ni. dia kira kat pub tu pangkat besar la kot.
aku panggil makcik sebab aku rasa dia dah 50+ mcm tu kot.
dia sibuk promo suruh kita orang pergi center point.
dia kata ada club baru bukak. sama managment mcm pub ni.
lagu pun best la. DJ dpd bangkok la apa la.
suruh2 kita orang pergi.
macam malas. tapi memang berkali2 la dia bagi tau.
siap bagi flyers bagai.
siap cakap jalan kaki 10 minit aje.
jangan naik tut-tut sebab mahal n all.

so dok kejap. lepas tu kita orang jalan.
macam cibai la.
aku ingat tak jauh. tapi apesal macam tak sampai2 kan.
dah la tiba2 macam hujan.
yang kita orang lak malas nak pakai raincoat.
just pakai payung pinjam kat reception.

tah la 10 minit ke lebih.
aku pun tak check.
yang past akhirnya sampai la.
sekali tgk club yang makcik tu cakap macam sepi n tak happening aje.
takmo la.
so masuk la club sebelah dia.

wahhhhhhhhh gempak ok.
takda la dodgy macam pub yang selama ni kita orang pergi.
ni macam memang proper la club.
orang pun ramai lagi.
lagu sedap.
paling best sebab ada minah2 podium ni menari kat tiang2.
ada 4 tiang. so dorang kerja tergelek2 macam cacing kepanasan.


nampak tak kat background tu ada minah kat tiang.
aku takmo la ketara amik pic.
kang kena hulur duit kang.
so kena coverline.

budak2 ni mostly muka pecah la.
tapi body mantop la.
pakai harus paling skimpy.
menari tak ikut beat pun. kerjanya menari menghairahkan aje.
dorang ada 4 group tak silap.

menari 15 minit. then DJ cakap something in thai.
pastu tukar la group lain. 4 minah lain lak menari.
then 15 mins lagi. tukar group lain lak.





ye nampak gadis2 tiang itu?
cea dan2 konon aku tengah pose kan. poyo.
then aku tengok sementara dorang rehat tu.
dorang pergi la ke table2 lelaki2 ni.
kalau dalam group tu dah ada perempuan ke dorang tak kacau.
tapi kalau semua lelaki mesti dorang datang.
tah untuk apa aku tak tau la.
menari2 n minum kot. tak tau la kalau ada lebih.

tapi paling tak tahan.
aku masuk toilet.
toilet memang bersih n all la.
tapi kat toilet tu ada poster2 perempuan thai bogel2. hahah.
bangang ok. toilet tu unisex.
agaknya untuk memberi inspirasi kat lelaki2 kot bagaimanakah rupa minah2 gelek tadi if bogel kot.
entah. hahahha.
patut la ramai lelaki suka pergi thai kan. senang sungguh nak dpt layanan. ;p



nampak tak kat belakang tu.
tiba2 ada group masuk. lelaki dalam 5-6 orang.
budak2 la nampak.
aku ingat melayu.
sekali dah lama tu dia tegur jonet mula2.
then jonet menari ke apa, dia tegur aku pulak.
rupanya dorang dpd singapore.
pastu aku cakap la kita orang daripada malaysia.
taknak caya.

guy : korang tipu yea. korang singaporean kan?
me : tak. malaysia la. buat apa nak tipu.
guy : tapi muka korang macam singaporean je.
me : ada beza ke? dah kata 2-2 pun melayu. tak kisah la singapore ke. malaysia ke.

rasa nak sepak kan.
sebab aku rasa takda beza mana pun.
maybe kalau indon lain sikit la kot.
sebab negara dorang besar n lagi macam2 bangsa kan.
pun kadang2 ada yang nak dekat sama kan.

patut la beria. rupanya salah sorang tu nak ngorat noy.
hampeh. patut la kemain mesra ngan aku.
paling takleh blah. nak ngorat noy tapi nak melalui aku.
aku kata nak pergi la sendiri. segan. sepak baru tau.
suruh aku tanya boleh tak dia nak sembang2 ke apa.
noy kata taknak. hiahahaiahaaiiahhhh.
dua kali lak tu suruh tanya. dua2 kena tolak. padan muka.
last2 emo. aku tengok dia pergi podium menari ngan minah2 gelek tu.
hai la lelaki.


ni aku amik2 pic dalam tu yea.
tak la ramai macam kat kl ke apa.
tapi ramai la berbanding kat pub. haha.
tak packed. duduk selesa. great music. just the way i like it. heheh.








last around 3am mcm tu. dorang susun semua podium kat tengah.
menari la ramai2 kat situ tergelek2.
club dia tutup kul 4am mcm tu.
lama gak la kan.
masa balik tu ingat nak naik tut-tut.
takda satu pun ok.
agak scary la menapak balik.
sebab dah sunyi.
ada la terserempak ngan orang2 la apa.
tapi takda kena kacau ke apa.
tah la. aku rasa sana save la.
sama macam aku pergi hatyai masa aku 18 dulu.
orang2 dorang ni tak kacau orang kan. rasa selamat la.

balik je terus tido.
memang dah tak layan apa la.
ye la sebab esoknya nak balik sudah. :D

7 Comments:

Netnet said... [Reply to Comments]

kecewa sebab tak tayang poster bogel kat toilet tu kat sini....ha ha ha

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

aha.aku pon ternanti2 poster tu. hahahha!
lawak la bebudak singaporean tu. aku rasa lebih kurang je muka semua. cuma kite *cough*lawa*cough* sket. ;p

mamasuri said... [Reply to Comments]

eh pernah jugak dulu2 terjah dangdut club d golok..mcm ni lah..terkinja2..hehehe..apapun memang orang sana tak kaco orang kte..tp skrang kt golok tu dah seram nak g...huhuhu

p/s: dulu2 ok..hehehe

A.I said... [Reply to Comments]

sronok aku bc criter kau kt sana. happening giler ^__^

kePeej said... [Reply to Comments]

netnet - haha. itu yang kau nak ye.

anaasuehie - hahha. kan. yang tak tahan berkali2 nak tekankan kita orang rupa mcm singaporean. tah apa2 kan. i mean lebih kurang kot. katanya melayu. ke dia rasa dia bukan melayu?

mamasuri - golok tu mana eyh? sempadan kelantan ke? tak pernah pergi. dulu pernah pergi hatyai je. :)

a.i - best la. aku sukaaaa. lepas ni nak try phuket lak. ;p

s a L o m a said... [Reply to Comments]

menyampah nya aku dengar statement pasal msian-sporean tu..ada beza ke muka melayu?motif!

aku pun pernah kena masa mula2 sampai kat fadang fasir ni,dapat batchgirl budak sporean..bila keluar berjimba mula2,boleh dia cakap aku tak nampak msian langsung malamtu..macam sporean!takfaham aku apa yg dia cuba cakap.then aku reply, dressing i malamni kampung sangat ke u?nak baliklah macamni!

jahat tau nak cakap malaysian ni konon macam negara low class.benci mek.

peej said... [Reply to Comments]

kan.
aku pun tension malam tu. sepuluh kali nak tekankan macam tu.
like wtf. ada beza ke? melayu kot.
dia ikut2 orang la. ada aku jumpa ok. ada yang aku jumpa dia punya eksyen tu. mcm plis la kau ni. bukan kau dpd US. hahah. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...