Instagram : @peejburhan

makcik oh makcik.

masa kat majlis tu lawak2 aje.
macam2 ragam ada.
mula2 masa time makan tu.

aku dok ngannoy makan.
ada la makcik2 tu.
tah apa la ngumpat2. macam2 la.
dah la cakap kuat.
paling best aku n noy tak buat apa.
aku pandang noy. noy pandang aku. masing2 dah dapat baca fikiran masing2.
betapa annoyed nya.
n rasa lawak pun ada.

cakap pasal aqiqah la.
cakap pasal lauk2 la.
cakap pasal tah sapa2 la.
ada tu.

makcik 1 : si dotdotdot dah kerja kau tau.
makcik 2 : kerja mana?
makcik 1 : entah dekat ngan banggunan tnb yang apa tu tah.
makcik 3 : ooo tau. bagus le. dah kerja kan. kerja apa.
makcik 1: jadi tukang masak la.
makcik 2 : tu la. tukang masak la. kerja apa lagi dia tau buat pun. masak je la.

e eh. sesuka hati tauuu.
then adik zeity datang sebab nak hantar apa aku tak sure. air kot tukar jug air.

makcik 2 : kau dah kerja? dah abis belajar kan?
hakim : a ah dah abis belajar.
makcik 2 : kau mintak kerja kat internet. anak makcik main internet tu. dapat je.
hakim : ye. kat mana? kerja apa?
makcik 2 : entah la. tapi internet la.

lawak aje.
nak recommend tapi tak tau kan.
ada macam2 la. yang aku dok ajak noy makan cepat.
tak menahan aku nak dok situ lama2.
ada gak la makcik 3 ni tanya. "dari mana?"
jawab KL. dia senyap aje.
dpd muka aku yakin dia nak tanya macam2 lagi. tapi tak tergerak kot.

then time lain pulak.
majlis dah abis la. tak ramai orang dah.
tinggal sedara mara aje.
semua tido. so kat hall tu aku sorang aje ada. dok main hp.
baca timeline twitter.
yang lain dok kat porch smoke la apa.

ada sorang makcik ni.
datang lambat. so mak zeity entertain dia. sambil2 makan kek birthday papa tu.
aku dengar la dia kata "kolumpo", "kolumpo".
mak zeity pun cakap la besan pun dpd kl.
ni adik kepada khai. menantu dia. sambil tunjuk aku. aku senyum aje.
then tiba2 mak zeity mintak diri kejap sebab nak jumpa orang catering ke apa.

makcik : cream..cream.

aku pandang la. ye la. cakap kemain kuat.

makcik : heheh. kek ni banyak cream. *sambil tolak2 cream tu.*
me : *senyum*
makcik : dpd kolumpo yea?
me : a ah.
makcik : kolumpo kat mana?
me : setiawangsa.
makcik : ooo titiwangsa ke?
me : tak. tak. tu lain.
makcik : setiawangsa tu kat mana pulak?
me : dekat desa tun hussein onn. wangsa maju. keramat semua tu la.
makcik : ooo wangsa maju. makcik ada anak sedara dok situ. ada sekolah tu. ada perumahan 2 tingkat tu. haaa kat situ la dia duduk.

aku dah macam. kau ingat wangsa maju kecik?

makcik : tau kan. macam2 ada situ. tapi rumah dia berdepan ngan sekolah tu.
me : sekolah mana eh? sekolah banyak.
makcik : alaaaaaaaa. yang sekolah kat wangsa maju tu. mana ye. oh kat jaya jusco tu.
me : oh ok tau. *senyum. tengok hp balik*
makcik : makcik ni pun baru balik dpd kolumpo. sebab anak2 sedara mara semua kolumpo. makcik sorang kat melaka. tapi mmg makcik selalu pergi kolumpo.
me : oooo.
makcik : memang semua la kat sana dah beranak pinak. makcik pergi selayang. pastu kat putrajaya pun makcik ada anak. lepas tu yang datang sini. penat lagi ni.
me : oooh ok.
makcik : makcik ada anak kat damansara jugak. dia praktikal kat hospital sana. yang kat putrajaya tu pulak kerja kat ...(ok time ni aku dah tak dengar sangat. sebab rasa macam motip nak cerita pasal family uolls?)
me : hmmm... *senyum*
makcik : kat klia pun ada anak sorang kerja. menantu makcik pulak kerja kattt.....

lagi aku tak dengar.
aku dah stressssssss. uwaaaaaaaaaa. i dont wanna know.
muka aku ada macam interested nak tau ke?
lain la kalau tetiba makcik tu kata, "berkenan makcik tengok anak ni. manis sekali. teringin nak jadikan menantu"
haaaaaaaaaaaaa. terus aku pergi dapur tolak bibik zeity, aku bancuh air siap buat cekodok semua untuk makcik tu kan.
hahaha. wah matiklah. sekali anak dia tak handsome. rasakan.
hahha. memilih ok. macam la hot kan. makcik tu pun tak hengen laaaaaaaaaa.

time dia cakap2.
aku memang banyak main hp je la.
time tu aku dah dok tweet2 sebab stress.
ye la. jenis takmo kalah.
dia je la best semua. anak menantu semua best. apa2 aje la ye.

agak2 dia tengok aku ala2 tak layan je.
tau2 dia bangun. cakap kat mak zeity dia mintak diri.
sebab "balik dulu la. penat ni kan. baru sampai dpd kolumpo".
hhahaha. pitamssssssssssss.

elok dia gerak baru noy masuk semua.
pastu aku cerita kena gelak.
sebab dia ajak lepak luar aku jual mahal.
panas la. last2 kena layan mokcik kolumpo.

haha macam2 orang ada kan.
eh tiba2 terpikir. keji ke aku eh?
i mean macam tak kuasa nak layan.
tapi if layan aku rasa nak lari laju2 langgar dinding.
abis macam mana itu?

kalau korang macam mana?
kalau kena situation macam ni, korang buat apa?
sama macam aku ke?
or korang layan baik punya sampai makcik tu berkenan lalu masuk meminang. hahah.

19 Comments:

Leen said... [Reply to Comments]

Aku pun selalu gak terpaksa melalui benda2 macam ni kalau balik kg. Selalunya buat bodo jeee... tengok2 hp buat2 bz.. senyap la lama2. tapi insyaAllah kena chop sombong pasni.. tapi x kisah pun.. ngahaha

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku pon tak paham apa yg org sibuk nau kalau ada sedara mara dr kolumpo. aku yg membesar dekat area kajang ni i mean tho not directly in the middle of KL, pon rasa sesak je KL. ok la semua benda within reach, but yeah, nama pon KL kan. aku pon xpaham org2 ni.

LadyRye said... [Reply to Comments]

heh kalau anak dia hensem pun, tak kuasa kot nak bermak mertuakan orang camtu..

mau nanah telinga woh!

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Haihhh~ Biasa sgt dah ngn makcik2 camtu. Mmg la sgt ANNOYING!!!!! Asal cakap tanak kalah, pastu dgn intonation & expression plus mata tu penting uollls! Mata tu harus la kan nk pandang sume benda yg ada di badan. Ya Allah, tlg la rimas. Bkn xboleh pandang segala tapi cam agak2 la makcik. Pandang segala macam kami ni dari Mars je x pun baru kuar lokap. Kadang nk je sound, OHMAIGOAT makcik ni sgt lah typical. Tapi cam tak berajar pulak kan, so anak2, cara yang senang nk berdepan dgn situation ni ialah perlahan2 mengensot ke tepi sambil sengih2 lalu, bila makcik tu xperasan, angkat kaki, bla. Titik noktah. Emosi ok. Selalu igt situation ni I sorg jela pk n konon2 igt saja hindustan lebih kot aku ni, tapi rupanya ada jugak yg sependapat :DD Ok dah panjang sgt ni comment. kthxbai. :DD

landaklaut said... [Reply to Comments]

Ada kawan aku tu kalau dah agak2 taktau nak mintak diri mcm mana, dia akan sms kawan2 mintak tolong call dia. Ada lagi sorang siap cakap, "maaf ye makcik, saya nak gi toilet jap". Pastu terus blah. Hahahaha.

doll said... [Reply to Comments]

kita kan pun mmg malas tau kalau org tua ckp byk2 tau..esp yg tak kenal lsg

tp kan kita igtkan diri yg satu masa nanti kita pun akan tua dan mungkin satu hari akan menceceh jugak..

lgpun, Nabi pesan supaya buat baik pada orang tua dan kanak2..dapat pahala jugak..

kita selalu layankan dgn angguk2 dan kata 'owh?' 'eh' 'ye ke' 'br sy tau, makcikkk' hehe..

yea laa,kang jual mahal kalu, skali anak dtg jemput naik jaguar, skali hensem tahap brad pitt, skali baik..takke ada chan klu kita awal2 dh budi-bahse?

renung2kan dan smt berbuat baik!

Anna Mohamed Amin said... [Reply to Comments]

makcik2 biasala.. nak buat conversation. taknak ada awkward moments. Slalu layan je, walaupun kadang2 ada gak annoying. But we don't know, maybe bila umur kita sampai disitu, kita akan jadi macam diorang jugak. who knows right? Can't blame them too. Anna rasa peej mcm impolite la sket. There's no harm in melayan orang dgn ikhlas. cheers~

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

hahahahaahahahaha!pitamssss

makcik ni nak citer salasilah kloga ke ape makcik?plg x leh blah "anak makcik main internet je dpt keje?" ish makcik sy ni 24 jam main internet kalau mcm tu dr dulu dh keje makcik?gilo

aku ni dikenali sbg antisosial di kalangan ahli kloga so x de la kena hadap makcik kolumpo mcm ni,LOL

fdyana said... [Reply to Comments]

hahahhaaa peeja, makcik mcm nie... kite kene 'up'kan dier mase dier bercerite..e.g makcik-sedara mara makcik sume kat KL,makcik je kat melaka nie... gadis-laaa,kesian makcik sorang2 kt sini,bagus makcik duduk KL,senang sume org ade...sakit lelah ade org jage..,kan?

daripada pengalaman,...makcik itu akan terdiam sebab motif dier untuk bangga diri tapi gadis itu telah mem'bangga'kan makcik itu,..matila kutu/idea2 makcik tue dahh... trust me,it works!

selamat mencube :)

syntheare said... [Reply to Comments]

xpe...anggap je la peeja tgh praktis borak2 dgn bakal family mertua....nanti dh kawen, senang nk masuk group borak mak mertua hehehe...

Netnet said... [Reply to Comments]

kalau i jadi u pun i buat2 mcm tak berapa nak dengar...mungkin wrong timing kot makcik tu nak bercerita...

i.z.m.a said... [Reply to Comments]

aku biasa dah jumpa makcik macam ni. bahkan yang belum jadi makcik pun tapi perangai camni melambak dah aku jumpa. mampu geleng kepala jela..

koordinator said... [Reply to Comments]

peej...biasalah tu kan. sbb makcik tu nak ramah2 skit. x kan nak citer hal negara pula kan. Dia nak ajak berbual tu. hal anak2 jelah yang dia tau. orang tua.....ikhlas kan lah diri tu layan. BTW makcik kampung x sama dengan makcik bandar. kalau salah sebut pun igt ni je..orang tua. dr kampung pula tu. :)

chics said... [Reply to Comments]

Kalau aku, aku terus mintak diri bangun sebelum mulut aku berkata sesuatu yang tidak diingini.

Selalunya macam tu, bila annoyed mulut aku akan bergerak sendiri hehe.

umi ameer said... [Reply to Comments]

ada org mmg gitu tabiatnya.. asik berceritaaaaa tak henti2, bukan dia kesah org pedulik ke idak, tu je dia tau.. janji dia nak citer...

kalu akak, akak patahkan siap2 borak dia tu.. hehehe.. kadang2 laa..heheh

tapi cara musti lemah lembut sambil tersenyum masa berkata2 itu.. janji nampak bersopan santunnnn.. heheh

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

makcik kolumpo tu ingat best sgt ke dok kolumpo ni ey? adoi la.

tp sama je dgn makcik2 kat rumah aku. suke jadi paparazzi. kalo aku diam x btegur sapa cuma senyum je kang mula la jd bahan umpatan. huh.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Harap aunty janganlah jadi macam makcik tu ye, cerita kat orang pasal family sendiri macam best, nanti orang muda baya peeja menyampah lak kan! Nanti orang panggil kita makcik syok sendiri eei tak nak tak nak.

salzahari said... [Reply to Comments]

semua org tua akan bgga crita psl ank dia...i guess mak peej n noy pun gitu n bercerita ;)

tp mmg kelako le sbb kena dgr wpun kdg2 rs mls....buat2 jerla hadap n senyum, jgn le tgk hp sgt nmpk benor tak minat. kesian lak!!

ni praktis utk join mertua/ fmly mertua...jgn jd mcm i,dh 7 thn kahwin pun tade skill nk menokok nmbh makcik2 bercrita. habih2 i senyum, angguk! end up aku jgk dicop menantu somobong/ berat mulot...org kolumpo..org graduate... whuasaaa!!!! meluat tau...

apa pun, igtlah....kita jgk akan tua, mungkin akan lalui fasa yg sama dgn makcik2 tu!!

CidaZam said... [Reply to Comments]

saya rasa org melaka mmg ramah gitu. dah tu suara jenis kuat2 macam telan microfon gitukan? hahah tapi best jugak kalau ada kenduri kawin kat kampung ni, dengar kecoh2 mulut org tua2 ni. Walaupun annoying tapi kita tak jumpa da kat Kolompor ni..heheh.kalau ada pun sure org tolong controlkan. Kalau kat kampung syok dengar terjerit2. Expecially melaka. mmg riuh. Cakap pelan pun sebatu dah dengar. Heheh

**org melaka jangan kecik ati... saya org melaka juga... sbb tu berani cakap hahah*

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...