Instagram : @peejburhan

macam zaman muda-muda lak rasa.

last weekend dating.
ikutkan malas nak keluar.
sebab aku ni mana suka siang punya orang.
panas uolls.

tapi dah lama tak jumpa.
rasa macam rindu la pulak.
rindu tapi malas. macam mana itu.
dah mandi pun panas.
siap lepas mandi tertido balik ok.
siap call cakap panas betul hari ni.
ingat dia nak jawab, "tu la lain kali je la keluar".
sekali dia jawab, " tu la. tapi takpa. i nak gerak dah ni. sampai i call yea".
urghhh. patut terus siap. tp aku tido again. keh keh.
tiba2 terbangun sebab noy jerit kata dia dah sampai.
owh mannnn.

paling tak suka.
aku ni bukan la suka sangat dating2 ni.
tak reti nak buat apa n pergi mana kan.
dia tak makan lagi.
so aku kata pergi wangsa walk je la makan.

as usual kalau ke sana. ayam penyet je la.
memang takmo lain. rasa rugi if tak makan. haha. tah apa2 tah.
owh suka. lama tak makan.
tapi ayam so kecik. sad. tsk.



orang tak tahan pedas makan ayam rendang.
tah apa2 tah. gila tak feel kan.
huish. tiba2 kelaparan n rasa nak makan ayam penyet.
hoih apesal la kau sedap sangat.



lepas makan tak tau nak buat apa.
tapi dia ajak jalan2 pulak.
sebab dia tak pernah sampai wangsa walk.
aku dah macam, nak tengok apa pun. bukan ada apa kan.
tapi layankan aje.
tapi rasa lawak. sebab jalan pegang tangan.
rasa sangat wtf. hahhaa. ye aku gila.
aku mmg tak suka PDA.
pastu pusing2 mall takda motif.
macam zaman budak2 bercinta2 dulu. keh keh.

tiba2 tengok start hujan.
terus aku ajak balik.
sebab pernah aku lepak wangsa walk. sekali hujan.
amik kau tersangkut lama. takmo la kan.

aku kata balik umah je la lepak2.
dia kata if macam tu dia terus gerak. sebab dia segan nak lepak2 umah aku. what la.
terus tak jadi balik.
singgah papparich pulak. nice.
padahal baru lepas makan.


wahhh. elemen gedik di situ.
takda apa pun sebenarnya.
saja nak tunjuk dah rasmi kasut baru. keh keh.
oh suka. rasa nak shopping2 lagi kasut macam ni.
selesa gak la.
kalau tak aku ni ke mana2 pakai selipar havaianas tu je.
sebab tu memang selesa tahap melampau.
tapi gila buruks kan. katanya selipar.
so ni nampak la lawa sikit konon kan. ;p



tak lama pun duduk.
tah apa motif tah.
aku memang pelik2. tak jumpa rasa rindu melampau. rasa nak nangis.
dah jumpa aku blur.

oh lagi satu.
ingat lagi mama selalu marah aku n noy kalau kita orang malas make up.
dia kata melangkah je keluar rumah kena la proper.
tapi ada kesah. lantak la kan.

so masa tengah jalan2 kat wangsa walk ni.
ternampak pompuan ni.
di ni ex someone yang aku kenal la.
dia takda la lawa. tapi ok la.
tapi agak terkejut tengok dia time tu. sebab sangat2 la comot.
macam serabai gila tahap macam meroyan tu.
eeeiii gila keji cakap macam tu. tapi tu la hakikatnya.

balik tu aku cakap ngan mama. terus mama jawab, "tau takpa. itu la mama cakap".
aku kata lepas ni aku takmo malas2 bersiap la.
sebab pikir malas nak make up ke apa. yang amik less than 10 mins.
ok 10 mins tu minimum la. just concealer bwh mata, eyeliner n blusher je.
tapi bayangkan. kau keluar dpd ptg bawak ke malam ke.
berapa ramai n lamanya orang nampak kau comot.
get it?

sebab serious. aku kalau tak pakai benda2 tu boleh tahan horror la. hehe.
so mari la kita rajinkan diri.
memang la tak lawa macam superstar ke apa.
tapi sedap la mata memandang. kan kan kan.

haha. suka lari topik kan.
just terpikir. so rasa nak share.
kalau tak reti make up tu belajar2 la.
bukan susah pun. yang simple2. kat youtube pun ada. :)
serious. sangat membantu ok. unless kau natural beauty la kan. still if make up lagi lawa.
tak caya tengok blogserius ni.
ketara ok. terkejut mak uolls.

ok tu je bye.

13 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

waaaaaaaaaaaaaaaaaa peeja g dating..hehe!

eh!lama ko x buat tutorial make up kan?cer ko buat sekali.. :)

Misz Ayu said... [Reply to Comments]

tu dia kemain sorok abes tu.. ala bila nk bgtaw ni dating dgn spa :p

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

ok aku pun tergolong dalam golongan orang yang malas makeup kalo keluar mengadap masyarakat. ok ok aku amik iktibar nih ngehehe...

*malam ni kene selongkar balik barang makeup*

the hun said... [Reply to Comments]

round wangsa walk? adeh la.. amende yg ada..?

cik1356 said... [Reply to Comments]

aku kalo mekap pun tetap tak lawa. camane? T_T
aku sekarang dah tak reti dating weh.. lupa feel dah. ahahaa

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Oh pergi dating yer, siapalah agak nya ya, tak pe jangan bagi tau sekarang, kita tunggu hari bahagia nya nanti baru lah best.

Jantan Uols said... [Reply to Comments]

kelas kau
bahagia noksss!

s a L o m a said... [Reply to Comments]

aku memang dah tak larat tengok gambar ayam penyet yang selalu kau post kat enti.first thing aku nak buat bila balik bercuti esok, AYAM PENYET! haish..lapo..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wah seronok ko gi dating. xpe la rasa blur2 time keluar tu, at least jumpa. pernah jugak rs rindu smpai nk menangis mcm tu (pelik je kan) hahaha.

ntah time nk keluar date mmg scr automatic mcm nk pakai proper. pg mkn roti canai, pakai sempoi. tibe2 kitorg buat plan nk keluar movie, terus balik singgah rumah gosok baju bagai, padahal dia dah tunggu dlm kete tu.. hahaha

happy being in love! ;)

doll said... [Reply to Comments]

betul kata mama tu..nk kua mesti siap segala..esp anak dara cam peeja nie..mesti siap bergaya..

dh klu mak budak pun mesti berbedak..jadik org tak terkejut badak nampak muka tak siap tu..

no muka lebam after this k?wahh siap kau..

peej said... [Reply to Comments]

buyui - macam malas. haha. sbb kat youtube banyak kan. ;p

ayu - kena bg tau ke heh?

mappiau - haha. aku punnn. tp ni nak start rajin. tapi kalau natural beauty takpa weyh. muka tak make up lagi lawa dpd muka aku yang sakan make up. kan.

the hun - kannnnnnnnn.

cik1356 - haha kan. aku pun tak reti sebenarnya. noy siap gelakkan aku sebab dia kata cara kita orang dating kelakar. tah apa2.

sh rosidah - kalau hari bahagia pun nak senyap2 can ah? hahhaha.

jantan uolls - yeee. kelas kau maria. haha.

saloma - baiklah. harus ok. aku sendiri pun suka. so far tak jemu lagi la.

wani - hahah. lagi kelakar. gila gigih siap tukar baju n iron semua. so much in love tu namanya. heheh.

doll - tu la kan. selama ni pikir tak kisah pun. tapi sebenarnya tak elok kan. so baiklah. akan sentiasa rajin. cea.

shuweet said... [Reply to Comments]

aku kuar dating rajin la make up bersiap bagai..bila dah kawin ..nan adooo..hehehehe...selekeh je....sampai kene tegur dek laki...hahahah

susumanis said... [Reply to Comments]

peej aku pun malas mekap n selalu kl comot sure jumpa org yang aku x mo dia tgk aku comot..grrrrr

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...