Instagram : @peejburhan

kite bako je. kite bako.

ok ni dah rasa sihat sikit.
siap beli starbucks tadi.
minum caramel latter.
so ala2 hyper sikit ni.
baik cepat kasi sambung entry krabi kan.
kang tak larat balik lama tertangguh.
korang pun nyampah je nanti sebab asyik la iklan je kan.
entry biasa tak keluar.

bukannya malas. tapi betul2 tak sihat.
tah apa2 tah.

so ni sambung.
day 4 kat sana kita orang amik tour 4 islands.
harga tour 400baht.
pick up pukul 8.45pm.
so pagi around 7ish tu dah bangun untuk breakfast.

aku makan omelette, roti bakar n onion rings aje.
sadis je kan.
ada macam2. tapi takmo makan over2.
kang tetengah laut tu kau nak memburas tak ke satu kerja tu.
kang elok orang snorkeling. ingat ikan rupanya benda lain. hiahahaha.
ok ngeri.
nasib la buntuit teman berajo ye. tak buat hal ke apa. ;p

:: jonet yang sentiasa ceria tak kira waktu ::

:: ni muka aku di pagi hari. moody2 ::

:: ok ni baru muka atak sunyum :) ::

:: kali ni naik van 12 orang tu lagi. sebab ramai trip kali ni ::


trip kali ni naik longtail fishboat.
sebabkan hari tu naik speedboat kan.
tak nampak permandangan.
so naik boat yang ni aku dok depan.
sebab nak feeling la konon.
rasakannnn.

:: masih ceria n konon2 vogeh ::


:; angin bertiup kencang. syiok aje ::

tapi aku dah basah kuyup.
hiahaiahah.
paling annoyed kita orang naik ngan ramai orang kan.
then ada la group dpd malaysia ni. student kot. 9 orang. laki perempuan la kan.
memekak n gedik nak mampos.
kena air boat terpercik konon tak suka la. aiyakkk aiyaakkkk.
aku tak paham ok. i mean kau pergi pantai. of coz la kau akan basah.
kalau kau tak ut di lambung ombak takyah la berumah di tepi pantai.
chewah matiklah berpepatah pulak kan.

sumpah aku rasa nak lempang.
rasanya sengaja seeking attention.
tunjuk gedik depan jejantans tu.
pastu boat tu macma ada bumbung sikit.
sorang minah ni terhantuk.
dia punya drama. macam kan kepala dia bocor memancut darah.
tak abis2. aiyakkk, soooo painfulll. uwaaaaa.
cakap berkali2. n everytime.
aku ngan jonet dah macam, "kecoh. sakitnya tak pun. sebab malu tu. so coverline kena la gedik"

sekali lepas tu aku lak terhantuk. hahaha. pada muka.
ok memang sakit la. siap benjol.
tapi takda la aku tergedik2.
nasib takda mamat handsome dalam boat tu.
kalau tak aku malu lalu terjun ke dalam laut membawa hati yang luka.
cea poyo.

mula2 pergi tup hut
dia macam gabungan 3 island.
kalau air surut. akan ada beting pasir tu. boleh la jalan antara island tu.
tapi dah katanya pemalas. kita orang tak berjalan pun.
just tebar tikar n mandi2 aje.
time tu air dah nak start pasang la.


:: tu macam ada orang tengah berjalan2 nak ke island belah sana. ::

:: tu satu lagi island ::



tapi tak syok la mandi kat sini.
sebab air tengah surut kan.
if nak dalam kena pergi jauh.
dah la pasir dia tak smooth.
kira jalan tu pedih sebab terpijak2 batu ke batu karang ke. entah la.
me not loike.
so bersantai je la.





then meneruskan perjalanan lagi.
tengok chicken island.
ni untuk amik2 pic aje.
sebab island tu bentuk chicken.
tapi sebenarnya more to bentuk kepala turkey kan. heheh.

then snorkeling.
tapi tak berapa syiok.
sebab dia kata patutnya snorkeling kat the other side of chicken island.
tapi sebab ombak daripada arah sana. so macam tak elok untuk snorkeling n all.
so kena dok side sini.
so sini coral semua dah tak ada sangat.
tapi ikan lawa2 gak la.

aku suka sebab dapat tengok ikan yang dalam nemo tu.
bukan nemo. tapi ikan yang konon paling otai tu.
yang dia asal dpd laut tu. yang bila dia lalu je ada bunyi, "te ne ne neeeee" fin ala2 dah rosak.
hahhaa. apa nama dia eyh? lupa.

tapi jonet gempak snorkeling tak pakai life jacket. berani.
ye la katanya tentera kan.
aku kalau tak pakai mau menggelupur. haha.
jonet siap membawa diri tah mana2 dia swim
tapi takda pic la. lupa nak suruh mamat tour guide tu snap kan.

oh mamat guide ni pun kelakar.
mula2 aku rasa macam. wah english dia bagus la.
tak bunyi thailand sangat. ada slang.
rupanya ku salah dengar.
english dia terlebih slang ada.

nama dia toyib. panggil yib.
aku n jonet dah tak abis. "al kisahhh. al tersebutlah kisahhh... toyibbbbbbb. sang kancil datang beramai ramai...." hahahhahaha.
dia banyak slang 'r' la.
terlebih2.
perkataan dia yang sampai sekarang kita orang dok sebut2 ialah.

"do u want me to take a photerrr" (bunyi foterrr)
" have u take the watreee" (water = air)

banyak la semua ala2 banyak 'r' aje.
semua benda dia letak r.

" u can have runch (lunch) herrreee. n can swim. here not good for snorkerrring"
" u can walk n take a photerrrrr"

hahaha. lawak.
setiap kali kita orang lepak2.
if dia lalu mesti dia akan offer untuk take a photerrr. ;p




:: me n my lunch n 'watreeee' ::

next ke poda island untuk lunch.
dapat nasi bungkus.
lauk adalah amat simple.
tapi mungkin kerana penat n lapar sangat ke hapa.
aku rasa macam sedap semacam la benda ni.



lepas tu mandi.
mandi kat sini syiok abis.
sebab air pasang kot.
dah la pasir dia smooth je. pastu jalan sikit dah dalam.
ombak besar la. gila punya dia kasi aku terpelanting.
bape kali masuk air dalam telinga semua.



lepak kat poda island tu sejam rasanya.
then bergerak ke phranang cave pulak.
sini pun if nak jalan2 ada la cave n all.
as usual dah tak kuasa.
so bentang tikar n lepak aje.

lawa la sini.
air dia hijau je air cave2 semua.
aku tengok orang berkayak bagai.
pastu ada longtail boat yang jadi tempat jual2.
ada siap kalau nak nasik goreng semua ada ok.
ada air buah la. pancake la. buah2 la.
kita orang beli jagung bakar. as usual. :D

:: tapi jagung bakar yang aku makan kat hotel tu lagi sedap. yang ni tak stone. tak cukup bakar kot. keras ::


perempuan ni hot gila.
tan dia lawa je.
ni daripada belakang nampak tak hot.
dia pregnant ni.
jonet kata tgk perut dah 6-7 bulan ni.
gilo. tapi gilo hot.
perut bontot semua smooth takda selulit pun. life is so unfair.
herghhhh.




:: poyo bersantai tapi bawah pokok. haha ::

:: ala tak clear sangat kan. aku sebenarnya snap serangga warna oren. cari la if jumpa :D ::

haha nampak tak belakang tu.
jonet jumpa best friend.
masa dalam boat lagi dok sembang2.
sebab dorang ni daripada belgium.
so jonet haritu masa euro trip ada pergi sana.
so harus la pokcik2 tu excited kan.
asyik la nak bersembang aje.

tu kita orang tengah santai.
nampak jonet terus dia lepak sana.
rajin jonet dok layan.
dia tanya la kenapa malaysia ni suka dok bawah pokok.
tak suka kena matahari ke.
kita orang cakap la. bukan malaysia. semua asian kot.
asian ni obses nak kulit putih siap jual macam2 krim.
pastu dia kata la dorang lak suka nak kulit macam kita.
sebab dorang punya panas pun tak panas mana. dalam setahun 3 bulan je ada panas.
pastu dia kata la. if kau tan maknanya orang tau kau byk duit.
sebab maknanya kau melancong. so kena la bagi tan. haha. macam2 kan.

time kat belakang tu.
dia sibuk tunjuk pic2 dalam camera dia.
tunjuk family dia la. mana dia melancong la. lawak kan.
anak dia triplet ok. semua 19 tahun. syiok kan.




yang pastinya time balik tu panas nak mampos.
sebab penat sangat. semua tido ternganga dalam boat.
tau2 sampai aje.
n badan adalah merah menyala.
kite bako je. kite bako.
poyo nak sangat feeling matahari n permandangan kan.
sekarang dah rupa dayang senangdung ok.

masa pergi bali hari tu tan lawa je.
kali ni tan macam harem.
tak sekata. wth la.
balik naik tut-tut.
bagus takyah bazir2 duit nak feeling naik tut-tut ke apa.
semua ada dalam package. hiahahah.








ok itu je cerita trip 4 islands.
nanti sambugn ke lain pulak ye.
ta-ta.


10 Comments:

Affy Ronan Affandy said... [Reply to Comments]

Best nye kak,asal x diving kat sana???bes

s a L o m a said... [Reply to Comments]

aku nk komen,tp tiap kali nk komen,ada je benda kau story,so mcm,eh aku nk komen ni lah..eh tak jadilah.nk komen yg ni pulak lah.eh kensel lah.komen yg ni je..

by the time habis je entri kau,aku dh tak ingat nk komen apa.ahahahahahhahah

insect oren tu tepi kiri betul2 bawah tunggul kayu tu ke?

doll said... [Reply to Comments]

kita suker ajer peeja ada selit2 iklan nie, dpt info gak kan!

gambar peeja and jonet kat tikar tu chomel sgt..konit2 tombam..hehe..

best kan dpt beramah-mesra ngn omputeh..they r friendly people n can really open up on things..plg best dah tua2 pun g melancong gak..and sporting!

tajuk kita bako je kita bako nie psl jagung bako ke?hak ah..npk cam x bako btol2 tu!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

izinkan aku feeling ckp mcm toyibb:

warrrrrrrrrrrhhhhhhh nicerrrrr picturrrrreeeeee

n jonerrrrttttttt's shirrrttttt sooooorrrr sweeeetttterrrrrr

paham dak

meh aku translet:

wahh nice picture

jonet's shirt so sweet!

hahahaha!

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

yeaayy!!!
smbubg jugk pon..
terubat hati yg tgh lara niii...
suke bc entry2 sis..sbb sllu blh bt cm ur brighten my day lah...ceaaaaaa~
tp sgguh sis..sumpah btol..!! =)

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

yeaayy!!!
smbubg jugk pon..
terubat hati yg tgh lara niii...
suke bc entry2 sis..sbb sllu blh bt cm ur brighten my day lah...ceaaaaaa~
tp sgguh sis..sumpah btol..!! =)

lily lotus said... [Reply to Comments]

memang beautiful life sungguh...

linda said... [Reply to Comments]

murah betul kan jalan2 kat sane? saya ke phuket dulu pun puas hati betul tgk laut depa yg lawaaaaa

schazwany hameed said... [Reply to Comments]

best nyaaaaaaaa!!!!!!

kePeej said... [Reply to Comments]

affy - sebab takda lesen diving. tsk.

saloma - hahhaa. tu la kan. aku boleh pecah2 kan entry tp sampai bilanya nak abis. tu aku taruk je semua banyak2 jadi satu entry. senang. tapi kau nak komen lak tak tentu arah kan. hahha. ya betul. sila tepuk tangan utk diri sendiri. ;p

doll - haha. konit2 tombam kau kate? tersedak aku. pasal bako tu bukan jagung la. aku cakap pasal badan terbako. haha. aku mmg bab2 letak tajuk ni fail.

buyui - haha bengong. aku faham la. gilo takda keja ke kau.

talkwithmykeyboard - haha. saje je bagi i tersipu2 malu tau.

lily lotus - kan. if selalu holiday2 mesti best je kan.

linda - kan. tu la next ni aku nak try phuket kot.

wani - best. tapi wani pergi maldives kan. lagi bestttttttt!!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...