Instagram : @peejburhan

kerana tak berajar. ini la hasilnya.

huish lepas bersantai feeling nak matahari kat boat tu.
rasakan memang macam udang bakar la weyh.
merah menyala.
dah la bukan semua. certain part lak.
nyesal. sebab tan kali ni memang huduh betul la.
masa kat bali lawo. wah lawo ke kan?
maybe sebab ni tan laut kot.
masa kat bali tu kat swimming pool kan.
so maybe lain. ke tak ah?

malam tu mula2 kita orang buat thai massage.
lupa lak nak snap.
ok la. 1 jam rm20 aje. mana kau nak dapat.
aku rasa thai massage lagi syiok kan.
dia kepak2 kan kau.
memang terbaik la.
dan tak perlu terbogel2 ke apa.
tukar seluar aje sebab senang dia nak kepak2.
kang pakai sendiri punya koyak naya pulak kan.

lepas massage tu dinner.
again kat jamai restaurant tu.
sedap, murah dan halalan tayiban. heheh. ;p


:: aku yang menyala tang dada n lengan. macam harem dah ghupenye :: 



jonet la paling poyo.
dia kata dia elok tak terbakar la apa la.
padahal aku tgk macam dah kena bako je.
esoknya baru sedar sebab dia mandi air panas. baru dia tau macam mana rasa kena bako. hahaha.
aku mandi air sejup. nyaman sikit rasa.
pastu sapu after sun lotion tu.


:: see badan berbelang macam orang tak siuman ::


noy yang tengah nak feeling apa pun aku tak tau la.
oh tapi kat sana asyik la dorang cakap thailand ngan kita orang.
pastu kita orang cakap, "no we not thailand"
"oopppp sorry face thailand. look thailand"
"not thailand. malaysia. malaysia"

tapi memang lebih kurang sama pun.
ada sekali tu aku nampak ada lelaki nak jemput2 untuk nak amik di tour tu.
sebijik muka melayu la.

me : macam melayu kan. tu kira melayu thai la kan.
noy : hah? melayu apa?
me : eh bukan. mana boleh melayu. melayu tu malaysia. dia thailand. eh nak panggil apa eyh?
noy : panggil thai je la.
me : ye la. tapi ada thai mcm cina. tapi ni macam melayu. :)

susah nak explain.
dorang takda bangsa2 macam kita eyh? ke ada aku yang tak tau?


:: aku makan ini. nasi goreng ayam kot. tak sure la nama dia ::

dorang ni nama makanan kemain panjang n fancy semacam.
tapi bila dapat lebih kurang macam biasa makan.
ok ni kes gila.
petang tu aku ada beli maggi cup kat 7-E.
jenama MAMA. tomyam apa tah. bekas warna pink.
OMG. pedas stop menangis. tapi memang mencapai piawaian aku la..
tapi lepas tu amik kau cirits. hahahaha.
lepas dinner ni aku terus balik hotel nak guna toilet. haha.
dorang shopping.
ok la. settle aku join dorang balik.
nasib dorang tak merewang sangat.

tu takpa. aku pun shopping la.
tiba2 sakit perut lagi ok. madafaka.
takkan nak patah balik pergi hotel again. dah jauh. mampos.
pastu aku memekak2 la kat telinga noy. sakit perut. sakit perut.
dia sesuka hati suruh aku tumpang mana2 toilet.
ewah suka hati. kau ingat umah mak bapak kau ke kan. hahahha.

sekali nampak fish spa.
terus noy kata. ha pergi berak. aku buat kaki ni.
bayar je la. boleh guna toilet nanti.
hahaha. tak pasal kan. terjebak hanya kerana buntuit mak ni tak berajar uolls.
lain kali nak keluar buat2 la tahan ke apa kan.
hish dpd kecik tau perangai ni.

dah la mahai.
15 minutes 150baht. RM15. kat kl lagi bersepah murah2 kan.
tapi kita orang semua tak pernah try. so layan je la.


omg pengalaman paling pahit la.
first n last la try.
geli nak mampuih ok.
aku memula ok lagi. sebab aku share tank ngan jonet.
so semua kerumun ke dia. aku relax aje.
geli pun ala2 boleh tahan.
jonet punya memang tahap maksima la.
yang aku feeling2. wah kaki aku bersih la. takda apa nak makan. heheh. ;p


:: hahha. jonet tak dapat kawal kegelian ::



:: aku punya tak ikan yang sudi. tsk ::

agaknya penjaga kedai tu tak puas hati aku ala2 macam tu.
dia suruh pindah tank lain. yang kosong.
haaaaaaaaaa. masa tu merasa.
memang rasa nak nangis la. tak sukaaaa.
macam mana orang suka buat benda ni. tak tahan betul.
esp bila dia gigit2 tapak kaki tu. hish.

tapi aku main tipu gak la. bila geli aku gerakkan kaki aku.
takut la ikan2 tu.
yang jonet boleh gelak n jerit2 kat situ tak tahan.
tapi dia static tak bergerak ke apa. syabas.

so itu la pengalaman fish spa tak pepasal sebab katanya nak tumpang toilet kan. heheh.



lepas tu shopping itu ini.
aku pun tak ingat apa.
then terus balik bilik.
sembang2 sat tido.
sebab aktiviti seterusnya tu pick up pukul 8am.
kang tak bangun tak sempat breakfast ke apa tak pasal naya kan. :)

so nanti sambung lagi cerita yea.
tak banyak dah.
tinggal dua tiga entry je lagi.
nanti last entry aku buat list2 harga la apa yea.
ramai tanya. tp tu kasi last2 nanti senang.
ok tu je. bye. ;p

10 Comments:

doll said... [Reply to Comments]

OMG!tokojut den nengok dada kau yg inky pinky tu!ngn muka jonet!hahahah..tp terbako pun brbaloi psl dpt holiday best!

asal Noy tak terbako pulak?comel jer ngan side tocang dia tu..

fish spa best!!rasa bersih jer kaki pastu..dia xmo makan mungkin pasal kaki peeja muda gitu, xde kulit mati..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Peej, ko pergi krabi ni amik pakej ke apa ekk?

Nanti cite2 la tau psl pakej + hotel :D

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha knp ikan2 tu semua lari kat kaki jonet?? confuse jugak :P

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

x pernah aku try fish spa tu...tingin gak nk rase

mamasuri said... [Reply to Comments]

best pulak krabi ni..
tinggal laki jap..tinggal anak jap..
g enjoy pun best gak..ahaks..

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

cantk la tu si..
tan warna pink..auwww~ hiiiii!

fish spa tu sy pnh try...
rasa mula2 mcm ikan tu serang kaki...
elok2 ltk je pakat2 kerumun kaki n rasa mcm ada elektrik mengalir....
hehehehehe......
tp org ckp cm x elok bt...boleh merebakkan kuman..xpasti btol ke x...huhu....

megi kat thailand mmg terbaek!!! i like...pedasss meletopppss!!

lily lotus said... [Reply to Comments]

lily sampai skrg tak pernah cuba fish spa tu. selalu terbayang piranha..haha!

HSM said... [Reply to Comments]

Actually kan - Org Thailand or Filipino sama macam kita - Org Melayu. Kalau nak tahu - org Filipion - IC stated Bangsa : Malay. Hakikat - dia org semua org melayu

ShilaShower said... [Reply to Comments]

aku cuma nak kata, jonet tu tak macam dokter. kalau aku ni tak kenal dia, wajib dah aku kata adik2 baru abes skolah. kuikuikuikui

apa pun aku suka entri krabi ni, sungguh cool dan jujur. ntah tatau nak bagi words apa yang betul, tapi kira berterus terang, transparent gitu. ahahaa

kePeej said... [Reply to Comments]

doll - npy [pun terbako teruk. dalam pic ni tak nampak kot. dia lagi la hidung merah menyala. dah macam clown. haha.

sweethoney - tak la. takda pakej apa pun.

wani - mungkin kaki aku tak enak. tsk.

buyui - tak payah la weyh. seksa ok. tp kalau nak try gak sekali seumur hidup boleh la. aku mmg takkan nak lagi la.

mamasuri - sorang2 tak best la. ajak kawan2 best kot. trip kaum2 ibu je. syiok.

talkwithmykeyboard - ye ke. takpa tu sekali je la try pun. tu la. sedap kan maggi dia. nyesal tak borong tau.

lily - haha. gilo kalau piranha aku pun takut. tapi ni tak sakit tau. dia macam geli takleh terima akal.

hsm - really? weow cool. thanks for the info. kalau tak sampai bila tak tau.

shila - kannn. ramai cakap mcm tu. tu dia bengang. dia kata kenapa kalau doktor kena ada rupa2 tertentu ke kan. haha.
hahah gilo. lawak komen kau tu. tetiba jujur kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...