Instagram : @peejburhan

jejak kasih ibu dan anak-anak.

last saturday tu yoki beranak.
yoki ni dok dalam sangkar ngan hannan.
memang sehari berkali2 la main je kerjanya.
tapi hannan tu dah sunat.
tapi ada sekali tu bangun pagi tengok 2-2 takda dalam sangkar.
petang tu baru dorang balik. so tangkap masuk balik dalam cage.
so rasanya time tu yoki pregnant kot.
aku dah perasan lama dia macam bulat semacam aje.
dorang kata takda.
few days before tu baru la semua percaya.
so plan pagi esok tu nak keluarkan dpd cage la kan.
sekali tak sempat. dia dah beranak pun.

so asingkan la dia.
darah dia bersepah2 ok. gila banyak.
aku ingat ada orang cedera parah ke apa.
rupanya dia. dah la hanyir n busuk takleh blah.
ahad tu tiba2 nampak ada benda stuck kat pepet dia.
besar macam guli besar tu. tau kan. macam chocolate bulat2 selalu tu.
haaa. besar tu la.
ingat uri dia. dia tak reti teran ke apa ni. padahal dah 2nd time beranak.
so biarkan je.
tengok tak ok gak.

monday noy kerja.
so selasa tu baru kita orang bawak di vet.
ye la sampai bila nak tunggu kan.
takut bahaya. sebab kalau manusia uri tak lepas boleh mati n all kan orang kata.

so bawak. sebelum tu aku dah perasan.
apa pasal lain macam je muka yoki.
muka macam jiwa kosong. boleh nampak ok.
macam gila pun ada.

so ke vet. cakap la ada benda stuck kat tempat tu.
doktor selak la.
boleh tak benda tu dan besar ciku macam tu.
separuh tu warna macam pucat. salu macam warna paru mentah yang kita beli tu.
separuh lagi macam daging. pink2 merah tu. memang ngeri la.
n tau tak apa tu??
sebab dia teran kuat sangat. so vagina n rahim dia dah terkeluar ok.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. siannyaaaaaaaaaaaaa.
ngeri, sedih semua ada.
i mean bayangkan kalau la kau punya terkeluar besar ciku tu.
atleast kita manusia. besar ok. kucing punya kecik aje.
Allah je la tau macam mana sakit tu kan. ish.

muka doktor pun dah leh nampak sedih sangat.
dia kata muka yoki pun dah pale. pucat maybe sebab sakit.
susu pun dah kurang. maybe stress kot.
so dorang suruh tinggalkan. sebab nak bagi drips.
operate buang rahim semua tu.
so doktor suruh kita orang jaga anak dia.
sebab yoki pun takda susu. so takmo la dia sakit. nak kena pikir anak2 semua.
so tinggal la.

memang sedih sangat la.
so beli la. susu tepung kucing tu.
beli botol susu 2. n satu syringe.
memula buat. tebuk2 la lobang botol tu.
lepak depan smoke kejap.
masuk dalam elok kaseh feeling ngan botol susu ok.
sedap kot susu tu.
tau2 hancur puting botol tu. ishhhh.
keji. dah la mahal botol tu.
kena pakai satu lagi tu.


percubaan bagi tak bejaya.
sebab besar sangat puting tu.
n tak reti nak suck la kenit2 ni.
so pakai syringe.
kuat menepis. so siap balut pakai good morning towel tu.
feeling bedung dia. heheh.


mak kucing bagi anak susu sambil di bantu nenek kucing. heheh
mama tu geram tu. suka dia je nak buli-buli tau.
time tu memang terkial2 la.
sebab serba tak kena. mana nak reti kan.
tak pernah bagi kucing kecik macam ni susu la apa.
selalu dah besar sikit la.




tengok tu. kemain dia marah.
yang brown tu pandai. bagi je elok cot cot cot dia sedut benda tu.
banyak dia minum.
yang atas ni payah gak la tapi minum jugak la.
yang sekor tu. paling dompot. memang mengelak la.
nak bagi half syringe tu pun bersilat ok.
asyik la berjaya dia keluarkan tangan dia tepis2.




lepas bagi susu je semua tido selesa. :)
ye kena bagi every two hours ok. pengsan kan.
macam ada anak kecik pulak.
hari kedua n ketiga tu lagi susah.
sebab dorang dah besar sikit kot.
bila bagi susu je lepas tu menjerit2.
tergoyang sana sini carik mak dia.
dia ingat mak dia ada kot. kejut nak bagi susu. :(

lepas bagi susu je aku akan sedih.
sebab yang brown tu bersungguh2 minum sedut2 macam kan sedut tetek mak dia.
siap ada sekali tu dia keluarkan tangan dia. aku dok bagi susu.
tangan dia tu dok tekan2 kat tetek aku. sedih kan.
feeling uolls.
nasib aku takda susu. silap2 terlebih feeling tetibe terbagi tetek aku pulak kan. hahahha.
yang lain lak aku sedih sebab payah nak bagi susu.
maybe dia rasa tak sama macam susu mak dia kot.
pastu maybe dia nak warm badan mak dia tu kan. entah.

yoki operate tu hari rabu.
so khamis boleh amik.
berdebar aje.
ye la tak tau apa keadaan dia kan. ok ke tak.
sebab masa tweet. ada cakap kucing dia pernah kena macam yoki.
tapi tak survive sebab lepas operate, koma. ish sedih kan.


pergi sana aku sempat kacau noy.
sekali doctor tu keluar dia geleng2 kepala.
emosi je kan.
tapi tengok ok aje.
dengar dorang kecoh2 suruh amik yoki nak bukak drip semua. :)
doktor kata yoki ok.
makan semua dah nak.
n boleh letak anak dia sama2 ngan dia. susu dia pun dah ada.
tapi jangan bagi dia mandi n main lompat2 ke apa.

yoki senyap je.
suara pun payah nak dengar. haih. sedih tengok.
tapi doktor kata dah ok. takda apa.
muka pun dah tak pale semua.

:: mrs yoki ::

sampai je rumah bagi hannan n yoki cium2 amik bau balik sangkar.
lepas tu menggila hannan dok ngiau panggil yoki. heheh.

:: bulu kena shave kat tangan(ok kaki. tapi aku suka panggil tangan) sebab nak drip tu ::

:: bulu bawah ni kena shave sebab operate tu. doctor suruh tampal plaster. dia kata by 10 days dah heal ::


yoki mula2 tu takmo ok anak dia.
dia sibuk cium lulu n kaseh.
padahal before this dia tak ngam ngan kaseh.
anak dia punya la meow kuat. dia buat tak tau aje.
kita orang siap sua2 kat situ pun dia takmo.
maybe dah takda bau kot. baby2 tu dah bau mummy peej dia. heheheh.
lulu yang kelam kabut tengok baby2 tu jerit2. kelakar la.
drama kucing betul.


nonoy pujuk yoki dok dalam bakul ngan anak dia.
ye la. kita sian yoki memang baru lepas operate.
tapi anak dia pun sian. nak ibu dia kan.
then doktor pun cakap ok aje. letak dia ngan anak dia.
so should be ok la kan.
lepas pujuk2 tu. baru yoki ok.
kelam kabut tengok anak dia panjat mak dia semua.
sampai tergolek2 terkangkang2 la.
yoki pun terus peluk anak dia. jilat2 semua.
memang sebak la time tu.
yang mama siap dah nangis2.
paling la drama kan. hahaha.

:: haha. orenbrown tu hilang arah ke uolls?  ::

:: pic ni kelakar. yoki tgh jilat anak dia. tapi macam lidah terkeluar sebab kepenatan melayan anak. keh keh. ::



lepas isap susu. semua tidu. geram je.
rasa nak ketuk kepala sekor2. haha.

hari ni tengok yoki elok je.
tak banyak ragam la. diam aje.
dah bagi ubat. hopefully dia recover n ceria macam dulu.
bf dia si hannan dah merindui tu. :)

sekian.
rasa hari ni aku cerita drama kucing.
macam2 hal kan.
aku terpikir la.
agaknya time beranak tu dia gabra kot.
sebab kucing kan suka beranak sorok2.
ni ada hannan n all. so dia takut n malu.
tu yang teran pun melampau jadinya.
tapi hannan tak kacau pun dia.
pastu kita orang buat drama lagi.
terfikir. mesti hannan tu bangga kembang2 hidung n feeling tu anak2 dia kan. padahalllllll.
hahahahha.

ok tu je.
bye.

24 Comments:

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

sedih campur lawak baca ttg kucing hehehhe

Iz said... [Reply to Comments]

sob sob.. aku yg feeling sedih2 baca entry ko.. Sian la baby-baby tu semua.. Yoki lagi la kesiannya. Tengok gambar tu semua buat aku syahdu.. petang ni aku baru nak gi amik kucing-kucing aku yg kasi mandul tu. Hebat kan aku kasi diorang berehat kat klinik sampai seminggu. Hahaha. Pengsan nak membayor

s a L o m a said... [Reply to Comments]

sebak semua part.cerita yoki sebak.cerita kau menetek pun sebak.tengok gambar semua pun tungkus lumus takmau kittens tu mati pun sebak.mak kau berdrama sebak pun aku sebak.ish.kadang2 drama kucin pun dah cukup nak ajar kau macam2 kan? :')

Memey Anuar said... [Reply to Comments]

klaka siot.
aku yg penakut kucing ni pon kejap sengih, kejap cebik kesayuan haha

kau ckp hannan feeling anak dia
teringat lawak Balas ok.
3 thn xbalik bini ngandung 5bln.
hahahhaa

lieya orange M.I. said... [Reply to Comments]

sedih tapi bila campur lawak, kurang sedihnyer..heheee

confuse anak hanan ke bukan.. :)

Tijah said... [Reply to Comments]

cara ko cerita ni kan. mmg ko dah layak bukak satu klinik vet kat wangsawalk nok.

meh aku pam modal 10%.

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

wah, emosi aku ptg2 ni sebab kucing. bergenang biji mata nie. maybe sebab aku breastfeed anak aku. so bila anak kucing x jumpa mak dia dan mak angkat kucing (iaitu kau peeja) sibuk tlg jadi ibu susuan, aku sedikit sebak di situ. sob.. sob..

nifalnin... said... [Reply to Comments]

best, sedih and paling lawak.. sakit perut gelak...

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

aku tatau nak gelak ke nak sedih ke baca entry ko nih peej.pening kepala aku.gila kelakor part dia kat tetek ko tu.boleh pulak feeling2 mak kucing siap.hahahaha.moga yoki sembuh cepat :)

Hannah Haykhall said... [Reply to Comments]

sian yoki...
mesti sakit kan terkeluar semua rahim vagina semua tu..
tsk, x dapat bayangkan...
ni kalau adik sy yang kaki kucing baca sure melalak nie..heeeeee...

sayangsayangibu said... [Reply to Comments]

sedihlah akk baca en3 nih
huhuhuhu......
harap dah sihat lah emak kucing kucing tu ye...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Sedih lah Peeja baca entry ni, nasib baik la aunty dan anak bongsu ada asthma jadi kita orang tak boleh bela kucing, anak bongsu aunty menggila nak bela kucing.

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Sedihhhh~ :'( tapi loawak pon hado~ aiyakkk! hahaha. this entry made my day. (sbb sedih xpat tgk royal wedding rini)

nor elyana said... [Reply to Comments]

siannya yoki..ya Allah..mesti sakit gila dia tu kan masa benda2 tuh tersembul keluar..kucing kitorg plak beranak selalu songsang..pastuh teran x abes..abes laa kitorg kne jadi bidan kucing..nampak 2 kaki da kluar then kitorg kne tarik..takot gila terputus ke apa..tapi sayang punya pasal..kena beranikan juga diri..sbb kucing tuh mmg da x larat nak pus...siap nampak saket gila siap lidah terjelir2 keluar...sian kan?

Nadhania said... [Reply to Comments]

sedey peej
serious T_T
yoki.. get well soon ye sayang
T_T

chics said... [Reply to Comments]

Happy dengar Yoki dah ok, masa kau tweet aku tak mau tanya sebab aku takut and sedih.

Hopefully she will be back as normal.

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

bc sis cta nie..
mcm dgr org bercerite dpn2 ohh~
sgt detail.. i loikee~

comel btol ank2 kucing tuu..
cian kan mak kucing kna operate..
naseb ader mummy peeja..hihi..

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

aku ingat tk blh bg la nama cat yoki ke, yuki ke....mesti kena operate. cat aku nama yuki (memula ingat betina, alih2 jantan, terus tukar nama jadik yukiman. kira yuki nama manja la). dulu we all lpskan si yuki nih, bila lapar baru dia reti nk balik. tp bagus si yuki nih, dia setia....bila mlm confirm dia blk punye la...so, ada sekali tu 2 mlm dia tk blk. last2 hubby jumpa dia duk dlm van kiteorg. ntah bila masa dia masuk tk tau tp dia terperangkap dlm tu 2 mlm la. masa jumpa tgk muka dia lemah, pas tuh hubby check rupanye ekor dia luka n kt luka tu siap dh berulat pon, mmg kesian la...pas tuh we all htr pi vet n kena operate la ekor si yuki tu sbb tk dpt diselamatkan. jadi la yukiman si ekor kontot. terus sunatkan sekali masa operate tu sbb we all suspek dia tercedera sbb berebut awek kucing agaknye. maklum la si yuki masa tu tgh menggatal...
hopefully si yoki peej dh fully recover mcm yuki aku nih....

sweethOneY said... [Reply to Comments]

aaaa sedih jugak baca.. nasib baik ada selit lawak, klo tak berjujuran air matakuuuuuu.. hihi

lega dah yoki dh ok, x dpt aku bygkan rahim terkeluar ok, seram.

Hajah Zainab bt Abdullah said... [Reply to Comments]

alhamdulillah! anda seorang yang berhati sungguh muliaaa :))

Ain Kahar said... [Reply to Comments]

siann lak dgr cite yoki.. hope dia cepat sembuh k ;)

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

sebak. kesian yoki. kesian baby2 dia. sedih tgk gambar yg 3 beradik tido peluk2 tu. alahai. pastu sedih time yoki dah balik & diorg terus cari yoki tu. haihhh. semua la sedih.

si cokelattte said... [Reply to Comments]

peeja... nak tanye la.. anta kat vet swasta kan? mahal tak ooperate2 tu? coz my cat sakit la.. mcm patah kat tulang blkng.. nak tanye la jgak cost nye..

dau tram said... [Reply to Comments]

Omg, beauty cat baby.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...