Instagram : @peejburhan

expose mistik : zaman kecik-kecik.

jumpa blog peej from blog mama peej.
blog peej lawak & honest gila ok.
then tak sangka pulak peej suka cerita2 seram ni.
sama macam housemate aku sekarang ni.
suka cerita2 seram dan kebetulan pulak dia memang boleh nampak benda2 halus ni.

anyway,sini ada sikit cerita masa aku kecik2 dulu.
tapi sebab jadi kat diri sendiri,memang sampai mati le ingat.
ada banyak lagi cerita, tapi sambung lain kali ok.
aku bagi yang ni dulu.



1st:
area rumah aku tu terbahagi dua.
satu rumah taman, belakang nya rumah kampung.
tapi kitorang macam campur2, so kenal je siapa2 dok kampung-taman segala.
sebelah taman,sekolah rendah aku.
kawan2 sekelas pun ada dok setaman sekampung, gitulah lebih kurang aku nak kenalkan
betapa kenal dan rapatnya kitorang.
hujung kampung,ada kubur islam.

satu malam tu, dalam 1-2am, aku study dalam bilik. nak upsr. 
aku tidur sebilik dgn adik perempuan aku. kita panggil dia nempong.
dia ni kalau tidur memang tidur mati.
kalau kejut tak simbah air ke muka, haram nak bangun.
anyway,sambil study,sambil aku dengar walkman yg boleh dengar
radio fm tu sekali kan? zaman ni mana ada lagi discman ke mp3 ke ipod
touch segala. so melayan la dj dok bebel..

tiba2,aku dengar suara mengilai. shit. 
ni iklan radio ke apa.
aku kuatkan volume.
nak make sure benda ni datang dari radio atau memang betul2.
confirm bukan dari radio.
aku cabut earphone. damnnnnnn..kuat gila dia mengilai.
serius mengilai heeeeeeeeeeeeeeeee.. 
yang mendayu-dayu nyaring high pitch yang tak reti nak stop.
vavi la.aku terus tutup buku,panjat katil.

aku kejut la jugak nempong sambil2 tu.
haram nak bangun.mamai2 dia suruh aku tidur lagi ada.

esoknya,sebelum pi sekolah,aku cerita kat nempong.
biar dia rasa takut sama.
mau aku tak bengang dah kena kacau, kot la adik beradik sama2 nak
merasa kena kacau, kurang la sikit rasa takut tu. 
ni tak.dia biar aku takut sorang2. hmph.

balik sekolah, adik aku cerita, kawan dia kat kampung belakang pun dengar jugak suara mengilai.
time sama aku kena. serius shit. 
tapi dia kena lagi ganas.
mula2 siap dengar ada orang memasak kat dapur,cong ceng cong ceng, sambil suara halus dok humming humming.
dia ni lagi berani pi check terus.
tengok dapur kosong takde orang. 
bila dia pusing nak keluar dapur, balik ke bilik, dia dengar suara mengilai kuat gila
benda tu macam ada sebelah. shit.
benda sama ke apa. apahal kuat gila dia ngilai sampai ke rumah aku pun boleh dengar.
tapi cerita tu habis macam tu je sebab kitorang anggap biasa la, dok kampung dalam hutan.
dekat kubur kan..

tapi orang tua2 cakap, kalau bunyi tu kuat macam kat sebelah, sebenarnya benda tu jauh.
kalau bunyi sayup2 je,sebenarnya benda tu ada dekat sebelah.
maknanya,benda tu ada dekat aku la ye tak? isk.





2nd:
time ni dah besar sikit, dah berani sikit. 
aku ada exam. so gigih la aku study malam tu.
time ni dah sekolah menengah. apa kes kena time aku exam je ye? haha. 
aku rasa sebab time2 ni ramai yang berjaga malam nak study, lagi le seronok dia kacau.kot.

rumah yang sama. time tu mak abah aku pun takde pasang gril besi ke apa.
sebab dok kat taman+kampung, semua pun kita dah kenal.
macam tak risau pencuri ke apa.

bilik tu aku dah tak share sama nempong dah.
aku share sama along aku pulak.
dia pulak time tu study kat itm. 
time tu itm tak tukar nama ke uitm lagi.
so,dia dok hostel, aku tidur le sorang2 kat bilik tu.

aku study kat meja, meja rapat ke tingkap. 
kira sebelah kanan aku tingkap.
tingkap pulak style, bukan yang lapis2 ada 8keping style tingkap kat sekolah tu.
ni sekeping besar, kalau kau buka, memang badan kau pun boleh muat nak keluar tingkap.
tingkap ni kaca putih,so kalau ada benda lalu ke apa kat luar, memang la dengan jelasnya boleh nampak.

bilik aku tingkat atas. luar takde balkoni. 
buka tingkap terus nampak bumbung parking kereta.

aku tengah syok study.
tiba2 ada orang ketuk tingkap.
bukan guna jari. guna kuku.
terganggu jap. aku ingat aku berangan.
so aku pandang ke tingkap, nak make sure betul ke apa yang aku dengar.
tiba2 dia ketuk2 lagi.
shit. berderau darah aku.
aku tenung tingkap tu lama2. sebab yakin aku salah dengar kot.
takkan la ada orang ketuk tapi takde jari/tangan!


aku tenung lagi. tenung, tenung, tenung, tiba2, BAM! 
dia macam tepuk sekali kuat gila kat cermin tu. 
tapi takde tangan ke apa! 
bergegar tingkap bilik aku shial!
shittttttttttttttttttt!!
aku lari macam orang gila keluar bilik jerit2 panggil mak abah.
mak abah aku kelam kabut keluar bilik.
abah aku terus ambik parang panjang, keluar rumah nak
mengamuk kat budak2 nakal mana yang menggangu.
sebab semalam aku dah mengadu benda sama, ada orang ketuk guna kuku.
tapi abah aku buat taktahu. 
anggap ada budak2 nakal nak mengusik.
apa kejadahnya nak panjat rumah orang tengah2 malam kan?
dah takde kerja ke apa.
tapi aku iye kan je lah apa abah aku cakap, sambil fikir malam ni harap2 takde lah apa2 nak mengusik.

abah aku macam orang gila mengamuk depan rumah suruh keluar siapa yang kacau.
tapi takde respon. tengah2 malam ok.
siapa lah yang bodoh nak buang masa panjat tingkat atas yang tinggi gila macamtu.
abah aku tenangkan aku cakap takde apa. budak2 nakal. fine.

sekali time raya, kitorang satu famili balik kampung.
rumah kitorang kosong le maknanya.
lepas balik dari kampung tu, jiran aku mengadu kat mak, kata anak bujang mak aku, dok mengintai rumah orang malam2.
panjat bumbung rumah orang. 
apakejadah! mak aku tanya bila. dia cakap few nights ago.
padahal malam tu kitorang satu famili takde rumah, balik kampung ok.
bila mak aku cakap kami satu famili balik kampung.
makcik tu terus terdiam.

so aku anggap lah memang ada orang rajin nak panjat rumah mengacau orang tengah2 malam
dan dia hebat sampai mampu nak ketuk cermin tingkap bilik aku tapi aku tak nampak tangan yang mengetuk.eishhhhhh..





3rd:
yang ni, berlaku time raya kedua.
sebelum tu, antara orang2 tua famili aku, diorang dah tahu yang mak chaq (panggilan mak long untuk orang
kedah) aku macam terkena buatan orang.
kena pukau. habis barang kemas dia pi bagi kat sorang laki ni.
padahal laki ni bukan ada tali sedara pun dengan kitorang.
sampai habis barang duit mak chaq aku ni laki ni ambik.
bila tanya mak chaq aku dia macam bodoh taktau apa.
padahal dia sangat peramah dan sangat garang ok.
anak2 dia semua kerja kl, so macam tak puas hati bila dapat tahu harta mak diorang ni dah habis kat
tangan orang luar.
so diorang decide nak bawak mak diorang datang kl tinggal dengan diorang.
dengan harapan jauh la dari laki ni yang kat kedah nun.
sebelum ke kl, singgah le rumah mak aku kat ipoh, nak tumpang tidur semalam.

malam tu mak chaq tidur sebilik dengan aku.
aku pulak time tu kecik, tak tahu menahu langsung cerita laki ni mula2 apa kaitan dia dengan mak
chaq aku.
hal orang tua2, tak ke biadap namanya kalau aku pun menyibuk nak tahu. 
so aku tidur lah dengan innocent nya tanpa tahu ada cerita di sebalik mak chaq aku ni..

sebelum tu, fyi, aku sangat rapat dengan tok (mak kepada mak chaq & mak) aku ye.
rapat sangat2 sebab dia yang bela aku masa kecik2.
kira manja kesayangan la ni..

ok sambung balik. aku pun tidur dengan enak nya.
tiba2 aku nampak mak chaq aku, tok aku, sama laki yang aku tak kenal siapa, berdiri depan aku.
sumpah time tu aku taktau nak klasifikasi benda ni mimpi ke realiti.
aku nampak laki tu ikat tangan tok aku, sambil suruh mak chaq aku tanya, mana barang kemas mak aku.
aku jawab taktahu.
terus lagi kuat dia ikat tangan tok aku.
aku sedih sangat tengok dia buat tok aku macam tu.
aku marah dia jangan buat tok aku macam tu.
sebab muka tok aku sayu sangat time tu.
sambil mak chaq aku merayu rayu suruh aku bagitahu kat mana barang kemas mak aku.
aku siap sumpah cakap aku taktau mana mak aku letak.
aku dah menjerit jerit suruh dia lepas tok aku.
tapi dia taknak lepas selagi aku tak cakap kat mana barang kemas mak aku.
lagi aku cakap taktahu, lagi kuat la dia ikat tok aku.

time tu aku rasa badan aku keras, berat macam kena tindih ke hempap ke apa, tak boleh gerak.
rasa kejung berat macam mana entah.
tak boleh gerak.
aku ingat nak bangun switch on lampu. 
aku boleh gerak kan kepala aku je time tu sambil aku tengok2 ke pintu, sebab kat situ le suis lampu.
sambil2 harap ada siapa2 masuk bilik.
tapi badan aku macam lekat kat katil.
tak boleh gerak langsung.
time aku dok gigih nak bergerak tu, tiba2 abah masuk bilik.
aku usaha nak meronta kasi abah aku nampak aku ke apa.
tapi haram,badan aku tak boleh gerak langsung.
abah pun macam tak nampak apa.
abah memang biasa masuk bilik kitorang dekat2 nak subuh, switch off aircond, dengan harapan by subuh nanti, kitorang mengelejat bangun sebab panas, so boleh le subuh terus.
tapi time aku dok meronta tu, dia macam tak nampak apa.
dia masuk bilik, switch off ac, betulkan selimut anak2 dia sikit2, lepastu terus keluar bilik, tutup pintu. 
macam takde benda jadi. frust gila aku time tu. 
naknangis pun tak boleh. nak jerit pun tak boleh.

dalam masa yang sama, laki tu dok paksa aku bagitahu mana barang kemas mak aku. 
time tu aku nekad nak bangun jugak. 
baru teringat nak baca 3qul.
takde aku gagap ke tersasul ke apa, lepas aku baca, macam ok je aku boleh bangun.
kelibat tok, mak chaq sama laki tu terus hilang. 
aku lari kelam kabut turun bawah. 
sebab aku tahu mak abah rajin puasa enam. 
sodiorang mesti kat dapur berdua tengah sahur.

bila aku sampai bawah.
muka aku pucat gila.aku tergagap gagap taktahu nak cakap apa.
lepastu aku macam blank tak ingat apa.
scene aku kat dapur ni semua mak aku cerita.
lepastu, mak aku suruh aku mengucap.
tergagap gagap aku macam orang bodoh.
abah aku dah plan nak tampar aku dah time tu sebab muka aku lain sangat dia ingat aku kena sampuk ke apa.
mak aku cakap muka aku pucat gila.
lama mak abah aku dok mengucap istighfar sambil laung allahuakhbar depan aku.
lepas few mins, aku dah bertenang sikit.
terus aku marah abah sebab tak hirau kan aku bila aku panggil time abah aku masuk bilik tadi.
mati2 abah aku kata aku tidur.
takde pun abah nampak goyang2 badan kepala ke apa. sudah.
then aku mula cerita pasal apa yang aku nampak.
mak aku terkejut tanya mana aku tahu pasal laki tu.
sebab hal tu, orang2 tua je tahu.
aku pun cerita la dari a-z.

esoknya gigih mak aku cerita kat sedara mara semua apa aku kena.
mak chaq aku lepastu dibawak berubat dengan ustaz mana entah.
lama2 dah ok.
tapi bila teringat balik, memang le seram ok.
aku takde sangkut paut ke, diugut secara halus guna tok kesayangan aku demi nak barang kemas
mak yang aku sendiri taktahu mak simpan mana. :(





4th:
masuk form4,aku dapat dok hostel.
takde le jauh pun rumah aku dari sekolah menengah tu.
tapi saja aku pilih dok hostel sebab nak merasa.
kalau tanya budak2 ipoh, sekolah mana dekat jirat cina paling besar kat ipoh, semua pun tau.dekat padang polo.
satu sekolah rendah, satu sekolah agama lelaki, satu sekolah teknik, satu sekolah international.

aku dapat dorm lama.
dorm baru tinggi melangit betul2 sebelah jirat cina.
dorm perempuan kira ok lagi ada parking, tangki air and dining hall in between.
tapi hostel laki, diorang cakap, buka tingkap, memang kau nampak sebijik sebijik batu kubur kat sebelah tu.
so kira bernasib baik le aku dapat dorm lama ni, terpisah jauh dari jirat tu.
tapi,dalam dok terpisah jauh tu, macam2 le jugak aku dengar cerita dari senior2.
konon2 pengalaman senior kepada senior kepada senior kepada senior senior senior.
hantu jilat pad la, hantu tangki air la, hantu pocong la, hantu pokok buluh la, hantu gosok gigi berdarah la, hantu basuh kain la,hantu bilik prep la, hantu locker la. macam2 hantu ada.
so aku tak ambik pot sangat sebab aku tak percaya kalau tak kena kat mata kepala aku
sendiri.

situasi dorm, macam biasa, yang senior katil bawah, yang junior katil atas.
dan kesemua katil ni bercantum partner2, kecuali satu katil kat hujung.
takde apa pun dengan katil ni. just dia takde partner.
dan kebetulan katil tu part atas dah rosak sikit, just katil bawah je boleh guna. 
dan entah kenapa semua orang taknak katil tu, so kosong je lah katil tu.
member sekatil aku ialah shida. budak silat, tapi penakut gila.

kira dah lambat seminggu ke dua minggu, ada budak junior baru masuk, nad.
budak kl. instead of ambik katil atas, nad pilih katil single yang separa rosak tu.
sorang2 tidur kat hujung, sebab dia nak katil bawah katanya.
tapi katil tu memang takde apa pun, just kedudukan dia terperuk sikit kat hujung dan menghadap tingkap terbuka yang menghala ke koridor.
tingkap tu memang tak boleh tutup dah.
berlubang je macam tu.
nad pulak aku ingat dia suka letak towel biru atas kepala,happy go lucky sentiasa je senyum tak kedekut barang.
satu nya pasal nad ni, dia jujur gila.
apa je dia nampak rasa ke apa, laju je dia cakap.jenis tak fikir panjang. jenis budak jujur.

so malam tu, lepas habis prep, semua balik dorm, dan macam biasa bersiap nak tidur.
semua pun ke toilet.
aku ingat lagi, nad paling last ke toilet dengan towel biru kecik atas kepala.
lepas je dia balik dari toilet, dia kasitahu kat aku dan few juniors yang lain, dia ada nampak benda hitam atas tangki air.
hishh..tapi time tu semua pun senyap.
yang si nad ni dok beria kata dia nampak benda hitam.
time tu tak sorang pun teringat nak tegur nad suruh senyap jangan tegur ke apa.
kitorang biar je kejujuran nad sambil buat taktahu.

aku kalau tidur, bunyi pelik2 sikit je memang senang sangat nak terjaga.
malam tu tengah sedap tidur, aku tiba2 terjaga bila dengar si nad ni merengek.
macam merayu merengek menangis suruh someone lepaskan dia.
aku ingat nad tengah dengar lagu kat walkman ke apa.
aku angkat kepala tengok bawah. katil nad ni hujung kanan setentang katil aku.
so memang clear lah aku nampak dia dok tergapai gapai macam nak halang sesuatu.
aku ingat aku sorang je dengar and nampak.
rupanya shida pun terjaga.
kuat gila shida pegang tangan aku time tu.
bila aku cakap aku nak turun nak tengok nad.
shida pegang aku lagi kuat cakap dia takut.
then kak tuah terbangun jugak. dia katil bawah. betul2 setentang katil aku.
dia terus melompat panggil nad! nad! 
time tu aku lepaskan tangan shida dari aku n terjun bawah join kak tuah.
kak tuah pasang lampu.
satu dorm terjaga. semua meluru pergi kat nad.
nad time tu dah meracau menjerit macam kena rasuk.
kak tuah and akak2 senior lain pegang nad kuat2.
dia meronta kuat gila suruh lepaskan.lepaskan.
time tu dua, tiga orang dah pi panggil mama ram, warden kitorang.


yang lain gilir2 ambil wuduk, capai yassin.
malam tu semua berjaga baca yassin dalam bulatan.
duduk bersila lutut bersentuh lutut.
nad berapa kali cuba nak keluar bulatan.
dok tersengih tersengih gelakkan kitorang.
mata dia merah menyala. 
time dok baca tu, aku kerling jap tengok nad.
seriau aku bila tajam je dia tengok aku time tu.
time2 tu jugak la dia tersengih sorang2. seram ok. 
aku cepat2 tunduk balik tengok yassin.

esok paginya, pakcik nad yang kebetulan tinggal dekat dengan sekolah,datang ambil nad.
terus dihantar nad balik kl, nak bawak berubat.
masa menunggu pakcik nad tu, aku ada sekali.
nad kejap dok sengih, kejap dok murung, kejap dok gelak.
macam orang gila.
lama nad takde kat sekolah lepastu.
bila dia balik je, dia dah ok.


kemudian bila dia dah balik, dia cerita sendiri.
malam tu, benda hitam datang dekat tingkap terbuka tu, tarik2 dia, ajak pergi.
pergi mana taktau.
tapi dia paksa nad ikut.
benda sama yang nad kata dia nampak kat tangki. ha,benda tu la.
dia datang dekat, mata merah, paksa2 nad ikut.
nad taknak. yang dia dok meronta tu, sebenarnya dia tepis benda tu. 
lepastu dia tak ingat dah jadi apa.
langsung dia tak ingat. sedar2 dia dah baik, balik asrama balik.

***********

gitu la sikit2 pengalaman aku..
sekarang ni dah pindah rumah baru.
dekat dengan jirat cina pulak ye.
ada jugak pengalaman sikit.
aih,nak share semua kat sini sekali harung, memang jenuh le teman..
hehe. now dah fly.
tak tahu sangat apa cerita kat rumah.
sekali sekala balik kampung, adik beradik ada jugak cerita. 
tu cerita kat kampung, 
cerita time fly lagi syiok! 
hantu dia international! hehe

nanti bila2 sambung lagi ok?


Hugs,
saloma :)


............................................................................

hoih memang panjang berjela.
jenuh jugak membaca. tapi lagi jenuh kau menaip.
banyak betul pengalaman kan.
wah sekarang dah fly? fly mana. teringin nak dengar hantu national.
macam mana la agaknya kan.
lagi scary kita punya je dorang punya?
nanti senang2 cerita lagi k :D

4 Comments:

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

nasib baik baca pagi2, kalau baca malam2 mau terkencing takleh nk tdo duk terbayang2 citer nih huhuhu

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

mmg betul ey cik ponti kalo ngilai kuat maknanya die jauh dr kite, bile ngilai sayup2 maknanye sebelah kite?? betul ke? seram daku memikiorkannye..ish..mintak simpang takmau ler dgr kat telinga aku yg super sensitive nih!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Puas baca citer mistik Saloma..
Hendak nya dia citer lagi lain kali..

kePeej said... [Reply to Comments]

yatie - semalam baca memalam ok. sampai tadi petang tido sendiri terkena expose mistik. :/

annasuejie - selalu orang cakap macam tu la. kau tak pernah dengar org bg tau ke? scary kan. tu la kan. aku pun tamooooooo.

mama - kan. puas membaca.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...