Instagram : @peejburhan

expose mistik : sakit buatan orang?

Salam kak peej..sebernarnya dah lama nak kongsi cerita mistik saya ni. 
Tapi dok tanguh ja sebab syok sangat baca cerita hantu orang lain dulu kan. 
So this time saya kongsi yek. 
Ok meh kita cerita..sorry if korang tak paham bahasa penang saya ni, pekat sikit na.
Saya guna shortcut ok, kang lagi panjang berjela.



KOLEJ: PONTIANAK

Kolej sya kt taiping perak. 
Nama tempt sya belajar tu Kampung Boyan. 
Ya, dengar nama pun dh scary kan :) 
ok actually depan asrama sya ada 1 pokok gila punya besar dan belakang tu ada padang dan paya @ lombong. Semuanya bermula apabila sya officially menjadi singer utk kolej. 
Jadi apa2 show kolej terus inform sya, dieorang akan sedia transport utk sya, tunggu sya sampai habis buat show, boleh kata if ada sekolah @ event kat tepeng tu memerlukan sya menyanyi , kolej akan hantar sya. 
Until 1 nite, masa tu dh balik lewat gila, around 1 a.m kot.
Ada event kat bukit merah kot, balik2 mandi semua, lepak la dpn asrama tu.
Betol2 bertentangan dengan pokok besar tu. 

Time tu tak ada sapa pun, sya sorang jer tengah cakap fon kat luar. 
Lagipun tak berapa nak takut sangat sbb bf ada kat seblah asrama ja (blok lelaki) n pak guard pun tengah sedap tido. 
So mcm ok la tak ada apa nak takut sangat kan. 
Sembang punya sembang entah mana tiba2 sya ternampak 1 benda putih gila punya besar terbang masuk dlm pokok tu. 
Pehh terus terus off hp lari masuk bilik la, mata xblh lelap dok terbayang2 kain dia tu aisehh memang takbest la. Esok tu terus demam gila punya, dh cerita kt roomate dan penggawa semua dieorang terus call my parent kt penang (lupa nak mention since 1day sya masuk kolej tu sya dh kena kacau so penggawa tu la keep on ubat sya sampai abiz study) .

Then parent straight dari penang ke tepeng petang tu. 
My mum dah tak tahan dah dia cakap since 1st day belajar kt sini sya asyik sakit2, so kali ni dia nak bawak sya p berubat. 
Mula2 xnak, sya xpercaya la benda2 ni, but parent cakap ikhtiar saja. 
So p la sya kerumah nenek tu, kt tepeng gak.
Masa tengah berubat tu, dia kata tempat sya tu memang 'keras cikit' sbb ada lombong. 
Dia kata benda tu memang suka kawasan berair semua (btw jangan gantung baju basah dalam rumah sebab 'benda' tu suka, Wallahualam, nenek tu kata) 
Dan dia kata lagi yg sya nampak tu ialah ponti la. 
Dia kata lagi, benda ni memang suka orang yang pandai menyanyi (Wallahualam) sila buang kotak suara masing2 yek pas ni :P 
Lepas dah abis berubat tu dia bagi la sya minum air ,garam & paku untuk simpan. 
Lepas 2@3hari balik dri berubat baru la sya baik.


UNIVERSITI: SAKIT MISTERI

This time sya dah sambung degree kt usm penang. 
This time sangat la horrible & terrible.
Lupa nak mention, masa kolej dulu sya ada kwan dgn sorang lelaki ni, from sabah.
But jodoh x panjang, tapi after 4 years jumpa balik thru FB. 
Mula2 kwn mcm biasa ja, then dh 2 bulan dia dh mula macam2 dengan saya, nak couple balik. 
Memang tak arr, sbb that time sya dh kwn dgn orang lain. 
Tapi entah mcm mana dia ugut sya cakap, 'dia akan cuba dapatkan sya balik, tak dapat cara baik dia nak guna cara lain'. 
Dari cara dia ckp tu sya dh rasa lain mcm aikk memang sangap la jantan ni! 

Lepas 2@3hari dia cakap camtu, terus segala2 nya ranap. 
Hidup sya boleh kata lingkup terus, my relationship dgn sumeone itu kt U, putus terus (smpai now).
Punca dia cikit ja, tapi kiteorang seolah2 benci sangat antra 1 sama lain, bayangkan la 3 tahun ,gone terus. Memang sedih tuhan saja yang tahu. Then lepas tu sya pulak jadi macam orang 'bengong'. 
Semacam apa saja yg sya buat sya tak sedar time, bukan sebb putus cinta tapi dh mcm orang dh hilang pedoman, kadang2 sembahyang tatau baca apa , end up sembahyang semula. 
Berhari hari tak makan, macam nak gila la tapi tatau apa punca, paham tak korang :). So i already text my friend awal2 ckp, i already meet H ni balik kt FB, so im afraid if anything pelik happen to me please tell my parent about this (tp sya xtuduh dia yg ubatkn sya). 

So dia pun perasan, dia pun 'tengok2' kan secara jauh la (dia boleh ubatkan orang), then dia mesej cakap dia nmpk ada orang tengah bacakan sumething atas kepala sya ni. 
Bila sya tanya sapa, dia tak nak ckp. 
So agak teruk la time tu, my parent datang jumpa ,dieorang lagi terkejut dieorang kata apasal muka saya cengkung, pucat , kurus semua. 
Dieorang dh takut, so i started to tell them about this guy from college la which is my ex.
Dieorang kata solat la, mintak doa kat allah. 
Saya kata nak solat pun saya tatau nak baca apa, sebab otak sya blur@blank,macam mana sya nak doa mintak everything will be ok? (time tu saya adalah final year). 
Then parent cakap, sebelum teruk ikhtiar la cara lain,bwak sya balik rumah, but my mum cakap prangai sya macam lain, jadi kurang ajar, cakap biadap,macam panas baran (ohh sya bukan begitu sebelumnya) again, sya pergi berubat utk kali ke-3.

This time berubat kat Sidam-Kedah, kali ni mng sumpah scary.
Pakcik ni (middle aged) berubatkan sya, mula2 tanya nama, kemudian dia dah start cakap sorang, macam ada org lain kat situ. 
Hoh time ni sya still sedar lagi, dok dgr la conversation dia dgn benda tu, pakcik tu ckp yg 'benda' tu mmg nak buat sya gila, buat gagal dlm plajaran, tak hormat ibu bapa, gagal dalam hidup".
Lpas tu dgr dia cakap sruh 'benda' tu keluar dari bilik sya (rumah), kat asrama . 
Mula mula "dia" tak nak keluar, kemudian pakcik ni marah la, dia kata sya still muda, apahal nak kacau sya, masa dpn saya still panjang lagi.
Pakcik ni kata dia nak 'benda' tu keluar cara elok, tak nak apa2 kan dia.
Lepas tu sya tak sedar apa berlaku, sbb dh mcm mamai on that time, rasa laloq gila, sbb tak sedar, my mum crita la blik apa yg brlaku.
Pakcik tu swuh benda tu keluar dari bdn sya sampai la ke kepala sbb tu sya tak sedar,macam mngantuk(Wallahualam).

After dah selesai semua, maka pulang la kami, tapi smpai saja kat bridge penang, my ex ni msg ckp 'ieka jahat, tipu H' sya ckp tipu apa, dia kata sbb sya xmsj dia (sya ignore dia).
Then sya ckp la, buzy n sya xshat asyik deman, then dia reply 'H tau ieka tgh sakit sekarang,btw tc ok,jga dri baik2,nanti smpai penang msg H" .
Scarykan ,amacam dia tau saya sakit,btw sya ada tnya pakcik tu siapa yang buatkan sya ni dia kata 'tak boleh bagitau,rahsia sya dgn dia, janji anak ok'. 
Ok la mcm tu, tp mlm tu sya ada mimpi ada pompuan indonesia dok baca apa entah nak brlawan dgn saya pakai bju kuning n org asli.
And time tu mak sya nmpk kaki & bdn sya kna rentap, lbih kurang byk kali jugak la kemudian baru sya trjaga sndiri. 
Sya ckp tgh baca ayat kursi tapi asyik tak lepas, dok tersekat2. 
Alhamdullilah skung sya dh ok wlaupun bkn sepenuhya, sbb smpai skung klau org blik jauh2 mlm, msuk dlm rumah mlm sure sya kena kacau or sakit. 
Begitula pengalaman sya, doakn sya cepat pulih ok. 

p/s: Sampai sekarang saya dh stop menyanyi, dh tak kawan dgn ex tu, and yipiii sudah ada bf bru yg penting :P

ur loyal silent reader
| iekazuleyka |- nama blog saya la tu hehhe

............................................................................

wsalam ieka,

eh jap. sya tu mmg nama Sya or sya tu singakatan saya?
bab2 singkatan ni kadang2 lembebs jugak.
lagi nak tanya penggawa tu apa?
ingatkan memula typo nak tulis pengawas or pengawal.

ish tak tau pulak takleh basah2 ke apa tu kan.
scary jugak tu.
cerita kedua tu. apa la buat macam tu kan.
i mean kata cinta or suka. tapi nak bagi orang hidup sengsara.
kan ada quote cakap, "if u love her, let her go. if she comes back to u. she yours. if she didn't, she never was"
begitu la katanya. lupa uolls. mak bukan reti sangat madah berhelah ni.

kelakar la kau ni dik oiii.
dalam cerita seram sempat eksyen dah ada bf baru. haha.

semoga sembuh sepenuhnya.
dan harap kita semua dijauhkan la dari hasad dengki dan khianat manusia ni kan.
Amin.



8 Comments:

IamYonna said... [Reply to Comments]

dia ni mmg suka shortform kak! HAHAHHAa sya tu saya. dasar pemalas nak menaip betul ieka ni lol.

mmg scary masa dia dgn bf sabah dia tu. mcm2 jadi kat dia masa final year tu. nasib sekarang dah totally ok even bf sabah tu dok laaa nak jugak kat dia haha :D

Princess Kekuri said... [Reply to Comments]

eee malunya dh publish ceta saya haha, btw sya tu singkatan utk saya la,mngada nak tulis macam hahah.
Ya penggawa itu bukan typo, tp dia lebih kurang macam ala ala penjaga hal ehwal pelajar la,macam tu la lebih kurang.
Ceta ni tak seram mana pun, tp blh la sekadar bertukar ceta.Thank k.peej..luv ya

jill said... [Reply to Comments]

ehmm apa motive "lelaki ni, from sabah.???

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

dr mula aku baca cite ni aku dok ingat nama dia ni sya. hahaha!
aku selalu je kalo nak pakai 1 baju tu tp tak kering lg so aku letak dlm rumah n bkk kipas. tak buleh ey? gulp.

Olivia Chin said... [Reply to Comments]

orang sabah sebut 'saya' sebagai 'sya', 'sia' atau 'sa'.
.
memandangkan x-bf tuan punya cerita mistik ni org sabah kan?? hehe

aria said... [Reply to Comments]

kampung boyan tu blakang umah aku je.tiap2 hari lalu situ xda apa pun.

peej said... [Reply to Comments]

yonna - tu la kan. sbb pelik gak. nama ieka. kenapa sya pulak. sbb budak2 skrg if shortform saya = sy kan.
lg teruk.

kekuri - oh ok. paham. ingat apa la penggawa tu. takpa. tak kisah seram ke tak. pengalaman orang kan. best baca2.

jill - kena ada motif ke? sekadar cerita je kot.

annasuejie - kan. aku selalu basuh panties sidai dlm toilet. dah la toilet kan. lg scary. haha.

olivia - haha. perasan jugak tu. maybe la kot. tak pun sbb budak2 skrg kan suka shortform. tu yg jadi mcm tu.

aria - eksyen sekali kau. kau jangan. lain orang lain pengalaman kot. macam aku la. macam2 cerita dah dengar. tapi Alhamdulillah sendiri tak pernah kena. like that la.

aria said... [Reply to Comments]

hahahah.aku bukan eksyen la peej.tapi memang tidak di nafikan taiping banyak bende-bende mcmtu. aku sendri penah dengar bende mengilai atas kepala aku time 2am b4 raya.aku naik moto time tu.meremang semua bulu aku. tapi kat taiping tempat yg paling hardcore adalah AIR KUNING.herherher seram....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...