Instagram : @peejburhan

expose mistik : penumpang di subuh hari

Hai Peeja.

Ni aku nk kongsi kisah sepupu aku.
Aku bagi tajuk nyer PENUMPANG DI SUBUH HARI.

Ni pengalaman sepupu aku. Dia ni guru di sebabkan jarak antara sekolah tempat dia mengajar dengan rumah family agak jauh so dia akan keluar dari rumah pukul 6 or 6.15 pagi. Nk di jadi kan kisah satu pagi mcm biasa kuar di rumah terus ke kereta masa dia masuk kereta dia terasa mcm ada org naik kat belakang. Kan biasa biler ada org masuk kereta kita akan rasa kereta mcm melendut ke bawah sikit.

So, itu ha sepupu aku rasa. Tapi dia buat tak tahu jer sbb dia pikir maybe perasaan dia jer. Dia pun panaskan ha enjin kereta sambil betul2 kan baju.

Bila kereta dah bergerak memasuki jalan raya dia pun tgk ha cermin pandang belakang kat kereta dia. Tiba2 dia nampak ada budak menyorok kat belakang seat dia. Budak tu main cak cak dgn dia.

Sepupu aku dah start tak sedap hati. Kat luar still gelap lagi. Dia pun apa lagi gelabah dok tukar channel radio nk cari channel IKIM biasa kan pagi2 ada org baca ayat suci al-quran. Cermin kereta dah siap2 turun pintu dah unlock. Dia cuba ha tekan minyak tapi w/pun dh bwk 120km/j still rasa kereta mcm berat nak gerak. Kebetulan semua traffic light hijau. Sepupu aku dh terpikir kalau ada traffic light yg merah mmg dia nk berenti then kuar dr kereta. Mcm2 ayat dah baca tapi semua nyer tunggang langgang.

Perjalanan dari rumah sepupu aku nak ke sekolah akan melalui kawasan perkuburan. Sbb kawasan perkuburan tu tepi jalan raya. Lepas jer melalui kawasan perkuburan tu terus dia rasa kereta dia ringan. Dia pun curi-curi pandang belakang ikut cermin pandang belakang dah tak de budak tu. Dia apa lagi terus pecut.

Sampai sekolah ada ha sorang cikgu ni tegur dia “Ko ni kenapa pucat aku tgk”.
Sepupu aku diam jer terus masuk bilik guru.

Bila sampai rumah dia pun citer ha kat family dia. Mak dia kata ”Budak tu just nak tumpang balik rumah, kamu kan lalu tepi rumah dia”.
Tapi iyer le kan, nak tumpang tu tumpang jer ha tak yah ha nk bagi tahu kamu tu menumpang.

Itulah first pengalaman dia ditumpang di subuh hari. Sekarang dia dah tukar sekolah yang jarak nyer cuma 15 minit dari rumah dia.

So itu jer ha citer aku. Terima kasih


-aima-


...................................................................


tu la ramai cakap if benda tu tumpang oleh rasa kereta berat kan.
tapi betul la kan. nak tumpang suka hati la.
tapi motip nak cak-cak kan. tak suka.
tapi nasib dia dok belakang kan.
bayangkan kalau dia dok tepi ke apa.
hgagagagagaga. nangis.

bagi yang baru kat blog aku ni.
nak bagi tau. every khamis malam jumaat memang Insyallah aku akan share cerita mistik yang readers hantar.
so kalau korang ada pengalaman ke. pernah dengar2 cerita ke apa.
rasa nak share kat sini boleh la share.
kalau korang ada blog akan ku sharekan sekali la.
if takda pun boleh hantar.
if rasa nak rahsiakan identiti pun boleh.

if nak hantar kat sini.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik (if korang bg tajuk sekali pun ok :D )

ok itu aje.
selamat malam jumaat semua.


7 Comments:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

wah bangga ni nmpk entry expose mistik terus laju2 click sebab hari ni ada housemate so bleh baca di malam hari :P

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

ngaaaaa xyah tumpang bole x?
smlm dtg naik ape? balik naik kete yg same la huhuhu xnak laaaaaaa! aku pon g keje waktu msh glp gulita. rmh sblh jirat lak tu. xnakkkkk!

lily lotus said... [Reply to Comments]

boleh plak main tumpang2...ngeee!

peej said... [Reply to Comments]

sweethoney - cea cea. syabas kepada anda. sebab tuan blog pun baca siang2 sebenarnya. haha.

lalalola - kang yang tumpang anak cino. haha. scary kan.

lily lotus - kannnn. bukan dorang boleh hilang2 je ke? kehh.

peej said... [Reply to Comments]

sweethoney - cea cea. syabas kepada anda. sebab tuan blog pun baca siang2 sebenarnya. haha.

lalalola - kang yang tumpang anak cino. haha. scary kan.

lily lotus - kannnn. bukan dorang boleh hilang2 je ke? kehh.

Beaufort Paranormal Community said... [Reply to Comments]

biasa la...penat jalan kaki tu pasal tumpang kereta org...apasal x minta tambang...bg tau kat dia ingat minyak murah ka..

www.beaufortparanormal.blogspot.com kat blog ni ada bg tau mcm mana kalau bedepan dgn situasi mcm ni..

Qaseh Byezuera said... [Reply to Comments]

salam sume....pengalaman ni mmg sy da penah kene byk kali, sb sbelum ni sewa n keje kt manjung amik mase pun dkat 2jam, weekend lik ipoh so, bile pagi isnin nk balik sane blik mmg time2 gerak dari umah pun same mcm tu jugak byk kali jugak kene...berat sgt, jenuh tekan minyak, kkdang tu pai ade kete len bg lampu..so, pepaham le sendiri..bace la ape yg patot time tu...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...