Instagram : @peejburhan

duit laju je bergerak macam air. ;/

last week pergi midvalley sebab noy nak beli tv.
tv lama tu 32inch kot. tiba2 plak dia rasa tv tu kecik.
so tolak kat kawan dia. dia kasi up ke besar punya.
noy penggila J card. so dia nak beli kat jusco la.
paling dekat midvalley.
so ke sana.
aku ikut aje bila di ajak kan. heheh.

sampai je terus aku beli ni ok.
siap beli dua. satu masa sampai. before balik beli lagi.
haha. x sedor diri batuk bagai kan.


sejak korang bagi tau air mata kucing ni ada kat midvalley.
pergi sana je wajib mau. hoh sedapnya.
rasa macam nak beli satu balang tu terus. haha buruk perangai. ;p

then terus gi makan.
sebab kan noy teringin tomyam secret recipe tu.
so dia nak jugak.
so makan situ.


tiba-tiba orang tu bagi menu segala kek ni.
tak tentu arah dia.
aku cakap tunggu dulu. jangan tamak2.
kang kalau larat baru order.
kang tak abis aku jugak kena abiskan. tak suka tau makan2 ni.
cea poyo. haha.


tak padan demam ni.
ajak keluar je tiba2 sihat kan.
over je.
kalau tak kat rumah tu dok la mengerang berselimut bagai.
demam harus over acting ye. meminta belas kasihan. ;p



haha over kan.
siap korek2 nak amik buah mata kucing tu.
siap serpih2 pun korek.
sedap tu. rugi tau x amik. ;p
macma tak puas.
lain kali nak cakap takmo ais la. biar air dia penuh lebih.
boleh ke macam tu? ada extra charge ke?


:: slurpppppp ::

aku suka pedas2.
tapi tak rasa nak makan tomyam.
so bagi bahang2 black pepper pun ok kan. :D






then shopping2.
sadis.
keluarkan duit sekejapan je boleh licin. tsk.
oh satu lagi aku suka pergi mid valley tu.
cargas je aku nak pergi.
sebab aku nak dapatkan iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.



ok sorry pic horror.
ni kemalangan durian pancake namanya. hahha.
mana aku tau benda ni fragile ke apa.
aku sesuka hati la campak sana sini. rasakan. meletop. keh keh.

aku dah nak lamaaaaaa ok.
sana sini orang makan durian.
aku tak makan lagi.
aku ajak mama. dia buat tak tau.
time dia nak beli aku lak demam. nak makan apanya.
then aku gi krabi, dorang pesta durian. so keji. tsk. :(

dah la ala2 kempunan telur tembakul.
tetiba viruspadu ni boleh pulak dok tweet2 durian pancake.
tak menangis kau?
pastu terpengaruh ke lilred. dia pun serbu beli.
siap tweet mention nama aku lagi.
nak pastikan aku tengok dia menikmati durian pancake tu.
mereka memang pengkejam.
pastu kak tweet orang dok tanya la mana nak dapat pancake tu.
semua orang la beli tweet siap tag aku semua. aaaaaaaaaaaa stressss.

tidur termimpi2 tau.
so beli je.
carik yang cantik.
terus tweet cc ke lilred n vp.
hahha padan muka.

tapi aku rasa dorang tak heran pun.
dorang dah makan lamaaaaaaa dah. tsk.
aku tak sure sebab tekak aku still tak ok ke apa.
tapi aku rasa takda la best sangat.
takleh lawan durian la.
durian terbaik.
n big apple donut yang duren2 tu lg best.
yang pasti nak durian jugak. plisssssss.
takda lak acu suruh amik durian.
umah dia kalau musim durian mesti berbakul aje.
nanti nak tanya la. hehe. muka tak malu. ;p

oh pergi sana beli ini jugak.



aku beli vitamin C.
jonet suruh aku amik tu.
sebab dia kata aku asyik sakit aje.
seperti dalam cerita P.Ramlee, "kurang bitamin Ci " :p

then aku beli nizoral shampoo ni.
korang kalau ada masalah dandruff melampau ke apa boleh beli ni.
pakai 2-3 kali dah ok.
lepas tu pakai shampoo dandruff. aku pernah pakai shampoo biasa2 lepas tu.
after sebulan macam tu kepala gatal balik. tak suka.
botol besar ni aku beli rm38. kat farmasi ada.
kecik pun ada. tapi time aku beli tu kat situ takda pulak.

then beli earphone.
hari tu punya kan kena kitai ngan kaseh sampai putus.
aku suka dengar lagu kuat2. puas hati.
nak pasang speaker subwoofer ke apa takleh kuat2.
nanti jiran complain tak pasal kan. ;p
aku suka yang masuk telinga ni. best.
kalau head phone or yang biasa tu sakit telinga.
beli ni pun kat jusco je. takda banyak choice la.
tak sempat nak ke IT center tu.
pun boleh. janji boleh dengar lagu. suka.

ok tu aje entry kali ni.
ta-ta.
haha as usual penutup macam harem.
ok byeeeeeeeee.

p/s : ni penulisan kedua ok. tadi elok type tetiba takleh publish. so aku restart la pc. rupanya tak autosave. madafaka kena type all over again. urghhh.

12 Comments:

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

btol2...duet sgt laju cm air....sob..sob..sob...

urghhh...teringin secret recipe pyer tom yam gk ni...huhu...

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

durian sana... durian sini... jom dok pakat demam durian plak.
heheheheheh

viruspadu said... [Reply to Comments]

pehh..... pankek durian...

haihhhhhhhhhhhh...

bila la dpt pegi mV lg ni

mamasuri said... [Reply to Comments]

itulah..duit memang laju je skrang..
tgk2 tak sampai tgh bulan..aku dah budget2 duit nak ke hujung bulan...
wuaaa...aku dah lama tak menapak di midvalley tu...
rindu lak nasi kukus kat foodcourt bwah tu..

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

g kl jong bln ni siaaaapppp laa nak mkn pancake durian!
eh, gmbar tv baru noy mane?hehhe

Rinah said... [Reply to Comments]

nak try Nizoral shampoo tue..terima kasih share :)

sweethOneY said... [Reply to Comments]

teringin gila aku nk rasa durian pancake yg dikata2kan niiii

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

hahahhaha aku saja nak bg kau terliur n pergi beli, tp mmg kurang stone. aku suke lg jco punye durian donut tuh. ya Allah, boleh kekejangan bila makan. now i want durian. demyuh peeja

Mommy Lyna said... [Reply to Comments]

ahkak pun suka tu mintak ais kurang, sebab mao air lebihhh hihihihi.

peej said... [Reply to Comments]

talkwithmykeyboard - sedap kan. pedassss. bibir rasa kebas aje. heheh

intan - musim kan. harus sepah2 aje.

vp - pergi kl nanti terjah la.

mamasuri - ada ke? tang mana? nasi kukus mcm mana? sedap ke. wah kelam kabut semacam nak tau kan. heheh.

fieza - silakan. tak snap la. nanti dah siap instal segala acik snap yek.

rinah - try la. sangat bagus ok.

sweethoney - ok la. takda la sedap sgt. nak try boleh la. tapi aku rasa baik makan durian betul aje. puas hati.

lilred - aku pun nak ok. tak puas aku pancake2 ni. arghhhh. aku tak pernah makan j.co ok. tah kenapa. nanti aku try la. sedap eyh?

peej said... [Reply to Comments]

mommy lyna - oh boleh yea. baiklah. lepas ni buat. heheh.

deasa said... [Reply to Comments]

alamak
tengok air mata kucing mou tak ding tu
nak jugakkk...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...