Instagram : @peejburhan

double celebration.

haha poyo.
hari tu cousin aku ada tanya bila aku nak update pasal ni.
aku cakap either ahad or isnin la.
rigggghhhttttt. dah hari rabu baru buat kan.
pemalas betul nak dok depan pc la.

patutnya semalam dah update.
elok masukkan pic tak check.
sekali gambar salah. yang last dia dok atas sekali.
pic yang patut atas dok kat paling bawah. erghhh.
dah la banyak pic. penat tunggu.
malas nak buat balik. so esok2 aje buat.
tu yang tangguh ke hari ini.

last saturday balik melaka.
balik hari aje. pfftt. baru berangan ikan bakar n sarapan enak.
tapi takpa. ikut aje.
tu pun ikutkan papa nak balik sehari awal.
aku tak bagi. kata naik satu kereta sudah.
cea konon. sebenarnya sebab aku penakut nak drive jauh. katanya trauma tak pasal.
noy lak jumaat kerja. blk pun dah pukul berapa pagi. takkan dia nak drive.
nak suruh P.G tak berani la. aku macam tak yakin dia drive boleh? haha.
dah la taknak drive kan. orang nak drive tak yakin bagai.

so pagi tu around 8.40am macam tu bergerak.
kat tol sg besi dah hujan2.
then serdang ok.
then hujan balik. hujan stop, hujan stop.
sekali hujan memang stock lebat gila tak nampak jalan la.

kita orang stop kat nilai breakfast.
makan nasi lemak kenit2 tu je bagi alas perut.
noy tak turun sebab naik je kereta terus tido tak bangun.
hujan lebattttttttt.

sekali kat depan macam jam semacam.
rupanya ada accident.
bumper to bumper.
takda maut la. tapi banyak kereta. almost 10 kot.
dua kat kanan. still tersadai.
kat kiri berderet2 la ada berapa lagi.


:: kereta ni ada nampak earlier. orang kat fastlane dia dok beam2. padahal lebat. apa la nak laju2 kan. ::

then jalan sikit lagi.
dalam few kilometers lagi. slow balik.
haiks. adakah accident lagi.


rupanya mmg ye pun.
ada lagi accident yang lebih kurang sama.
lebih kurang 10 kereta gak.
ngan bas. tapi bas tu kemek n pecah2 sikit je bahagian depan kiri.





nampak bas sipi2 kanan tu.
bas tu lagi la.
kita orang keluar daripada r&r nilai tu.
nak masuk lane tengah. kena hon ok. kelam kabut ke kiri balik.
berdesup laju je dia.
keji ok bagi orang terkejut. tau la hon bas kuat macam mana kan.
last-lastttttttt..


oh ni kasi snap.
since fam zeity buat aqiqah zara.
2 ekor kambing sebab jemput dalam 300 orang.
so mama kata mama belikan gelang kaki untuk zara.
so gedik kecik2 dah ada gelang.
aku pun buat aksi2 baby, cakap untuk aku takda ka?
mama takmo layan. fine motherrrr.


sampai just nice.
majlis memang start kul 11am.
kita orang sampai kul 11.10am macam tu.
hujan renyaiii. 
hujan baru nak sampai melaka kot.

:: pompuan yang lost sebab kena kejut daripada tidur. dapat tido 2jam lebih aje :: 

:: marhaban ::


ayol n zeity.
atau nama glamournya khai. haha. sampai sekarang aku takleh terima nama tu.
nama tu takda masalah. cuma muka ayol ngan nama tu tak kena aku rasa. hahha.
kita orang panggil ayol abang ramlee.
sebab dia dah naik badan. pastu pakai lak songkok macam tu. omg. tak suka.



papa kerjanya asyik la gelakkan ayol.
sebab papa ni paling bengang sebab ayol n aku gemuk.
ada je la dia perli ke apa.
apa2 aje. makan tetap on. haha.


time ni lawak.
mama kan kepala tergeleng2. so dia pakaikan ayol ni kepala tergoyang2.
yang noy dok ejek2.
semua orang gelak aje.
ye la dah kepala macam tu. mcm mana nak fokus. heheh.
mama fed up je. sebab kita orang memang suka buli dia.
kecik2 selalu kita orang kena buli.
ni time kita orang pulak buli dia. heheh.


:: che nin. auuuwww. hahaha ::



ala pic berpusing.
zara tengah layan kena dodoi sambil dengar orang marhaban. heheh.
ok i dont know why. but aku tak suka headband tu.
tapi orang suka bagi pakai kan.
takpa la. katanya aqiqah so suka hati la nak feeling princess ye.

buat cukur jambul tapi tak cukur pun. heheh.
just baling2 bunga rampai n cium2 aje.
i jadi gadis goodies bag. orang buat aku bagi. :)
wah gadis ke. ;p
bagus gak. asyik belakang camera aje.
so bagi can pic aku lebih2 sikit kan.




:: dia rimas sebab macam2 orang renjis kan. sian dia. abis baju semua kotor kena color2 bunga la apa :: 




kasi pakai gelang kaki.
kejap aje lepas tu bukak
sebab gelang ni panjang kan. boleh pakai sampai besar sikit.
then mama clip longgar. takut tercabut.
plus tinggal kat buai kan. macam2 orang datang.
kang sebelum hilang, baik kasi simpan. :)

:: pak aji P.G :: 


noy tak makan kan.
so dok la mekak2 lapar2.
later settle marhaban.
lelaki2 pulak baca yassin n doa selamat.
ngan iman, mufti semua.
tengok orang marhaban makan dulu.
terus noy ajak aku makan.

noy : jom teman aku makan.
me : ok. aku kenyang lagi la.
noy : what? u dont want to teman me? takkan saya nak makan sorang je. whyyyy?
me : tengok la macam mana.

wah teman konon.
tiba2 sedar2 je tangan aku dah capai pinggan amik nasi n lauk segala. haha.
tak reti2 lagi. aku memang poyo. ;p

:: kuih2 :: 


menu :
nasi putih
kari kambing
ayam masak kicap pedas kot. ni aku x amik.
sayur kacang panjang masak jawa.
masak lemak nenas ikan masin
sambal goreng ikan bilis kacang. (boleh tak aku ingat ni mee goreng. tak nampak ok. tp aku pelik apesal mee goreng letak kacang. haha)
masak lemak pucuk ubi tempoyak petai. (yang ni aunty zeity masak)

:: pedas meletop :: 

:: tapai. :: 

:: cendol :: 

:: pompuan suka tapai. ::

hoi lepas tu lepak dalam.
punya la ngantukkkkkkkkk.
rasa nak tido terkangkang kat situ.
tapi sebab katanya feeling che nin.
kena la sopan. tahan je mata.
sekali zara masuk.
so noy sibuk kebek.
aku as usual berani tengok2 aje. :)






mula2 ngantuk je.
tiba2 je mood ceria nak main.
bagus.
selalu pic mata pejam aje.
ni buntang.

:: tapi kenapa dia kena buat muka terkejut macam ni bila nampak aku? macam, "aunty why u so biggg??" ::








pastu setiap kali ngan noy muka dia mesti nak happy2.
whyyyy?

lepas tu sangap.
sebab semua tido.
noy tido, P.G dah ternganga.
mama pun sama. mama tak sihat sangat kan. travel2 semua ni.
aku je dok tahan mata.
sebab baby kat dalam. orang asyik keluar masuk nak tengok baby.
takkan nak tido. kalau aku tido ni sopan macam puteri raja takpa.
ni tah apa rupa nanti. so tahan.

around 2ish  adik beradik papa sampai.
so kejut mama. sembang2.


oh 16hb april tu birthday papa.
so alang2 tu zaity n ayol beli cake.
celebrate sekali.
takda apa pun doa selamat n makan2 cake aje.
papa segan nak tiup2 lilin.

paling lawak masa dalam kereta.
papa ni jenis akan ingat semua bday.
let say bday zeity. papa akan msg semua orang ingatkan supaya wish kul 12.
tak pun dia akan beli cake n all.
memang semangat la.
tapi semalam tu. semua lupa ok.
aku wish around 2ish am. lepas mama ingatkan.
zeity n ayol pun kata terlupa. pukul 1 lebih baru teringat.
so masa dalam kereta.

noy : birthday papa la

 *me n noy nyanyi happy birthday*
sambil tu papa bebel2.

papa : birthday semua orang papa ingat siap ingatkan lagi. tapi birthday papa semalam pukul 12 sorang pun tak wish. papa tunggu je sekarang baru sibuk. bla bla bla.

me : e eh papa ni. sentapsss pulak.
noy : hahahaha. tu la pasal kan.



pastu masa celebrate ni.
dia dok kata. eh takyah la. buat apa la.
poyo di situ. terus aku sound.

me : elehhhh. takmo konon. sukaaaa kan. suka la tu ada cake2 tu.

semua gelak je.
ye la. dah suka tu ngaku je la.
muka aku tengok dah sengih kemain. hahaha.


:: pak eeber ialah tok sidang. so dia la yang baca2 doa untuk bday papa ni ::


:: aunty lela n uncle mahmud ::

:: noy n P.G baru bangun. kena kejut sebab bday papa ::

:: mama n cucu dia ::






ok tu je.
settle semua.
petang tu gerak.
n selamat sampai rumah. Alhamdulillah.
tha bila nak jumpa zara lagi. jauh bebenar.
ok takda la jauh. melaka aje.
bayangkan if dia dok utara ke timur ke.
lagi pitam. silap2 tak jumpa2.

ok bye.

12 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

meriah uolls! mcm kenduri kawen je. bertuah zara.. =)

LadyRye said... [Reply to Comments]

eh...dah lama aku perasan, mama peeja muka macam seseorang yang aku kenal..

baru hari ni aku ingat


macam muka seniwati Saadiah laaa!!!!

hahaha! kan?

LindaRahim said... [Reply to Comments]

sy pun penah jumpa eksiden bumpe2bumpe, se otw balek melaka gak...baby sgt comel laaa...kalau kenduri kat melaka selalu mesti ada tapai n cendol...suke tgk hiasan dalaman rumah tu, sgt cantik...langsir pun cantik...Hepi birthday 2 ur dad...hish...byk nye komen...salam perkenalan...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Nampaknya hari tu jadi ustajah peeja lah ye ayu gitu, majlis sangat meriah suka aunty tengok anak Ayol comel betul, tengok gelang kaki lil Zara tu terkenang masa satu-satunya anak perempuan aunty dilahirkan,mak aunty pun hadiahkan gelang yang lebih kurang sama macam zara punya.

Aunty nak ucapkan selamat hari jadi kepada Encik Burhan, sama nama dengan abang ipar aunty si towkay kartun upin dan ipin tu.

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Gelang tu cam gelang anak daraku.. hihihh.. pattern sekarang kut eh

Peeja, baby terkejut lah.. eh.. asal bapak aku pakai tudung pulak ni.. hihihihi

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

argghhhhhhhhhhhh!!! apa nih apa nih???!!

kenapa comel sangat zara tuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh??!

rasa nak gigit2 jer pipi tuh..

ok lah che nin, tunggu husin le pulak ye..dok singapore lagi jadi supervisa :D

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

pnjg gile entry..tp like sbb ade baby..cumil...huhu

iza said... [Reply to Comments]

tk yer...dpt tgk zara..makin chubby...

doll said... [Reply to Comments]

happy birthday utk Papa!semoga pjg umur, murah rezeki n sihat2 selalu..

first skali, takut laa gambar2 accident tu..takut tau klu accident kat hi-way, rs sesak nafas nie..

pastu, muka noy ms sampai, br bgn tdo tu, adalah agak takut gak..hahaha..kesian dia, ngantuk2 mamai kena snap photo..

then again..manghaik Che Nin!serius lawa peeja pakai selendang itam tu!kalu brdiri sblah kemah tu, confirm org igt pengantin laks!

what can i say abt lil Zara?such adorable baby!Mama npk ceria sungguh dukung cucunya tu..

makanan best2!sungguh percaya peeja memakannye..hehe..

NUR AIN ZULAIKHA said... [Reply to Comments]

kain baju noy same ngan saye..kaler n corak songket sejibik..tp saye buat baju kurung pahang..hehe~

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

eee takutnya eksiden!dah tua hujan lg mau laju..

anyway happy belated bday uncle!

estee_8980 said... [Reply to Comments]

amboiiiiiiiii cik nin..sopan taww..
meriahnya majlis...bertuah lil zara

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...