Instagram : @peejburhan

ditinggalkan sekali lagi.

awal bulan hari tu jonet call bagi tau nama dia naik lagi untuk UN.
kali ni pergi Afghanistan pulak.
gila scary kan. tapi dia kata dia suka aje.
lagipun single semua. so time ni la nak buat duit n all.
fine.

ingat macam khabar2 angin ke apa kan.
sekali 2-3 hari lepas tu papa n mama breakfast.
jumpa sorang officer ni. dulu wife dia kerja ngan kita orang.
so kenal la.
rupanya dia yang uruskan untuk intake yang nak ke Afghan ni.
n dia kata memang nama jonet naik.
tambah 2 orang last minute. salah sorang tu jonet la.
total pergi 40 orang.
dia kata selalu dapat offer orang tolak. sebab afghan kan.
tapi jonet ok aje.
why johnny why???

harus la aku n noy emo aje.
ye la rakan ke mana2 kan.
macam2 aktiviti.

so hari-hari terakhir dia pergi harus la nak spend masa ngan dia aje. keh keh.
we went to nilai untuk lepak session.
selain jumpa jonet. jumpa adik2 dia jugak.
lama tak jumpa.
aisha tu sampai dah kawin n pregnant semua.


aisha, jonet n noy.
aisha tu kecik je kan. padahal tak silap dah 5 months kot.
last time kecik macam tu jugak. tapi anak dia keluar 3.83kg. besar ok.
kita orang tak dinner lagi time tu.
so kul 2 pagi sesuka hati makan ini.
jonet yang suggest. dia kata sedap.
memang sedap pun.

:: ayam tandoori ::

:: naan double cheese. feeling double cheese burger. haha. memang sedapppp pun ::


pompuan sedih yang kena snap pic sendiri sebab taknak kacau semua orang rancak sembang.
then ahad lepas jonet lak turun KL.
konon nak visit huda kat hospital.
tapi sabtu huda dah discharge pun.
so takda visit2. kita orang ke plan seterusnya. karaoke. heheh.

pergi sg wang sebab nak ke green box.
parking macam hazab.
itu pun senang la jugak sebab sg wang kan pakai system parking yang ada lampu2 tu.
yang kau tau berapa je parking tinggal. jangan ke kanan ke ke kiri. sebab ada display tunjuk situ dah full.
tapi tetap la penuhhh. jenuh pusing.
sekali sampai green box pun full. what??!!
so dorang suruh ke red box lowyatt sebab situ ada kosong.
bagus. tapi jadi kerja menapak.




jangan tertipu la dua pinggan ni.
sebab sebenarnya penuhhhh meja kita orang amik makanan.
sampai aku confuse. aku ni pergi sana sebab nak makan ke nak nyanyi kan.
sebab aku bukan nyanyi sangat.
lawak je.

jonet : aku dah karoke semalam ngan family aku. tapi tau la ramai. tension balik2 bapak aku yang nyanyi.
me : oh ye la. sebab if karaoke balik2 kau. balik2 kau. baru best yea.
jonet : ye aku suka macam tu. hahahaha.

mmg over. dia tu penggila. macam2 jenis lagu la nyanyi.
yang aku lak tak sedar diri. kalau pilih lagu semua nak yang tinggi2 aje.
padahal suara macam itik tak sampai.
kerja tap2 tangan jonet suruh take over. hahaha.
noy bengang je ngan aku.

noy : kau kalau pilih lagu semua nak yang tinggi aje.
jonet : biarlah. suara dia memang sesuai lagu high note *tangan didada, mata ke atas*
noy : oh lupa. pija lagu2 tinggi macam ni pun kira tak mencabar untuk dia *tangan didada, mata ke atas*
me : hahaha kong aja. biar la. korang terhibur kan. suara aku memang sedap *tangan didada, mata ke atas*

haha. sapa pernah tengok oh yeah kat channel warna paham lawak ni.
dia macam tak mengalakkan kita cakap kasar2 n bergaduh.
kena cakap elok2. sweet2. tapi sebenarnya kau tak ikhlas n annoyed gila.
so lepas cakap tu kena buat aksi tangan kat dada, mata ke atas tu. haha lawak.
try tengok kat youtube. ada kot clip2 dia. tak sure.

:: ini la penyanyi bersuara sedap itu *tangan didada, mata ke atas* ::



lama jugak la nyanyi.
bila jonet gerak tu berpeluk sakan.
sebab sedih. lama lagi baru jumpa.
sekali isnin tu jonet call.
dia kata dia depan rumah.
dia ada briefing ke apa sebelum pergi.
so rehat lunch dia datang jumpa :D
yang aku lak tengok umah kosong je takda orang.
so ajak dia makan.
mana lagi. ayam penyet aje la.
dia nak pergi dah pun. lama lagi baru dapat makan kan.
cea dan-dan. padahal ikut tembolok tekak aku kan. keh keh.


:: cik askar ::

style je.
jonet datang pakai loreng. yang desert tu.
suka tengok. last time dia pergi takda loreng tu.
tapi masa kat wangsa walk tu dia tak pakai la. dia bukak baju tu.
rasa kelakar pulak.
aku kata dia macam budak yang feeling cool la konon pakai loreng. haha.


tengok pic ni sedih lak.
lagi 6 bulan jumpa. tak pun setahun. haih.
if setahun melepas la aku kawin. Insyallah.
alasan jonet.

jonet : tentera ni susah la. tak leh janji. macam ni. if aku tak dapat datang wedding kau. kelahiran anak pertama kau aku ada.
me : arghhh kau selalu cakap macam ni kan. kat semua orang. silap2 kau takda. macam mana?
jonet : takpa. kelahiran anak kedua. confirm.

tak suka kan dia. tah apa2.
jonet kata pergi ni dia tak duduk kawasan perang tu.
tapi still takleh jalan2 macam yang dulu.
ni kena duduk base je. sebab bahaya taliban tu kan.
n tak boleh suka2 nak pegang2 sembarangan.
dinding ke. bungkusan ke, anak patung ke.
kadang2 tu bom. WHATTT???!!

ish. takut la kan.
takpa la. apa2 pun dioakan dia selamat pergi n balik.
ni malam semalam dia dah gerak.
tak boleh hantar sebab bukan pakai commercial flight.
dorang pergi naik kapal terbang askar tu. cool eyh.
tapi ye la harus la kat airstrip tentera.
kalau kat klia boleh la hantar.

oh johhnyy. i miss u already.
apa2 pun sila amik pic mamat2 handsome banyak2 yea.
askar2 pakai loreng. oh tak tahin. rembes.

ok merepek.
bye.

p/s : panjang kan entry. aku gabungkan semua. malas nak asing2. ok thanks bye.

12 Comments:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

kental ye jonet ni. kagum aku. padahal petit je org nye. semangat kemain tinggi. kalau aku la, suruh pergi negara sebelah afghan pon aku tak nak. xsempat nak kawen. keh keh keh

nonoy tu dah mcm pg version perempuan. hehehhe

ceera said... [Reply to Comments]

berani jugak kan jonet nak ke sana. kalau aku, takut jugak.

estee_8980 said... [Reply to Comments]

woooo kagum... brani g afgan... siap ckp2 bom bagai..seremmm

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja post kali banyak lawak dan banyak juga sedih, huhuhu aunty pun nak tumpang sedih walaupun tak kenal Jonet personally sbb dah selalu tengok dia kat blog peeja emosi aunty pun terganggu. Tapi apa2 pun nak cakap kat Jonet'Inilah Barisan kita Yang Ikhlas berjuang' selamat pergi selamat balik Jonet, semuga semuanya selamat.

Yang nak gelak pasal gi karaoke tu ada ayat sangap siap kalau marah tangan kat dada mata kat atas, tergolek aunty ketawa dengan cerita budak suara sedap tu okeh.

mamasuri said... [Reply to Comments]

kagumlah ngan jonet ko tu..cool je ..semangat jati ...tabik ahh kat jonet tu..takpe..jonet pergi pun kerana tugas..brapa lama jonet ni pergi ni..hari tu korang g krabi..jonet kena hold ngan imigresen kan..sbb dia tentera ke peej?

strawberi said... [Reply to Comments]

wooo..beraninya ..salute lah..smoga slamat pegi dan pulang..amin

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pn suka parking sg wang sng dr jauh dh leh tau ade kosong ke x

sedih lak tgk gambar last n x suka la dngar pasla bom tu, masa cepat berlalu so jonet boleh balik semula ke sini..[eh mcm kawna aku..hehe]

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Mama pun sedeyyyy..Jonet sangat baik hati..

Faressa said... [Reply to Comments]

aww i feel sad reading this =/ seriously lamanya. i feel you, my bestfriend pun far. Wishing her a safe trip.

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

bye bye Jonet!... semoga selamat pergi dan selamat balik!Amin ya robbal alamin

ShilaShower said... [Reply to Comments]

kalau di tanya aku sapa kawan maktab paling berjaya, aku pasti akan cakap jonet.

siyes.

yang lain2 tu bijak mmg ler sampai ke US UK mana semua.

tapi jonet lain. AFGHAN lah kan, bagi sejuta pun tak tentu aku nak pegik. hekhekhek.

khemy said... [Reply to Comments]

wow best la. peeja tanya jonet macam mana nak apply?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...