Instagram : @peejburhan

Syaitan. Masuk neraka nanti.

Tadi duduk. Teringat kisah kecik-kecik.
Dah lama aku x cerita kan.

Dulu kecik-kecik selalu duduk rumah arwah maktok n atok kat taman bunga raya, setapak.
Dekat rumah tu ada madrasah.
Dekat sangat. Jalan 1-2 minit je.
Yang aku ingat ayol n p.g masuk kelas agama kat situ.
Aku x boleh sebab kecik sangat kot.
Aku rasa sama ada aku 4 tahun, or maybe dah tadika.

So ikut la. Aku x berapa ingat la.
Tapi rasanya aku pernah pergi 2-3 kali je kot. Sebab ye la kecik sangat mana reti kan.
Ingat lagi time balik kena eja dalam jawi perkataan-perkataan.
Siapa betul boleh balik awal.
Mana la reti. Walaupun dia suruh eja kopi, ayam, buku.
So bengang sebab aku mesti tak dapat balik awal.
Tah apa-apa nak sentap kan.
Padahal beza balik tu 5 minit macam tu je. Haha.
Maybe if dapat jawab tu boleh la kembang-kembang hidung kan.

Yang aku ingat. Dia akan ada break untuk solat asar.
So pergi la kat tempat perempuan.
Tak ramai pun.
Ada 3 orang kakak ni aku rasa time tu dorang darjah 4-5 macam tu la.
Well, aku tadika kot. So darjah 4-5 tu dah kakak abis la kan.
Then ada lagi 3 orang ni kenit-kenit baya aku kot. Tah aku pun tak kenal.

Then ikut la dorang amik air sembahyang.
Kakak-kakak ni pakai telekung semua.
Kita orang pakai baju kurung and tudung la kan.

Kat tepi tu kan selalu ada sejadah-sejadah.
Yang kakak-kakak ni amik satu sejadah, lintangkan kongsi. Macam selalu kalau solat jemaah tu kan.
Yang kita orang kecik-kecik ni amik sorang satu.
Pakai macam biasa tu.
Siap pilih siapa punya cantik la apa.
Tiba-tiba...

Kakak2 : mana boleh pakai macam tu.
Us : kenapa pulak.
Kakak2 : memang kena kongsi. Pakai macam kita orang. Nanti orang lain boleh guna yang lain-lain tu.
Us : takda pun orang lain.
Kakak2 : x boleh la dosa.
Us : kenapa dosa? Kita tengok kat rumah kita semua pakai macam ni.
Kakak2 : kat rumah lain. Kat sini tak boleh.

Kita orang degil jugak.
Eh suka hati la kan.

Kakak2 : korang pakai la macam tu. Nanti masuk neraka.
Us : takkkk.
Kakak2 : tak percaya. Lebih baik tukar sekarang sebelum azan. Nanti azan korang bertukar jadi setan. Setan masuk neraka. Haaaa. Haaaa. Baik simpan sekarang.

Kurang ajar gila kan.
Cakap kat budak kecik macam tu.
Aku tak ingat ayat exactly la. Tapi still ingat pasal jadi setan n neraka tu.
Aku tak tau la perasaan 'geng' aku time tu.
Tapi aku memang takut la. Terbayang bertukar menjadi setan.
Berdebar-debar je. Tapi tetap degil tu.

Then azan. Elok je takda apa.

Us : tipuuuuu. Tak jadi setan pun.
Kakak2 : nanti akan tukar. Yang korang ni reti ke sembahyang?
Us : tauuuuu.

Aku join je cakap.
Maybe la 'geng' aku tau.
Tapi memang tak tau apa pun.
Aku selalu la tengok orang tunduk la, sujud la. Budak kecik kan.

Then solat la jemaah.
Aku ikut je. Orang diri aku diri la.
Tapi apa pun tak baca.
Yang aku dengar macam bunyi bisik-bisik, 'psssss. Bssssss. Sssssss. Pssssss. Isss'.
Dalam hati, "apa tu?"

Kan korang perasan tak. Kalau orang solat.
Kadang-kadang kau dengar orang tu baca sikit-sikit.
So tu la yang aku.
Tapi time tu tak faham.

So sebab tak tau nak buat apa. Aku pun apa lagi.
'Pssssssss'
'Bsssst'
'Ksssssh'
Psssss psss bssss'

Semua orang kusyuk je.
Hmmmm.

'Allahu Akhbar'
'Bsss'
'PssssssssSSsssssssssssssssssssssSSSsssssstttttttttttTtttttttttttttttttttt'

Hahhahahaha. Boleh tak.
Matiklah melampau2 harakat aku.
Bosan sangat kot. ;p
Tapi tengok orang tak kisah pun.

Abis solat.

Me : awak tadi baca apa awak? Kita dengar banyak ssss sssss
'Geng' : memang macam tu. Kita ikut kakak2 tu.

Ceh hampeh.
Sama je semua.
Tah-tah kakak2 tu pun sama. ;p

Balik tu cerita kat semua.
Abis kena gelak.
Ye la. Sesuka hati kan.
Even sampai sekarang cerita mama mesti gelakkan.
Tapi takpa la kan. Budak2.
'Kita tak masuk neraka kan wak?'
Sent via BlackBerry from Maxis

11 Comments:

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

wakakakka.. sama aku solat masa kecik kecik pun psssssssstt psssstt psssstt.. hahaha..pastu kalau dah amik air semayang dak laki gatal suka nak pegang2x supaya batal air semayang... urghhh

fdyana said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
fdyana said... [Reply to Comments]

hahahahahahaaaa.... peeja sgt klakar!

"bssssssssssssssssss pssssssssssssssss" ;p

chics said... [Reply to Comments]

Hahahahaha aku pon.. psttttt psttt. banganggg.

estee_8980 said... [Reply to Comments]

hehehe...ingat aku sorang je camtu masa kecik dolu2 hehehe...

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

aku sembahyang berjemaah dgn ibu aku time kecik2 jgk. tetiba time rukuk tu aku pegi cuit bontot die dgn dasar utk berlawak. sekali kene cubit kaw2 punya!

Hannah Haykhall said... [Reply to Comments]

pssss ssssssstt..
sumpah lawak gile..
comel je masa kecik2 kan..
tukar jadi syaitoon tu tak tahan btol..
keh keh keh...

lily lotus said... [Reply to Comments]

kahkahkah! bsss psss bsss psss!

nor said... [Reply to Comments]

sorry ni lambat punya comentary..
saya baca ni sampai keluar airmata dan sampai sakit perut ketawa sorang sorang

pija saya dah nak dekat 40an, ya saya ingat psstppssssssst pspspsssst... pssssspssspsssst masa sembahyang.
aNnAsUe'G - saya pun buat macamtu.. saya jalan sambli mengira dancuit semua bontot org.. sebab iyelah nampak bulat dan putih aja sama aja bila tunggang tunggik .. umur masa tu mahu 4 tahun lebih.. bila kena cuit ramai yg melatah atau ketawa ketawa geli..
serious i was naive lagi.. org tak marah sebab saya tak buat bising cuma saya jalan memeriksa barisan dan cuit belakang..
saya ikut abah masa tu.. balik dlm keta kena marah.. lain kali jgn ikut lagi. so next few days tak pegi. kemudian he took me again ... siap pesan jangan cuit lagi tau pungkuk org ..

peej said... [Reply to Comments]

bulan bintang - amboih. kecik2 dah gedik ye. hahhaa

fdyana - tp mmg betul kan?

chics - hahah. tah apa2 kan.

estee - wah ada geng lagi. semua mcm tu kot.

anasuejie - hahaha. kau lg teruk. mesti lepas tu kau insap kan. aku x pernah la pulak. tp sekarang aku suka buat kat mak aku. tp bukan time sembahyang la. time dia tgh tanam pokok ke. kat fridge tunduk2 amik barang ke. bengang gila dia.

hannah - jahat kan. menakutkan budak kecik ok.

lily lotus - betul ok. tp lawak la if fikir balik.

nor - hahahaha. kau lg jahat gila weyhhhhhhhhh. kalau aku jadi orang2 tu. aku mmg dah takleh solat dah. silap2 geli2 lalu terkentut. hahahaha

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahaa..sama la weih..aku dulu kekecik pun sama wat gitu...pssss...bssss..pssssss...sampai sudahnyer masa sujud terus berdengkur...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...