Instagram : @peejburhan

sharing is caring.

hari tu kan aku ada buat entry pasal pb tu kan.
pasal teteks mantop la apa la.
macam-macam komen dapat.
ada yang emosi katanya nasi lemak 30sen la apa.
tiba-tiba aku terfikir and reply komen-komen tu.
aku cakap, tak kisah la apa pun. janji sihat kan.

then malam tu. tengah-tengah tweet tiba-tiba dapat tweet daripada @ilyana9 mintak tolong.
twitter friend :D rajin melayan tweet2 aku. ngeh.
aku tanya la apa. then mintak aku share benda ni.
so here we go.

........................................................................................





Salam Cik Nurhafiza,

Saya merupakan wakil daripada Yayasan PRIDE atau lebih dikenali sebagai Pink Ribbon Deeds (PRIDE) Foundation telah ditubuhkan pada tahun 2006, bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang kanser payudara dan memberi kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan mengesan dan merawat kanser payudara dari peringkat awal lagi.

Kami menganjurkan ceramah berkenaan dengan Kanser Payudara kepada mana-mana pertubuhan mahupun syarikat dan organisasi yang berminat. Ini adalah selaras dengan tujuan pertubuhan kami untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang payudara. Ceramah ini dijalankan secara percuma di mana seorang bekas pesakit payudara akan berkongsi tentang pengalaman beliau tentang Kanser Payudara. Seorang doktor atau pakar berkaitan dengan kanser payudara juga akan dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Kanser Payudara. Kami juga akan mengajar bagaimana untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri (BSE) kepada orang awam.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang berminat, boleh hubungi kami terus di info@pride.org.my , telefon kami di 03-79600366 atau layari laman web kami di http://www.pride.org.my.

Pada masa yang sama, kami juga bekerjasama dengan pihak LPPKN dimana kami menjalankan roadshow 'Kempen Kesedaran Kanser Payudara' di negeri-negeri yang terpilih sepanjang tahun bermula dari bulan Mac 2011 sehingga Oktober 2011. Kami juga membantu pesakit-pesakit Kanser Payudara ini dengan memberi bantuan seperti Prostheses Bra dan PRIDE Patient Fund bagi membantu mengurangkan beban mereka.

Kami berharap dapat bekerjasama dengan Cik Nurhafiza dalam menyebarkan kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan pengesanan dan rawatan awal untuk Kanser Payudara.


Jasa baik Cik Nurhafiza tidak akan saya lupakan. :)


Terima Kasih.


Yang Ikhlas,

::Cahaya::


............................................................................................


wsalam,


aku bila benda-benda pasal canser ni takut kan.

macam kita perempuan terdedah ngan canser payudara ni kan.

tapi aku ni jenis takut-takut. tapi tetap la tak check pun.

sebab ye la mana reti kan.

then sembang-sembang ngan jonet.


me : macam mana nak tau jonet?

jonet : kau boleh rasa kalau ada ketulan.

me : rasa macam mana?

jonet : macam ada benjol2. cuba kau pegang.

me : *aku pun beria la picit sana sini check* ada je jonet. banyak ni.

jonet : tu bukan la. tu lemak ke benda2(ok aku x ingat apa jonet sebut) lain tu. tu semua orang ada.

me : abis tu. macam mana? tak reti la.

jonet : meh la aku check.

me : malu laaaaa.

jonet : hoih nak malu apa. meh sini.


so jonet check la. jonet kata takda apa :)

tapi tu 2 tahun sudah kot. kena check lagi la.

so korang pun check la. mana tau kan.

if boleh prevent kan.

tak nak la dah terlambat ke apa kan.


so korang boleh la contact PRIDE ni.

panggil buat ceramah kat tempat korang ke kan.

untuk apa-apa majlis korang ke.


sayanginya payudara anda.

kalau anda tak sayang. siapa lagi nak sayang kan? ;p


p/s : eh nama kau cahaya ke weyh? macam nama crush aku pun gf dulu la. ke kau mmg gf dia dulu. matiklah tetiba emosi kan. ;p


4 Comments:

Che Sue said... [Reply to Comments]

gud effort! *thumbs up!*
hmm aku dah cek awal tahun ari tu..alhamdullilahh..kena cek ooo..teks nk pakai lamaaa! ngehh~!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

pahala tu peeja menyebarkan maklumat2 macam ni. ok aunty pu nak share cerita ni dgn peeja dalm keluarga aunty bermula dari emak aunty masa tahun 1977 aunty berada di tingkatan 1 mak aunty sambil duduk2 dia pun pegang dan ramas tetek dia, dia terasa ada benjolan macam sebiji telor, dia trerus keklinik kerajaan dan malam itu mak aunty terus dioperate kemudian dalam tahun 1998 adik aunty pulak ada terasa 3 benjolan ditetek, dia pun pergi ke hospital dan dibedah juga begitu juga kakak sulung aunty pada tahun 2004 pun ada benjolan ditetek dia dan terus ke hospital dan dioperate juga. jadi kesimpulan nya benda ni ada dalam keluarga aunty so far aunty belum ada benjolan sbb aunty setiap 2 tahun sekali buat mammogram. minta dijauhkan dari cancer lah hendaknya insyaalllah.

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

mantop puan cahaya, sampai guna peej burhan buat iklan. baguihla benda2 ni, belajar kan. Aku pun takut bab2 kanser nih, tatau pape tiba2 dah melarat.mmg eloklah pergi check pun.

peej said... [Reply to Comments]

che sue - yeeee. haha lawak la kau.

sh rosidah - eh baca cerita aunty ni teringat masa pija form 6. ada presentation la apa. sorang kawan ni cakap pasal cancer payudara ni la. dia kata dalam family dia semua kena. mak adik beradik, makcik cousin semua. so dia kata. dia pun tunggu je. mesti dia pun kena nanti. tp kita tak tau kan. nasib masing2 kan. mungkin tak kena.

lady sharpshouter - bengong mu. takda la. untuk kebaikan bersama kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...