Instagram : @peejburhan

saya dah kurang penyegan. ;p

last 2 weeks.
tengah dok tweet, saje je menyampuk.
cakap kat chics, kalau lepak ngan @samrazak bagi tau la.
sebab nak join.
wah muka tak malu kan.
ye la. tak feel la dalam twitter aje. nak kena jumpa.

sekali dapat DM from sam.
cakap datang la rumah dia jumaat tu. dia ajak chics sekali.
sebab dia plan nak masak nasi tomato. jom la.
aku dah macam. eh betul ke. macam menyibuk je kan.
dia kata ok. sebab nak buat sempena birthday chics yang lepas.
so alang-alang birthday aku jugak. sekali la kan.
aku cakap. OK!

confident kan.
pastu sama-sama segan.
yang aku segan sebab tak pernah jumpa kan.
katanya sibuk-sibuk kat twitter je.
yang sam segan kata takut nasi tomato tak jadi. ;p
siap dia cakap if aku segan, ajak la noy sekali teman.
noy lak tak boleh. sebab time tu dia cabut wisdom tooth dia. so sakit kan.
bukan boleh makan ke apa pun.
yang aku lak tah apa kena berani pulak.
maybe sebab dah 28 kot. sudah-sudah la pemalu tak bertempat tu kan.
and maybe jugak sebab lately ni pergi mana-mana pun asyik la sorang-sorang aje.
so agak dah adjust rasa pelik-pelik tu.

sampai hari jumaat tu aku tengok semua sepi aje.
aku dah siap lama. tapi tak gerak pun daripada rumah.
sampai la aku tanya chics dah selamat sampai ke?
chics kata dahhhhhh. keh keh. baru aku gerak.
dorang dah agak mesti aku segan tiba-tiba.

sampai je apa lagi session gossip la.
yang sam tak senang duduk. ye la kata host.
sibuk nak buat itu ini.
then tak lama lepas tu along pulak sampai. weeeee.
ok yang ni memang surprise la.
sebab ingat kita orang aje.
sam konon-konon ala2 surprise la.

sembang kejap then makan.
time tu lawak.
sebab tengok semua dah susun.
tapi pinggan ada 3.

me : eh tak makan ke?
chics : eh makan la sama-sama.
sam : makannnn. ye aku join sekali la.
me : kenapa pinggan 3 aje.
sam : takda la. konon nak surprise la. kang nampak ada pinggan lebih korang tanya pulak sapa lagi sorang.
me : hahaha. memang tak la. sebab terus jalan je duduk. tak perasan pun.
chics : entah.
me : kan. takkan sampai2 je rumah dia nak tengok meja makan kan. buruk perangai.

dah semua gelak2.
lawak la. sebab macam2 kerenah aje.
so ini makanan nya.






hoh sedap.
tengok balik ni bagi rasa lapar aje.
ayam tu tak sure masak apa. tapi akan-akan masak karipuley. mama pernah kot letak resipi.
tapi sedap a.
pastu ada sambal dagingggggg.
aaaaaaaaaaaaaa. lapar.

dorang adalah keji ok.
dorang sedap menyuap.
aku seperti biasa jadi tukang cerita kan.
dorang dah 5 suap. aku still dok pegang nasik nak masuk mulut. cehhhh.

nasib lepas tu sam lak cerita.
maka kami makan ngan gembira.
dah la mula-mula segan nak tambah.
sekali sam bawak keluar nasi lagi satu mangkuk. haaaah amik.
semua tambah2. keh keh.

abis makan nak sambung gossip lagi.
dah dia sibuk keluarkan ice cream pulak.
gila over ok.


tapi along tak stay lama :(
sebab dia kena balik office kan.
yang chics sesuka hati cakap, "ala tak payah la. hari jumaat. takyah masuk office balik".
tapi tak boleh la kan. dah la along ada meeting petang tu.


:: along - chics n me ::

nyampah kan.
macam gergasi aku amik pic ngan dorang ni.
semua slim2.
haaaaa nampak.
korang sibuk kata aku kurus la apa.
takda makna ok. sama. masih almari. keh keh keh.


sam n chics.
sangat nice.
tak senang duduk dia.
semua dia nak keluarkan daripada dapur dia tu.


thank u to sam sebab jamu makan sedap.
nanti ajak la lagi kan.
wah matiklah muka tak malu sekarang kan.
kurang segan la kot.
sebab chics ada. pernah jumpa dia few times already.
kalau aku ada rumah sendiri aku pulak buat makan-makan k.
wah confident sebab??? sebab nak tunggu aku ada rumah sendiri tu agak lamaaaaaaaaaa lagi la kan. ;p

ok tu je.
lepas ni sapa2 ada buat makan ajak la aku yea.
kah kah kah.
memang tak la. kang korang ajak aku terkemut2 malu.
angin kurang penyegan ni sekali sekala je.
ok bye2 aku nak pergi kedai beli telur n bawang.
mau masak. kelaparan.
ta-ta

8 Comments:

chics said... [Reply to Comments]

Ohh masih terasa kesedapan nasi tomatoo dan lauk pauk. Ohhh

Alia said... [Reply to Comments]

Nanti majlis resepsi aku, aku ajak kau, kau nak datang tak?

sweethOneY said... [Reply to Comments]

oh sedapnya lapar aku tgk pepagi niii

Along said... [Reply to Comments]

Nak repeat session! This time lama sikittttttttttt pleaseeee ^^

Thanks Kak Sam, Peej and oh la laaaa Chics! (Motif kena oh la la utk chics ntah haha)

Anak Mami said... [Reply to Comments]

hoh! tah sedap tah tak.. ahahahah.. lain kali aku buat mee kuah pulak ok.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja kalau dah tak penyegan jom lah jalan rumah aunty bawak noy sekali, kalau tak bila lagi nak sampai telok panglima garang kan tak lah jauh sangat macam nak ke morib, tapi morib adalah lagi 30km dari rumah aunty. aunty pun rasa macam dah lama kenal peeja sbb dah lama jadi silent reader awak. kalau datang sure aunty jamu dengan macam2 masakan orang Johor. aunty pun sekarang nak masuk tweeter peeja lah boleh tak!.

peej said... [Reply to Comments]

chics - kan kan kannnnn.

alia - datang la. kalau kau sudi menjemput la. tp time tu kau pengantin. bukan kita boleh sembang2 pun. kau mesti malu2 kucing aje.

sweethoney - sedap weyh.

along - tau xpe. apa specialnya chics siap ada oh la la bagai?

sam - sedap laaaaaaaa. wah mee kuah tu macam mana pulak tu?

sh rosidah - kat mana tu aunty. boleh tahan jauh. tak pun majlis pija nanti yang datang. cea cea. tah bila la tu kan. ok je. aunty kena buat twitter dulu. mesti anak aunty fed up je cakap, siapa la peej ni sampai mak aku nak komen blog la. ni nak twitter pulak kan. ;p
aunty pija check takda pun request aunty kat facebook. cuba try hantar lagi. sebab try search takde pulak.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja tak jauh 8km dari jusco bukit tinggi, mana ada jauh masuk NKVE lagi senang.

anak2 aunty semua sporting, kadang2 aunty tunjuk dgn dia orang blog peeja ni.

ye lah aunty lupa nak add kat fb lagi nanti aunty try lagi.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...