Instagram : @peejburhan

make up umah lagi.:D

wahhhh over kan.
hari tu mama sibuk buat plaster ceiling n cornice la apa.
ni dia up wallpaper pulak.
mak sapa la yang over tu kan.

tapi mmg perlu kot.
sebab umah kita orang ni dah lama.
ye la dok dpd tahun 1989. tak lama kau.
so kalau cat pun. 3 minggu macam tu dah bertapuk2 putih2 ok.
pakai la ICI Dulux ke, Jotun ke, Nippon ke. tetap la sama.
siap panggil orang ICI tolong catkan pun sama.
ye la. kau ingat murah. mahal tau. cat je dah bape hengget kan.
upah lagi.
selalu berapa kau beli cat. itu la upah dia. kadang2 lebih.

so mama decide pasang wallpaper aje.
lagipun Insyallah 10 years kan boleh tahan.
so semangat la ngadap orang ni pasang. ngeh ngeh.


:: lawa dia pasang kejap aje. dah la kemas. dia siap pergi course untuk belajar ni. ::


ni adik dia.
motip aku amik pic dia tonggeng? haha bengong kan.
sebab aku malas nak bangun la.
so merasa la korang tgk pic macam ni kan.
tu dia tengah sapu2 gam.

adik dia ni buat tak kemas. sebab takda pergi course. abg dia yang ajar.
tapi tak elok. banyak air bubble tu.
mama bising2. lepas tu adik dia dah tak buat.
adik dia tolong gam2 aje. heheh.




aku suka yang dramatic n gelap2.
tapi hari tu orang yang bawak wallpaper tu tak bg.
dia kata nanti serabut n umah gelap.
so pilih ini. lawa la. soothing la.
dia ada daun2 gold tu. tapi certain2 angle je nampak. kau pusing sini tak nampak. pusing sana baru nampak. macam tu la. :)


ni pulak design satu lagi.
untuk feature wall.
mama yang pilih. suka betul dia bunga2 tu kan.
aku snap dpd jauh je ni.
nanti2 la. if rajin aku snap dekat. lawa la.



ok la harga berpatutan.
korang call je dia akan datang ukur semua.
then dia bawak macam2 jenis sample la. berbuku2. dah la besar.
pening2 nak memilih.
dapat contact number dpd jiran depan rumah kita orang.
aunty tu bagi.
sebab hari tu kita orang ada pergi ampang point.
dah pilih2 semua. tapi budak tu suruh datang balik bawak ukuran. tsk.
tu yang tak terpergi tu.
so aunty tu cakap takyah. dia bg contact number. biar orang tu dtg buat semua.

dia ada jenis2 la.
kita orang ada la cakap kenapa rumah aunty depan tu murah.
kita orang punya lebih harga dia.
dia kata la. aunty depan tu feature wall je high end. yang lain2 medium range.
kita orang dua2 high end punya. dpd germany la apa. ada daun2 gold la. ok faham

tapi nak jugak berdebat tu.
cakap lagi. kenapa masa pergi ampang point tu harga murah jugak.
then budak tu kata la. yang tu produk malaysia. lamex tu.
plus orang tu bg anggaran. tak ukur betul2. sampai rumah. dah ukur. mesti harga jadi lain.
ooooooooooooo. baru tau. mana la reti kan.
so ok aje.

tu takpa.
papa yang mula2 bising2 sebab tak suka rumah kencah la apa la.
mahal la itu ini la.
sekali dia yang got carried away. siap kat bawah ni.
n nak buat payment. dia kata buat sekali la kat atas.
lawa pulak. hahhahaha. bapak sapa la tu.
yang tu aku tak snap. nanti2 la.

papa selalu macam tu ok.
bila orang buat rumah ke.
shopping2 ke bising je.
ok tak bising la. papa bukan jenis bising. tapi muka moncong aje.
tapi bila dah lawa tu. berseri2 muka suka.

macam hari tu ice n huda dtg umah ckp la lawa sgt la apa.
papa siap promo bagai bg contact number. heheh.
korang kalau2 rasa teringin ke apa.
mintak kat mama contact number ye. aku tak tau.
aku tau tepuk2 tangan gembira je. hehehe.

tapi biar la korang betul2 dah ada budget nak buat ke apa.
jangan nanti budak tu dah dtg jauh2. ukur bagai. korang dah pilih itu ini.
sekali dgr harga tiba2 tak jadi pulak. tak baik ok.
nak best ukur2 n anggar la berapa besar umah kan.
then suruh dia anggarkan masa call tu ke.
if ok baru la dtg rumah kan.

e eh. macam aku pulak yang berbusiness kan.
tapi suka ok. lawa aje. :p
macam2 design. ni design org2 warga emas la.
kalau moden2 lagi lawa2 ok. sukeeeeeeeeeeeee.
ok gila. bye.

14 Comments:

Shahrizat said... [Reply to Comments]

macam tau tau je kan saya pun bercadang nak pasang wall paper kat rumah parents saya tuu...takpe kita kumpul duit setahun dulu baru nak mintak nombor kat mama peej.terima kasih yeee...

me suya said... [Reply to Comments]

chantek wallpaper ni. suka tgk. design skrg chantek2..

peej said... [Reply to Comments]

shahrizat - jangan nanti mama dah tak jumpa pulak mana dia letak nombor wallpaper ni. heheh.

me suya - cantik sangat. serious boleh juling2 masa nak pilih tu.

arda said... [Reply to Comments]

lawa laaa..seyes..
mcm ceria gitu...plus kaler dia soft je..i loikeee...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja sampai hati kata pilihan warga emas, auntie ni pun dah masuk group tu jugaklah. wall paper memang santek tapi nantilah duit tak cukup la sbb rumah auntie ni one and the half story bungalow lah klau nak buat satu rumah takut uncle terkencing lah pulak. tapi serious memang cantik. hari tu dah buat kitchen cabinet baru sbb yang lama anai2 makan nanti kalau minta yang lain pulak, lari laki mak ok. laki mak bukan jutawan noks.

peej said... [Reply to Comments]

arda - a ah warna soft. kira sedap la mata memandang. ;p

peej said... [Reply to Comments]

sh rosidah - hahahha. takpa aunty slow2. ada rezeki lebih buat la lagi an.
buat bawah dulu la. bilik2 tak perlu dulu. :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

eh pilihan warga emas pon chantek ape?*ke aku ni warga emas..haha!

pic semua membuntut nape..muehehehehe!

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

nice ahh. konfirm aunty dok menghadap dgn uncle pas ni tersengih2 je walaupun tgk dinding.haha

Faressa said... [Reply to Comments]

cantiik! haha design warga emas lol

nasaoji said... [Reply to Comments]

memang chantek laaa itu wall.. :)

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

cantik! aku pon tgh berpikir2 psl wallpaper ni. hmm...

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

nice...
berbaloi sebenarnya kalau kite tolak bahagi dengan cat tetiap tahun kan???

peej said... [Reply to Comments]

buyui - haha. suka main buntut. mihaahahaha.

lady sharpshouter - haha mmg pun ok. semua. sebelum ni lagi la. semua dongak atas tengok cornice. lawak je.

faressa - haha saje je. i mean usually orang2 mcm mak kita ni kan suka design2 yang mcm ala2 eksludive n classic. kan?

nasaoji - kan. suka.

annasuehjie - nanti if nak mintak number msg aku k.

intan - betul. dah la cat adalah penat. :/

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...