Instagram : @peejburhan

macam-macam ada.

ingat tak dulu aku pernah buat entry petting zoo tu.
macam-macam jenis binatang ada kat rumah aku ni.
salah satunya kura-kura la kan.
nak imbas kembali ebntry lama tu.
boleh click link bawah ni.

http://peejburhan.blogspot.com/2010/10/petting-zoo.html

time tu pun aku dah rasa besar semacam je kura-kura tu kan.
scary nak mampuih je aku rasa.
makin lama makin besar.
sampai noy pun ala-ala takut je.
so bagi la papa suruh dia lepaskan kat mana-mana tasik ke apa kan.
ingat papa buat la.
sekali papa tangguh-tangguh.
lama-lama bila tanya. dia jawab, "kenapa? bela je la. papa jaga"

tu takpa.
aku memang tak amik tau la kan.
sekali baru-baru ni aku jenguk ha kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
besar nak mampuih ok.
aquarium dia pun dah ala-ala sempit aje.
papa still takmo lepaskan.
tengok la pic bawah ni ye.


:: tengok la tu. dah berpusing pun payah kot mereka-mereka ni ::





besar melampau kan.
aku pun tak tau nak cakap besar mana.
sebab aku memang tak berani nak pegang-pegang nak ukur-ukur ke apa. scary.
tapi korang tengok la sendiri entry yang aku link tadi tu.
betapa la kecik n berbezanya kan.




ni pulak hannan n lulu.
sebab tu pic mereka dah jarang-jarang ada.
sebab kena kurung sini. haha.
sebab hannan ni tah apa perangai asyik la nak kencing sana sini.
padahal dah sunat. maybe sebab buat lambat kot.
pastu still la horny lebih.

hari tu si yoki lak horny.
memekak aje. pastu macam kesian tengok.
so bagi la dia ngan hannan.
haha. bukan boleh preggy pun. janji mereka gembira la kan.
tapi yang peliknya. lepas tu amik la yoki balik kan.
abis dia perambat anak dia kaseh. n lulu sekali.
payah jugak. bergaduh-gaduh. kesian tengok kaseh.
terkulat-kulat muka dia.
dia nak mak dia. mak dia takmo dia.

so kaseh geng ngan lulu je la.
yoki pulak ngan hannan .
aku amik pic sipi-sipi je tu.
sebab dorang tengah nak projek pulak.
bengong.



ni pulak ikan puyuh.
hari tu beli ngan mama.
ada dua. suka menyorok la mereka ni.
sekor lagi tu dalam barrel tu.
scary jugak eyh rupa ikan puyuh ni.

kolam satu lagi pun ada banyak ikan.
suka. beranak pinak.
tapi takleh letak koi la.
koi ni suka bunuh diri terbang keluar. gilo.
so bela ikan macam sepat biru la, ikan kecik2 ada.
eh macam2 jenis la.

pic bawah ni terpusing pulak.



nampak tak?
tu ikan bandaraya.
bagus bela ikan ni. bersih kolam. haha.
masa beli kecik je ok.
tengok la tu dah besar macam mana. scary.
eh semua aku scary kan.
tah macam geli.
tapi suka la tengok. ;p



ni pulak ikan kecik-kecik.
ada banyak. beranak-beranak pulak.
bagus la. tahan lama pulak tengok. :)

then masuk rumah.
nampak 2 sekawan ni.
kasi snap-snap pic dorang pulak.






kaseh tu bulan depan 6 bulan.
tapi apesal macam nampak kenit je ni.
nakal melampau ni.
nasib comel. kalau tak kita campak dia kat lombong. hahaha.

ok itu aje. kisah haiwan-haiwan peliharaan saya. :)

5 Comments:

paNavia said... [Reply to Comments]

hi peej,

saya pun penah bela kura2 dari kecik tu sampai jadi besar tapak tangan. memang tak muat akuarium la kasi pindah masuk dalam besen besar. kadang2 lepas bagi dia jalan2 kat luar, siap kucing2 kat umah ni ajak main. hihi.. tapi sekali tu rumah banjir, tau2 je dah ilang 2 ekor ni. sayang sangat...

dir...antologi hidup apple sepi... said... [Reply to Comments]

salam n hai..

kak peej...ikan PUYUH KE IKAN PUYU? rasanya ikan puyu kot kan?
huhu

ke ada jgk ikan puyuh? hurm..tau burung puyuh la kan..
huhu

ikan puyu kak peej..ikan puyu..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

dah balik bercuti ke aaahh tak kisah lah janji bila aunty buka blog ni tadi dah ada cerita baru, boleh juga aunty baca buat realese tension maklumlah kat rumah ni sorang2 disiang hari boring. peeja suka kucing ek kat rumah aunty ni pun anak2 suka tapi tak boleh bela lah aunty dan anak bongsu ada asthma.

syazana said... [Reply to Comments]

Peeja,ada kawan cerita.Atuk dia bela ikan dalam rumah untuk beritahu sesuatu.MAksudnya atuk dia bela ikan ni nak tahu sama ada rumah dia ada hantu atau tak.KAta atuk dia kalau ikan berkocak tiba2 dalam aquarium maksudnya,ikan tu nampak hantu.

Eh aku bukan nak takutkan tapi,ikan kat rumah atuk aku pun pernah berkocak gak.Memang ada rasa seram sampai meremang bulu roma,tapi i wat dunno je.hahaha..serasanya hantu mengintai aku mandi kot sebab aquarium tu betul2 depan toilet =p

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

orang dulu-dulu suka bela ikan puyu untuk keselamatan dari gangguan2 jahat kan?
my ex housemate pun bela ikan puyu.i tanye kenape bela. dia ckp mak dorg yang suruh bela sbb kalau ada orang nak anta black magic ke pukau ke santau ke kena ikan puyu dulu. wallahualam.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...