Instagram : @peejburhan

expose mistik : sixth sense

sorry hari ni lambat sikit post.
kepenatan. tadi terpengsan tido berapa jam.
x makan x apa. ngan sakit kepala bagai.
ni dah bangun tido. dah makan.
cargas aku tepek cerita ini malam k.

..............................................................................................

Hai Peeja,

Selalu duk baca pengalaman seram org, ni lin pun nak kongsi kisah lin jugak. Lepas lin kawin, lin and suami duduk kat rumah mak mertua kat seberang tambak.  Dan sejak lepas kawin, mata ni jadi extra power lak. Tiba-tiba lin blh nampak roh org yg meninggal.  Susah nak percayakan. tapi bila dah banyak kali kejadian pelik2 terjadi, org keliling dah mula percaya. Bila lin masuk je rumah mertua, kadang2 lin nampak dalam rumah tu ada ramai sangat org. Tapi bila tanya suami, dia kata mana ada ramai..cuma kita berempat je.  Heran la pulak masa tu. Kenapa org lain tak nampak apa yg lin nampak. Rupa roh ni tak la menakutkan..rupa macam kita jugak cuma muka diaorg ni pucat sangat and  kebanyakkannya nampak mcm ’lost’.  Ni lin cite antara pengalaman lin masa ternampak roh2 ni. 

Kisah pertama. Masa baru kawin, lin selalu bangun sebelum subuh nak siapkan sarapan n bekal utk suami.  Mmg lin akan sorang2 je kat dapur tu. Satu hari tu, bila lin keluar bilik nak ke dapur, lin nampak ada perempuan duduk kat sofa di ruang tamu. Dia diam je tak bergerak. Lin cepat2 kejut suami tapi suami kata takde sapa kat situ padahal lin tgh tgk perempuan tu.  Lin takut n terus masuk bilik, suruh suami beli je sarapan hari tu. Besok paginya, lin nampak perempuan yg sama lagi. Bila dah hari2 nampak, lin dah jadi berani sikit. Jadi lin terus ke dapur siapkan sarapan n perempuan tu duduk je la kat ruang tamu.  Yg kureng sgt nih, lama2 perempuan tu pindah tempat ke dapur pulak. Kadang2 dia berdiri kat laluan ke dapur. Tak pun dia duduk kat meja makan.  Dia duduk diam n tengok je lin buat keje. Aduih la...masa tu mmg rasa nak pengsan sangat sbb lin ni penakut sebenarnya. Time bercerita ni pun rasa seram sejuk isk. Pastu lin jadi makin takut bila perempuan ni dah mula masuk bilik tidur.  Bayangkan tengah syok2 tidur, lin rasa ada rambut kat tangan n muka lin. Bila terjaga, nampak perempuan tu duduk sebelah lin. N rambut yg lin rasa tu rambut dia sbb rambut dia panjang lepas bahu. And dia tengah tengok lin tak berkelip.  Waaaaa......takut nye.  Then mertua panggil sorang pakcik ni utk halaukan perempuan tu. Pakcik tu kata perempuan tu sebenarnya roh yg berkeliaran n dia nak kawan ngan lin sbb lin boleh nampak dia.  Bila suruh dia pergi, dia pulak bagi kita syarat mcm2. lin tak tahu apa yg pakcik tu buat sampai perempuan tu keluar dari rumah sebab lin keluar ngan suami. Takut.

Kisah kedua. Rumah mertua ni rumah flat and kat ground floor mmg open space, yang dipanggil kolong..  Bila ada cina mati, diaorg akan buat majlis kat situ.  Ngan keranda n org mati semua letak kat situ.  Adat diaorg ni kat tempat keranda tu akan diletak pic org mati, poster size. Sbb kawasan flat ni ramai org tua2, jadi mmg selalu la ada majlis utk cina mati kat bawah kolong tu.  Satu hari lin balik dr shopping ngan suami.  Lin turun dr kereta n tunggu di tepi jalan masa suami reverse kereta kat parking lot.  Tetiba lin nampak ada perempuan cina rambut pendek duduk dlm kereta sebelah suami.  Mcm mana pulak dia boleh tiba2 muncul dlm tu. Tadi kan lin duduk kat tempat tu. Dia tgk lin pastu dia tgk suami lin. Lin cepat2 tarik suami turun dari kereta and terus ajak dia g lift.  Masa jalan nak ke lift tu, kami lalu kat kolong and nampak ada majlis cina mati.  Sambil2 tg lift tu kami cari la pic org mati. Kut2 kenal. Bila nampak je, lin mmg nak pengsan kat situ jugak. Pic org mati tu sama ngan perempuan yg lin nampak dlm kereta tadi. Masa tu mmg luruh habis dah semangat dlm badan ni. Makin teruk bila lin nampak ’dia’ tgh dudk atas keranda sambil goyang2 kaki. Masa tu lin doa sgt jgn la ’dia’ tahu yg lin blh nampak ’dia’. Buatnya nanti nak buat sessi kenal2 pulak, mmg confirm lin pengsan kat situ.  Sejak kes tu, lin dh tak berani tgk pic time majlis cina mati lagi.  Jalan tunduk je.

Kes Ketiga. Baru2 ni suami kena gi outstation selama 2 minggu.  jadi lin tidur dlm bilik sorang2. Malam pertama lin tidur sorang, lin pasang lampu tidur. Dlm pukul 2 pagi, lin dengar suara org menangis n mendayu2 kat luar bilik.  Tingkap bilik ni mengadap corridor laluan jalan kaki. Lin ingatkan jiran sebelah nangis la kut. So lin sambung tidur. Makin lama tangisan tu bunyi makin dekat. And tiba2 ada bunyi ketukan kat tingkap. Melompat la time tu. Nak2 pulak lin nampak ada kuku2 panjang tgh cuba cungkil tingkap tu.  Lin lari g bilik mertua sambil nangis2. masa tu punya la takut. Mmg doa sgt supaya hari cepat siang. Teruk betul lin kena ganggu sepanjang 2 minggu tu.  Bila lin tidur ngan mertua, tingkap bilik mertua lak kena ketuk. Dan adakalanya ada kepala tersembul kat tingkap. Time basuh pinggan kat dapur, ada lintasan hitam duk kawat 2,3 kali depan muka.  Mertua kata sbb benda2 ni tahu lin blh nampak diaorg, tu yg makin galak kacau lin.    

Eh sorry. Terpanjang lak cerita. Dah macam karangan BM dah ni.  Ignore typo error ye. Buat masa ni, lin tgh cari kut2 ada org bijak pandai yg blh tutup deria keenam nih. Dh tak sanggup tengok. Lin bukan berani. Apatah lagi bila melawat kubur. Meriah mcm funfair kat kubur tu. Ada kepala atas kubur, budak2 main sembunyi2 balik batu nisan, perempuan rambut panjang berbaju putih labuh yg jalan tak jejak bumi, pakcik tua jalan pakai tongkat yg tiba2 muncul and mcm2 lagi. Tapi yg ni kita kongsi cerita lain kali.

Bye Peeja.

..................................................................

fuhhhhhhhh,
ok sumpah scary ok.
especially yang cerita pertama tu.
ok nampak mmg la scary.
tapi ni jenis dia ada n tak bergerak2. kat satu sudut aje.
paling x tahan makin lama makin over kan.

dah macam cerita the eye pulak kan.
tiba2 boleh nampak.
pastu macam dorang nak mintak tolong ke apa kan.
haiyohhhhhh. serious mintak jauh la kan.
ha kalau sesiapa tau ada orang yang boleh ubatkan lin ni kan bagi tau la yea.
takmo la yang tipu2 punya nak duit2 ni.
yang baik2 n ikhlas la yea.

nanti lin kongsi la lagi cerita.
serious macam best.
ok best sebab cerita dia seram la.
bukan best tiba2 aku pun nak feeling sixth sense ke apa yea. tak mooooo.

ok tu je.
selamat malam jumaat semua.

21 Comments:

akiss ferrero. said... [Reply to Comments]

ooo em gehhh!
yg kisah satu tu. err. tanak tanak tanak igt!

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Ok aku tak nak jadi mcm die!! Takut!!!

xamyraa adnan said... [Reply to Comments]

goshhhh
takut seyh
menyesal baca
hu

J u l i a 。.゜✿ said... [Reply to Comments]

tak sangka.. ada juga insan terpilih untuk ada sixth sense ni..
semoga lin tu sentiasa kuat semangat !

Daily Dose Of My Ramblin' said... [Reply to Comments]

Lin Cuba la Darul Syifa' itu tempat Harun Din.. Insya allah he should be able to help.

Ya allah! I cannot imagine mcm mane kalau boleh nampak segala macam like Lin. pengsan! Memang tak jadi keje la nak buat.

HaLiMaTuN SaAdIaH said... [Reply to Comments]

dalam banyak-banyak expose mitik, yang ni rasa seriau baca..especially yang first kes tu..gilos ke apa, dari sofa ke dapur ke dalam bilik..haru tul..
try tempat ustaz harun din tu lah..tapi memang kena gigih sikit lah sebab ramai orang.

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

ye, Daily Dose betul.. Saya berubat dgn Darul Syifa' tu la. Sekarang alhamdulillah, sekali sekala je ade seram-seram. Dia ada byk cawangan. kalau x larat nk beratur panjang yg kat bangi tu boleh pergi kat anak-anak buah dia.

the hun said... [Reply to Comments]

boleh la plak lepas kawin terbukak deria keenam ni... ish3x...

Lya Colours said... [Reply to Comments]

saya rasa dlm byk2 cerita yg peej share kat sini, yg ni paling scary kot

mcm dpt rasa je apa yg dia rasa
paling x bleh blah yg hantu cinta dok goyang kaki atas keranda? kalau saya, tak tau la, mau lari tak cukup tanah

jgn lah saya tiba2 ada sixth sense ke sense2 apa ni
menakutkann

Shahrizat said... [Reply to Comments]

sesalan saya membuka time kol 3 pagi tadik...adehhhh jam 8.45pagi baru berani komen tau. Ni angker betul.

Liyanaroxx said... [Reply to Comments]

dalam byk episod scary marry i rasa nih paling seram kot especially first case tuh..omg!!!sib baik x bukak blog peej mlm tadik,kalo tak confirm i tak tido mlm..

buat lin,try berubat ngan Ustaz Harun Din,Insyallah beliau boleh membantu masalah u ok?

A.I said... [Reply to Comments]

Ya Allah! siannye ngan Lin... Insyaallah, kene usaha carik org yg pandai 'ubat'kan mata Lin tu. try tanye2kan kt ustaz, apa pendapat dowang..

mazz said... [Reply to Comments]

bersyukur je lah ada 5 je deria. Takmo la enam deria. Serious seriau baca tang cina mati tu. Dah la kat my place dekat ngan tempat cina buat keraian kalo ada family member diorang mati. Hayoyoyo harus lalu situ bawak keta laju-laju....

Acid Voice said... [Reply to Comments]

seram giler...tp klu hantu tu kasik nombor 4 digit kan best...hahahhaa

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

scary ok! mmg dah mcm dlm movie. sampai nak cungkil tingkap bagai tu. gigih betul 'benda' tu nak kacau lin.

cik1356 said... [Reply to Comments]

hoihhhhhh! aku baca siang ok. aje gile nak berkawan bagai. siap makin lama makin dekat.. aku mmg berdoa la x nampak benda2 yang x patut nampak ni.. scary!

kePeej said... [Reply to Comments]

akiss - nice kan?

brain freeze - cerita ni best kan. tapi mmg takmo la jadi macam tu kan.

xamyraa - hhehehe. scary kan.

julia - tu la kan. macam dlm movie pulak.

ddomr - kannnn. dah la siap banyak n meriah2 macam kenduri. ish.

halimatun - kannn. aku rasa cerita first tu dah macam movieeee.

lalalola - tu la kan. ikhtiar.

the hun - kan. scary betul.

lya - kan. tak pun yang main2 kat tingkap tu. wtf.

shahrizat - haha. gila lambat. mmg angker.

liyanaroxxx - seram kannnn.

a.i - mata kau pun ala2 kan?

mazz - masalahnya dlm cerita ni dia naik kereta sekali ok. so baiklah jangan bawak laju.

acid - haha bengong tau.

liz - bukan kacau ok. nak 'berkawan'. carik la kawan dpd geng dia kan.

cik1356 - kannn. takuit.

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Dah macam ghost whisperer la pulak. Mmg scary :/

shiedahkamil said... [Reply to Comments]

uih
seramnye.
x sgka ade gak yg kne camni. huhuhu

EdaManAli said... [Reply to Comments]

owh, Melinda Gordon Malaysia kah???
tp yg nyatanya itu mmg syaitan iblis, sbb bila roh manusia dh t'pisah dgn jasad, mmg roh dh xbleh masuk alam fana lg. itu yg saya pnh baca drp p'jelasan ustaz2...

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

ok yg ni mmg serius seram. cite no.1 tu mak ai. gugur jantung.
tp anak aku pon rasanya mcm ni jgk. asyik dok nmpk mcm2 je pastu tunjuk kat aku plak tu. ade yg suggest suruh pegi darul syifa tu cuma aku bertahan je lg.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...