Instagram : @peejburhan

expose mistik : kisah sepupu sepapat.

Hye peej!
Ni kali nak cerita kisah sepupu sepapat pulak.

Cerita 1: Sepupu dan budak lelaki

Sepupu saya ni memang rapat dengan saya. 
Waktu ni kitorang kecik lagi. 
Kalau balik kampung tugas kitorang ialah sediakan tempat tido untuk semua orang kat rumah atas. 
Satu malam tu tetamu ade la lagi kat bawah. 
Bulan raya kan, mestilah ramai je tetamu sampai malam sebab kat kampung kan. 
So kitorang pas isyak terus la siap-siap nak keluarkan tilam bantal selimut segala dari bilik belakang tu.
Saya memang penakut gile! Sumpah! So saya tunggu kat pintu aje. 
Sepupu saya lah yang panjat katil pastu campak-campak bantal so that saya n kakak saya akan kumpul n bawak g ruang tengah rumah atas yang nak tido tu. 

Skali malam tu kakak saya nampak bayang-bayang kat tingkap nako bilik tu. 
Tingkap macam bilik darjah tu kan. 
Pastu dia bgtau la sepupu ni.
Budak kan waktu tu manelah nak fikir ape kan. 
Sepupu saya pun bukak tingkap tu. 
Ade satu budak lelaki pakai t-shirt putih kat luar. 
Muka dia x menakutkan pun. 
Muka budak la. Diam aje. 
Skali kakak saya tanya sepupu saya, "Eh, Ngah! Dia panjat naik apa?" sebab kan kitorang kat rumah atas. 
Tepi tu mane ade tangga ke hape ke. Parit ade lah!
Saya terus lari turun lompat tangga. 
Yang berdua ni pon lari turun la tapi bila Pak Long pergi tengok xde ape-ape pon kat tingkap tu.  waktu tu xde orang pon nak percaya cakap kitorg sebab budak-budak kan. 
Kesian, ok! 
Sampai sekarang kalau teringat mesti kitorg akan "Eeeeeee..." macam tu huhuhu

Cerita 2: Sepupu dan perempuan cantik

Beberapa bulan sebelum sepupu saya dalam cerita 1 tu nak kawen setahun nan lalu, 
tunang dia selalulah habiskan masa balik rumah parents dia kat Ipoh. 
Selain untuk setelkan hal persiapan, 
dia juga habiskanlah waktu-waktu bujang dengan sedara-mara yang lain. 
Mari kita namakan mamat ini sebagai E.

Satu malam tu sepupu-sepupu si E ni ajak keluar minum-minum. 
So, E pun pergilah amek sepupu-sepupu ni kat rumah makcik dia pastu gi lepak ke bandar Ipoh. 
Sampailah dah nak dekat-dekat midnight, E hantar la sepupu-sepupu dia ni balik rumah mereka. 
Lepas tu E bergerak balik kat umah mak pak dia lak.
Waktu tu jalan agak sunyilah kate dah malam kan. 
E bawak laju. 120 km/j. 
Tetibe E dengar bunyi orang ketuk-ketuk cermin kereta. 
E dah x sedap hati. Camane nak ketuk-ketuk sbb dia bawak laju kan. 
So E buat tak tahu. Pasang radio kuat-kuat. 
Ketukan masih berbunyi. Kat pintu belakang sebelah kiri.
E cakap kat diri sendiri, "Jangan pandang... Jangan pandang..." Lama. Banyak kali. 

Perjalanan pun macam jauh la sangat apesal x sampai-sampai ni kan. 
Pastu skali tu E rasa nak toleh jugak. 
Maka sebaik je dia toleh dia nampak sorang perempuan cantik pakai kebaya siap gincu merah makngah macam dlm cite Mamat Khalid yang tajuk Kala Malam Bulan Mengambang tu lagi. 
Ok, tipu! KMBM cite hitam putih xde kaler. Hehe. 
Ala, E suruh bayangkan macam perempuan kaberet zaman P. Ramlee tu punya make up.
Cantik! Cantik sangat siap bawak payung kertas cokelat yang selalu cacak kat kubur baru tu kan. 
Tapi yang peliknya, camane dia boleh ketuk cermin kereta E yang tengah bergerak selaju 120 km/j tu?


Cerita 3: Sepupu pergi kencing turun tangga

Ni pulak sepupu saya anak Pak Uda saya yang waktu tu berusia tadika kot. 
Dalam 4 tahun lepas. 
Oleh kerana arwah atok dah meninggal maka keluarga pakcik saya ni akan tidur kat kampung setiap Jumaat sampai Ahad sebab nak temankan opah saya. 
Pak Uda saya ni anaknye lelaki 3 orang, perempuan sorang.

Satu malam, anak lelaki dia yang nombor 3 nak g kencing. 
Dia berani ok sebab dah biasa kan. 
Rumah atok ialah rumah kampung 2 tingkat (rumah sama dalam Cerita 1). 
Toilet kat bawah, bilik kat atas. 
Si Alang (sepupu saya ni) turunlah tangga dengan selamber sebab lampu tangga tu bukak. Pastu kungkengkungkeng bunyi pintu toilet segala, Pak Uda saya ni tersedar n turunlah tengok anak dia.
Pastu Alang siap kencing. Nak pakai seluar. Budak-budak kan suke bukak seluar depan pintu toilet kan. Alang pakai seluar mengadap tangga. Pastu tetibe dia tanya ayah dia "Ayah, siapa duduk bawah tangga tu? Hitam betul!"
Huhu Pak Uda saya yang cikgu pendidikan jasmani ni terus angkat Alang pastu lari naik tangga langkah besar-besar pastu terus tido sampai pagi.
Kalau saya... Aku x naik tangga tu dah! Menjerit je dari bawah huhuhuhuuuu

Cerita 4: Sepupu a.k.a cucu kesayangan

Sepupu yang ni (kakak sepupu dalam Cerita 1) memang kesayangan opah n atok. 
Maklumlah cucu sulong. Opah n atok jaga lak tu. 
Waktu opah meninggal (23 Ramadhan 1411H) sepupu saya yang ni dah besar. 
Tingkatan bape tah. 
So dia tolong-tolong la makcik-makcik basuh pinggan lepas kenduri arwah lepas solat terawikh. Sebab dah nak raya kan maka adela macam tahlil setiap malam sampai la malam raya tu. Malam last tahlil tu sepupu saya ni tengah basuh pinggan dalam bilik air yang ade kolah besar macam rumah-rumah kampung tu kan, skali terbau air mawar yang orang calit kat dahi mayat b4 kapankan tu. 
Waaaaaaaaaaangi sangat! 
Terus dia nangis sebab dia rasa arwah opah balik jenguk dia basuh pinggan kot. 
Sedih, ok! 
Tapi kalau saya, menangis ketakutan! Hehehe

Cerita 5: Sepupu stay up

Sepupu dalam Cerita 4 tu sekolah agama. 
Asrama sebelah lombong. 
Waktu nak SPM selalu stay up. 
Bila dah pagi-pagi sikit je dalam kol 2 kol 3 tu  mesti dengar "krup krap krup krap" dari dinning hall. 
Asrama sebelah dinning hall. Bunyi macam orang mengunyah tulang. 
Mula-mula ingatkan anjing ke kan tapi bila tengok xde lak tong sampah sepah-sepah. 
Lama-lama dah lali kot. 
Buat tak tahu aje. 
Siap boleh cakap, "Jin la tu tompang makan. Jin kan makan tulang." huhuhu positif, ok! budak skolah agama la katekan....

Satu hari tu dia dan kawan baik dia takleh tido. 
Nak study pon dah tepu. 
Pastu dua-dua dok meninjau kawasan lombong dari tingkap bilik. 
Dok tingkat atas jauh sket la pemandangannye kan. 
Skali dari jauh nampak sorang pompuan jalan-jalan kat tengah lombong. 
Tengah, ok! Bukan tepi lombong ye kawan-kawan. 
Ha ce cite ce cite camane boleh jalan tengah lombong? 
Pastu dua-dua dah takut, naik atas katil. 
Skali dengar sayup-sayup dari bawah, "Arul... Arul... Ko x tido lagi, kan?" 
Wah! Dua-dua diam ok! Keras dah. 
Dua tiga kali gak ah panggil. 
Last-last sepupu saya ni x menyahut, fed up kot, trus x panggil dah.

Esoknye g skolah, kawan dia dorm bawah tanya, "Korang tido awal ke semalam? Penat aku panggil ingat nak ajak stay up same. Gigih tau aku keluar compound sorang-sorang nak panggil korang. Nasib baik bulan terang."
Huwaaaaaa mmg gigih la kan keluar bilik waktu bulan mengambang! Nsb baik x gigih panggil sampai ade yg menyahut! tooooooolonglah jgn buat yang bukan-bukan kalau dok hostel ye adik-adik!
Ha oklah, tu je dulu kisah sepupu. Kalau kitorang berkumpul and recall lagi insiden-insiden zaman muda dulu nnt sy emel lagi, ok!
yours truly;                      
             addelle

................................................................................................

ye walaupun mak sedang bercuti.
tapi siap2 dah set untuk auto publish expose mistik ni.
ramai suka kan.

ok memang tak menahan baca kisah perempuan cantik tu.
ok memang cantik tapi motip kau ada tepi cermin kereta padahal dah bawak 120 km/j kan.
tak sukaaaaaaaaaaaa. eh tapi if nampak mesti scary kan.
tiba-tiba aku terbayang cerita sundel bolong tu.
bukan yang lama tu. yang baru tu.
kat tengah hutan nampak dia menari2 tradisional ke apa. cipekkk.
takutttt. tak suka.
pun pakai kebaya2 ketat bagai kan. pitams.

satu lagi tak suka cerita last tu.
bengong sangat ok.
i mean ye-ye takut sekali kawan yang panggil kan.
apa tak reti panggil elok2 ke?
tapi ye la kan. pukul 11pm selalu pintu block dah tutup kan.
macam mana pulak nak masuk.

thanks untuk semua yang rajin share cerita expose mistik ni.
aku suka. keep em coming.
aku ni dah macam ketagihan pulak.
it doesn't matter if korang ada blog ke takda.
still boleh share if nak ok.

if rasa-rasa nak share.
u can email me.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik

kalau korang rajin bagi sekali tajuk.
kadang2 aku jenuh gak nak memikirkan tajuk entry expose mistik ni.
hohohoh. scary lak tetibe.

ok dah. nak sambung holiday.
harap2 tak mistik la. taaaaaaaaaaaa.

2 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

aunty kan penakut tapi dalam takut2 tu aunty jengah kejap kat sini baca sikit2 lompang sana lompang sini pastu terus kekomen takut nanti malam nak kedapur sorang2 tak boleh teringat-ingat pulak cerita ni.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

aunty ni kan penakut tapi dalam takut-takut tu jengah jugalah tapi lompang sana lompang sini takut nanti malam pergi dapur sorang2 tak ada orang nak teman. motif? saje je gatal dah tau penakut nak juga baca kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...