Instagram : @peejburhan

dicabul cara lain pulak.

then balik tu takda ke mana.
lepak-lepak bilik mandi segala.

then gerak untuk pergi massage :)
aku sebenarnya tak gemar massage2 ni.
ingat tak pengalaman ngeri aku masa kat bali tu?
yang di uli-uli aidilfitri tu. tsk.

tapi nak tak nak terpaksa la.
katanya dah tua kan.
badan ni sakit-sakit takleh terima akal tau.
so memang dah time kena urut-urut ni.

so pilih untuk hot oil massage.
sejam 300baht. which is rm30 je la kan. syiok.



so cuci la kaki bagai.
then masuk dalam.
terus masuk ke dalam.
sebab aku n noy kenal.
as usual dorang tak tarik la langsir antara kita orang.
ok la lantak la.
apa sangat la berbogel-bogel lite-lite ni kan.
bukak baju tinggal panties aje.

kat bali lagi horror.
dah la kena pakai panties disposable tu. besar macam pakai pampers. cipek.
pakai shower cap dah rupa cendawan. so ni ok la.

masuk je nampak tukang urut aku.
aik apesal macam besar je dia ni. keras je aku tengok.
then dia urut la.
sebab langsir kan tak tutup. so dia sembang2 la dengan tukang urut noy.
aku dah pikir macam. cuba mencari-cari jawapan tapi tak jumpa.
siap masa pusing tu time nak urut tangan dia selak la towel tutup badan tu.
dia n tukang urut noy gelak2. cakap thailand.
cibais. ngutuk tetek kita orang la tu. hahahaha.
tapi bagusnya dia tak kacau depan.
so takda la rasa di cabul ke apa.
hiahahahahah. tapi apesal tajuk entry aku macam tu kan?

dah abis urut ke depan.

noy : pijaaaa. tukang urut kau tu pondan ke?
me : omg. a ah kannn. aku dah pelik2 dah. apesal keras je dia ni. mana kau tau?
noy : ye la dia sembang tu. suara dia ketara kot.
me : kannnnnnnnnnnnnn. aku dah rasa jugak. so masa dia kat atas hempap aku nak urut tu. aku try gak la rasa2. mana la tau boleh rasa telor ke. keras apa2 ke. hahaha.
noy : hahaha. omg bodoh gila. kau takda kerja ke?
me : ye la. dah kata pondan kot. nak make sure la.
noy : rasa tak?
me : tak rasa apa ok. leper je. licin aje. dah operate kot. orang thai kan suka operate.

hahaha. bengong kan.
tapi bila cakap kat dotdot masa dia call. dia gelak sakan.
aku cakap la tak rasa pun.
dia kata dorang selit kot. sebab tu tak rasa.
what????!!!!! selit. ok scary.
tapi kijam kan. motip pondan yang urut aku.
dah la tengok kita topless bagai kan.

noy lak ada macam bebola kat kaki. nak jalan sakit.
so dia tak puas buat massage tu.
sebab tak fokus kat kaki kan.
so dia tambah lagi 1/2 hour buat reflexology tu.


:: haha muka tak coverline kesakitan kena tala kat bebola kaki tu ::


then abis je tengok hujan lebat.
tanya boos massage ni mana nak carik raincoat.
dia kata ada kat dua kedai sebelah dia.
so pergi beli.
haha comel. sebab bukan raincoat.
tapi macam plastic coat. ;p

then ke kedai makcik tu.
beli makan bungkus.
sebab hujan lebat. nak makan pun takda ruang.
kang masuk hujan dalam makanan pulak kan.



noy bengang gila tengok pic aku tu.

noy : kau buat apa ni pija?
me : takda la. asyik pose sama aje. so tukar2 la. bagi nampak ceria.
noy : ceria??? memang tak ceria langsung kot. macam paksaan ada la.
me : penat laaaaaaaaaaa. lama gila aku berdiri nak tergolek2 rasa. lambat snap. herghhh.
noy : hahaha. kau memang loser la. patut la takda orang nak kawan ngan kita.

kong ajo kan.
memanjang salahkan aku.
dia tu best sangat ke kannnn???



aku makan nasi goreng apa tah.
ngan "morning glory' tu.
hiahahahha. kangkung ke uolls.
hampeh sampai ke sudah aku tak tau.
punya la terpikir. gila gempak makan pokok morning glory. hiahahah.

then masa di abiskan lepak bilik aje.
sebab hujan kan.
so tengok depan aje.
then lepas 2 jam aku macam rasa nak makan lagi.
ewah macam tak biasa pulak kan.
so turun bawah. jalan berapa langkah aku beli.
takleh tahan. asyik tengok aje. terliur den.


:: yeay. jagung bakar letak marjerin n garam. terbaikkk ::


:: besarrrrrrrrrrrrrrr. incredible. hahahhaa  ::


macam mana la tak terasa nak beli kan.
sebab most of the time akan lepak balcony sebab smoke.
so aku akan nampak ni setiap malam.
tak terasa nak beli kau kan.
kedai tu siap ada ayam percik n ikan bakar bagai.
konon nak makan. tapi sampai balik ni tak dapat makan. tsk.
sebab asyik kenyang je makan lain.
time rasa nak makan ni. kedai lak nak tutup.
dorang tutup around 11ish macam tu la.




yang seberang jalan tu adalah pub.
ada lorong tu. kiri kanan semua ada pub la.
so kira hotel ni convenience la.
nak apa-apa pun semua ada berdekatan. takda la berjalan jauh ke apa.


:: yours truly ::


:: gerai yang bikin aku menangis ternampak2 makanan2 menarik nya ::



noy yang tengah terfikir bila hujan nak berhenti kot.
tapi tak keluar tu malam tu.
tido awal aje.
sebab noy esoknya join kayak tu.
aku lak tak join sebab malas.
aku masa suka sukan2 ni. kosser hoih nak kayak2.
so biar dia pergi.
aku lepak bilik je tido. ;p

10 Comments:

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

sedap tak urut? last time laki aku buat thai reflexology ni sakit ya amat mcm nak tendang tukang urut tu. hahaha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hoh best gle ayam percik ikan bakar!!

doll said... [Reply to Comments]

best kan urut2 nie..cabul x cabul..janji badan rasa best pastu..hehe..

comel jer peeja posing ngn bj ujan tu..sebelah skuter purple lak tu..patut posing ala2 minah remps kat situ..

wow..besarrrnye jagung..i likeee..

s a L o m a said... [Reply to Comments]

besarrrrrrrrrrrrrrrr punyaaaaaa!!! AHAHAHAHAHAHAHHAHA

sweethOneY said... [Reply to Comments]

makan kt sana kira senang gak la kannn.. heee.. tak sabra nak pegi sana jugak nanti!

baju ujan tu srious comel :))

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

adoi terkenang masa gi bangkok dgn arwah kakak kita pun buat ancient massage sampai naik atas badan dah tu laki mak pun berurut sama dlm bilik tu sambil naik belakang laki mak dia tersenyum tengok mak ni, mak rilek jer katanya sporting habis tak kan nak bagi penendang tukang urut tu lagi pun auntie ada kat situ, so bila peeja cerita auntie macam nak pengsan ketawa sambil panggil uncle baca blog peeja ni, uncle pun ketawa terbahak2. peeja memang penghibur auntie lah.

Maria Honey said... [Reply to Comments]

confirm aku pegi jugak itu krabi nanti...nak lepak hotel ko tu jugakk..sebab nak makan jagung yg giler besau tuh...weeeeee...:)

peej said... [Reply to Comments]

annasuejie - time ni hotoil. takda la sakit sangat. sedap ade la. sakit time kat area bahu la. rasa nak tumbuk gak pondan tu. later aku ada try thai massage. sedap je aku rasa. sebab dia tekan2 n kepak2 adan kita kan. suka :D

wani - besttttt.

doll - comelkan skuter tu. nasib aku tak reti bawak motor. kalau tak mana2 pergi senang naik motor aje. yessss. sangat sedap urut.

saloma - hahaha. amboih sukanya dia.

sweethoney - senang la. area yang aku duduk ni la. boleh nampak la gerai halal ni. usually peniaga dia pun pakai tudung semua. :)

sh rosidah - tu la kan. ok la aunty kan. kalau pija mmg dah penendang kot tukang urut tu. motip nak panjat badan laki i. hahaha.

maria honey - ye sila pergi. aku rasa ok la. convenience n all. plus nak hotel mahal2 sangat pun bukan kita 24/7 kat bilik kan. most of the time travel. :p

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

nsi grg kt thai sdap x sis??
best laa ada org urut2 nih..tp kt sana mmg murh2 la tmpt ngurut nih..puas ati..=)

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

haaaaaaaaaaaa aku pon nak teka kangkung. tp takot malu kang salah. sekali betul kangkung. kau lg melampau, kangkung pon xkenal. cis!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...