Instagram : @peejburhan

celebrate jugak walaupun dah ternganga.

family aku ni memang daripada kecik mesti nak celebrate birthday.
takda la buat apa pun. janji ada kek nak tiup jadi la.
kadang-kadang rasa macam, hoih apesal la dorang ni semangat sangat.
takyah boleh tak.

macam birthday aku hari tu la.
noy semangat melampau.
beli hadiah la. tempah cake la.
kalau tak nak order itu ini la.
pastu aku tulis la kat twitter. aku cakap. gila over kan.
sekali ada someone cakap. kira ok la.
dia tak pernah pun ada cake2 ni time birthday.
baru aku insap. ye la kan bersyukur je la kan.
orang ingat birthday kita n sama2 happy celebrate.
kang takda sapa heran tau lak sentap kan.

so birthday ayol hari tu.
papa keluar beli cake.
dia kata kecik2 pun jadi la janji ada.
ayol emosi sebab time tu dah 2 minggu dia tak balik melaka.
sebab kerja. so tak dapat la celebrate ngan zeity n lil' zara

yang kelakar.
elok pukul 12 tu.
ayol tengah ternganga tersandar kat kerusi.
dah tido berdengkur2. hahaha.
tiba2 kita orang semua nyanyi lagu birthday.
yang noy bawak cake dah siap nyalakan lilin semua.
terkejut dia.
mata terbeliak merah. tekup mulut. sebab kesat air liuq basi kot. hahaha.
pastu terus terjun tiruk baring.
sebab dia nampak papa n aku dah pegang camera. ghahaha.


:: ayol yang terkejut beruks :: 


:: e eh nak update baru nampak. silap la lilin tu. ayol tahun ni 32 tahun la. awat lilin tu muda setahun? ::


ayol yang daripada darjah 3. bawak la ke sekarang. memanjang belenging n pakai kain pelikat aje.
suka benar. hoih kalau nak cerita la pengalaman2 ngeri kita orang.
boleh gelak2 terkentut2 ok.
ayol ni tah apa2.




P.G as usual takda.
dia jumpa mak bapak satu lagi dia. Bin Mamak la katakan. hahaha.
mama lak dah tido. dia tak larat. tak sihat katanya.
dia suruh kejut. tapi tak sampai hati nak kejut.




mama paling la suka kek.
dia suka manis2 kan.
bagi la kuih ke, kek ke, ice cream ke. memang boleh licin.

then tetiba sangap.
sebab aik takkan tu je kan.
dah la macam lapar.
so aku cakap kat noy jom beli kfc. kasi tongtong.
makan ramai2 kan.

elok balik mama pun dah bangun.
papa kata mama bangun je dia nak goreng telur makan ngan roti sebab lapar.
tapi papa cepat2 bagi tau cakap kita orang tgh beli kfc.
so mari makannnn.




gila sedih. portion cheesy wedges pun sikit je sekarang
patut dalam comvo tu dapat egg tart.
aku sukaaaaaaaaaaa gila egg tart dia. sedap nak mampuih kan.
tapi tak semua kfc carry egg tart ni kan. ikut2 tempat. nyampah.
sekali time order ni takda lak. dia kata if nak kena tunggu 1/2 jam. apa jadah. tak kuasa.
so dia gnti ngan 2 fries.
patut aku mintak la cheesy wedges kan.





ayam2 pun yang boleh tahan kecik sizenya. kesian.
tapi ye la kan. ayam sekarang pun dah mahal kan. sekilo sampai rm8.30. wtf.
matik. lepas ni kita makan ulat2 je la kan.
nak makan carik kat pokok2.
ewahhh. cakap la. baru nampak dah sebatu lari kan.
wah lari ke? macam larat.
silap2 baru berapa langkah dah tergolek2.

ok sekian celebrate birthday ayol yang lite-lite aje. :)

10 Comments:

AkUfiZA™ said... [Reply to Comments]

menarik btul kfc tu, yummy!

AkUfiZA™ said... [Reply to Comments]

menarik betul kfc tu; yummy!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kite boleh masuk family ko weh.. sbb kite pun excited bab2 nk smbut bday ni. biasanya kite paksa satu family beli kad beli hadiah if ada one of the family members yg smbut birthday. ajak makan semua beli kek.. ekeke. tp skang sbb dah kerja jauh kat tganu, aktiviti sambut-menyambut ni dijalankan oleh mereka di shah alam sj :P klau kite smpt balik, kite join celebrate skali xD

sweethOneY said... [Reply to Comments]

ramai gak ckp egg tart kt kfc sedap.. satu hari nnt harus tryyy jugak ni :D

Zumie said... [Reply to Comments]

terliur tgk kfc ..

Tijah said... [Reply to Comments]

hahahah. kfc pun ko bleh buat n3 kan? sembah ratu nokkkk...

lily lotus said... [Reply to Comments]

ekekeke! mmg baik punya dia terkejut

me suya said... [Reply to Comments]

best3.. sbb tyme macam ni la semua cerita 10 tahun dulu akan duk keluar balik.. suka gak tyme birthday family

beal_axora said... [Reply to Comments]

winduuu...dh lama x mai sini. =)
untungkan bler kta sambut besday dr kecik smpi besar ni...teringat plak kisah mak ngan ank kawan dia.

A: makcik, arini besday adik saya.
B: oh ye ke, ckp ngan adik happy besday. mak belanja ape arini?
A: xdapape, sebab mak kata duit x cukup.

kesian je kan...x smua org bnasib baik.so kita org belikan lah pape yg patut utk menceriakan suasana. lg 1, dak kecik ni memg lurus, kalo tu yg mak dia ckp, tulah dia bg tau kt org =)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

lawak betul entry kali ni ketawa terbahak2 sensorang bila tengok cara peeja dan noy kejutkan ayol, tapi family aunty pun macam tu, suka sangat celebrate hari jadi dengan membeli kek pastu kita orang bawak pergi ke rumah mertua yang terletak tak berapa jauh dari rumah aunty, sampai situ pasang lilin nyanyi-nyanyi dan bila nak makan arwah bapa mertua bacakan doa pastu baru makan.

begitu juga bila hari bapa ke, hari ibu ke termasuk juga hari guru ke, kita orang akan beli kek dan sambut dirumah mertua aunty sebab bapa mertua aunty bekas guru dan semenjak lima tahun kebelakangan ini sambutan hari jadi kami semua tak berapa meriah kerana kedua-dua mertua sudah meninggal dunia.alfatihah.

ibu mertua aunty meninggal dunua dengan cara yang sangat2 sedih dia dilanggar didepan rumah oleh lori yang ada 12 tayar, kepalanya hancur dan otak bergelimpangan diatas jalan raya dan terpaksa dikutip oleh anak-anaknya dan juga anak aunty yang sulung. sedihkan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...