Instagram : @peejburhan

alam lain.

ok sorry tak menyempat kan.
so tak kira. belum malam jumaat tapi aku nak share jugak.
tadi tengah bbm ngan someone ni.
sekali dia kata dia ada expose mistik nak share ngan aku.
tapi dia malas nak type panjang-panjang and dia tak pandai nak mengarang bagai.
boleh tak bbm aje. aku kata ok aje.
nanti aku tulis la kat blog.

so dia pun cerita la.
dia ni baru pindah ke rumah baru. dah 3 bulan.
benda ni jadi masa dia baru-baru pindah.
dia takda la rasa apa ke. tapi bila minggu lepas mak dia datang.
dia cerita kat mak dia. mak dia takut sampai berdiri-diri bulu roma and cakap macam-macam.
baru la dia terasa seram.

kat fasa yang dia pindah tu.
dia orang pertama pindah. kira memang kosong la area tu.
sekarang pun after 3 months. baru ada tak sampai 10 rumah yang orang dah duduk.

belakang rumah dia ni ada area shop lot.
baru jugak. sama-sama la ngan rumah tu.
dorang memang tak pernah pergi la.
sebab takda apa.
dalam banyak-banyak tu. baru ada mydin n speedmart je.

tapi satu petang tu. dia round-round kat area shop lot tu nampak la satu kedai makan.
kat kedai tu ada stall jual mi sup n laksa.
dorang pun stop la n nak makan.
dia order laksa, suami dia order mihun sup.
anak sulung dia order nasi and tomyam.
yang bongsu pulak taknak makan. nak minum aje.
so order la air 4.

dalam kedai tu ada dorang 4 beranak aje.
staff ramai la. dalam 7-8 orang.
sampai makanan, dorang makan la.
sangat tasteless. dorang makan 2-3 sudu aje. then stop.
tomyam anak dia tapau.

then masa nak bayar. anak tauke dia dalam belasan tahun tu kira.
total rm30!!!! melampau mahal kan? aku pun terkejut ok.
so kawan aku ni baran la. suruh panggil mak dia yang kira.
tiba-tiba bila mak dia kira rm35 ok!!!!!
tapi sebab suami dia penyabar. tengok yang isteri pun dah baran terlampau.
suami dia bayar n ajak balik je.

then dah malam tu.
nak makan la tomyam tu. tengok basi ok.
bengang kan. i mean come on. tomyam je kot.
time tu pun kawan aku kata nak maghrib macam tu la.
so dinner pukul berapa kan. jarak tak jauh. asal basi kan.

oh lupa nak cakap.
kat deretan shop lot tu, ini je restoran yang ada ye.
kira dia tengah-tengah la. kiri semua kosong lagi.
kanan tu ada la vet.
ok takpa. sambung.
so bila tengok basi. dia hangin la.

esoknya dia pergi balik kedai tu nak complain.
sekali tengok takda satu restaurant pun yang ada kat situ.
kira seluruh area shop lot tu takda kedai makan satu hapa pun.
dorang macam confuse. tapi memang tak terfikir nak cerita ke apa.
kira benda tu berlalu macam tu je la.

sampai la dia cerita kat mak dia tu.
dia tak perasan yang benda ni mistik ke apa kan.
sampai la mak dia cakap, maybe dorang ni tersesat masuk 'alam mistik' ni.
hish aku cerita ni pun dah naik-naik bulu roma.
ye la. kan selalu cerita macam ni kita tengok kat tv aje. tak pun baca mastika.
pastu if masuk takleh keluar la apa la.
n if tv ke apa pun selalu kat hutan ke, highway ke. kampung-kampung ke.
tak sangka boleh jadi kat tengah2 bandar macam ni kan.

siap mak dia tanya. betul ke apa yang kau n laki kau makan tu mihun n laksa kan?
oh my gowddddd. takuittttnya.
ye la. dah alam dia kan.
n mmg takda kedai kan. tang mana datang lak benda2 tu semua. haiyohhhh.
tah apa la dorang anak beranak makan n minum tu kan.

then aku tanya la dia.
masa dia kat sana takda ke rasa pelik ke apa?
i mean semua tu muka macam mana? biasa ke apa?
fuck la. sambil aku type ni apesal meremang2 je bulu roma aku. cibais.
ok sambung.
oh dia jawab, macam biasa aje. cuma dorang semua senyap.
kira even ada 7-8 orang tu. tapi tak bercakap-cakap ke apa.
sepi aje.

wthhhhh.
kalau aku dah pitam. takut la.
pastu makcik dia kata. nasib la suami dia bayar makanan tu.
buatnya taknak bayar then jadi apa-apa kat dorang kan.
tah sakit ke. tah-tah tak dapat kembali ke dunia kita ke. erkkk.

sekarang ni if lalu area tu.
dorang senyap je. takmo bercakap ke apa.
ye la. huish. kedai apa la bakal kat situ kan.
i mean dah sah2 sesuatu aje.

itulah kisah seram utk pagi ini.
keh keh.
have to share la. kang aku lupa.
pastu nanti bbm ni tiba2 halfway cerita hilang.
ok selamat bertegak bulu roma macam aku.
mana boleh aku sorang-sorang je scary kan. ;p

16 Comments:

Muhsin Aminudin said... [Reply to Comments]

sedap tak? waa.. agak seram di situ. kalo xde pape jadi, okla..



jom tgk cara len nk jana duit. mudah dan senang dapat wang
Warung Kopi Klang

farraain said... [Reply to Comments]

uishhhh..serammmm.....

Shahrizat said... [Reply to Comments]

nasib baik masa saya baca ni idalah bersamaan dengan azan subuh ke'angker'an nye kurang tapi meremang jugak laaaa...

yana halim said... [Reply to Comments]

woahhh....giler scary beb...kat area mana kawan tu duduk? boleh bgtau?

green apple said... [Reply to Comments]

kalau aku yang makan situ agaknya sampai skang aku takleh keluar dari alam dorang sebab aku bangsa asal tak puas hati je "mana manager awak?". Sikit2 main manager.
Lps ni kena kena berhati2.

sweethOneY said... [Reply to Comments]

scareyyyy tak sukaa!!

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

erk, kl aku pun mesti tak terkata apa2.dahla dah makan kan.

aku pernah naik kete ngan satu akak ni tgh2 mlm. kitorg nak balik rumah, tb2 lalu kat pekan sunyi ni.yg syoknya akak aku tu siap tegur, "eh, ramainya org. tgk, ada cina mati." Bila aku tgk tak ada apa pun.terus buat muka terkejut. akak aku perasan, then dia pandang balik. dia kata tak ada dah majlis cina mati situ.sunyi je. pastu akak aku tibe2 tercakap,"kenapa kita lalu jalan ni? ni bukan jalan balik kan? ni kat mana?" hahahaha.

terus meremang bulu roma siot.akak aku jalan terus je sambil mulut kumat kamit baca2 sket. sampai last2 nmpk jalan besar.balik rumah tu senyap aje dedua org.esoknya dah borak2 akak aku ckp dia pelik camne kitorg leh prgi jalan tu and dia dok rasa kereta macam berat je semalam masa dia nmpk cina mati tu.takut aku. hehe

pjg lak komen aku. sekian terima kasih.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

ala peeja ni bukak2 je cerita menakutkan, kan aunty dah cakap dulu rumah aunty lat 2lot je dari kawasan perkuburan islam tu yang tak berapa nak suka cerita2 hantu ok actually suka lah tapi pasal penakut tak pernah nak baca, tapi sekarang musim cuti sekolah jadi dalam rumah ni ada peneman anak bungsu aunty so baca juga lah. cerita yang peeja tulis ni memang banyak terjadi alh peeja dah dua tiga kali ada orang cerita kat aunty, kalau aunty yang kena rasanya terus pindah lah dari kawasan rumah tu ampun aku tak duduk situ belum duduk lama lagi dah menakutkan.

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Aiyoooo~ mana jea area ni? Scary terok nih!! :/

a'da syuhaida said... [Reply to Comments]

pergh ! kt ne nih peej !!

Nur Wahida said... [Reply to Comments]

wth!!!!!!!!!!1 selama ni tgk dalam drama je kisah2 mcm ni!!! perh,makan kat restoren yang tak wujud T____T entah2 dia makan cacing apa. (terpengaruh dgn drama)

-yonna-

shuweet said... [Reply to Comments]

whattttttttttttttt??? giler seremmm ni.....

peej said... [Reply to Comments]

muhsin - kan dah cakap tadi. dia kata tasteless. so makan 2-3 suap aje.

farrain - kannnn

shahrizat - dia tak mengira waktu ye. sebab dorang kena ni time petang. siang ok. tsk.

yana - kinrara

green apple - ye. lepas ni makanan ada ulat pun cakap. uihh sdappnyaaaa. takut punya pasal kan.

sweethoney - tak suka kan.

lady sharp shouter - tu la orang kata if nampak jangan tegur kan. scary nya. sebab aku ni pun kadang2 mulut jenis lepas aje. tak coverline sungguh.

sh rosidah - tapi bukan senang nak tukar2 umah kan. dah la baru beli umah baru semua. so nak taknak kena hadap la kan. pitamss.

aracy n a'da- scary kan. kat kinrara tak silap.

yonna - kannnn. sebab ye la. mana lak datang mee segala kalau kedai tu pun tak wujud.

shuweet - seram kan.

nasaoji said... [Reply to Comments]

huiihhh....seriauuu..

peej said... [Reply to Comments]

nasaoji - kan.

MisZteEN said... [Reply to Comments]

alamak! mcm dkt kawasan tempat kerja kita jer~ tmn damai utama kn BK 6?? waaahhh~ scary! giler takmo balik mlm2 dh.. huhuh seram T__T

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...