Instagram : @peejburhan

rasa macam takmo datang dah, selama setahun.

ada satu malam tu noy mau belanja satu family makan steamboat.
tp ayol balik melaka.
P.G pulak nak ikut.
tapi nak tunggu mama n papa bersiap lambat sangat.
dia tak dapat join. sebab dia ada jamming la apa.
so kita orang berempat je pergi.

pergi yang kat ampang taman dagang tu.
apa tah nama dia. yang all u can eat tu.
sampai je ramai gila orang. rimas.
tunggu dalam 10-15 minit jugak la.

sekarang dah ada yang boleh grill. so amik yang tu. :D
if steamboat je rm22++ sekepala.
if amik yang ada grill ni rm27++ per head.



kerana adalah pentamak. amik banyakkkkk gila.
amik macam masa takda grill tu.
sebab bila dah ada grill tiba2 macam terlupa nak makan steamboat punya. hahahha.




:: mama tak sabar nak tunggu hasil masakan siap. dia makan apa yang ada kat tepi2 tu ::


:: grill. sedap. macam jenis marinate aje. rasa lain2. tamak2 tambah2. ::


:: steam-steam. lotus tu sedap kan? pernah makan? try aaaa. lazatttt. ::


:: penuh gila. rimasss. ceh macam la kedai aku nak rimas2 kan. suka hati la orang nak ramai2 kan. ;p   ::



:: ye pentamak kan. bersusun bahan2 nak di steam n di grill kan. ::


:: e eh rindu pulak kat papa n mama bila tgk pic ni. dua2 dah tersandar kenyang ::

eh serious time tu macam mintak nyawa sangat ok.
sebab katanya tamak.
padahal perut dah ketat. nak taknak kena abiskan.
kang kena charge pulak sebab if tinggal 100g kena charge rm10 ok.
so masing2 berhempas pulas nak abiskan.
rasa nak nangis.
tak pernah rasa seksa macam tu la.
berpeluh2 masing2.


:: muka noy yang penuh penyesalan kerasa tamak. papa lak gigih snapkan pic untuk blog mama. haha comel je ::

paling kelakar papa la.
sebab papa ni memang jenis tak makan sangat.
nasi x makan. ada la seminggu 2-3 kali je makan.
selalu makan simple2. paling dia favourite biskut cicah air panas.
tsk. bila la aku nak macam tu kan. mmg takkan la kan.
so malam tu mmg over dose la papa makan.

noy : esok noy belanja lagi nak?
papa : takmooooo *sambil tangan bersungguh2 gaya takmo dah*
noy : kenapa pulak.
papa : ishhh. tak pernah2 papa makan macam ni. rasanya sebulan tak payah apa dah.
me : hahahaha. kan. noy la punya salah ni.
noy : apesal pulak. kau yang tamak ambik banyak2.
me : sama je. kau pun sama kot.

serious rasa boleh muntah ok.
tapi kan. bila tgk balik pic ni nampak lazat la pulak kan. haha.

oh sesiapa yang nak pergi ni.
korang carik la kat entry lama2 aku. rasanya pernah letak map. tak ingat la.
tak pun try la carik yea.
dia kat taman dagang.
area kedai2 baru dekat sebelah galaxie. yang ada wayang MBO tu.
good luck ye.

15 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

"rasa nak nangis.tak pernah rasa seksa macam tu la"

wakakakaka...tuler, tamak beno! tp aku suke je mkn gini. puas ati. kalau yg grill2 tu buat separoh masak. adoiii...dapnya!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja ni buat auntie terpengaruh tau, ni yang nak ajak uncle pergi ni tapi uncle tu ada leceh sikit dia tak berapa suka steamboat lah dia suka makanan arab dan padang, ada idea macamana nak pujuk dia tak? Oi rasa tak sabar nak makan steam boat ni!.

Tasha said... [Reply to Comments]

steam boot kat JB pun boleh tahan. ni yang rasa nak makan steam boot plak tetiba nih. hahaha

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Q THAI tu dah ada grill grill yee..wah ini mesti pergi nih..tak tahannn...

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

mcm tau tp x hengat sgt sbb kat umah mak mertua... erkkk bakal!

Tatty Hassan said... [Reply to Comments]

sampai sekarang tat still tak pandai makan stimboat. haaha

Rina277 said... [Reply to Comments]

ye lotus tu mmg sedap..aku suke sesgt mkn benda tu byk2..

syazana said... [Reply to Comments]

Eeee..jeles~
ni yang buat aku nak naik KL makan steamboat puas2.
kat Batu pahat ni x da,yang ada cuma Johnys je..x puas.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ohh nnt trn kl leh ajak si @shimaberry makan ni,

lotus tu mmg best..ai pernah cuba

pneumedic said... [Reply to Comments]

ahaa..pernah pergi..tapi ok je..mungkin ikut selera masing2..kan..nampak cam sedap je lauk pauk tu,..dah la ngah makan megi je ni..bajet lari..

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

haha, gila terpengaruh gua tgk.lg2 yg grill tu.sukanyeee.nak cuba lah!

lily lotus said... [Reply to Comments]

pengsan kalau tak habis. 100g kena 10 hengget..ngeh ngehh

Xierra said... [Reply to Comments]

ok Peej.. kau nyer pasal malam ni jugak aku pergi makan.. dah terliur banyak2 dah nie

shuweet said... [Reply to Comments]

pasal baca entry kat blog mama ko la yang buat aku g makan kat tempat ni peej...walhal dekat je ngan umah aku..hehehe..sodappppp

peej said... [Reply to Comments]

a.i - sedap la. tp kalau dah overdose. rasa nak muntah ok.

sh rosidah - susah la aunty. bf pija pun tak suka. so if pergi ngan dia. dia akan order makanan lain. haaa. aunty ajak la dia. tp kata kat dia. dia order la ala-carte ada je makanan2 lain. :)

tasha - ye silaaa.

shahrizat - yeeee. sekarang dah ada grilll. :)

lalalola - ewah2. suka nampak.

tatty - ikut2 orang la kan. ada orang mmg tak suka kan. takpe. anda bukan alien. heheh.

rina - kannn. kita orang aritu pun amik banyak2 sampai kosong tray tu. lantakkk. haha

syazana - kan. johnys best tp mahallll.

buyui - ye sila pergi.

medic - ok la kan. ala2 steamboat mana2 pun sama je rasa dia kan. eh maggi pun best okkkk.

lady sharpshouter - ye sila try ye.

lily - tu yang sanggup makan sampai pengsan kan. heheh.

xierra - hahahaha. pastu kau terseksa kan malam tu. ;p

shuweet - tu la. selalu lg dekat ngan umah lg la tak pergi kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...