Instagram : @peejburhan

membawa diri.

ish tajuk nak sensasi je kan.
takdanya membawa diri.
aku kena jumpa orang kat mid valley.
dah la mula2 dia suruh pilih nak pukul 10am ke 12 pm.
weyh agak2 la aku nak bangun pagi sangat kan.
so aku kata 12pm sudah.

so aku ajak la noy.
noy kata ok. tapi dia kata tey kejut dia. if tak bangun jangan kacau.
whattt???? i know her too well. mmg dia takkan bangun la.
if tido tak boleh kacau. boleh kena maki lagi ada.

so memang ye pun.
end up aku kena pergi sorang2 aje. tsk.
tau la aku ni. memang tak reti ok sorang2.
rasa macam beruk sungguh.
but thanks to blackberry la. atleast boleh gak tweet2 sambil korang layan kan.

sampai aje tunggu dalam 5 minutes.
sekali budak tu drop by pakai kereta je pass barang.
haha kelakar. macam ala2 business haram2 tu.
tau kan macam pass tukar2 barang konon.
ok dah dapat. pastu aku blur.
now what? takkan nak terus gerak.
ada la tak sampai 10 minit aku kat situ.
dah la nak carik parking pun lama daripada tu kan.

so dok kejap tepi2 tu.
tanya kat twitter apa yang sedap untuk makan kat midvalley.
aku sebenarnya nak yang pedas2 macam ayam penyet tu.
sekali orang first cadang is izyahya.
then baru lain2 datang.
bukan takmo pergi yang lain.
sbb dpd suggestion. mostly aku tak tau kat mana.
aku tau kedai yang iz cadangkan je. ;p

paling geram tiba2 @ilyana9 kata midvalley ada ayam penyet baru bukak.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa. time tu aku dah duduk kat kedai pun nak amik order.
malas nak bangun pergi kan.
takpa la. cuba kedai baru.



dah la berjalan sorang2 mcm beruks.
pastu nak jalan all the way ke tempat lain. takpa la. terima kasih.
so duduk aje kan.



aku makan kat belanga.
belanga ni kat terowong bawah tu yang sambung midvalley n gardens tu. 
caik la area2 tu yea.

selalu nampak kawan2 aku tweet pasal nasi tumpang.
macam nak try. tapi takut tak kena tekak aku pulak.
so baik order something yang safe kan.

jadi ini menu saya.


:: sirap bandung ::


:: nasi dagang ikan tongkol ::

ok la not bad.
aku rasa better dpd wau penyu punya la.
sebab yang ni takda manis2 ke apa.
tapi aku rasa lagi best kampung baru punya la.
murah pun murah kan kalau kat kampung baru. ;p
tapi paling takleh lawan mak jonet punya la.
hohhhh. terbaik. tapi jonet punya nasi dagang terengganu la. so lain.
baru je kelmarin jonet sleep over kat umah.
siap bawak nasi dagang. makan sampai nangis...sukaaaaaaaaaaaaaa.

then jalan2.
beli karipap sedap yang aku cakap tu.
karipap homi.
beli lebih sebab boleh bg mama makan semua.






besar gila ok.
ada la besar tapak tangan.
dalam pic tak nampak la.
isi pun sepenuh2 nya.
puas hati makan. harga seketul rm2 tak silap.
tapi nak makan ni kena kat rumah la.
if makan depan orang kena gelak.
sebab dia karipap pusing kan.
so sepah2. ;p

oh beli jugak krispy kreme.
tapi lupa nak snap.
aku beli dua aje. mau bedal.
noy bukan suka pun.
sekali aku bawak balik dia nak.
damn. terkulat2 aku makan seketul je.

haiyohhh.
tetibe terasa nak krispy kreme lagi ni.
macam mana itu.

p/s : pic aku takda kan? sebab cukup la aku rasa macam orang gila jalan2, makan semua sorang2. takkan nak snap2 pic sendiri pulak kan. mmg tak la weyh. terima kasih.

8 Comments:

VFN said... [Reply to Comments]

sekali skala melayan perasaan.. chewahh!

an15 said... [Reply to Comments]

i miss sirap bandung!

Cik Lily Sakura said... [Reply to Comments]

karipap tu memang best..RM2.20 tak silap..memang kenyang kalau makan...if pergi midV mesti singgah satu..

peej , dh try ireland potato kat situ tak..? area2 belanga tu jugak..best gak ari tu makan..ehehe..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

aunty pergi kuala trengganu masa CNY so apalagi bedal lah nasi dagang sedap betullah rasa macam nak cari lagi nasi dagang kat kl. maklumlah kat telok panglima garang ni tak ada orang jual.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kalau jalan sorg2 mmg ade perasaan mcm x best..rasa mcm satuuu dunia tgk kita..padahal x pon...

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

karipap kat situ memang sedap lah

shuweet said... [Reply to Comments]

kesian ko kempunan nak makan ayam penyet kat MV. kedai ayam penyet AP cam kat wangsa walk tu ada kat the gardens nyer food court...level 3...kat opis aku tu..hehe

aria said... [Reply to Comments]

peej kat mane nak cari karipap tu?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...