Instagram : @peejburhan

yeay dah tgk khurafat :D

ok ni entry jump.
byk gila benda tak update.
tapi sementara masih segar di ingatan. baik aku buat entry ni dulu.

aku tadi tgk khurafat ngan noy.
selamba pergi dua orang.
yang ada pukul 8.45pm. satu lagi kul 12.15am.
memandangkan keluar rumah pun pukul 9pm.
x makan apa lagi. so decide nak amik yang pukul 12.15am punya.

book ticket. tgk kat screen tu ada la tak sampai 20 org kot. apa2 aje la ye.
tapi harus pilih seat dekat2 ngan orang lain. heheh.
the makan2. lepak2. sampai tiba masa.
tengok pukul 11.45pm mcm tu dia dah bukak cinema. baguih. mari masuk.
masuk je mmg takda orang.
ada la dalam 4 orang kot time tu. dok belah2 atas.
takpa. sementara tu amik2 pics dulu. :D


:: kosong. hmphhh ::

:: few peeps yang ada time tu ::

:: mash potato. from maggi. tak sedap sangat. sebab quite kasar n aku rasa mcm byk seasoning. tah pelik. tp licin jugak la bedal. heheh. i prefer kfc punya ke mana-mana ;D ::

:: aku rasa aku allergic seafood la. nanti akan naik gatal2 macam bintat2 kena gigt nyamuk tu. ni naik sebab aku menghirup sup yang ada seafood noy. rasakannnn ::

:: bg aku popcorn gsc midvalley adalah yg paling sedap. entah. aku rasa la. sebab banyak caramel kot. me loike. ::

ok sambung cerita.
time nak tgk tu berdebar semacam aje.
sebab ramai kata cerita ni scary la apa la kan.
then aku tweet. ramaiiiiiiiiiii sangat cakap macam2.
aku ni takda la penakut sangat. ok2 la kan.
tapi dah semua orang cakap good luck. cuak la jugak kan.

noy lagi hampeh.
dia kata kalau cinema ni kosong aje takda orang depan dia. dia nak balik.
aku dah macam, "hello. duit aku. banyak cantik"
dia kata dia sanggup bayar. haha gilo.
pastu cerita baru start bunyi lagu2 la apa.
dia dah kata, "saya x suka la pija. jom balik la"
eeeeeeeeee. gila. padahal dia yang ajak.
paling tak tahan.
aku tengok sepanjang2 cerita. part suspence je handbag depan muka dia.
pastu 80 kali tanya aku, "apa jadi? kenapa? kenapa?" nyampah ok.

ok meh aku cerita.
spoiler alert. sapa yang rasa nak tgk. n suka suprise. xyah la baca yea. stop sini.
aku buat ni untuk nak bincang ngan sesiapa yang dah tengok :D

ramai kata hantu dia best. tapi jalan cerita dia x best.
as for me. aku rasa 2-2 best.
best sebab?

-hantu dia memang la real. tak exaggerate macam typical cerita2 hantu lain. macam cerita lain. tetiba hantu melambai2 la apa la. over ok. sikit2 sudeh.

-shamsul yusof macam seksi aje. hekhek. sebab dia macam sayang gila isteri dia. oh suka.

-bagi aku jalan cerita dia bagus. sebab aku rasa mmg dia patut mati kot last2 tu. kan sebab bomoh tu dah cakap, benda tu akan hantui dia sampai dia mati. so kalau aku pun. baik mati je la weyh. hidup pun seksa aje.

-real a cerita dia. sebab scene club tu macam real. bukan macam selalu kat movie. bila club je macam kat kelab dangdut je aku tengok. hahha. ni dorang pakai envie. kehhhh.


yang tak best pulak bagi aku.

- memula tu. kan yang nak buang saka ke apa tu. tingkap dia tu bukak tutup2 macam ada ribut. suka macam tu. i mean mmg ada ke macam tu? aku rasa macam takde la over macam tu kan.

- lampu! ok aku faham la. bgn tido kadang2 mmg la gelap. n hospital kerajaan if time tido dorang tutup semua lampu. ok logic. tapiiiii. apakah time buat kerja kat office pun tutup lampu semua. nak nampak apa macam tu kan?

- masa nak hantar jenazah tu. kan before that malam. dia kata esok je uruskan. tapi dia buat semua tu end up malam jugak dia hantar. wth. xkan la lama sgt urusannya. baik dia buat benda tu malam time mati tu. by the time settle, hantar siang jugak kan.

tu je kot.
as for me.
untuk hardcore fan of cerita2 hantu.
aku rasa biasa2 aje.
sebab? aku ni mmg overdose tengok cerita hantu.
so kebanyakkan nya aku dah boleh agak kat mana n time bila hantu akan muncul.
so aku mmg dah ready dpd segi rupa n sound dia la kan.
boleh tau kan.

ternampak kelibat hantu.
pandang. takda pulak.
sekali pandang ke lain, muncul depan muka.
so masa aku tengok tu. semua rasa biasa aje.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. time yang van jenazah tu mmg scary la.
babik dah la memalam. jenazah bunuh diri.
pastu boleh pulak cd al-quran kau xleh bunyi. radio rosak ke apa.
then accident. kawan kau mati.
pocong tu terkeluar dpd keranda tu.
tgh2 gaung n hutan lak tu.
time tu aku x senang duduk.

akhirnya aku dpt jawapan.
aku boleh tahan if cerita hantu muncul2 ni.
tapi aku xleh if hantu ni kejar2 kau ke apa.
yang tu scary. macam kau ni kenapa nak kejar2??????

tapi kan. tapi kan.
aku kesian tgk yang anna tu.
i mean tgk org yang kena tinggal n tak dapat move on. sedih kan. :(
tp kagum ngan liyana jasmay pulak. sebab ada perempuan mcm tu kacau laki kau pun kau macam sabar aje. kalau aku tu. kasi tepuk sikit dahi perempuan tu.

lepas movie aku ulas2 la ngan noy.
dia tak puas hati aku complain2.
dia kata kalau aku bagus jadi la director. elehhh.

tapi masa tgk tu. time nak abis2 tu.
aku sempat tanya. time dia nyorok kat balik handbag dia tu.

noy : ish saya x suka la cerita macam ni. sakit jantung saya. saya penat la macam ni.
me : noy. sepanjang cerita ni. dpd tadi kau tgk. kau dah nampak ke hantu2 dia?
noy : tak nampak lansung. heheheh.
me : bengong. abis tu apa yang kau takut?
noy : entah. saya x suka la.

sumpah aku tak faham.
tapi dia yang ajak.
pastu bila aku ulas. nak banyak cerita.
dia bukan tengok pun.
siap tanya, "hantu dia macam mana pija yang orang takut sangat tu"
malas aku nak layan. atleast orang tengok. yang dia tu langsung x tgk.

ok la. xde la menghantui ke apa.
maybe sebab scene2 dia bukan yang aku lalui2 ke apa kot.
kalau aku kerja hospital ke apa. mungkin aku trauma. hahaha.

akhir kata.
worth it tak tengok? n ok ke kalau korang nak tengok.
aku rasa worth it la.
takda la kau rasa nak mintak balik duit kau or pukul shamsul yusof. hehehe.
btw, its syamsul or shamsul?
apa2 aje la yea.



12 Comments:

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

aku nak komen, sebab aku dah tgk cite ni. aku excited nk tgk sbb ramai y ckp cite ni taku t gila. tapi aku sokong kata² ko peeja sbb mmg cerita hantu syamsul ni lain dari y lain.

1) hantu dia x cliche mcm cite hantu David Teo

2) Jalan cite dia pun x mcm cite hantu david Teo, sbb kita x tahu pon y dalang disebalik kejadian ni sbnrnya Syamsul tu sendirik

tapi mmg y x lojik tu adalah mcm y ko ckp kat atas tu lah. lagi y tak lojik sbb, setahu akulah kan ikut prosedur gomen kan (sbb itu berlakon kat hospital gomen). Mana ada prosedur y benarkan doktor ke nurse ke sorang² kat bilik mayat malam² buta pulak tuh. atleast pun kn ada pembantu. depan bilik mayat tu sure² ada org jaga. mana boleh main suka ati je nak masuk.

tapi pon aku mcm noy jugak bila tgk..time part hantu je aku tutup dgn cardigan..kah kah. x rasa takut lah sgt. cuma part y dlm keranda mayat tu, sampai rumah aku ingat dowh. terbayang²...apapun, cite khurafat ni mmg best lah. x cliche. itu jek

green apple said... [Reply to Comments]

beb, aku penah pengalaman tengok tingkap pintu terbukak kuat2 and angin macam ribut menderu masuk. Ni time housemate aku kena sampok, this ustaz panggil hantu2 ni semua ajak diskusi. Memang tingkap and pintu terbukak tu ada, angin kuat pun ada, Tapi takde la bukak tutup bukak tutup. TU akzejeret sangat. Elok2 aku takut, terus jadi fedup. Memekak.

FAD ARIFFIN said... [Reply to Comments]

totally agree dengan sume komen di atas! yelaa menda buat kerja dlm opis pun bergelap?? apakah? lagi satu terpikir gak, mamat nih kerja kat spital gomen department bilik mayat jer, tapi keta?? kalah toke besor tuuu... ;-P

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

ade yg ckp best ada yg ckp xbest...sy tggu je cetak rompak punya sbb mmg xbolehlah nk tgk wayang sbb ada anak2 kecik...

tp bg sy pop corn tgv lagi sedap kot peej...:)

nifalnin... said... [Reply to Comments]

aku dgr ko citer kat blog pun dah sesak dado nih.. blom lg tgk movie.. mau, sakit jantung terus... hahahah....

syida shedot said... [Reply to Comments]

"bg aku popcorn gsc midvalley adalah yg paling sedap. entah. aku rasa la. sebab banyak caramel kot"


ni saya setuju 110% !! hehe

A.I said... [Reply to Comments]

OMG!!! aku tingin sesgt nk tgk criter ni! biasanya aku x rs tingin menggila camni. tp xde sape nk temankan. laki aku penakot. Adik aku gi haritu pon cam rushing2. huhuhu..sian kt aku :(

sayasukamerapu said... [Reply to Comments]

thanks kasi penerangan. heheh.
tak yah tgk la macam ni, dah tahu cite. dah boleh imagine. tapi tapi org ramai ckp best, mcm nk gi tgk jgk le. huhu

cik1356 said... [Reply to Comments]

terima kaseh la buat review. aku pun dengar orang cerita jer. nama aku nak pergi tenguk cerita seram memang TAK lah! hahahaa!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kompemm la aku x tgk sdgkan ko nyer entri mlm jemat pon mmg aku x baca!hahahaha!

kompem jugak nanti masuk tv time raya pon aku x kan bukak..hahahaha!

syamsul ke shamsul ke..janji sebut betol..aritu Raja Lawak bodoh tu aku tgk dia panggil "soul" ek..haha!

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

spoiler tak spoiler, tetap nak baca sampai habis kan.. haha. comel la noy, tengok wayang mcm tak tengok je. :p

chics said... [Reply to Comments]

siap tanya, "hantu dia macam mana pija yang orang takut sangat tu"- HAHAHAHAHA!

Ye, cerita dia worth it duit yangt kau bayar tak rasa nak mintak balik.

Kesiankan Anna tu? :(

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...