Instagram : @peejburhan

ish mengada sungguh

kan kekasih hati patah kaki.
omg aku rasa kalau ada award mengada boleh bagi kat dia ok.
aku biasa jaga orang sakit2 ni.
biasa la orang sakit kan nak attention lebih.
tapi ini orang terlampau2.

kenapa mengada?
sebab masa jumpa.

masa mula2 sakit.

dotdot : ish sakitnya kaki i ni. Ya Allah. tengok tu dah bengkak tu.
me : memang tak la bengkak. biasa aje i tengok. over la u ni.
dotdot : takda yea? cuba tengok tu.
me : *rolling eyes*

then paling la mengada masa jumpa few days back.
appointment dia 6 jan. so mari tengok sebelum dah tak otteyu lagi kan.
oh btw. mama marah aku panggil dia otteyu = OKU
sebab dia kata mana ada OKU
aku kata betul la. sebab kaki sebelah patah.
dia kata bukan. amboi salah sangat panggil bakal menantu dia OKU kan.
wah. confident je kan. sekali tak bakal. keh keh.

so pergi la jumpa.
aku tengok kat hujung2 simen tu macam hijau2 tu.
aku dah macam. apa tu lumut ke?
sebab dia mandi kan. dia kata if mandi dia bungkus kaki ngan plastic sampah. haha.
takmo bg basah. agaknya kena jugak kot. sampai berlumut. ish ngeri.

me : yang hijau2 tu kenapa? kenapa sampai lumut2 tu?
dotdot : bukan lumut la. tu minyak urut. i berurut.
me : u ni sesuka hati kan. tak boleh la. u sabar tak boleh ke. jonet dah pesan kan.
dotdot : kaki i bengkak.
me : takda bengkak nye la. mengada u ni.

then after a while.

dotdot : boleh urutkan kaki i tak?
me : urut apa?
dotdot : betis i. lenguh la sayang.
me : nak urut macam mana. simen.
dotdot : boleh dah lembut belakang ni.

aku pun pegang la

me : eh asal jadi macam ni
dotdot : i ketuk pakai hammer. pecah2 kan. senang nak urut. kebas kaki.
me : eee u ni sesuka hati tau. kang tak baik kang.
dotdot : takda la. ok.

ok mmg betul la. cuba kaki kau statik macam tu je kan.
memang boleh kebas la.
tapiiiiiiiiiiiii. sesuka hati nak pecah2 kan. apa kau doktor.
dah la kat area tu yang ada patah 2 tu.

then lagi satu yang aku rasa paling la mengada.

dotdot : ambikkan air sayang. i nak makan ubat.
me : ubat apa?

aku tau ubat dia dah abis.
sebab stock mmg doktor bg sikit aje.
bila aku tanya jonet. jonet kata tu pain killer.
makan bila perlu aje. mmg takda ubat lain.
n dah sebulan. aku mmg sure ubat tu dah abis.
ubat tu tak silap dia bg stock boleh tahan dua minggu aje.

dotdot : ubat la.
me : ubat apa. dah abis kot pain killer tu. u kata kaki u dah tak sakit. nak ubat apa lagi.
dotdot : kena la makan ubat. mana tau kalau2 infection ke.
me : Oh my Godddd! mengadanya. kalau ada la award pesakit paling mengada boleh bg kat u ok. takdanya infection la. takda kena mengena ok.
dotdot : heheh. takda yea sayang. ye la.

erghhhhhhhhhh. boleh menangis kan.
macam2 hal.
semalam noy kata nampak dia kat hospital.
noy kata menyedihkan betul.
ngan melanguk termenung. pakai seluar pendek macam seluar apek jual sayur.
pastu kaki sebelah je pakai selipar. hahahaha.
nak bukak simen. sekali semalam orang kat hospital yang nak xray n bukak simen takda ok.
tah apa2. bg orang appointment. tapi dorang xde.
suruh pergi hari ni.

so tadi aku call tanya. dah bukak ke kaki.
dia kata tak boleh lagi.
dapat mc lagi sebulan.
sebab kan patah kat dua tempat. yang tulang kecik dah ok.
yang tulang besar tak cantum lagi.
hoih apesal lama sangat ni.
nanti mau majlis. how la kan.

tapi kan. layan orang sakit ni menduga kesabaran kan.
macam2 peel ada.
mama n papa pun ada la kerenah2 mereka.
tapi serious. mcm dotdot ni. aku jumpa kejap2 je pun. aku rasa aku boleh jadi gila.
lagi macam-macam.

20 Comments:

Yours Truly said... [Reply to Comments]

peej, bila la you nak reveal dotdot tu hehee anyway, have a good weekend!

FARYN said... [Reply to Comments]

masa ni la nak manja2... auwww

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Org sakit selalunya mintak attention tuhhh..he he he

Shahrizat said... [Reply to Comments]

owh siapakah mr dotdot muu..hehehe

an15 said... [Reply to Comments]

to dot dot dot, get well soon!

an15 said... [Reply to Comments]

to dot dot dot, get well soon!

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

tertanya2 gak sapela kan encik dotdot nih. bile buleh tgk beliauuuu?

alah peeja, org sakit mmg camtu.mengharapkan belaian kasih sayang gituuu. haha

nasaoji said... [Reply to Comments]

tak ngengada ka yang ooii..nak manjer2 tu..bukan slalu kan dia patah kaki..

eh..kamu jgn le garang2 oooo.. ;)

cik1356 said... [Reply to Comments]

btol2 sukati dia jek pecahkan simen. nak jadi wife nanti, dah tau awal2 laki ko tu manja camane. ahahahaa

Sya said... [Reply to Comments]

Peej..ok la tu..laki aku laaaagi laa ngada (eh tak baik...manjeee) ok. Aku yg preggy..dia yg slalu mintak picit...sbb dia share apa yg aku sakit kan..so kesian la..tu yg picit jugak..tp yg penting nak ckp...laki kalau sakit lagi manje dr pompuan..seyes!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

alololo..manjanya dotdot tu...mmg org sakit mcm2 ragam dia.sbr jelah peeja yer...majlis?pak pung pak pung....

skagen said... [Reply to Comments]

wow, glad youre finally moving on for good after breaking up with ben :)

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Ooo.. jumpa kejap boleh jadi gila eh?
Maksud dia tu.. kena jumpa lama lama lah.. hihihih

Tapi ur dotdot mengada ngada kiut lah tu..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Aiyohh p ketuk ngn hammer gila ka?

Tu blom dia ckp nk jumpa bomoh patah..mmg org simen ni dia tensen sbb x leh gerak byk kan?

Misz Yuyu said... [Reply to Comments]

aaaa dotdot.com.my la plakk kanns..so bila majlis jgn lupe jemput hehehhe

skagen said... [Reply to Comments]

alhamdulillah u dah ada pengganti sejak u break up dgn ben. syukur. nasib baik u tak makan pujuk rayu ben dulu.

A.I said... [Reply to Comments]

biasalah tu. org sakit kalau ngan kekaseh ati mmg mengada lebey ;p

isk, x sabonya aku nk tgk sapekah jejaka misteri itu. hohoho

lily lotus said... [Reply to Comments]

dari sakit tak berapa u buat jer bagi sakit bebetul..haha..keji pulak rasa

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

semua tertanya2 camno gerangan si dot2 tu termasuk la aku. rasa mcm...hmm. nevermind. ;p

chics said... [Reply to Comments]

Nak mintak manja tu, kalau tak sakit manja, inikan pulakk sakittt.

Layankan ajelaaa hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...