Instagram : @peejburhan

expose mistik - mulut lepas dan bebola ikan? bukan bebola ikan.

Salam,,sebenarnya teruja gak nak citer misteri2 alam ni kat peeja tapi slalu hasrat terbantut..haha..nie mood nak bercerita sudah mari so kite mulakan..

Kes berlaku masa umur saya 17 plus2..kira lepas SPM la..masa tu ingat tak dpt mana2 sebab result spm gred 2..so apply je semer..so dipendekkan dpt masuk ikm kat pahang tu..kira tak pernah dok jauh ngan family..ni 1st time kuar dari kepompong..Kat ikm zaman tahun 1996 tu mana ade bilik2 dia ala2 dorm yg dibezakan dengan locker..dlm satu hostel gittew ade 12 kiub tak silap..( kira katil double decker susun 4 satu kiub..) yg jd sempadan kiub adalah locker yg disusun memanjang..fuhh gigih explain..masa tu saya baru sem 1..so menurut citer2 akak2 senior katanya dolo hostel ni ade kolam..kononla kolam puteri puteri raja mandi manda..tempatnya kat penghujung hostel kat ngan toilet..tapi sebab dh jd hostel kolam tu ditimbus..mmg suasana hostel ni suram..yela hostel lama..

Ikutkan pada masa tu..aku memang tak tak percaya benda2 karut..sebab lom pernah jpa or dengar..so pada satu malam tu..aku ngan berani cakapla..mana ade benda ni..tak pernah tgk pun..teringin nak tengok..huhu..pabila malam menjelmaa...jeng jeng..

Masa tu aku dtg bulan n piriod pain yg guling2..so tgh malam lena tak lena la..tiba2..aku dengar bunyi locker org bukak tutup bukak tutup..vavila..then senyap..then bunyi locker dibuka dari hujung belah kiri satu2 sampai belah kanan..mmg mengeras aku atas katil..tak gerak2..takut seh..buat dia tunjuk muke..aku mmg tak tgk langsung locker2 tu..takut nampak benda bertenggek atas locker..try nak tido mmg tak dapek la..masa tu dok pk..dah le piriod mesti benda ni tau kan..masa tu tawakal la..then benda tu senyap seketika..ko terkejut tak terkejut tiba2 aku nampak pompuan lintas rambut panjang jejak lantai..mmg kejung aku trus..sik baik pompuan tu lalu je..kalo dia say hi..mmg pitam trus aku..kebasahan aku tido dlm ketakutan..esok pagi tu aku tobat kna jaga molot..hmm..

Kes 2..
Dulu masa umah mak aku tgh renovated ade satu insiden..ni adik laki aku citer..dia ni tak sker tido bilik..tempat tido dia ruang tamu..so one nite tu..lepas tgk tv dia tido..( umah aku dolo byk bende2 pelik sebab ade org dengki kat mak aku..mcm2 dia tanam..aku pna jpa tulang mawas balut dlm kain kuningla..botol dlm tu ade tanah kubur..gile saiko org dengki ni)so adik aku ni habit lagi satu sker tido ngan kucing..mak aku penternak kucing yg berjaya..berbelas2 ekor kucing nya..so malam tu adik aku tdo ditemani 5 ekor kucing..kiri kanan..kat celah kangkang die sekor n kat kaki 2 ekor..biasa la kucing sejuk2 sker selit2..adik aku terjaga..dia nampak bebola api dlm rumah..cuak tak cuak..kucing smer mengeras..adik aku pun sama..sempatla dia baca apa2 yg patut..bebola api tu kecik jer..berlegar2 then trus masuk ke toilet n hilang..sejurus lepas tu smer kucing yg tdo ngan adik aku takde..lari ke mana..depa pun tau kot benda tu ade..adik aku trus masuk bilik..iskk..ade byk lagi nak citer mistik ni..pasal aku kna buatan org..nanti aku sambung..boleh tak?kalau tak boleh takpe..hehe..


mamapots
..........................................................................

wsalam,
tu la. aku banyak gak dendar pasal jangan mulut lepas.
siapa yang mulut lepas. mesti akan kena nanti.
take note. saya akan menjaga mulut saya. ;p
tapi serious. tak sangka ramai rupanya yang suka buat2 orang ni kan.
i mean. untuk apa? memang menjadi ke eyh?
serious tak faham.
oh n ye sambung la if rajin. mesti la boleh.
............................................................................

ok ramai nak sambungan adelle kan.
so kasi sambung la yea.
nak sangat kan. ambik. 
............................................................................


Hye peej
Sorry la bukan saje2 nak sepraiskan kamu hehe anyway i have a blog tapi tanak ah bagi cite2 mistik kat situ sbb nanti sendiri takut nak bukak blog sendiri haha
so ok, sini saya sambung. Ececeh mentang-mentang la cuti merayakan kemenangan AFF Suzuki Cup =p


So rawatan tu berkangsung sampai kol nam kan. Siap-siap solat segala kat rumah ustaz tu kitorang pun nak balik. Ustaz tu bagitau mak saya terkena santau angin yang berasaskan minyak. Santau ni ada banyak jenis. Kalau muntah darah tu maksudnya santau dpd darah. So bagi hal saya ni benda yg kuar macam daging ayam tu minyak la agaknya (sebab ustaz tu pun takut kalau cakap dgn sgt kompiden nnt jadi fitnah pulak kalau x benar kan...) sebab tu kalernya putih kuning mcm minyak. Cuma yang mak bersyukur sangat ialah santau tu bukan ditujukan khas kepada saya. Menurut ustaz tu, kalau santau yang dia memang sah-sah nak bagi kita, paling lama pun dua tahun aje la. tapi saya ni diestimate kena ni sejak saya akhir belasan tahun so maybe dah 7,8 tahun kot, ustaz tu pon x pasti.


Cuma ustaz tu cakap sebab saya ni kuat. Maksudnya bukanlah gagah perkasa tapi bila sakit saya selalu lawan. nak jugak g keje. nak jugak buat tu buat ni xde la nak terlantar segala melayan sakit kan. tu la salah satu sebab cemane saya boleh bertahan sampai skrg. sbb selalunya org yg sakit-sakit dalam cam ni kejap je boleh survive. insyaAllah saya akan kuat lalui sume ni. ok, sambung balik.


So nak balik tu rasa macam dunia ni adalah dipenuhi kejahatan. Tak tahu la kenapa perasaan macam tu sangat kuat waktu tu sampai saya memang sangat x kompiden nak jejak tanah. Yela, bayangkan kita yang xde buat ape-ape ni pun kan, tiba-tiba kena santau. maksudnya maybe waktu tu saya tengah jalan-jalan ke tengah beli-beli barang ke tgh test baju ke tengah drive ke kan tiba-tiba angin santau tu lalu n kena badan saya maka saya terus sakit. memang rasa cam nak bertapa terus la kat rumah ustaz tu. tapi kena la balik jugakkan. saya cuti la seminggu.


Masuk opis semula tu kebetulan kolej tengah nak buat beberapa diploma baru maka kami ni sangat la sibuk. mana nak meeting-meeting segala, nak sediakan bahan mengajar sem dpn tu, nak sediakan untuk konvo student lagi. agak busy la. satu hari tu meeting jabatan. saya memang rasa tak sedap la tapi tak tau kenapa. lima minit sekali saya g toilet, muntah. memang sakit lah. kawan-kawan dah pelik kenapa pucat budak ni tapi saya senyum je n cakap sy ok. habis je meeting saya terus lembik terbaring atas sofa. yang saya ingat kawan saya bagi minum air pastu saya rasa lebih cool. rupa-rupanya air tu dah dibacakan oleh sorg ustazah waktu yg saya cam mamai-mamai tu.


Nak dijadikan cerita anak kawan baik saya ni gifted sikit. boleh la rasa-rasa segala kan. Waktu dah lembik macam tu barulah saya bercerita apa jadi kat saya sebenarnya kat kwn saya tu. Rupa-rupanya anak dia dah bagitau dia awal-awal dah waktu 1st time anak dia jumpa saya "Aunty Ad kawan mama tu sakit, ma... Tapi Ahmad (bukan nama dalam surat beranak) tak tau sakit yang macam mana sebab Ahmad tak nampak dia ada 'kawan'..."
Ooooo patut la kwn saya tu & anak dia tu memang sangat-sangat caring dengan saya. Rupa-rupanya dorang tau apa yg saya tak tahu. Syukur sangat dapat kawan yang camtu.


So life goes on. Sampailah saya amek keputusan nak kawen. Dalam pada tu saya masih terus berubat. Sakit? Janganlah tanya. Setiap kali nak jumpa ustaz tu memang saya menangis sebab tak sanggup nak sakit-sakit waktu rawatan. Tapi takkan nak sakit-sakit je sentiasa, kan? Mak dan ayah selalu buat muka kering waktu bawak saya berubat sbb taknak saya putus asa. kesian kan?


Sampailah satu hari sabtu yang mulia (ececeh...) iaitu sehari sebelum saya bertunang. Waktu tu bangun pagi tengok orang dah start sibuk-sibuk bersiap nak last tacap kan. saya pun eksaited la nak menolong bagai. memang sihat sangat la rasanya waktu tu. sampailah kira-kira kol 1130 a.m. saya rasa sakit perut yang sangat-sangat. Sampai perut dah x boleh pegang. saya berpeluh-peluh. waktu mandi sebab dah tak tahan puluh banyak sangat tu, saya muntah keluar lagi yg macam daging-daging tu. sekali lagi saya lembek.


Yang saya ingat adik-adik saya angkat saya masuk kereta n mak bawak ke maktab tempat dia bekerja. Saya menangis sepanjang perjalanan sebab sakit sangat. Sampai kat satu masjid saya muntah. semua air. mengalir la dlm longkang masjid. tapi air kosong je. seolah-olah saya minum bertong-tong air kosong. Lama lepas tu sorang ustaz tu datang. Dia tengok saya. Dia mintak izin kat ayah nak azan. Waktu azan tu haish la saya rasa macam kelakar pon ade. tak paham la kenapa. jahat tol perasaan! padahal baru jap tadi kau menangis-nangis segala bagai kan... tapi saya tahan gelak la. saya cuma senyum-senyum je kat ustaz tu. Tapi perut dah lega sikit. Mak n ayah pun ceritalah yg esok tu majlis bertunang saya. ustaz tu suruh berubat malam tu jugak.

nak dijadikan cerita, sebaik je ustaz tu meninggalkan perkarangan masjid, saya sakit balik. horror tol la. ustaz tu pulak ada hal waktu tu. so parents saya decide bawak je budak ni ke hospital. lepas 3 pain air masuk, tetaplah sakit teramat sangat tu. tau doktor cakap apa? "awak appendiks dan perlu dibedah!" mak kau! hahaha merayu-rayulah saya sebab nak balik kan... sebab saya tau saya xde appendiks segala tu. saya sakit lain! rayu punya rayu, boleh la balik... kalo tak sah-sah malam tu kena operate huhuhu


Seminggu kemudian, lepas isyak parents bawak saya jumpa ustaz tu lagi. Kali ni rawatan gunakan limau pulak. Semua ahli keluarga kena pegang sebiji limau kasturi sambil ustaz tu baca sesuatu pada garam dan lada hitam yang kami bawak. lepas baca-baca dalam setengah jam tu, ustaz tu mintak setiap orang bagi balik limau yang kami pegang. mula-mula ayah, pastu mak, kakak sy & adik-adik... semua limaunya sejuk. tapi yang saya pegang panas. saya tak tahu la apa maksud panas sejuk tu kan sebab pada saya secara logiknya kalau kita pegang benda tu dalam genggaman selama setengah jam memang lah akan panas kan. tol tak? tapi ustaz tu kata kalau dalam hati tu rasa nak melawan, membantah je, memanglah ade anasir jahat la tu huhuhu maka saya redhalah...
Balik tu saya disuruh minum air perahan limau yang saya genggam tadi. pure! xde campur air. boleh bayangkan? masam sampai menjerit-jerit, oke! ustaz tu jugak pesan supaya mak&ayah awasi saya takut sesuatu yang buruk berlaku mlm tu lepas minum limau tu. Ayah jugak kena pagar rumah dengan garam & lada hitam dgn cara baling ke syiling rumah, sekeliling mula dari pagar sambil adik saya melaungkan azan. lepas upacara tu saya muntah-muntah lagi tapi takde yang buruk berlaku malam tu.


esoknya mak cerita. dia mimpi rumah kami runtuh syilingnya. maksudnya tempat yang kena garam & lada hitam tu jatuh ke lantai. dinding-dinding semua elok je. bila tanya ustaz, dia cakap insyaAllah ada petanda baik lah tu sakit-sakit akan pulih. Minggu kemudiannya mak mimpi raaaaaaaamai budak-budak kecil main-main kat rumah kami. konon-konon ingatkan tak lama lagi nak dpt cucu la kan hahaha sebab saya nak kawen x lama lagi. skali dengar kat radio ceramah agama pasal gangguan sihir, ustazah tu kata salah satu tandanya ialah mimpikan kanak-kanak kecik bermain-main hahaha ambik skali =p


so saya pergi jumpa ustaz tu dalam dua minggu sekali kalau tak sibuk. setiap kali jumpa mesti menangis. kenapa entah, tak tahulah. satu hari ustaz tu suruh ayah cari daun nangka. dipendekkan cerita, rawatan dengan daun nangka tu telah menyebabkan sesuatu seperti habuk kapur (yang kita padam blackboard pastu ketuk-ketuk duster tu... boleh imagine tak?) keluar dari badan saya. rawatan tu dilakukan oleh mak saya dalam bilik gelap. sbb saya kena bukak baju so takkan la ustaz tu pulak yang nak rawat kan apekejadah haha. tapi ssh la nak cite. habuk tu tak nampak dgn mata kasar. kena suluh dgn torchlight tapi ada cara nak suluh tu baru boleh nampak. ha macam tu la. lepastu ayah buang habuk tu dalam air sungai yang mengalir macam yang ustaz tu suruh.


sekarang saya dah jarang-jarang jumpa ustaz tu sbb sibuk sikit dgn kerja. tapi alhamdulillah siki-sikit saya dah rasa lebih sihat. dah takde dah selsema sepanjang hari cuma kadang-kadang la muntah-muntah tak tentu masa. takpelah, anggap je muntah tu nak keluarkan sisa-sisa yang masih ada dalam badan ni. dah xde la sakit-sakit sebelah badan sampai kena tekan minyak guna kaki kiri bagai kan macam dulu-dulu cuma kadang-kadang perasaan pelik tu tetap la ada terutama kalau tinggal sorang-sorang.


so saya harap kawan-kawan (ececeh) boleh amek ikhtibar sebab bukan semua manusia tu baik dan tak semestinya kita elok-elok jaga diri & anak-anak kita, kita akan terhidar dari kerosakan di dunia. syaitan kan dah janji akan sesatkan kita anak-anak adam ni. kalau yang ada sakit-sakit macam saya tu, bertabah & berusahalah. bertahun-tahun pun, insyaAllah akan pulih.


ok, 'hutang' kat peej dah selesai =) kawan-kawan doakan saya sembuh, ok!
salam
yours truly;                      
             addelle


.................................................................


wsalam.
amboih. mmg panjang.
ooo ada blog. merahsiakan identiti yea.
xpe, yang pasti saya doakan semoga awak cepat sembuh.
dah dijauhkan daripada benda2 pelik ni yea.
Amin.




4 Comments:

shiedahkamil said... [Reply to Comments]

sy xtau knape. tp sy suke la bace kisah2 org kne sihir ni.

semoge cpt sembuh kpd yg berkenaan.
thnks kpd kak peej sbb tubuhkn segmen ni kehkeh.

Azham Vosovic said... [Reply to Comments]

saya suka cerita seram macam ni... nak lagi....

Azham Vosovic said... [Reply to Comments]

saya suka cerita seram macam ni... nak lagi....

diyanashukor said... [Reply to Comments]

tp kan...ade org kata kalau kite nampak bebola warna merah terbang, kalau kite tunjuk bola tu akan jatuh..bebola merah tu tanda org hantar hajat jahat kat org yg die tak suka, jd bile kite tunjuk bola tu jatuh bermakna hajat org tu tak sampai...TTTAAPPPIII...kalau bebola terbang tu warna putih itu adalah CIK PONTIANAK, kalau kite tunjuk die akan datang dekat kite...huhuh...seraaammm jeerr..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...