Instagram : @peejburhan

dah nampak beza.

[sticky post. scroll down for new entry]

akhirnyaaaa.
baru reti2 nak update pasal PB kan.
dah ramai tanya. manakah entry kesinambungan daripada entry pertama tu kan.
ok mari sambung.



aku malas nak cerita pasal korset ni.
sebab aku rasa korang pun dah pernah baca merata kan.
nanti2 punya entry aku cerita.

so aku nak cerita kesan yang berlaku kat aku la lepas pakai korset ni.
masa sebelum pakai pun aku banyak kali di ingatkan.
dorang kata. korset ni 70% focus kat kesihatan. 30% je untuk kurus.
macam2 la. konon kalau ada sakit pinggang ke, migrain ke, keputihan la, segala macam penyakit la.
kira Insyallah boleh sembuh la time tu.
aku benda2 macam ni malas nak caya. i mean kalau benda ni bagus. takyah la orang pergi hospital amik ubat ke apa kan.
so macam "whatever", aku teruja part konon nak ramping2 kan. ;p

tapi kannnnnnn.
amazingly. lepas aku pakai benda ni. elok 3 minggu ke sebulan macam tu kan.
aku pun period la.
korang tau la aku kalau period macam mana.
period pain terlampau sampai takleh buat apa.
dah la datang dan datang dan datang.
tapi kan. ni dah masuk dua kali aku period kan.
2-2 kali Alhamdulillah tak kena ok.
so macam ala2 boleh berjimba gitu.
happy gila. sebab before this mmg aku takkan ke mana2 la.
sakit je. baring je. tiap 4 jam kena telan panadol n tido.
so baru rasa macam. wah. mmg bagus la PB ni.

the bad side pulak.
wah matiklah nak promo tetiba ada bad side kan.
ok takda la bad pun. mungkin bagus. tapi aku rasa bad.
aku asyik la terkentut2 ok. maybe la bagus sbb keluar angin.
tapiiiiii. adakah kau akan rasa bagus kalau setiap sepuluh minit asyik kentut.
proott. pretttt. prooott. preeettt.
tunduk kentut. berjalan kentut. duduk kentut.
sampai kena sound ngan semua orang. sebab aku asyik kentut2.
hahahhaa.

ok takda la bad mana pun. sebab best jugak kentut2 ni.
tapi kalau tgk keluar2. ada pulak jejaka2 kacak. malu ok kalau tetiba terkuat kentutan itu. haha.


ok tu sikit2 apa yang aku rasa la kan. dpd segi "kesihatan".
tapi biasa la. mana heran pun.
sebab as usual akan teruja part2 konon kurus kan.
keh keh.
sorry tak banyak pic.
tp ni antara pic yang membuatkan aku teruja.

:: hari tu dah bg pic berdiri. ni pic duduk pulak ::

wah suka.
apa? tak nampak apa yang aku nampak?
ok kasi up lagi satu pic.


nampak?
ya betul. perut n teteks dah nampak beza uolls.
dulu sama naik. kekeliruan tau.
sekarang dah coverline. hahhaa.
ok korang maybe tak faham kot. sebab nampak sama aje.
tapi percayalah. orang yang sama mcm aku je memahami.
selama ni perut ala2 tayar lori kan. kali ni dia dah down grade jadi tayar kereta la kan. hahhaha
mana tau esok2 jadi tayar motor pulak kan. wah matiklah verangans kan.

ok tu je.
next2 entry aku akan up kan banyak sikit pic yea.
n maybe tgk berapa turun ke.
aku ni trauma timbang sikit. sbb tu suspence je nak timbang. ;p
itu nanti2 k.

so if korang berminat.
korang boleh contact mereka kat sini yea.


faranadira@gmail.com

or sms kat no ni 013-6870287 / 012-2316152


ok tu je. selamat berkorset. :D

11 Comments:

Cik Ina minat Do do Cheng said... [Reply to Comments]

peej, terkejut makcik, sekarang adalah nampak bezanya. perut dah kempis. mesti happykan.

afiq said... [Reply to Comments]

second pic tuh muka memang award ye uols

Sheila said... [Reply to Comments]

salam Peej..
I pun PB user jugak. Part terkentut-kentut tu memang betul. walaupun agak mengganggu, tapi badan rasa best. xda rasa lenguh2. habs semua angin di keluarkan.

Misz Yuyu said... [Reply to Comments]

waa dah krus la kak peeja..xpe berat pon xpe.. janji ade shape yg bgus kann hehehhe! selamat datang kurusss hehehe

Zuraida said... [Reply to Comments]

I pun dah cuba and Ilove it.
Sangat berguna time time bz camni kan, asyik stuck kat ofis takde masa nak bersenam.

Sya said... [Reply to Comments]

bestnye peej...dpt sponsor kan..gud luck...teruskan usaha...kentut xpe asal kurus! hahaha...

nur aishah said... [Reply to Comments]

excited nyer tgk result peej. terasa nak try tp tgh consider sbb harga. ehehe susah tak nak pakai korset ni? Pagi2 rushing nak gi kerja..kang ada yg xpakai lak..hehe pastu mcm susah je nak gi toilet.hehe

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Syukur Alhamdulillah, Peeja dah tak sakit bila dtg bulan, kalau tak berguling2...

mysara zaini said... [Reply to Comments]

btol ek boleh kurus? wuiyo, mcm best jea tetibe da turun 3kg!

peej said... [Reply to Comments]

ina - pakai kempis la. bukak masih banyak harus di kempiskan. heheh.

afiq - ketara kan. x suka. hahahhaa.

sheila - haha xleh blah kan.

yuyu - wah melampau. siap selamat datang bagai. takdonyo kurus. gemuk lg. jauh lg perjalanan.

kak zue - tu la tgk ur pics. mmg beza betul. me ni byk lelemaks degil lg.

sya - tp kadang2 sgt tak coverline tau terkentut2 aje.

aisha - mmg susah sikit la memula. tapi kalau dah biasa jadi senang kot. tang toilet tu. nak bukak senang ajo. so xde masalah terkucil ke apa. ;p

mama - iyoo.

mysara - Insyallah. :)

Zuraida said... [Reply to Comments]

peeja,

don't worry, u can do it!

hugs!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...