Instagram : @peejburhan

chillax new year's celebration.

mmg x plan nak keluar new year.
sebab dah keluar time christmas kan.
tetiba malam new year tu noy gelabah. sebab takda gi memana.
memula plan nak bbq.
tapi mama tak sihat la pulak.
ingat nak ajak few friends ke apa.
tp kang sian lak mama nak entertain ke apa kan.
so bila tak jadi tu mmg lagi tak senang duduk la noy.

tetiba dia kata nak keluar cucuk langit.

noy : noy nak cucuk langit la.
mama : kata taknak keluar
noy : abis orang nak bbq mama taknak. noy keluar la.
mama : eleh. kau mmg miss party pun. macam2 la kau.
noy : eleh. pija jom.
me : buat apa? malas la. baik aku kangkang je kat umah.
noy : alaaa takkan saya sorang. nanti saya balik sorang. *muka muka seposen*
me : malas la. dengan jam semua. nak masuk sana sini mahal. tak kuasa la.

macam2 plan la. nak makan kat bb la.
gila apa kan. mesti jalan tutup semua.
dengan berhimpit la apa. ish tak kuasanya.

noy : ok la. kita pergi solaris. makan2 count down. then balik la.
me : kalau macam tu ok la. ishhh malasnya nak bersiap.

then siap2 semua.
tukar2 baju.

noy : amboi. apesal lawa2 ni. saya xde baju pun nak pakai.
me : dah memang ada. so pakai je lah. heheh.

wah xnak celebrate la sangat kan. padahal siap ready baju.
drama lebih. hahha.
so pergi la ke solaris mont kiara.
ramai la pulak. ada pentas segala. ada celebration.
elok masuk parking pedd call.
dia kata dorang kat solaris dutamas. celebrate sana. sbb 31st tu bday farrina.
dia ingat fa call aku. yang fa ingat pedd call aku. bagus. 2-2 x call pun.
last minute sampai sana baru sedar lupa call aku. ciiitt.

kita org turun gak kat mont kiara. tp semua full. perut lapar. dah kul 10.
nak makan mana. so decide join pedd n fa.
kita orang ke comida.
comida ni restaurant baru sufiz. sufiz ni cousin jonet. so mcm kenal la jugak.
kalau korang selalu pergi chili's dulu2. sufiz ni pernah kerja jd manager sana.
dia suka pergi setiap meja tanya how's the food la apa.
so nway. so dia dah bukak restaurant sendiri skrg.
ok la not bad. cuma tempat terpencil. baru bukak kan area tu.
tapi list makanan lebih kurang chili's jugak :)

sampai sana tgk ramai.
mostly semua kenal2. kawan2 gak.
dpd zaman muda2 dulu jugak. hehe.

so order2. snap2 piccas.

:; noy n farrina. the birthday waman ::

:: fa - helena n hubby, razin x silap nama dia ::

:: edan n noy ::

semua dok sibuk tanya kat email la. tweet la. komen la.
mana edan. rindu sangat kat dia.
ni aku dah tepek. tatap la puas2.

:: familia (adik fa) - pedd - me ::


perempuan ikan. sebab malam tu dia macam ikan yang kau keluarkan dpd air.
geletis2. bape kali aku sound, "kau ni kenapa?". hahaha.
dia n fa asik buli aku.
sebab dorang tau aku malas layan merepek2 ni.

:: aku makan comida burger. sedappp. tapi portion besar. tak terabis. patut kongsi je if lain kali pergi ::


:: fa n intan. kawan fa. x silap birthday dia 30th. so sama2 celebrate sekali ::



aku tukang snap aje.
malas nak bangun.
sbb makanan aku br sampai time tu.
full house. so lebam gak tunggu. dah la lapar melampau.
so baik aku ngadap makan. x kuasa nak cam whore.
yang belah2 kanan tu kawan2 fa. aku x kenal. except helena. pernah lepak few times la.




:: melayan mereka2 ini. dah la aku je bawak camera. so merasa la layan je kan. ::

:: fish mamas ::


elok abis amik pic ni. terus abis battery.
haha camera pun x kuasa nak melayan dorang2 ni.
ni ada few pics yang dorang mobile upload kat fb.
so tepek sini.


dorang bahan aku.
sebab time order. aku order air soya bean.
whattt???!! aku teringin dah 2-3 hari. nampak ada dalam menu. order la kan.
tu yang siap snap pic aku kutuk2 kan.
semua gelak macam aku buat kesalahan besar.
ye la. orang semua order air best2. fresh juice la. cranberry la apa la.
tetiba aku soya kan.
time bayar n nak kira bil pun.
helena jd accountant.

helena : kau makan apa?
me : comida burger.
helena : okkkk. minum? eh takyah. aku tau. kau minum soya bean. hihihi

apalah salah ku?

:: my kepala like kekura ::


:: kek yang di vandalism oleh pedd ::

tetibe vandalism kan.
time ni tengah sembang2. n pedd potong kek.

pedd : fa, kau jangan marah aku buat kek kau macam ni.
me, fa, noy : hoiiii. kau buat apa ni?
pedd : hahh? mana aku tau. jadi macam ni.
fa : kau ni
noy : patut awak potong yang sana dulu la.
me : tak pun lap la dulu pisau tu. ni ada tisu ni.
pedd : malas. 
me : malas tp sibuk nak potong
fa : ish jahat.
noy : awak niiiii. 

but it was fun la.
lepak ngan dorang ni asyik gelak aje.
ada je la lawak2.

chill la. ada pulak dj kat situ sempena new year kan. countdown semua.
so best la. sambil dengar lagu, makan sembang2.
chill la. takda berhimpit bagai. bayar mahal2 masuk club ke apa.

oh makan kat sini quite ok la harga.
macam chilis gak la.
tak mahal tak murah. reasonable.
nanti if pergi n try makan lain2 aku review yea. 

:)

rindu pulak kat pedd, fa n adik dia.
bila korang nak lepak umah kita orang ni?
boleh afterpartayyyy. hahhaa.



13 Comments:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

pedd comel ! hehe. happy new year peej!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

yes..i suka ny celebration cmni, tak yah himpit2 pening2, tenang je..meaning bukan la sunyik mcm dlm hutan tp dgn kawan2 keliling dh syiok dah..

anyway mmg br nk tanya pasal edan sekali u dh cakap kt atas tu..haha!lama dia hilang ke lama x interframe?

Sya said... [Reply to Comments]

Dalam byk2 benda ko citer..aku dok pikir besar ke portion burger tu..?? nampak mcm aku lebih dr mampu utk habiskan je..ekekeke...ko mmg makan sket eh??

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

posing sakan korang yek.dah mcm pertandingan pencarian gadis gadis remaja gitu. eh, remaja ke? huhuhuhu :P

nifalnin... said... [Reply to Comments]

wahhhh.. intan pun ade.. sengal la itu poms... hehehhh... nway.. hepi nu yer..

Shahrizat said... [Reply to Comments]

haa ada pun gambar perantin lelaki Noy, gambar perantin lelaki pija manala pulak...

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Comida! Dari aritu nk pegi food hunt kat sana. But I dunno how to go there. Bf plak malas nk g sana.

Netnet said... [Reply to Comments]

lawa2 laa pulak kawan2 u, peej...
terus mak rasa down to earth...:P

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja terasa aunty tau, aunty baru je komen kat blog kaka nani tanya pasal lama tak nampak edan kat blog peeja. Lama betul tak nampak gambar dia selalunya noy je yang aunty nampak. Apa2 pun selamat tahun baru peeja seri pengantin dah nampak kat muka you.

~Cik Ati~ said... [Reply to Comments]

wahaha..dh agak dh..peeja nak kawen..hahah..opppss..*matiklah x approve komen* hahahah..eh,cantik lah rambut fa tuh..kerinting2 halus..unik!

peej said... [Reply to Comments]

honey - sbb dia anak burung. haha.

buyui - suka kan. chill aje.

sya - besar jugak la. mcm chilis punya la. selalu susah nak abis la. tak tau la maybe sbb makan lambat sgt kot. perut dah masuk angin.

sharpshouter - hahha. mmg x la remaja kan. tsk.

nifalnin - oh kenal yea? aku pun tak kenal. ;p

shahrizat - bila tiba masanya saya akan umumkan. wah matiklah jawapan macam artis. lempang laju2 plissss.

aracy - dia kat solaris dutamas. if tak reti mmg payah la. sbb serious comida ni mcm terpencil. kena macam naik berapa level tah baru sampai.
tp if dah biasa ok kot.

netnet - haha. gilo.

sh rosidah - haha. takda la. xde specific kat sesiapa. sbb mmg ramai sgt tanya. tang mana yang seri tu. belum lagi. ;p

ati - cantik kan. pastu best he sebab dia lepas. aku ni dok ikat je memanjang.

nasaoji said... [Reply to Comments]

air soya..sodap jugak ituhh..

a ah..lama kamu tak kisahkan tang edan itu....bz felai kot.. ;)

farrina jika said... [Reply to Comments]

hahahahaha! afterparrtaayyy lah sangat! next time dtg rumah kau nak main kucings :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...