#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

publish blog entry daripada blackberry

ok alang2 ada orang tanya.
buat entry terus.
sambil2 untuk sesiapa yang tak tau boleh belajar sekali kan.
so ini email dia.

*click pictures for larger view


dia tanya macam mana nak buat blog entry dpd blackberry.
aku pernah buat macam cara kat url tu.
time tak pakai bb lagi la.
tak pernah berjaya. hampeh. ke aku yang sengal.
so sini aku ajar cara aku buat yea.

mula2 bukak la blogger acc kau kan.
then kat dashboard tu.
click Settings




akan keluar macam kat atas ni kan.
then kau click kat Email & Mobile tu.
akan keluar macam bawah ni.
focus kat Posting Options tu.


akan keluar alamat email blog korang.
tapi instead of @gmail. dia @blogger.com kan.
so ada kotak tu. korang isikan ngan secret code korang.
korang je tau yea. kang orang tau. tak pasal orang post kat blog korang lak.
tak kira la nak letak nombor or perkataan kot. tak ingat aku. try2 la yea.
then kasi save.

oh satu lagi. kau set kat publish email immediately.
so that kau send je nanti dia terus tepek kat blog.

ok settle satu perkara.
ni aku ajar macam mana nak post dpd phone pulak yea.

  1. bukak kat SMS n MMS tu.
  2. tekan butang icon Blackberry tu.
  3. then carik Compose Email. click
  4. dekat to: tu kau letak la alamat email kat atas tadi contoh : nurhafiza.burhanuddin.apaaje99@blogger.com
  5. tulis subject n type macam biasa kat . then send. done.
tapi untuk senang macam aku.
alamat email tadi tu aku dah save siap2 kat contacts. 
so senang la. takyah type email panjang.
kat To tu aku just carik kat contacts je la. :)

if korang nak letak entry tu bergambar. boleh la attach file. sampai jumpa file pic korang la.
nak senang. aku snap gambar. then Send as Email. type2 apa patut. send terus.

ok harap2 entry ni membantu yea.
untuk eza. n sesiapa yang tak tau la yea.
thank u. 

re-publish : cho-choo train

semalam aku online. bukak blog memalam. kul 2-3 pagi.
boleh tak ketakutan. aku bukak je. terus tekan scroll tepi tu kat bawah sekali.
nak tgk komen aje. tp taknak lalu kat gambar minah itu.
bungok. sendiri letak sendiri takut. haha.

tengah tgk nampak la entry link within tu.
bukak. jumpa entry ni.
baca balik. lawak nak mampos. so rasa nak share.
maybe ada yang baru2 kat sini n tak baca lagi kan.
tengok la kesengalan adik aku.
walaupun dia macam ni. tapi tetap lah sayang.

so kasi re-publish this entry.
tapi aku dah betulkan ejaan n typos. mcm tah apa2 ejaan aku dulu2. ;p
sapa dah baca n malas tu. pergi la menyinggah blog lain yea.
ok tu je. bye bye.

original entry HERE.
.............................................................................................


owh tah kenapa lately rindu sangat kat noy..
lama betul x jumpa ..
kira2 dah 4 month x jumpa..tsk.tsk.tsk...
ish emonye....
dah la dia dah start fly..
so mcm jarang2 je dapat ym..
sbb x tau timing dia semua...

ok talking bout noy..
tetiba teringat kisah dolu2..
time tu masa aku form 5..thn 2000
nak sambut new year...miahahah...

time tu kan kecoh2 millenium la ..y2k la..apa la..
so aku pun nak la pergi..
aku angkut la noy sekali..time tu noy form 2..
so aku nak la pergi jumpa kawan2 mrsm aku..
kononnye nak sambut kat BB...

tp sebelum aku janji nak jumpa kawan aku kat masjid jamek..
sebab dia naik bas...
half kawan aku dah kat bb..half kat klcc..
sebabkan lrt penuh..
so kite org naik la bas...
aku ingat lg..time tu aku bayar tambang bas..
so balance noy masukkan dalam poket baju aku..ada la 60 sen..
aku punye la marah2...sebab x suka ada duit kat tetek..nanti bising2 bunyi syiling tu..

sampai la kat klcc...
ye la..line semua busy...
call kawan2 aku..semua x boleh get through..huarghhhhhhhh...
yg kawan aku rose lak..die patah balik..
sebab nak carik adik dia..
end up tggl aku ngan noy je..

punya la ramai manusia..mcm lautan ok..
mcm nak pengsan je rasa..
bau toksah cakap la..
mcm2 bau ada..ada org bau sotong..bau kambing..bau carpet..kadang2..bau mcm burger pun ada jugak...hahah..gila otak aku ingat makanan je tetibe..

sampai la detik..nak pukul 12 tu..
aku ngan noy nak pergi la tempat yg clear bole nampak bunga api..
sah la ala2 loser je 2 org je aku ngan noy..
aku lepak tepi isetan punya pintu..
yg belah side walk ni..










:; sila pahami gambar rajah yg tah apa2 ni ::



bulat2 tu kepala org..saje je banyak2 color..
padahal mana la ada sgt org rambut biru kat malaysia ni
so elok kat side walk tu..
kita org tgk la ada beberapa group buat cho-cho train...
alaaa..pegang pingang...then jalan ramai2..
tolak2 utk sampai ke depan la...

tetibe noy ni gatal..
kata..jom la ikut org punya cho-cho train..
aku xmo la..aku rimas crowded2..
dia nak jugak..
tetibe je..ade je org lalu tu..dia ikut..aku terus la ikut..ish jahat la budak tu kan..
ok memula seronok la..
tp punya la crowded..aku sedar2..kaki aku dah x cecah ground..
aku mcm bergerak sebab org bergerak..
org bertolak2..sampai la aku ngan noy nak terpisah..

noy mcm di tarik arus manusia..ke kiri..aku ditarik ke kanan...
muka masing2 dah cuak dah..
drama abis la..yg aku jerit, "NOYYYYYYYYYYYYYY!!!"
yg noy jerit, "PIJAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"
siap tangan terkapai2...haha..ingat balik lawak la..
aku rempuh gak arus2...
aku selamatkan noy..
fakkkk...sakit weyh..kene tolak2 n pijak..
punya la kelam kabut...
sampai kaki aku dah terkeluar dpd sandal aku ok..
kire kaki still melekat kat sandal..
tp kaki dah pijak jalan dah...
mcm ni..








:: ok ni aku lukis elok..supaya korang bayangkan sandal tu..sebenarnye..sandal 2-2 dah terkuak terkeluar ::



so aku berjaya tarik noy ke tepi side walk tu..
elok selamat..
aku realize handbag aku hilang ok..
melompat2 aku..
ye la..dah la duit semua dlm tu..nak balik mcm mana kan..
plus hp bapak aku dlm tu..
aku pinjam utk senang call kawan2 aku..
ye la..dulu aku agak susah..
so if hp tu hilang..mcm kesian la kan..

aku tgk sekeling mmg xda la handbag tu..
mesti org dah sepak2 ke apa kan..
kau bayangkan masa aku tgk2 tu..
siap ade stroller baby ranap ok..
punya la kena rempuh agaknya..scary..

nasib ada duit yg noy letak dlm poket aku..
so orang sibuk tgk bunga api..
kita org pergi ke lrt..
carik public phone..
call umah aku x berjawab pulak..
bile tanya..mama cakap..dia ngan papa layan tgk tv..
sbb ade sambutan new year from all over the world kan..
malas nak jawab phone..boleh??
so aku call jiran aku..suruh bg tau parents aku..nasib ok..

aku dok la ngan noy kat depan lrt punya stop atas tu mcm beruk..
ngan dah masam2 ni...
siap ade seorang lelaki ni kan..dtg..
dia kata dia wartawan..siap bawak pen n kertas..
tanya mcm mana sambutan aku..
aku pergi cerita aku hilang handbag la apa la..
padahal lelaki tu rupanya..nak ngorat noy..
pukimakkkkkkkkkkkkk...bodoh betul la..
tp die nak la tolong..bg duit tambang la apa la..
tp xmo..takuttttt....
aku ngan noy dah merempat habis..
dok bersila atas jalan...haha..
org kacau2 toksah cerita la kan..

last2 kau tau parents aku amik pukul bape???
kul 4ish am boleh..
keji ok..sebab dia kata xnak pergi awal sebab jamm..
tu pun dorg dtg naik kapcai..
memula papa hantar noy...aku stay ngan mama..
then papa amik aku..mama stay sorang..
later baru la amik mama balik..
bape trip tu..haha..

tp yg bestnya..
dlm kul 2ish am mak aku kata
ade budak lelaki call..
dia kata dia jumpa handbag aku..
dia nak pulangkan..
wahh..baik kan..susah nak jumpa org mcm tu..
esoknya jumpa la..dia pulangkan..
dia dtg ngan parents dia..
mak aku bg la dia angpow..
1 benda x hilang..bagus betul la..

morale of the story...
aku dah serik n xmo pergi sambut2 ni semua..
n if ada org ajak kau join cho-cho train mcm tu..
tanpa buang masa..sila sekeh kepala org tu..
dan sila la gemuk mcm aku..
supaya kalau jadi benda mcm tu..korang boleh lawan arus n selamatkan org tersayang..haha..
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

berkesan untuk membuang bulu-bulu.

ok hari tu baity ni email aku.
dia tanya n suruh buat entry khas untuk roller buang bulu kucing ni.
ni email dia.

:: click for larger view ::

kesian. faham sangat. noy selalu bising2 gak kereta dia banyak bulu2 kucing.
kalau x bulu kucing. rambut blonde aku. wah blonde ke.
sebab seat dia hitam. lagi la clear kan. 
so dia kata nanti nak beli roller untuk kereta dia. simpan situ senang.

so khas untuk baity or sesiapa yang nak tau la yea.
maka aku buat la entry ni.
kalau dah tau diam2 sudah. jangan nak cakap, " tah apa2 roller buang bulu pun nak cerita"
apa2 aje la yea.
ok mari mula kan.

aku ni bila nak keluar lupa sebenarnya nak pakai roller.
n selalu rushing. to tak sempat la nak snap2 pic ke apa.
elok aku tukar cadar. pasang sarung bantal. tengok ada bulu kucing.
noy x suka sarung ni sebab jenis melekat bulu. dia beli kat kuwait dulu.
so berkurun bulu hannan kat situ. cuci pun tak hilang.
so mari kita experiment. :)


bantal adalah penuh bulu.
picture dont do justice. nampak sikit. sebenarnya banyak.
kalau tido confirm esok bersin2. haha.
kena beli dslr ni. baru nampak bebulu itu. haha over sampai nak dslr kan. ;p

:: process roll2 ke semua kawasan ::

:: hasil bulu2 n abuk2. so ngeri ::


roller ni macam sticker. cuba amik sticker lekat kat mana2. kan melekat2. 
haa. macam tu la dia bertindak.
bila rasa dah penuh bulu. kau roll2 ala2 tak berfungsi je.
kenapa masih banyak bulu kat bantal? 
maknanya dah kena kopek lapisan tu.
so koyakkan helaian itu. dpt la sticker yang fresh.
rolllll lagi.
n ulang2 la kopek helaian tu bila perlu.

:: hasil untuk 1 bantal. aku guna 2 setengah macam tu la. motip kepit kat jari kaki? ;p sebab taknak bertebangan la. ::

hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

:: so fresh n so klean ..klean. eh sapa ingat lagu ni? outcast. heheh ::

so to baity or sesiapa yang tak biasa pakai.
beli la. sebab ternyata berkesan :)
berbaloi2 ok.
n jangan kedekut nak koyakkan helaian tu. tebal. lambat nak abiskan satu roll ni.
lagi pun berapa ringgit je kan.
ni aku beli kat ikea rm4.90 x silap.

pasal yang baity tanya warna hitam tu. tak sure la bagus ke tak.
rasanya ok kot. semua sama aje fungsinya.
cuma jangan beli kat pet shop. dorang suka over price. pffftt.
baik beli kat ikea. borong terus pun takpa. haha.

ok itu aje.
sekian tutorial daripada cik pija.
ye cik ok. tahun depan maybe dah takleh pakai cik lagi. oppss.

Get the new Blackberry Bold 9780 with Celcom.

[ADVERTORIAL]
[sticky mode - scroll down for latest entry]

Bagi aku, Blackberry ni macam bestfriend kita.
Almost 24/7 melekat je kat tangan. 
Nak pergi mana-mana pun akan bawak my blackberry.
Sebab boleh stay connected  via email, mobile, internet bila-bila masa n kat mana2 pun.  
Boleh check email, receive and open email attachments, browse through my favorite sites, stay in contact with loved ones via Instant messaging, mobile calls, sms & much more!
Dengan Celcom Blackberry  kita boleh stay updated & connected dengan semua orang 24/7, wherever you are – bukan dengan e-mails je, but Facebook, Twitter and even Foursquare ! Aku paling suka twitter la kan. J
Boleh upload pics, update status or reply status kawan-kawan anytime, anywhere! 
And there’s also the awesome Blackberry Messenger
J Boleh gossip non-stop chat ngan kawan-kawan from your Blackberry! Heheh.

Ada yang cakap. Dorang tak berapa suka phone jenis touch screen and slide.
So ada yang tak berminat ngan Blackberry Torch 9800 yang baru di lancarkan baru-baru ni.
Jangan risau. Sebab Blackberry ada keluarkan phone baru which is Blackberry Bold 9780.
Atau ramai panggil Bold 3. 


And Celcom adalah yang pertama di Malaysia yang membawakan smartphone ni di Go Mobile! 2010 di KL Convetion Centre pada 13-14 Nov lepas.
Pelanggan yang purchase on that day dapat membawa pulang hadiah2 menarik seperti Modenas Bike, free phones and much more.



Bold 3 ni rupa lebih kurang sama je ngan Blackberry Bold 9700 (Bold 2).
Mesti ada yang cakap. Kalau sama buat apa nak beli kan?
Ok rupa macam nak sama, tapi Bold 3 ni penuh ngan power packs features. 
U can check it out HERE.


Bawah ni table untuk membezakan antara Blackberry Bold 9780 dan Blackberry Bold 9700.

Tak pun if korang suka touch screen n slide phone, still belum terlambat untuk dapatkan Blackberry Torch 9800 ni.

Check out Blackberry Torch 9800 amazing features HERE.
Korang boleh dapatkan phone ni dengan plan yang affordable daripada Celcom.


Celcom Exec postpaid plans




Celcom Biz 



Sign up dengan Celcom hari ini untuk dapatkan freebies berikut. CLICK HERE

Blackberry Bold 9780 – FREE softskin worth RM48
Blackberry Torch 9800 – FREE casing worth RM68 *while stock lasts.
Why Celcom?
·         Sebab Celcom merupakan Malaysia’s No.1 Blackberry provider, with the best deals on Blackberry smartphones and plans!
·         Increase the efficiency of your business with Celcom Biz with an extensive range of plans and services enabled through Celcom and BlackBerry from Vodafone such as:
o BlackBerry instant messaging, Yahoo Messenger, Google Talk & Windows LIVE
o Mobile Facebook, Flickr and other subscription services

So jangan tunggu lagi.
Get yourself the latest Blackberry that suits your lifestyle with Celcom.



its haunting me :(

ok campur2 cerita.
memula nak cerita satu ni.
aku nak cerita tapi asyik la terlupa.
korang ada tak baca expose mistik : gangguan belajar tu? by akiss ferrero tu.
kalau belum baca sila baca ok.
entah kenapa aku rasa tu one of the scariest la yang orang2 hantar.
ok ada few lagi. tapi aku dah lupa.
yang ni aku ingat sebab memberi kesan mendalam.

aku buat auto publish tu about a month ago kot.
aku dulu if orang hantar je memang aku terus baca.
tapi pernah sekali dua. aku sorang2. tuhan je la tau takut macam mana kan.
tiba2 nak pergi dapur pun takut. bongok.
so sekarang. aku akan baca bila aku nak publish. sambil bg respond kat entry tu kan.

aku memang laltely selalu sorang2. aku ni takda la penakut mana. ok aje.
tp yang aku perasan. lately aku mmg takkan tgk la cerita hantu ke apa.
tah macam scary aje.
so malam tu aku baca la n buat auto publish untuk 2 minggu lagi. siap2 susun takut lupa.
pastu aku rasa takut semacam ok. cibai.
tapi malas nak pikir. biarkan je la kan.

tido dalam kul 4am mcm tu.
sekali aku mimpi ngeri gila ok.
aku tak ingat sangat la mimpi tu.
tapi macam2 cik hants la ada. salah satu scene (wah scene?) noy suka buat benda2 pelik.
ada satu tu aku pergi dapur. tak bukak lampu.
tah apa2. tak bukak lampu. tp ye la kan. mcm drama hantu selalu kan. haha.
tiba2 ada bunyi budak gelak2. aku carik nampak noy duduk celah bucu.
muka fucking scary. dia ikat dua rambut dia. ponytail kiri kanan.
mata besar mcm org korea/jepun tu. siap macam pakai dolly contact lens ok. melampau.
pastu macam budak kecik bercakap.
aku tanya2 kenapa. pastu dia gelak. dia cakap main2.
bangang main2 macam tu. tak sesuai.

then scene lain lak yang aku ingat. aku dok kat sofa ngan dia. aku pandang luar kat sliding door.
aku nampak ada cik ponts berdiri. aku macam cuak. gila.
bila aku try bg tau noy. tiba2 sliding door tu penuh darah (haha drama gila)
bila aku pandang noy. muka noy jadi lain macam yang aku nampak kat dapur tu.
pastu macam orang baru nak kena rasuk tu.
aku dah kata. jgn la main2. sekali rupanya betul2.
aku dah macam jerit2 mintak tolong2.

lepas tu terus aku terjaga.
masa terjaga tu takut melampau ok. aku berpeluh2.
bulu tengkok meremang semua. it felt so real.
terlalu takut sampai aku tak berani nak bergerak.
sebab aku rasa macam ada something belakang aku. cibaiiiiii.
nasib takda apa2 lepas tu la kan. yang pasti memang takut. tsk.

tu takpaaaaaaaaaaaaa.
then tadi ni.
aku layan tweet je.
then tengok la tweet @karrotgold ngan PM.
lawak @karrotgold ni. aku kenal masa dulu2. sbb dia kawan noy.
macam2 dia merepek kat tweet tu kat PM.
sekali aku tgk dia tweet ni siap ngan tweetpic.


scary nak mampos kan.
dia tweet ngan PM. tiba2 ada tweet dpd altantuya ni.
dah la gambar dia macam tu. ish takut gila.
pastu aku ReTweet la. cakap, 'sumpah scary'.


sekaliiiiiiiiiiiiii.
tengah aku syok2 baca n reply tweet orang.
aku nampak muka altantuya ni keluar kat timeline aku.
dia reply kat aku tulis , " i will hunt u' & 'looking for me?'
meremang ok bulu roma time tu.
sebab avatar dia muka scary nak mampos.
dah la time tu nak maghrib. n im home alone. great ah?


memula aku tengok. sesiapa yang tweet ada nama PM. dia akan muncul.
ni tiba2 aku tak sebut tau. n aku tak @mention nama dia pun.
tapi dia akan RT semua yang aku sebut nama dia. kau takut ke tak. takut la kan.
macam never ending ok.
lagi aku pelik. macam mana dia boleh baca tweet aku sedangkan aku private kan.
aku rasa maybe yang reply2 aku tu tak private kot.

serious scary je rasa.
sebab she keep popping in my timeline.
nasib @yonna bg tau aku boleh block.
ooo acik baru tau. mana tau kan. sebab aku mana pernah block2 orang ni. ;p
baru la rasa aman. bersih je timeline aku. :D

tapi ramai lak tanya2 pasal dia ni. . aku pun letih nak menjawab satu2
aku kata nanti aku buat entry.
sekali tgk. bila block memang hilang yea semua. macam mana nak print screen kan.
rupanya bila search keluar semua la.
loh patut la dia boleh tau if ada orang sebut2 nama dia. psycho.

kau tgk la tu. dia menggila haunting semua orang. cibai.



ok i know. ni bukan dia.
memang ada manusia yang takda kerja buat acc ni. pastu kacau2 orang. gila.
tapi bila kau sorang2. time maghrib. kau nampak muka dia keluar bertalu2 kat timeline kau. takut ok.
even ada few people aku RT. nampak muka dia keluar. tau takut.
semua pakat block.
so jangan kata orang menggedik ke apa. 
sebab cuba kalau korang kena?


































































p/s : gila fear factor aku nak masukkan gambar ni ok. sumpah aku takut. takmo pandang. ni aku type p/s ni kat edit html. sebab tak sanggup tgk muka dia. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. ok nak makan untuk melegakan hati. eh apa kena mengena? lantak.

mau peluk sampai terkentut-kentut boleh?

lagi nak dekat time. lagi rasa rindu kat jonet tak tertahan-tahan.
aku ngan noy excited nak mampuih.
ikutkan hati mau amik dia kat KLIA terus.
tapi takleh la kan. mesti dia nak ngan family dia.
nak bukak2 luggage semua. nak bagi2 hadiah2 ke apa.
kang kita orang macam menyibuk aje. tsk. :(

takpa. tunggu sampai dia free n turun KL la kan.
pastu boleh peluk kuat-kuat sampai terkentut-kentut. haha.
mesti korang tak faham je kan. kenapa sampai nak terkentut-kentut kan.
tah mama la ni. dia suka cakap, ""haih, sayang/cinta sampai terkentut-kentut"
kira maksudnya, dah sayang sangat sampai orang tu terkentut2 pun dah tak kisah. wangi aje.
so macam tu jugaklah kami sayang kat jonet ni. so mau peluk dia sampai terkentut-kentut.
sukaaaa laaaaaaaaaa.

so tadi bukak la fb dia.
tengok dia masukkan pic baru dia.
lagi bertambah rindu. weeeeee~
mari share few here.


lawak. ada sekali tu dia punya status something like, " apesal la kau pakai seluar katok tengah hari ni. kacau emosi betul"
aku n kawan2 dia komen2 la. mesti dia syiok la tu cuci mata.
n ada tanya. siapa yang sexy sangat sampai dia terganggu emosi tu.
pastu dia kata, " kalau dok kat padang pasir ni dah lama sangat. unta pun aku tengok sexy"
hahha. bongok. so tadi tgk dia amik pic ngan unta. aku rasa takleh blah.
unta sexy? kau memang gila jonet.



tengok gambar ni jadi super excited.
sebab rambut jonet dah panjanggg. cantik sangat.
dia ni mana pernah nak panjang. asyik potong aje.
harapnya balik nanti kekal la. bukan betul. silap2 aku tak sempat jumpa dia potong nanti.

tapiiiiiii. paling takleh blah.
ada gambar niiiiiiiiii. :(((((((
takooootttt. tak suka.


gilaaaaa. uwaaa. aku yang tengok ni pun dah kembang2 tengkuk.
scary nak mampos. why jonet why?
tapi dia memang daripada dulu if la dia kata dia nak pet. dia nak iguana.
gilo.


siap pose macam ni pulak.
aku ingat sekor aje. sekali dua.
pitam. aku baru lipas dah menggelupur. padahal if pijak mati kot.
ni pulak besar macam tu. hoih tak sanggup.
n paling ngeri. tak silap aku dorang makan ok. dhab kan ni.
wth.
takpa. dia balik nanti aku bawak dia makan tempat2 normal.
kat sana takda hiburan sgt kot. tu yang biawak pun mcm best aje buat main n makan kan. erk.

whatever. saya tetap la excited jonet nak balik.
rindu sangat dah.
mesti korang muntah sebab asyik la kata rindu jonet kan.
suka laaaaaa. ;p

korang x suka sudah. nama mu dolah. tetek mu sebelah.
babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

p/s : oh lupa ahad ni 28th nov ni ada 'I <3 bazaar flea market' from 11am to 9pm kat subang parade. nak tau lebih boleh pergi blog ni yea. shortales bunny. ala yang banyak baju comel2 itu. x caya boleh pergi n tgk sendiri. selamat bershopping.

takut n malu tak bertempat.

aku ni ada masalah.
daripada dulu sampai la sekarang.
aku rasa aku pernah buat entry pasal ni. tak ingat.

aku jenis rendah diri terlampau rendah.
sampai takda keyakinan rasanya.
oleh itu. aku jadi anti social.
ok takda la sampai tak social ke apa kan. social aje. ;p
tapi macam aku suka duduk dalam my circle aje.
aku macam tak reti kalau ngan orang2 baru ke apa.

kalau ngan orang2 yang aku biasa. aku akan meriah semacam.
tapi if aku ngan orang2 yang aku tak kenal or baru kenal.
aku macam diam aje. eye contact pun kalau boleh taknak.
macam semalam ada terjumpa kawan noy. ok je peramah.
salam2 aje. lepas tu aku diam. dorang sembang. aku buat hal aku.
tapi dengar la dorang sembang n senyum2 aje. tapi tak join in the conversation.

kadang2 bila pikir macam. ish tah apa-apa aje.
tapi tah. memang rasa macam tu.
aku rasa daripada kecik kot. salah satu maybe sebab gemuk kot.
ok i know. lame gila alasan. tapi memang tanggapan orang. gemuk tu tak cantik.
so bila jumpa kawan2 noy ke. or kawan2 mak bapak aku ke. sedara mara ke.
aku selalu akan pikir orang akan fikir, " eh, adik dia lawa. kakak dia gemuk"
so aku macam tak suka.
sebab tu aku macam takmo bila orang kata. "apa kata kau ngan noy sanding sekali"
well no no no. aku tak suka. sebab mesti orang akan cakap, " eh pengantin yang tu cantik. yang tu gemuk. eh tak lawanya"
macam tak suka kan. ok maybe la orang tak cakap pun macam tu.
tp aku sendiri paranoid. get it. so tak suka.

so aku mmg dah set dalam otak. aku ni tak cantik.
n biasa2 aje. normal. takda kelebihan apa2 pun. plain aje.
jadi bila ada orang puji-puji ke apa. aku macam takleh terima.
aku rasa macam. "eh dia ni gila ke apa?" tak pun, "ish dia ni nak sedapkan hati ke apa?"
jadi bila orang puji aku macam, "cantik la awak"
aku macam takleh terima. lalu jawab, "eh takda la. mana ada. biasa je la"
patutnya cakap la, "thank u/terima kasih" kan?
masalahnyaaaaaaaa. aku tak rasa macam tu pun. jadi macam mana nak ckp thank u.
aku rasa macam. aku yang gila if aku cakap thank u. perasan.

tak pun ada orang if orang puji akan cakap, "memang la lawa. baru tau ke"
wah tu memang dasar tak sedar diri namanya. hahaha
tak pun if orang kata. "eh awak dah kurus la"
apa kau gilaaaaaaaaaaaaa???!!!!!!!!
memang tak la.sikit punya almari ni.
maybe orang tu maksudkan. "dah turun sikit" kot. tp still. aku tak rasa pun.
kalau betul turun. aku sendiri terkejut dulu.
so kalau orang cakap pasal aku dah turun or kurus.
aku terus jawab " eh takda la. mmg tak la. awak gila yea"
terus aku jalan laju2 tinggalkan orang2 tu.
hahaha bongok gila tak :/
penyakit kronik aku ni.

tah apa la aku nak buat nak naikkan keyakinan ni. memang tahap level bawah la.
tapi yang pasti. untuk permulaan. hentikan la puji-puji yea. acik tak reti la nak jawab apa.
segan nak reply. sebab tu kebanyakkan nya aku biarkan tak reply (cakap je la pemalas kan) tak pun aku akan buat2 lawak. tah apa2 tah.
tunggu la nanti aku dah kurus n sexy macam beyonce (wah taknak kalah) korang puji la sampai melambung2 ok :D
boleh aku menari goyang buntuit depan pc. haha.

p/s : aku nak kurus?
bak kata family n kawan2 aku, "kau punya kurus tu. daripada kau form 5 pija. sama je aku tengok"
FINEEEEE!! WHATEVER. SHUT UP YOUUUUUU!

expose mistik - kasi divert

ok ini malam takda cerita.
takda email.
sesiapa yang nak kongsi cerita mistik ni boleh email kat aku.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik

tengok blog mama.
elok lak cerita ala2 misteri nusantara.
so kalau korang rasa nak baca.
boleh la ke blog mama. HERE.

selamat malam jumaat . muahahhaa.
cea konon scary la kan.

Nice on girls

ok doing this for my junior back in terendak, mas.
ok takda la junior betul2. dia waaayyyy junior la.
aku dah takda baru dia kat terendak kot.
tapi dapat tau n kenal masa jubli perak 2008 tu.

so dia mintak tolong aku.
so aku mintak tolong korang.
haha, padan muka. sapa suruh baca blog ni. kan dah kena tolong.
jangan malas n kedekut nak tolong.
korang pun kerja ngadap facebook je kan? kan? kan?

dia ada blog shop.
n rajin join bazaar2 ni.
so bazaar yang dia join ni buat contest.
so mintak la tolong untuk like the photo.
so alang2 tu. aku mintak tolong korang sekali.
haha jangan malas. hari khamis kena rajin.
ceh apa kena mengena rajin ngan hari khamis?

ok ni email dia kat aku.
senang aku tepek terus.


hi all, Mas from nice on girls here. I'm entering a contest. I really need your help to like my pictures. Hope that you are kind to help me out :)

first, like this page :



next, like all 5 pics posted by me by clicking the like button :
*you can also click next picture for my next four products and then click like button*
Thank you for your help loves!

so here is the catch.
apa korang ingat korang tolong ni buta2.
of coz la ada faedahnya.
kijam. tolong like pun nak imbuhan kan.
tapi siapa taknak kan? aku pun suka je.

so ni la dia.
setiap gambar yang korang "like" tu. 
korang akan dapat discount bila shopping kat NOG.
kecuali kalau korang beli jam. sebab 'bracelet watch' memang dah murah. 
kira kalau korang like 5-5 gambar tu. so kau boleh la discount untuk 5 item.

apa? nak main tipu? tak click tapi nak discount.
mana boleh. sebab kalau korang nak claim discount korang tu.
korang kena sertakan nama profile facebook korang.
dia akan check. if betul then boleh dapat discount tu.
oh masa bg tau tu. sila tulis "NOGpeej" kat nama tu yea.
so dia tau la datang tu daripada sini n maka dapatlah discount yea. heheh.

contoh : kaseh puteh (NOGpeej)

:)

sangat mudah.
oh ni url shop blog mas ni.


so selamat bershopping ngan harga discount tapi harus la click2 "like" pics tu yea.
kalau tak jangan feeling nak discount plisss.

ok tu je. babai.


Camp Gibraltar - Father and Son Camp 2010

[ADVERTORIAL]
[sticky post - scroll down for new entry]

Any father today, yang pernah tanya diri sendiri soalan ni, " adakah dia beri enough time off for his family leisure?".
Mesti akan rasa yang dorang nak kan peluang untuk improve in that particular area.

Pastu selalu ada salah faham, yang isteri yang kena jaga anak. Bapak-bapak ni tak perlu.
Salah, sebab sebenarnya sama aje.
Anak-anak perlu spend masa ngan bapa sama jugak macam dorang spend masa ngan mak.

Yang bapak-bapak sentiasa sibuk ngan kerja.
Anak-anak pulak selalu pack ngan macam-macam activity time hari-hari sekolah.
Memang susah nak spend masa sama-sama.
So ni time cuti sekolah ni, why not sign up korang for a weekend camping experience?
Just Father and Son with Camp Gibraltar kat Nur Laman Bestari Eco-Resort.
Yang terletak di Hutan Lupur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam, Batu Caves, Selangor.




Syiok, Camp Gibraltar ni bagi aku sebab macam feeling summer camp kan?
Tapi summer camp selalu ngan kawan-kawan. 
Tapi ni lagi best sebab para bapa ni boleh spend masa ngan anak lelaki dia.
They can build a lifelong memories while spending quality time together.
Selalu kita tengok ayah2 ni rapat ngan anak perempuan dia kan, ngan anak lelaki dia macam tegas aje.
So ni la time for that special bond shared by a Father and Son.

Camp Activities

Father and Son Camp ni has fun-filled outdoor adventure programs.
Antara activity yang ada such as 
  • camp crafts
  • nature walk
  • orienteering
  • camp games
  • group games
  • fishing
  • mini golf
  • camp scavenger hunts
  • paint-ball
  • cookouts
  • n many more




Father and Son jugak di beri masa if dorang plan nak adakan their own activity.
Camp Gibraltar ni ada qualified instructors and experienced camp staff yang akan pastikan semua camp activities ni enjoyable dan safe.

Camp activities are designed untuk penyertaan both Father n Son.
Dan activity adalah yang bersesuaian untuk kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
Fathers can be of any age.

Camp Sessions

Camp ni available only on weekend.
Check-in, Sabtu pagi.
Check-out, Ahad tengah/hari.
2 days/1 night camp stay.

Berikut adalah the next available date untuk Father and Son camp ni.



Walau bagaimanapun, untuk menjayakan program camp ini. 
Seramai minimum 20 pairs of Father and Son diperlukan untuk memastikan camp ini berkeupayaan dan boleh dilaksanakan. :D
Sooooooooooo. kalau nak best. ajak la kawan-kawan korang yang ada anak umur macam tu join sekali.
mesti lagi syiok kan.


Enrollment

Untuk menyertai camp ni.
Fee sebanyak RM500 akan dikenakan untuk pasangan Father and Son.
Fee ni untuk weekend tu, In Saturday Morning and Out Sunday afternoon.
2 hari, 1 malam camp stay.

Fee ni termasuk sleeping accomodation kat Nur Laman Bestari Eco-Resort tu.
Father ans Son will have their own beds in the cabin sharing with other participants.
Ok la, cabin tu mungkin a bit rustic, but they offer a wonderful natural experience. :)
Tapi if ada yang prefer nak feeling betul2 camping n tido dalam tent. pun boleh di provide.

Fee ni jugak including 6 buffet meals and refreshments.
Semua di prepare by their experienced kitchen staff.
Oh make sure bagi tau yea. if ada food allergies or ada apa-apa preferences ke.
Bring your appetite, sebab the food is delicious. nyam.

Semua cost untuk activities, instructors', administration dah di include dalam fees ni.
So kesimpulannya. kalau bayar RM500 untuk dua beranak ni, dah cover semua. 
Takyah susah hati apa2 lagi.

How to enroll

If ada yang berminat nak join Camp Gibraltar ni.
boleh call or email for more information or enrollment to the camp at.

019-7763366 or campgibraltar@gmail.com

Upon registration, they will send u a confirmation letter confirming your reservation. 
Dorang jugak akan send some information regarding a list apa nak bawak, events, activities and check-in details prior to the camp start date.

Camp Gibraltar is managed by Iaz Gibraltar Trading, a registered company.
So jangan risau. mereka berpengalaman mengendalikan camping ni :D
I was informed. yang gambar atas sekali tu kan. budak yang dalam gambar tu sekarang dah 20 tahun ok.

Oh lagi satu. korang ni jangan feeling sangat nak join sampai lupa pulak.
Kem ni khas untuk Father and Son aje ye.
Bukan untuk mak ke. anak perempuan ke. mana la tau ada yang terlepas pandang kan.
Macam noy la. bila tengok pamphlet dia, tiba-tiba teruja. dia kata if ada anak best. dia nak hantar anak dia. tapi bila teringat dia tak dapat pergi, emosi. heheh.
Tapi takpa la, biar Father and Son ni camping, mak-mak pulak boleh la plan activity lain untuk diri sendiri kan. take a break ke apa :)


So if takda aktiviti lagi untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni.
Boleh la cepat2 register yea.
Happy camping. :)


current addiction

hoh. lately ni perasaan mau menari makin menjadi2.
especially bila tau cik jonet sudah mau kembali ke pangkuan ku. haha.
memang la selama ni noy ajak join if dia pergi ngan kawan2 dia.
tapi malas. aku nak simpannnn lama. so bila pergi ngan jonet terus lepas geram.
wah matiklah dah tua-tua tak sedow diri lagi kan.
takpa. kasi pulun. nanti dah kawin kena insap.
wah kawin? paaaa dia ni.

anyway ni nak share apa yang aku tengah suka sekarang.
last monday tengok AMA.
so nampak ada lagu ni.
oh AMA ialah American Music Award. bukan ama kat hospital itu.
nampak B.E.P perform lagu ni.
suka. so check out kat you tube dulu. sebab tak sure title apa.
jumpa. tapi takda video clip lagi.
ada sound clip aje. so tepek sini.

B.E.P - the time(dirty beat)



then tetiba terjumpa lak video ni.
lagu the time ni.
from the donkey wheel.
gila creative weyh. suka gila aku tengok.
macam gempak pun ye. berkali2 aku tengok.
pastu bila tengok muka aku menyengih aje. tengok gelagat n memek muka dia kat kotak2 tu.
oh suka. so sila tengok.




best kan? best kan?
pastu tengah dok layan2 lagu.
noy try suruh aku search lagu nak download.
aku tanya tajuk apa. dia tak tau. dia kata try je papamericano.
haha sekali jumpa ok.
wah bertambah2 suka.
ni la lagu dia.



wah bertambah suka.
jonet cepat balik plissssss. rasa slow lak masa berjalan.
ceh hampeh kan.

well aku suka lagu2 ni. kira current addiction la.
dengar ulang2 sampai muntah.
so mau share ngan korang.
korang tak suka nasib la.
kitew sukew jugak lew. lewlewlewewewewew.

hahhaa. babaiiiii.


can u please leave it to the kids.

benda yang paling aku annoyed ialah bila orang guna bahasa pelik2.
aku rasa korang pun tau.
ala bahasa yang.

apew. kew, jew, lew, aq tah apa lagi la.

sumpah aku nyampah.
aku pernah dpt sms.

"kak pija kew niew. ni **** lew. buat pew tew. **** borink lew"

omg!!!!!!!!! fucking annoying ok.
ni kira salah satu la.
sekarang lagi la kan. macam aku jadi aq. kakak = kk.  hoi. tebiat ke apa.
aku cerita kat pedd. lepas tu kita orang suka la tweet, sms lawak2.
saje je, "kak pedd kew niew? buat pew tew?"
pastu dia reply " yew lew. kak pija niew. lewlewlewlewwewewewew"
hahah bongok.

ok la aku faham. budak2 kan.
aku pun ada gak zaman2 tu masa sekolah dulu.
macam old skool, pija wuz ere, laypark. haha bongok gila.
so aku rasa budak2 ni pun rasa cool la ngan bahasa2 dorang ni.
tapi boleh tak korang berbahasa macam tu ngan kawan2 korang je.
tak sesuai untuk orang2 yang dah tua macam aku ni.

aku kira ok lagi la. aku faham la jugak bahasa2 tu walaupun menyampah.
tapi bayangkan mak2 kita baca.
kadang2 mama tanya aku, "ni apa maksud dia ni pija? mama tak faham"
pastu aku tengok. contoh la ayat dia.
" ut, sy sukew tgk ntry ut. semoga sihat selalu yew"
something like that la. ut - aunty. like what the hell sangat kan.
gilakah? kau ingat mak aku alien boleh faham bahasa macam tu.

oh lagi satu yang annoying orang yang type macam ni.
KeNApa AkU RaSa BeGInI. AkU TaK KeRuAN.
What the fuckkkkkkkkkkkkkk!!
mmg la kau tak keruan. kau tengok tu kejap huruf besar kejap kecik.
aku tak faham kenapa orang nak menyusahkan diri nak type macam tu kan.
jadi kerja kan.

ok la. again like i said. budak2. dia rasa cool.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. ni aku tengok dah baya2 aku. dah tua lagi pun ada buat macam ni ok.
dah la huruf besar kecik. pastu bahasa alien tu.
n sumore yang buat tu lelaki ok. apa kau ingat comel?
sumpah aku nak pitam.
pernah aku tengok kawan2 aku perli la mamat ni.
dia macam tak sedar. siap boleh reply. "jAhAT LeW kAu NieW~ ~ ~ "
yes people. siap ada "~ ~ ~ " gelombang2 lak pengakhir ayat dia.
memang gone case tak dapat di tolong.

aku rasa bahasa ni sesuai if kau sekolah menengah.
then bg chance sampai 19 la.
masuk 20 sila la stop. dah tak comel la.
kepada siapa yang dalam umur tu. n tak guna ayat2 macam ni. syabas.
sila reward diri sendiri ngan ice cream.
beli sendiri. aku xmo belanja.

"YeW LEw. Akk TaK kAyA LEw"

lempang muka sendiri sedas.
peace out.

hari-hari pun mau jumpa ka?

kan hari tu aku pergi PD ngan dorang.
memula tido umah dorang.
so macam dua hari spend masa sama2.
bila balik umah sangap je rasa. rasa nak lepak lg. haha boleh?
padahal baru tak sampai sehari. haha.
tapi tak cakap apa la. segan.
haha bengong. dah kenal bertahun nak segan kan.

noy lak tak puas hati sbb dia kan x dpt join.
tengah kita orang terpikir. huda bbm noy.
cakap. apa program? wah teruja.
ceh dorang pun rasa nak lepak lg. bagus.
so plan2. maka mari tengok wayang.

dorang park kereta kat umah kita orang.
then off we go.
kami adalah nak tengok cerita takers.
ramai manusia sexy tu. :p
tapi ice cakap, review kata cerita tu tak best la. biasa je la.
so tengok la cerita lain. fineeeee.

bagus tak tunggu lama.
dalam 20 minutes je kot. wayang muncul.
before that beli bisou cupcake dulu. sedappp.
tapi tak amik pic la. by the time aku makan tu.
cupcake dah tergolek2. hahaha. ;p


:: noy biadap. aku suruh pegangkan air sementara aku nak snap pic. dia asyik la sedut2 air tu. tau2 nak setengah dah jalan. ::

:: my baju adalah from kedaipanas :) ::



haha ice takleh blah.
masa dia nak pakai jacket tu dia cakap.

ice : kau ingat tak jacket ni?
me : tak. kenapa? ada sapa belikan untuk kau ke?
ice : tak la. ni jacket dpd aku form 3. kau tak ingat. aku selalu pakai.
me : tak langsung. hello. sorry. masa aku form 3 aku dah tak minat kau. kau dah tak hot stuff. hahahaha
ice : hahaha. kurang ajar
huda : haha. masa tu pija suka siapa?
me : saya form 3 kan dah suka kamarul z******. mueheh. ish laki orang dah tu. fineeeeeee * wah tetibe emosi*
ice : ye la. lupa-lupa.
me : tah confident pulak aku nak ingat baju2 kau. zaman form 2 tu aku ingat la kot. hahahaha.

so bongok. its fun sekarang dah boleh gelak.2
masa mula2 dulu. if ungkit je cerita2 lama. aku panas telinga ok.
bila terdengar je certain lagu tu rasa nak terjun lombong. x suka. maluuuuuu.
sekarang ok sudah. ;p

oh kami adalah tengok cerita unstoppable


ok la. okaaayyyyyy la.
nak kata tak best tu tak la.
nak kata best sangat pun tak.
sebab. aku rasa cerita dia mendatar macam tu aje.
takda cemas. takda terkejut. kelakar pun takda.
kerja nak selamatkan keretapi. n macam boleh predict ending dia kan.
well yeah. tu je la.
kira kepuasan kau tengok movie tu takda la.
abis movie semua senyap. takda apa kau nak bincang ke or teruja lepas tu.

lepas abis tengok semua salah2kan ice.
sebab patutnya tengok takers. urgh.
dah la ramai orang cakap best gilak cerita itu. hmmmm.
paling terkilern. sebab ramai orang sexy dalam itu cerita.. saya sukaaaaaa ;p~
nanti tengok la kan. ye la tu. tah bila.

lepas abis movie. makan kat krisik pulak. lepak berjam.
then sambung lg lepak berjam kat umah aku lak. gila.
end up dorang gerak almost 3am. haha gilo.
lepas tu semua senyap. mungkin baru menyedari. if lepak lagi ni confirm muntah.

tapiiiiiiiiiiii. paling x sabar. jonet kesayangan saya blk hujung minggu ni.
yippaaaa. lamanya tak jumpa. nak peluk dia sampai meletop. heheh.
ok tu je bye.