random gambar

ni gambar2 untuk minggu lepas.
katanya aku ni kan suka tangguh2.
malas nak buat satu-satu entry. so aku kasi kumpul semua sekali je kan.

sapa yang rasa-rasa nyampah nak tengok asyik la cerita makan aje kan.
well. nak buat macam mana. tengok badan la kan.
dah katanya makanan adalah sangat men-terujakan. hahhaha.

aku ni ikut mood if nak masak. if malas tu memang tak dapat di tolong.
ikutkan nak makan kat cafe aje. tapi nanti noy tu emosi lak tak tunggu dia la apa.
tapi nak tunggu dia bangun. boleh kebuluran ok.
wah kebulur ke? macam tak percaya je kan.

tiba2 teringat ada cucur. yea terus melompat ke dapur.
dah lama ok beli. tapi tak buat2. bagus.
senang. kasi tuang. kasi letak air. kasi cucur. goreng. ngap2.



aku lagi suka kalau ikan bilis. ikan bilis punya dah makan kot.
tapi kita orang akan alter. tambah ikan bilis. kasi lebih ;p 
n if tgk kat fridge ada cili dah siap blend. kasi tambah gka. kasi pedas. nyam.
tapi hari tu takda. so mmg segera abis la.
hoh suka.

:: cicah ngan sos tomato. sukaaa. aku suka tomato. tak suka sos cili. ntah kenapa. ::

ni lak lauk2 mama masak hari tu.
dia suka semangat2 tau.
ikutkan dia nak buat pulut kuning n rendang.
sekali pulut takda. so makan ngan nasik aje. pun lazattttttttttt.

:: rendang daging ::

:: kangkung goreng ::

:: telur dadar ::
:: sambal belacan :;

:: ikan tenggiri masin :;

hoh sedap tersangt. sukaaaaaaaaa.
papa n noy keji ok.
dorang makan ikan masin tu. 
aku tak makan. aku mmg ikan masin n sambal belacan ni ikut mood je makan.
usually tak la. tak suka ok. dorang macam pengisa. penyedap.
kang tak pasal kau macam nak tambah2 nasik. so baik takyah kan.

anyway. dorang tanya la ni ikan masin apa.
aku cakap la ikan masin tenggiri. tak percaya ok.

noy : apa? tenggiri tu apa?
me : yang petak2. kau panggil ikan ninja turtle tu la. 
noy : tapi ni tak petak.
papa : ni bukan yang acu bagi ke?
me : tak la. acu bg terubuk. ni tenggiri la. ni bahagian ekor. mmg mcm ni la.
noy : mana ada la. tak pernah nampak pun mcm ni.
me : aku tau la. aku nampak kot mama masak tadi. dia keluarkan dpd bekas ikan masin mcm kita tu la.

tetaplah taknak percaya ok.
sampai aku tanya mama tu ikan masin apa.
mama cakap tenggiri baru nak percaya.
tah apa-apa tah.

tu takpa.
pastu tertido tgh hari tu.
wah tertido ke mmg kuat tido kan.
bangun2 je tengok mama buat lempeng pisang.
favourite. dah la lamaaaaaaaaaa gila mama lempeng. banyak la tu.
aku dah macam tak tahan ok.
aku cakap. dah-dah2 la tu kan.
baru la dia kata last.

siap je terus aku capai nak ngap.
terus kena jerit, " hoihh. amik la gambar lempeng mama. penat tau mama buat. ambik pic dulu baru makan"
citttt. potong stim tau.
terus snap cepat2.

:: rasa-rasa yang mana yang aku capai nak ngap tu? ::

siapa jawab yang paling garing.
ye. anda memang pembaca setia. tau-tau je i suka yang black2 kan. mueheheh.
sedap ok. aku suka. sebab macam keras2. krup krap. pastu tengah lembuts. 
oh me loike.

within minutes licin ok lempeng ni.
mama makan half je kot.
yang lain2 aku, noy n papa bedal.
pastu tergelak2 sendiri.
sebab bersilang2 tangan.
tiba-tiba terasa kita orang macam piranha ok.
letak je. zass.zasss.zasss. licin. 
pastu ckp kat mama. mama jawab, "sebab tu mama buat banyak. mama tau sangat. semua suka. papa aje oleh abiskan 4 keping."
ye kami mmg piranha.

:: teh tarik by yours truly. sedap weyh minum2 petang. layan ::

ni pulak masa aku teringin nak ayam penyet.
tapi kesepian. noy kerja.
aku jenis tak suka keluar sorang. or makan sorang2. macam pelik sangat ghupenye.
so harus bungkus ok. siap request nak sambal lebih.
selalu ala2 tak puas kan.
hambikkk. banyak gila ok dia bagi.
mmg puas hati la makan.



tapi tak larat abiskan sambal tu. 
3 suku je. lg suku tak larat.
sebab dah menangis2 ok makan.
well aku tak tipu bila aku cakap aku menangis makan.
tak caya tgk pic bawah ni. haha.
if besarkan can actually see ayaq mata ok.
mata still bergenang2 tu. pedas sangat.


:: excuse the ugliness ye ::

this was suppose to be a short entry.
tapi aku ni kalau dah bercerita mana nak reti sikit2.
ok la. tu je.
selamat tgh malam uolls.
it's halloween baybeh.
halloween la sangat. aku kat umah aje.
jangan tiba2 ada yang nak berparty kat umah aku sudah.
me alone. me cho sraced ;p




kempen PETRONAS The Road To Rewards

last Thursday, 28 october 2010, i was invited to the launching ceremony of "PETRONAS "The Road To Rewards" campaign.
awal pagi dah pergi. ni yang aku cerita mata terkulat-kulat je bangun pagi. ;p

"The Road To Rewards" merupakan the latest initiative daripada Petronas Dagangan Berhad untuk semua customer setia mereka sebagai tanda terima kasih.
so dengan ini, customer of PETRONAS berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah2 lain bernilai RM3 juta!


:: Speech by En. Zainal Abidin Othman, GM of Retail Business Division, PDB ::

kempen "The Road To Rewards" ni start daripada 1 November 2010 sampai 15 February 2011.
kesemuanya ada 14 minggu.

ni antara prizes2 yang boleh dimenangi.

akan ada a total of 30 Grand Prize Winners
  1. 3 x RM100,000 + 1 million Mesra points
  2. 12 x RM20,000 + 1 million Mesra points
  3. 15 x RM10,000 + 1 million Mesra points
Pemenang Grand Prize juga akan dapat hadiah tambahan kalau transaction dilakukan menggunakan PETRONAS Maybankard Visa credit card. hadiah merupakan.
  1. 3 x Rm100,000 + 1 million Mesra points + 1,000,000 Treat Points
  2. 12 x RM20,000 + 1 million Mesra points + 200,000 Treat Points
  3. 15 x Rm10,000 + 1 million Mesra points + 50,000 Treat Points
bukan tu aje.
ada sebanyak 565 Weekly Prizes untuk dimenangi oleh pemegang member kad PETRONAS Mesra.
hadiah2 merupakan.
  1. 5 x RM10,000 + 100,000 Mesra points
  2. 5 x RM5,000 + 100,000 Mesra points
  3. 555 x RM100 Gift Card
selain daripada itu. sepanjang promotion ni (1 Nov 2010 - 15 Feb 2011), pemegang kad credit PETRONAS Maybankard Visa boleh dapat 10X Treat Points setiap hari Selasa, kat mana2 pun station Petronas seluruh negara. :D



:: official launch by En. Amir Hamzah Azizan, MD/CEO of Petronas Dagangan Berhad ::


mesti ada yang tertanya.
kalau takda Mesra card tu takleh participate ke kan?
boleh. sebab Grand Prize dorang totaling close to RM700,000  in cash prize adalah open to all Malaysians.
tapi, korang tak berpeluang untuk menang yang weekly prizes tu la.
sebab tu, pemenang di pilih di kalangan Mesra card members aje.
sooooooooo, untuk lebih best. sila la mendaftar n dapatkan kad Mesra anda.
boleh apply kat mana2 Petronas station.
x susah pun. membership pulak is free for life.

macam mana nak sertai promotion ni? macam best je hadiah. mana tau boleh menang ke kan ;p so ni cara2 dia.

  • spend sekurang-kurangnya RM30 kat mana2 PETRONAS seluruh Malaysia. 
  • kena complete kan a simple contest form? borang peraduan. lepas tu sila stapler kan sekali resit anda.
  • kalau nak menang yang weekly prizes tu. masa buat pembayaran tu. sertakan kad Mesra ye. :D
korang boleh hantar seberapa banyak borang yang korang nak.
sertakan sekali recipt la. ye la. kita kan selalu je isi minyak or beli2 barang kat kedai mesra tu.
so tiap kali tu try la. mana tau. kalau rezeki. tak kena 8. tiba2 yang ke 9 tu menang kan.



:: Lucky Draw for Kedai Mesra Shopping Sweep ::

:: 6 that was chosen ::

:: Kedai Mesra Shopping Sweep ::

ok selingan.
masa kat situ ada game ni.
dorang di beri masa 45 saat untuk shopping barang2 apa yg ada tulis kat list.
takleh lebih RM200. 
so main la game2 itu.
while dorang main aku snap2 gambar. ;p

:: 3 pretty PDB girls ::

:: ok it was suppose to be RM30. tp terlindung lah ::

:: yang menang game Kedai Mesra Shopping Sweep. syiok. ::

anyway.
itu ke kot. hahah. dan-dan selingan kan.
tapi tiba2 lepas tu tak tau nak sambung apa.
so apa lagi. jom la try our luck n join kempen ni. :D

kalau rasa-rasa macam tak faham je apa yang aku merepek ni.
korang boleh pergi ke sini untuk lebih infomasi ye.


or boleh contact Mesralink at

1 300 88 8181

ok tu je. 
bye-bye.

rasa x best :|

malam kelmarin.
kan patut kena tido awal sebab aku ada event.
entah kenapa takleh tido.
ok mmg la selalu tido lambat kan.
last2 tido kul 6 pagi okeyh. bangun pukul 8.30 am. nice.
itu pun snooze every 5 minutes dpd kul 8. annoying.

anyway, tapi malam tu tiba2 datang rasa tak best.
tau x rasa tu? macam rasa berat aje. ok mmg la aku berat kan. mcm x biasa pulak. ;p
but im talking about hati. rasa semacam aje.
tak tau apa la. semua rasa x kena.
pastu emo-emo. tak nangis lagi la.
tapi rasa tu ada. tah apa-apa tah.

tengah layan perasaan tu. sambil2 update la status macam tajuk entry ni.
sekali komen daripada rolex masuk.
nasib ada kawan burung hantu jugak :D

oh nama aku terpaksa cover.
jaga privacy dorang. mana tau orang tak suka kan.
anyway nak baca besarkan.


haha tak suka kan dia.
suka merepek2. sakit kan hati.
tapi lawakkkkkkkk. 
kira semalam daripada aku emosi n tak sedap hati.
terus ceria balik.
itupun nasib dah malam. so angkatan mafia yang lain2 dah tido.
kalau takkkkkk. dorang pernah bersembang n merepek2 sampai dekat 100 comment kat status ok.
aku dah siap ngamuk2 pun x layan. 
annoying ok. asyik dapat fb notification kat hp.
tapi dorang menceriakan la bila kau memerlukan.

tapi tiba-tiba terfikir kan.
i mean aku memang lupa betul la method masak air pastu tuang dalam baldi tu.
ye la. dah dicemari ngan teknologi. ada water heater semua kan.
tapi ngan aku yang kurang rajin ni. 
mmg kirim salam la aku nak buat kan. 

pastu ada sembang2 ngan mama.
cakap pasal isu komen tu.
dia kata la sedih la bla bla. tapi aku faham kot maksud dia.
ok aku kadang2 rasa la sikit2. tapi aku ok lagi. aku muda. aku cerita benda biasa2.
kadang orang tak tau nak komen apa pun kan.
tapi macam mama. if dia buat episode2 dia tu. mmg amik masa.
berkerut2 muka n kadang2 termenung dia nak ingatkan cerita lama dia.
kesian. kadang2 if tak sihat dia tak sanggup nak update pasal episode. 
sebab dia kata penat nak fikir semua.
then bila publish. alahai sedihnya comment.
berapa kerat aje.

pastu cerita tu abis.
mama cakap la. kelakar dia baca komen2 rolex kat status aku.
aku cakap la. aku pun suka. dpd emosi terus jadi ceria. mmg membantu.

kesimpulannya. macam setengah2 orang komen kat blog aku cakap.
aku tak sedar ngan entry2 aku. aku dalam diam bagi inspirasi kat orang la apa.
walaupun aku rasa kelakar. sebab inspirasi apa yang ada kat blog merepek ni kan.
tapiiiiiiiiiiiii. memang la aku tak tau. dah korang x komen kan.
dah tahukah anda. komen2 korang adalah menceriakan aku.
macam bagi inspirasi n sedikit sebanyak semangat lebih2 la nak cerita itu ini.
walaupun kadang-kadang x reply. eh jap kadang2 ke? mcm selalu je.
eh tapi lately aku dah rajin sikit balas kan? kan?

aku pun x tau la apa motif entry ni.
saja nak share komen rolex yg kelakar itu. oh n yg bawah merepek tu lomak. haha.
n sambil2 tu aku bagi hint. ;)
hint apa? loh penat aku cerita panjang lebar tak tau moral of the story.
sedih ok. *wah tiba2 aku nak drama gak*

fuuuckkk. aku kena tido la.
tiba2 aku mood ceria. 
bayangkan aku tido dua jam aje.
then aku tak tido2 langsung. siap pergi swimming. lap 5 kali. ceh 5 kali je.
masak2 semua. ni dah kul 1am tak tido lagi.
padahal esok kena bangun awal gak. ada event.
sebabbbbbbbbbb. noy ngan rajinnya buat nescafe setengah jug ok.
pastu aku kena perabih. ada la 4 mug aku minum. bagus.

aaaaaaaaaaaa. kenapa takleh stop ni.
tersasar jauh dah entry ni.
ok la. byeeeeeeeeeeeeeee.

nota buntuit : mesti pelik2. apa aku cerita ni. kejap malam. kejap pagi. padahal ni dah kul berapa. well its an auto publish entry la obviously. ingat nak terus publish. tapi kang kacau cerita expose mistik tu pulak. eh dah baca cerita tu? aku rasa mcm scary aje. shittttttt. there we go again. i cannot stop typing. ok la bye.

nota buntuit goyang-goyang : hahahhaa. konon macam p/p/s la. kehhh. ok kali ni berhenti betul2. kang aku sambung tak tau nak tulis nota buntuit apa pulak lagi. fock. bukan aku kata nak stop ke tadi. ish. seriously. nescafe adalah tak bagus. dia bagi aku keceriaan terlampau pulak. takuit. aaaaaaaaaaaaaaaaa. STOP. STOP. this time it's for real. ok byeeeeeeeeeeee :D


expose mistik : nenek kebayan & "nak buat kawan".

salam.

hye kak peeja, sy tahu blog kak peeja dari cg saye, sbb sy bminat sgt bce2 citer hantu ni. hehe. 
sy nk share cerita ni.

sy ade sorg kakak sdare ni. sampai sekarang die da tak betul. die ni wak2 kecik2 suke bmain sorg2 tak silap sy. satu hari tu, die slalu ckp kat mak die, ade nenek kebayan main dgn die. mak die buat tak tau je. kebetulan, dorg bru pindah rumah wak2 tu. tbe2, dorg perasan yg kakak sdare sy ni hilang. cari punye cari, tak jmpe. siap call police lg. tbe2, jmpe die bawah meja. die ckp nenek kebayan ajak die main. mereka semua pelik ler. lps kejadian tu, die da jd macam tak btul. skrg ni, die slalu bgn mlm2 n makan kat dapur sambil tutup lampu. sy pn seram nk jmpe die. itulah kisahnye.


from me :)


-falina fleena-


.....................................................................................



Salam kak peeja. Saya ni silent reader peejburhan yang setia. (ececeh). So, nak berkongsi la sket crite tentang mistik-mistik ni..maka bermulalah al-kisah yang sgt panjang..sila tarik napas panjang2 dulu..
 
Kisah 1
 
Kes ni jadi masa zaman kat boarding school dulu dkt Muadzam Shah. Tahun 1999, masa tu form 1. Kalau nak tau, Muadzam Shah ni kawasan baru bukak (zaman tu la). Supermarket pun takde lagi. Jadi masih banyak la kawasan-kawasan hutan tebal yg belum diteroka. Dan sekolah saya ni pun boleh dikategorikan sebagai baru, sebab baru 4 tahun beroperasi. Keliling kawasan sekolah ni pun hutan-hutan lagi.
 
Nak dijadikan cerita, masuk-masuk je sekolah ni memang dh rasa tak sedap badan. 1st day kelas dah demam-demam. tak taulah sebab tak serasi (ke sebab tak penah duk jauh ngn mak). Masa demam tu mmg agak teruk la, sbb temperature tibe-tibe naik sampai tak larat nak bangun. Dan demam tu melarat la sampai seminggu. Jadi, dalam masa seminggu tu kalau time kelas prep petang dari pukul 2 sampai 4.30 saya akan stay kat bilik sakit kat hostel. Sorang-sorang. Dalam bilik sakit tu, ada 3 katil single. Selalunya saya akan baring kat katil yang paling dekat dengan pintu. Satu hari, dalam tengah mamai-mamai, saya beralih mengadap ke katil sebelah. Tiba-tiba boleh ternampak mcm bayang org berbaring kat bawah katil yg kedua. (Sekarang ni pun dh terasa macam meremang2). Nak sedapkan hati, cakapla kat diri sendiri, demam sbb tu nampak bukan-bukan.
 
Tak lama lepas tu, kiranya dah baik demam la. Ada satu malam, terbangun nak terkencing. Toilet lak kat ujung blok. Kejutkan sorang roommate ni, nama dia Kak Azie mintk temankan pi toilet. Jadi saya dan dia berjalanla bersama-sama ke toilet. Tapi yang pelik, dia senyap je. Tak cakap apa pun. Jalan pun pandang depan je. Sampai kat toilet dia pun masuk sekali. I mean, sebelah2 la kan. Dah selesai urusan, pi dekat sinki nak cuci tangan. Tapi Kak Azie ni tak kuar-kuar lagi. Sementara nak tunggu dia setel, saya cuci la muka sekali.
 
Kalau cuci muka maknanya muka kita akan menunduk ke bawah kan. Bila angkat je muka tgk kat cermin. Setongkol kepala sahaja kt belakang saya. Kepala sahaja ye.ngn rambut panjang lidah terjelir. Memang tergamam. Dan imej adalah sama mcm yg saya nampak kat bilik sakit. Cuma yg ni dia tinggal kepala je. Tapi benda-benda macam tu biasalah sekali imbas je. Terus lari tunggu kat luar toilet. Yang Kak Azie ni still tak kuar-kuar lagi. Sudahnya saya tinggalkan dia balik dorm sorang-sorang. Yang bestnye, masuk dorm tgk dia sedap tido. Jadi dalam kepala pikir, mybe dia yang tinggalkan saya sorang-sorang. Esok pagi-pagi tanya la kat dia, "Apsal akak tinggal saya kat toilet semalam sorang-sorang?". Kak Azie buat muka pelik sambil cakap,"Bila awak kejut akak?", mau tak berderau darah time tu. Sape lak pulak yg baik hati teman saya malam tadi.
 
Cerita tak habis kat situ. Demam plak makin menjadi-jadi. On off. Kadang2 sampai meracau2 kalo dh teruk sangat. Budak-budak dorm la yg tolong jagakan. Pi klinik doctor tak suspek apa2. Nak kata denggi pun bukan. Sudahnya tak tahan, mengadu dekat sepupu yg tinggal dekat Felda Keratong. Sebab parents jauh kat Kuantan. Jadi, sepupu ni bawak la pi berubat cara tradisional. Manela tu kan, masuk kawasan baru kitorang ni kan kampung sket. Pergila jumpa sorang pakcik ni, tak taula ustaz ke bomoh ke. Tapi ingat lagi masa berubat dengan dia, dia banyak baca-baca ayat Quran. Dia bagi air tawar la. Dia cakap "benda" dekat kawasan situ nak berkawan dengan saya. Memang taknak la kan, nak kawan ngn benda2 tak nampak ni. Konon2nya, masa berubat tu pakcik tu cerita "benda" tu siap marah2 dia sebab halang "benda" tu nak berkawan ngn saya. Taktau la betul ke tak kan.
 
Dh habis berubat, balik lah ke rumah sepupu ni. Kitorang tido ramai2 kat ruang tamu. Saya, wife dia pastu 3 orang anak-anak dia. Esok nya boleh wife dia cerita kat saya, malam tu dia terjaga nampak ada pompuan pakai serba putih berdiri kat hujung kaki saya mcm marah2. Agaknya tu la kot rupa "benda" yg admire kat saya tuh. Sejak dari peristiwa tu, tibe2 macam ada six sense. Kalo pergi tempat pelik2, mmg boleh ternampak la "mereka' di mana-mana.
 
Kisah 2
 
Tapi yg paling horror masa Persatuan Pengakap Daerah buat camping sekolah kitorang. Kat tepi sekolah ni satu kawasan macam tasik kecik. Dan tengah-tengah tasik tu ada kwsn tanah macam pulau. Diorang ber camping la kat situ. Ada sorang ustaz dh nasihat jgn buat kat situ, tapi cikgu penasihat ni macam berlagak-lagak nak buat jugak kat situ. Sudahnya, tak payah tunggu lama-lama malam tu juga budak2 pompuan kat hostel kena histeria. Yang stok2 menjerit macam dlm cerita Emily Rose. Dengan kekuatan melampau-lampau, Kalau setakat sepuluh org pgg mmg confirm melayang sorang-sorang. Mmg sangat seram. Satu malam je sampai 5 6 org kena histeria. Macam berjangkit-jangkit. Bukan 1 malam je yg jadi, kalau tak silap bnda ni berlarutan sampai 3 4 malam
 
Benda ni jadi start dari pukul 10 malam sampailah ke 3 4 pagi. Kitorang mmg standby Surah Yassin siap-siap. Kalau dengar je ade yg menjerit, ramai-ramai pakat buat bulatan baca Yassin kuat-kuat. Semua dorm buat mcm tu kecuali dekat dorm budak yg kena histeria tu sbb diorang kena tolong ustaz nak sembuhkan budak tu. Kadang-kadang lepas Asar pun boleh jadi. Mmg dalam tempoh tu boleh nampak la tiap-tiap ptg parents datang amik budak2 yg kena histeria tu.
 
Yang saya makin lama makin lemah, badan makin sakit2. Sudahnya pindah balik ke sekolah dekat dgn rumah. Ingatkan lepas pindah tu, sekolah tu dh ok. Tapi dgr cerita dari roommmate lama, sampai kena pggil Ustaz Harun Din nak setelkan "benda2" tu. Sampai kena guna 2 bijik bas la nak pindahkan makhluk2 tu. Tu pun still ade yg degil takmo pindah.
 
Ingatkan manusia je yg degil tak nak pindah. Rupa2nya mahkluk2 len pun sama gak.
 
Sebenarnya banyak lagi nak cerita, masa zaman blaja kat Poli Shah Alam pun penah kena. Tapi stop dulu la sbb dh pjg berjela ni. Nanti2 saya emel lagi.. =p
 
Last but not least, terima kasih kerana sudi membaca.
 

.....................................................................

huish.
cerita dpd falina tu macam kesian kan.
i mean tak pasal jadi macam tu.
tapi. entah2 dia ok kot. tapi mcm cerita omputih. 
kan kalau dia nampak2, orang mcm tak percaya. pastu orang kata tak betul.
tapi ye jugak kan. makan malam2 tak bukak lampu gelap2.
mcm scary aje. tsk.


cerita asrama ni best.
mmg seram.
sebab bukan typical cerita2 asrama yang selalu dengar.
tapi dapat rasakan saat2 tu.
sebab sama la. aku ni buntuit tak berajar.
tgh2 malam nak terberak sakan.
tapi usually tak pernah kejut sesama.
mmg pergi sendiri je. haih.
nasib la tak terserempak pelik2 
mintak jauh plisssssssssssssssssss.

as usual. sesiapa nak share cerita hantu boleh email ke.

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com

wokeh.
selamat berexpose mistik semua.
baik2 nak tido tu. check2 bawah katil. muahahahaha.
aku takpa. aku takdak katil. ngeeeeeeeeeeee. *ayat nak sedapkan hati sendiri. padahal penakuit jugak.*

hari yang panjang

letih jugak bangun awal ni.
well bagi korang2 tak awal la kot.
tapi bagi aku awal la. katanya burung hantu kan.

selalu if event2 ke, nak jumpa orang ke. mesti pagi kan. :|
macam last sunday pun sama.
kena jumpa someone pukul 12.30pm.
ok mmg la dah tengah hari.
tapiiiiiiii. kena bangun awal kan. nak mandi. nak siap.
nak drive ke destinasi semua.
nasib sampai on time.

sementara tunggu tu. makan kat secret recipe. :D
so terus jumpa sana n pass2 barang.


gila muka bangun pago mata sepet.
takleh cover. lantak.
oh this is what i had.
tak tau mau makan apa.

:: green apple limau kasturi. sedapppppp ::

:: black pepper chicken rice. eh apa nama. rasa mcm salah aje. ok la. tapi masa makan aku rasa pelik-pelik. entah kenapa.  ;p  ::

then tengah nak pergi pets wonderland. 
nampak property punya expo. menyinggah.
best. tapi kebanyak rumah semua jauhhhhhh belaka.
shah alam, nilai, kajang.
yang kl ada kat mont kiara n ara damansara rasanya.
n rasanya harga berapa? 
of coz from rm1-4 million. terima kasih.

beli barang2 sikit kat pets wonderland.
then off we go. matiklah kejap je pergi.
pergi pun semata sebab kena jumpa orang.
kalau tak kosser mak nak bangun awal redah traffic segala.

then blk umah. ajak mama keluar. dia takmo pulak.
ok bukan takmo. dia kata nak keluar.
tapi nak tunggu dia siap letih ok.
tak siap pun. dia dok je mengadap pc dia.
nasib petang tu huda bbm. cakap nak lepak. yeay.
lama tak jumpa mereka.

last week ada dia kata nak jumpa.
tapi dengar noy takda. kira aku sorang aje. dia cancel ok.
sangat keji. fineeeeeeee. taknak lepak ngan aku je la kan.
dia kata rugi. jarang lepak. if lepak biar meriah. banyak la.
ice pengkeji. huda tak. dia sweet.
tapi dia mendengar je kata. suami. pffffttt.

memula nak lepak makan heavy2. macam tomyam2.
tapi petang tu hujan lebat la pulak kan.
so ke jj au2 aje. :)
makan kat sakura kristal.


:: noy makan nasi goreng indonesia. ::

:: beef gravy - yee mee ::

tekak mau assam laksa sebenarnya.
tapi laksa senang dapat.
yee mee ni ada kedai2 je kan.
so order ni. nyam nyam. sedap. saya sukaaaa.



galok bersembang.
tah apa2 cerita aje.
pastu dah lama baru teringat nak suruh noy snap kan gambar aku.
tapi apa punya cara tah. dia amik macam ni.
terima je la yea.


tah bila-bila nak lepak lagi.
dorang pun busy2 sekarang dengan renovation umah dorang.
tapi seronok. sebab bulan nov ni akan cuti sama-sama. yeay.
paling tak boleh blah. balik tu.
tiba2 huda bbm. dia kata, ice cakap muka aku berseri-seri.
aku dah macam, eh tebiat ke apa dia ni kan. seri apanya.
pastu dorang kata seri pengantin.
wahhhhhhhhh over ok. lambatttttttt lagi kot.
tiba2 nak seri-seri. sepak laju-laju baru tau.

ok la. takleh lama2.
banyak benda mau buat. n mau tido awal.
esok ada event di pagi hari. tsk.
ta-ta

little babies

haha. cerita kucing lagi.
sorry la kalau ada yang menyampah.
lantakkk. wah tadi sorry. tiba2 ni lantak pulak. ;p

aku suka la kucing.
ok tak obsessi. tapi sangat sayang. geram sangat tengok.
dua kenit dah besar n tombam.
serious rasa nak penyet2 aje. hmmm. tak tahan.

ada sekali tu aku bangun.
online macam biasa.
tapi si yoki ni asyik memekak aje. ngiau sana sini.
aku dah macam tak faham. apa kena dia ni kan.
nak kata lapar. aku dah bagi makan.
dia bising2 ngadap cat condo tu la.
pastu aku check la. tengok anak dia takda.
yang aku carik lulu tak jumpa2.
aku dah cuak sebab takut lulu makan anak dia ke apa.

terus call noy. sekali noy kata anak dia belakang langsir.
dia alihkan anak dia kat situ. sewel.
agaknya dah sempit kot. anak2 dia makin besar.
tu takpa. pastu aku tgk sepi aje.
tengok lulu memang takda.
dah cuak2 jugak la. mana pergi.
lulu ni bukan betul. suka buat adegan bunuh diri.
sesuka hati nak panjat2 tingkap. nasib perasan.
kadang2 if toilet punya pintu tak tutup. tgk elok dia bersantai kat tingkap tgk permandangan.
ish sesuka hati tau. kalau jatuh tu berkecai ok.

ok aku carik2 tak jumpa.
aku kan suka drama kucing. so aku macam terbayang.
yoki bising sebab nak bg tau lulu dah bunuh diri ke apa ke.
last2 jumpa dia kat bilik. terkurung. tah berapa lama la.
nasib tingkap semua tutup. hmmpphhhh.

anyway. hari tu mama ingatkan pasal bakul ni.
so terus amik n bagi dorang pakai.
dulu beli untuk chombii. tapi dorang tak suka.
omg. boleh tak last post tu aku cakap pasal kucing aku betina tahun 1994.
yang tu kitty. serious lupa pasal chombii. keji aku nih.
tapi chombii memang takda la darah ni. dia bersihkan kot.
oh thanks untuk semua yang komen bg info. membantu.
takda la aku macam terkejut2 aje.

sejak kenit2 tu dok tepi langsir ni.
sangat geram. duduk2 asyik terpandang.
dah la sekarang dah montel n gebu semacam aje. tak tahan.
terus aku amik bantal n meniarap mengadap dorang.


:: 2 gebu sedang tidur nyenyak ::

:: penyebuk ok. kalau tak elok dia main2. tgk aku ngadap anak dia. terus dia lompat masuk bakul. eleh macam orang nak curik anak dia pulak. ::

:: tak tahan sangat. terus grab puteh n bagi dia tersadai :D ::

oh mama suruh bagi ni nama puteh.
sempena arwah maktok.
siapa dah baca blog aku lama tau kot. kalau x ingat nasib la.
pasal entry nak bg nama kat sucre. punya la payah.
pastu bila dah dpt nama. bg tau maktok.
maktok pun ye ye la cakap ok.
sekali end up sampai sudah dia panggil sucre putih. heheh.

so ini adalah baby puteh.
cea saja je ejaan bagi classic sikit. ;p

:: too cute kan. how can u not love looking at this face. ::

:: ngantuk sangat dia. sampai buat apa pun dia ikut aje. eee geram tau ::

:: si yoki muka tension n tak tentu arah aku kacau anak dia. tah pape tah ::

:: ni masih tak tau nama. tapi aku panggil ceporeng. sebab muka dia comot2 ::


susah nak amik pic dia ni.
sebab dia jaga pulak. so asyik nak gerak sana sini. payah.
time ni elok dia tido. tak gerak. 
elok nak amik shot elok. sekali si yoki tu sibuk nak jilat2 pulak.
sebab tu la gegar2 n anak dia terus terjaga. 
so kepala tergeleng2 kat sana sini.


dah jaga terus isap nenen.
hoh. cepat la mereka besar. mesti geram tengok dorang main-main kan.
rasa macam. haih banyaknya kucing.
rasa nak give away aje.
tapi. bila asyik mengadap aje. terus rasa macam sayang.
hope dorang tak nakal terlampau la kan.
ah suka.

nasi lemak taman bandar

dah sekian lama mengidam nasi lemak.
aku tak tau area sini nak carik nasik lemak kat mana.
ok sebenarnya if carik mesti jumpa. tapi tak pernah cari pun. ;p
anyway. sebenarnya paling teringin nasi lemak city garden.

tapi adalah tak berani nak menyuarakan kat noy.
dia tu timing merepek sikit.
if mood baik. bagus la.
if mood dia tak baik. aku cakap teringin nak makan apa2.
mau kena maki. mula la dia bebel2 cakap, "mmg takkan kurus la kau. memanjang teringin. macam tak pernah makan. bla bla bla"
seksa ok.

sekali tiba2 dia yang suggest nak makan tu.
alangkah gembiranya. rasa nak menari goyang buntuit aje.
tapi ala2 coverline la kan.

noy : saya nak nasi lemak city garden la. kau nak?
me : aku ikut aje. kalau beli aku makan la.

wah ayat. macam di paksa2 kan.
rasa nak sepak muka sendiri laju2. haha. ;p
tapi pergi sana adalah tak best ok.
sebab kawasan tu adalah port rempit.
kau boleh jumpa 4-5 group. satu group paling sikit 15 orang ok.
tak ke trauma. hmphhhhh.
tapi mau makan punya pasal.

so if korang teringin. baik bungkus n makan kat rumah aje.
lepak sana adalah membinasakan. wah binasa katanya.
so beli-beli. terus gerak.
of coz ada la suara2 remps tu. buat bodoh je jalan laju2 pergi kereta. scary.


kita orang beli sekali sambal ikan bilis petai goreng tu. sedappppp.
tapi mahai. sesenduk rm3 ok. kita orang amik 2 senduk.
siap ratah2. sedap sangat.
esoknya pulak boleh dating.
merasa, sekarang dotdot panggil aku petai kesayangan.
sebab dia kata aku bau petai. terima kasihhhhhh.

sangat heaven. sumpah sebungkus tak cukup.
kalau zaman dolu2.
papa if keluar minum ngan kawan2 dia.
mesti dia balik bawak 20 bungkus. pukul 3 pagi pun sanggup bangun makan.
if papa beli. aku boleh makan 4 bungkus sekali gus ok.
siap esoknya pagi makan lagi 2 bungkus. dasar buruk lantak.
sedap ok.

masa makan ni sedikit sedih. sebab teringat kat arwah maktok. :(
sebab dia suka nasi lemak ni.
if papa balik tu. mesti kita orang kejut dia.
terus dia bangun kumuh2. makan sama-sama.
al-fatihah.



tapi time tu noy cakap.
dau bungkus je cukup kan.
aku cakap cukup. tsk. padahal celah gigi je nok.
kang aku kata nak 3-4. kena tempeleng pulak kan.
tapi noy makan satu aje. muehehehe.
so merasa esoknya sarapan aku makan 1 lagi tu. weeeee~

oh one thing aku suka pasal nasi lemak ni.
kata la kau beli kul 2 pagi. panas2 lagi.
tiba2 kau rasa xmo makan.
esoknya kau nak makan kul 10 ke 11 ke.
Insyallah elok lagi la. so syiok ok.
takda basi ke apa. oh suka.
aaaa..aku cerita2 ni tiba2 aku teringin. pfffttt.



oh kalau pergi sana.
sila la beli sekali teh ais dia ok.
sedap nak mampuih.
sebab macam teh kampung tu. terasa teh dia. terbaik la.
oh aku load gambar ni tadi.
terus aku masak air ok.
sebab teringin nak minum teh ais di malam hari. ;p

ok tu je.
sapa pernah makan. betul tak best?
siapa tak pernah. sila la try. best.

wedding ernie & shahril

so last saturday pergi ke wedding.
papa ni pagi2 dia dah kejut.
ayat biasa. bangun, mandi, gosok gigi, berak. haihh sabar je la.
tapi takda makna. lepas letak telefon aku sambung tido balik. haha.
terjaga balik kul 12. nice.

so siap2 semua.
dalam 1ish gerak.
pergi ngan mama, papa ngan noy.
tu la je pun. PG ni mana nak ikut.
ayol lak kat melaka.


sampai tu. pengantin pun baru sampai rasanya.
tengah busy ngan tol-tol.
aunty maz ni orang johor. so harus ada tol-tol tu kan.



sanding2.
haha aku yang tukang tengok pun segan aje.
sebab serious macam tak tau nak buat apa kan.
aaaaahhhh.. malu. motip aku nak malu lebih2?

aku dah cakap kat mama. i dont want segala berarak, kompang2, sanding2.
aku nak nikah n makan2 aje. thats it.
mama seems to agree with it.
tapi ramai kawan2 aku kata. takdanya. sebab mak2 suka lebih2.
aku pun confodent cakap. tak. mama ok. dia kata idea aku ok.

sekali balik dpd wedding ni.
aku cakap la sbb tu tak suka sanding. malu la orang amik2 gambar2. kerumun2. 
tak tau nak sengih ke. nak apa ke.
tiba2 dia kata, mana boleh. sanding sekali je seumur hidup.
whattttttt??? i maluuuuuuuuuu
takpa lambat lagi kan. takmo pikir sekarang.

ok sambung.
motip tiba2 cerita pasal diri sendiri? hahaha
ok lepas tgk pengantin. terus serbu makan. kelaparan.

:: cak lem pong. sukaaa. tapi dorang blk awal la. 2ish dah gerak ::

:: food spread ::

:: gambar terbalik. ayam masak tomato kot, daging masak entah, n papadom. ada acar. tapi tak amik n ada buah. pun tak amik ::

aku kata je lapar. sekali makan tak abis.
perut dah masuk angin sangat kot.
yang mama dia boleh mintak nak tambah nasik.
dah la jauh. sapa lak nak berjalan amik kan.
tapi kesian pulak. putus suap dia.
so aku suruh amik half nasik aku.
bagus gak. sambil dapat pahala*wah nak jugak kan* sambil makan sikit.
konon diet. diet laaaaaaaa sangat.


:: me n mama. the best mom anyone could ask for. seriously  ::

:: my n my kominyo. my lobster. pergi mana2 pun nak kepit2 ::

:: perempuan over yang makan pun pakai sunglass. pastu orang cakap ngan dia tak faham. pastu aku sound suruh bukak. ye la. dia dah tentu nak baca lips orang. tp tak nampak. ciitt ::

:: noy ni semua benda dia nak snap ::

:: favours ::

:: with the bride & groom ::

:: makan beradap ::

noy tah apa2 ok.
masa balik tu.

papa : kau ambik gambar ngan pengantin.
noy : ambik. masa dorang makan mengadap
me : makan beradap la noy.
noy : sama la tu. beradab ngan mengadap. meja dia ngadap2.
me : mana sama. mmg la ada meja yang mengadap. tapi dia dok sebelah2. mana ada mengadap. n mmg nama dia makan beradab la.
noy : whatever. macam2 la melayu ni. beradab la mengadap la.

haha. bengong. ikut suka dia je nak sebut apa.
if orang betulkan taknak terima.
adik sapaa la tu.


:; mama- uncle zahir - papa - uncle hamzah- uncle (dato') rozi. tgk la papa tu.tak reti dok diam ok. time tu dia sibuk nak save contact number kawan dia ::

:: hahaha. masih gigih. lamaaaaaaaa gila ok. papa tka pakai spec kan. so x nampak. so sepuluh kali dia salih salah. uncle tu cakap 012. dia typr 014. last2 kita orang kena tolong. comel aje papa ni. tapi tak reti dok diam. if tengok gambar2 dia gath ngan kawan dia. gambar org normal. gambar dia bergerak2. tengah pandang org la. cuit orang la. ::

:: mama n papa ngan mak n bapak pengantin. uncle zahir & aunty maz ::

:: nampak macam anaik yang baik je kan siap pimpin mak. jangan tertipu. kadang2 sampai merajuk mama. sebab aku suka marah2 dia sebab dia slow. haha. slow ok. kalau lumba lari ngan semut pun semut menang. haha. matiklah derhaka kutuk mak sendiri. *petirrr*  ::

:: favourite women in my life ::

time ni noy bengang aje sebab aku terlindung sangat.
haha aku tak reti budget la. janji aku leh nampak camera. aku rasa aku dah masuk la kan.
rupanya terlindung. hampeh.
so snap sekali lagi.



yeay. jadi.
tapi kenapa tiba2 ada anak angkat kat tengah2 tu.?
motip nak posing sama?

ok tu aje.
aku ucapkan ernie n shahril selamat pengantin baru.
semoga dorang bahagia hingga ke akhir hayat.
cea macam dia baca blog aku.
takpa. ni dia daripada aku. Aminnnnn.