#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

bergumbira bersama teman-teman. haha rasa nak lempang tak tajuk ni? sopan betul. ;p

ok aku katanya pemalas benar.
cerita jumaat lepas. hari ni baru mau update kan.
kan ice ajak keluar tu.
nak ajak jumaat. isnin dah book. macam la aku busy benar kan.
hahhaa. sebab tau perangai aku yang tak suka last minute kot.
sebab tu even tho aku cirs birs. aku tak cancel. tak sampai hati.
sebab awal gila kot dia dah ajak.
dah la the night before shawal siap bbm nak book ticket semua :)

oh aku kan takda camera sebab noy bawak gi kuwait.
noy mmg suka beli tp tak pakai. so dia bg aku.
so lumix bg la papa n mama guna.
tp bila noy ada event apa2. dia pakai la camera blk.
tinggal la aku ngan takda apa.
so masa keluar. siap pesan kat ice. suruh bawak camera. keh keh. sesuka hati.
so gigih la dia bawak n snap2 pic. dia lak ingatkan. :)
bagus kawan aku sorang ni.

janji jumpa 5ish kat gardens.
so budget la keluar rumah.
ok la jalan masih ok.
tapiiiiiiiiiiiiiii. sampai garden parking penuh ok.
dah la aku gatal naik p1. xmo ke p4.
pastu aku pusing2. aku tak tau nak turun ke level bawah semua macam mana. tsk.
tau la parking gardens tu. confusing betul. tak suke.
sumpah rasanya 20 minit pusing takda parking kot.
dah macam baca2 ni. konon2 dapat la parking kan.
siap depan aku 3 kereta dapat slot ok. aku tiba2 tak dapat.
sampai la last2 aku cakap, " ishh. kecik hati la ngan tuhan"
hahah bengong gila. lepas tu terus dapat ok.
terus menyesal n mintak maaf sama tuhan ;p

elok aku sampai ice pun sampai gak.
dia pun berpusing carik parking. kehhh.
aku ngan dia aje. yang shawal tak turun2. lama gilaaaaaaaa.
yang huda lak ada department dia punya apa tah kat hotel boulevard.
aku masa shawal nak confirmkan ticket. tau 3 tiket terus tanya huda takda ke?
shawal kata takda. terus aku sms ice tanya. kenapaaaaaaaaaaaaaa???
aku rindu huda. wah tiba2 nak emo kan.
rupanya huda ada benda lain. so later baru join. fineee.
ingat dia tinggal tak bawak huda ke apa kan.

lama gak la tunggu shawal.
so gossip ngan ice je depan air pancut. haha.
perut lapar bukan main ok. tp shawal lambat gila.
aku kan cirs birs. so mmg x makan apa.
bayangkan before keluar tu aku makan apple je seketul.
last2 jumpa kat boulevard hotel tu je.
sebab nak pass baju kat huda.
sambung gossip lite2 kat situ.
dan snap2 pic :D
gigihhhh.


:: aku suka meja tu. lawa kan. mcm dpd seketul pokok jd meja. artistic betul. :) eee gila jahat. penat dorang posing aku cakap pasal meja. ::
:: bersama huda kesayangan :)  ::

oh ice tiba2 datang angin mau belanja aku n shawal tgk movie n makan :)
since tak sempat makan.
kita org beli 1901 n popcorn semua.
terus masuk cinema awal2. n makan.
iklan pun belum keluar semua dah makan habis. huhuhu.

kami tgk cerita sorcerer's apprentice.
bg aku cerita dia best.
lawak. entertaining la.
kira tak rugi la tgk.
tp jangan la espect cerita ni macam harry porter ke apa. mmg tak sama la.
ni disney kan. tp puas hati la. takda la menyesal keluar duit tgk kan.
tambah2 kalau bukan duit kau yg keluar. lg la rasa bertambah best kan. :)

abis movie jumpa huda.
then kami ke murni.
shawal bawak pergi murni baru. kat aman suria ke apa nama dia.
nak suruh aku gi sendiri mmg tak reti la. ke dalam sangat.
so konvoi kereta la. walaupun tempat dia terperuk. tapi tetap ramai gila.
aku pernah pergi sekali aje. so mmg tak tau nak order apa.
banyak sgt best rasa juling2. perut lapar kan.
so shawal suruh order nasi goreng chicken chop. dia kata ok. portion ok.
sekali dapat. haaaah kau. banyak gilaaaaaaaaaaaaa.


:: lazattttt ::

tapi aku tak larat abiskan. so aku makan nasi half aje. n chicken chop tu pun half. ;p
takpa. aku tak bazir ok. sebab shawal abiskan balance tu :)
oh shawal ada order nasi goreng meletop x silap.
my god. sedap gila ok..... pedas melampau. nasib mengenangkan diri cirs birs.
tp if pergi lg aku akan order itu.
oh mihun siap pun nampak best. nyam nyam.
tapiiiiiiiiiii. paling best yang ini.


:: mango special ::

sedapnya. mango blended. dalam ada tembikai, nata de coco, longan.
nak menangis minum ok.
tp manis la. cea konon. tetap licin aku bedal. nak lagiiiiiiiiiiiiiiii.

:: shawal ni suka buat muka macam tu. tak faham ok ::

oh sangat lama lepak.
sukeeeeeeee. tapi still rasa tak puas n rindu mau lepak lagi.
how la kan. oh tiba2 tgh type ni rindu jonet pulak. 
hish macam2 rindu ni. 
takpa. esok jumpa mereka2 lagi. ada wedding. 
lepas tu session lepak ok ke takpa???

ok dah abis cerita.
happy weekends everyone.

kalau rezeki tu. dari mana-mana pun dia ada~

this week mmg aku tak luangkan masa mengadap pc la.
so mmg takde la aku blog hop ke apa.
aku ni blog sendiri pun malas. nak blog hop lagi la kan.
sampai la aku terbaca tweet salah seorang yang aku follow pasal isu2 nuffnang ni.
aku dah macam. apakah kekecohan ini?

so ni dah adap pc ni. aku baca la.
dpd situ macam2 link pulak ada.
so jump2 baca mereka2 punya pulak.
macam2 pendapat aku baca.
well ni pendapat aku pulak.

aku join nuffnang dpd 2008 rasanya.
entah aku pun tak ingat. tapi lama laaaa.
Alhamdulillah bulan pertama dah dapat cash out.
tak sure berapa tah. tapi if tak silap dalam rm149 macam tu.
tu pun sebab aku terclick.
konon nak try2 la. if cash out apa jadi. sekali mmg cash out terus. takleh patah balik ;p
then makin lama makin naik.
pernah jugak dulu dalam write up advertorial. sekali je. untuk kotex.
time tu reader aku tak ramai. 600 unique visitor per day.
so untuk iklan tu. aku dapat rm300.
which is bg aku dah cukup banyak.
ye la. kau bayangkan. kau blog suka2. tiba2 kau dapat duit tiba2. seronok la kan.
lepas tu senyap aje. takda lagi job apa2.

so aku harap dpd buffer earnings aje.
ok la. dapat la sebulan rm400-rm500.  bg korang maybe tak banyak.
well. bg aku dah bersyukur sangat.
aku tulis benda merepek2 dlm blog. tiba2 awal bulan dpt duit. tak suka kau?
tapi aku takleh tipu la kan. of coz ada rasa tamak. macam... nak write up advertorial.
sebab aku rasa ngan jumlah unique sekarang.
silap2 boleh dapat 1 advert pun maybe nearly rm1000. or maybe more. who knows.

so aku pun tunggu je la.
tungguu. dan tunggu. bulan makan bulan. sampai jadi tahun. takda jugak.
so aku tanya la nuffnang. apa yang dorang require untuk dpt kan iklan?
aku dah ada sekian2 readers n all. tapi still tak dapat.
dpt la reply. dorang kata reader aku mmg dah cukup sangat untuk layak dapat iklan.
tapi dia kata belum masa aku.
dia kata. dorang dah promo blog aku. tp advertiser yang akan pilih nak letak tak dalam blog aku.
so aku nya belum terpilih. so sabar. paling aku ingat dia punya ayat. "your time will come"

hoih agak2. sampai sekarang tak come2 kan.
macam tak logic pun ada.
dengan banyaknya iklan kat nuffnang tu. takkan la kalau 10 kali dorang push. tp sekali pun tak lekat.
push ke tak sebenarnya? jangan tipu plisssss.
then lepas tu ada dpt call cakap nak masukkan iklan kat blog aku.
akan call balik. seperti biasa. takdok.
padahal iklan tu dah berjalan kat blog2 lain. harapan palsu tau.
then tiba2 aku tgk. ada 2 bln kot. buffer earnings pun aku dah takda.
aik pelik la kan. sudah lebih.

tapi satu perangai aku.
aku tak suka nak tanya2 banyak kali macam orang muka tak malu.
dah tanya sekali, dah.
walaupun siapa la aku kan. memang dorang takkan ingat la kan.
so bila aku tgk buffer pun takda. aku try innity.
sebab ada baca kat blog siapa tah.
well. as for me. aku sangat suka innity.
tapi problem dia. dia sangat complicated la. canggih sangat. tak user friendly.
wah matiklah salahkan innity kan.
padahal aku yang agak bengap. bukan la terel sangat i.t2 ni. ;p
so aku tak reti nak guna.
contoh letak iklan. if ada iklan baru kotak tu berguna.
if takda. aku boleh tukar kotak tu jadi gambar ke apa. nama tak silap alternate ad kot.
well aku tak retiiiiiiiiiiiiiiiiiii. tsk. :(
so aku rasa semak ada benda hijau2 tu.
then satu lagi. aku dah ada rectangle nuffnang in between entries tu.
bila aku nak letak innity punya takleh
sedangkan iklan rectangle pay paling tinggi. :)
yang bestnya innity. dia boleh bank in terus duit2 kau.
macam bukak je account. tgk2 duit dah masuk. sukeeeeeeeeeeeeee.
aku rasa nanti aku masukkan balik. kena study lagi la.
sebab serious aku tak faham.

time tu konon kecik hati ngan nuffnang la.
nak buang dpd blog sayang. sbb yang first aku kenal nuffnang la kan.
wtf la. ada dia heran ke kau kecik hati?
ada 80,000 blogger registered under dia la.
setakat kau sorang dia kentut2 aje. kosser nak layan.
then aku terpikir. macam orang selalu bising2. kenapa orang dapat. dia tak dapat.
well kau imagine. kau kena jaga 80k under kau? kau boleh monitor ke?
mmg siapa yang stand out je la yang dorang akan focus.
dengan tenaga kerja dorang yang berapa kerat tu je. memang tak dapat la.

then orang cakap pasal kroni.
come on. as if korang tak macam tu.
kita tengok dpd kehidupan sehari2 la.
contoh kerja la. kau tau kawan/pakcik/makcik/jiran kau kerja tempat tu lama.
pangkat besar. kerja dah lama.
tiba2 kau bukak mulut nak kerja. dia tolong.
dapat lak kerja tu. sedangkan calon2 lain lg bagus dpd korang. bukan kroni tu?
kau ada kedai makan. sekali kawan kau datang. tiba2 kau cakap freeee. tak pun discount.
kroni la tu. kenapa kau tak pilih random orang. tiba2 kau rasa nak nak bg dia discount. betul tak?
contoh la if aku ada company macam nuffnang.
mesti aku akan pilih blogger2 yang aku dah kenal n all.
so standard la. semua sama aje.
kita je tak sedar.

then aku terfikir. atleast aku dapat jugak la duit.
Alhamdulillah walau tak banyak. tapi tiap bulan ada la.
orang yang bertahun dah pakai tu. langsung tak dapat apa. mesti lg emosi.
so masa 2-3 bulan aku takda apa tu. aku pikir.
maybe ni peluang orang lain pulak kot.
so lepas tu rasa ok balik la.

so takpa la. aku blog je la macam biasa.
sambil tak harap apa2 melainkan buffer earnings tu.
anggap je belum ada rezeki lagi.

ingat lagi few years back aku balik kampung.
then ada group budak2 sekolah dalam 30 orang kot.
datang dpd rumah ke rumah marhaban time raya.
then tiba time doa. budak tu doa. ok aku tak ingat la ayat apa ;p
tapi doa tu something like, " kau murahkan la rezeki mereka2 di rumah ini. turunkanlah rezeki dpd langit, if di laut. kau keluarkan la rezeki mereka. "
something like that la. tak sure. tp time dengar tu rasa sayu sangat n bergenang je air mata.
sebab entah rasa sedih. sebab doa tu kot.
so kat situ aku percaya. if rezeki tu Allah nak bagi. Insyallah ada la.

so aku buat la iklan tolong2 fellow readers.
maybe aku takda rezeki tang duit.
tp aku dapat rezeki baju2 baru. dapat make up free. dapat kuih raya :D ngeeeeeeeeee.
tetap rezeki apa.

then baru2 ni. aku dapat email dpd sumber yang tak dikenali.
dia kata nak letak paid write up advertorial kat blog aku. aku interested tak?
aku dah macam. siapa ni?
yang pasti bukan nuffnang la. then tgk innity pun bukan.
aku cakap la interested. rezeki kan. duit. siapa taknak.
siapa cakap taknak tu tipu la.
then dia bg la aku details pasal event tu.
hmm. kagum. quite besar event tu.
rasa syukur sangat. sebab seee. rezeki tu ada kat mana2. muncul dpd mana2.
sebab serious siapa aku ni weyh? biasa2 aje.
dalam beribu2 blogger kat malaysia ni. salah satu dia pilih blog aku.
tapi kita tgk macam mana. sebab kadang2 aku selalu dapat kegembiraan sekejap ni.
cakap dapat terpilih itu ini. pastu senyap aje :p cehhh.

so blog entry ni. aku takda sokong mana2.
aku rasa masing2 ada silap n ada betul dia.
ada best. ada tak best dia.
after all kita semua manusia kan.
macam2 perangai n hal ada.
kadang2 aku tertekan jugak pikir benda2 ni. system2 ni.
tapi nak legakan diri sendiri. aku pikir tujuan asal aku berblogging.
sebelum muncul segala benda2 ni.
sebab aku suka nak cerita2. for fun aje. duit is a bonus. so bila pikir macam tu rasa ok la.
ok kadang2 tak ok balik. tp nanti ok balik. so pandai2 la.
unless korang mmg blog sebab nak buat duit aje.
tu mmg tak dapat nak di tolong la weyh.

ish. buruk perangai aku ni.
orang buat entry. aku nak buat entry.
pastu nanti in the end. aku mcm blur. apakah motif entry ni?
kalau rasa2 tak paham. buat2 faham je la yea.
aku ni mmg merepek sikit.
aku rasa. apa aku nak sampaikan mcm tajuk tu kot.
rezeki ni ada di mana2. Allah tak bagi ikut situ. dia bagi ikut sini.
jangan putus asa. itu maknanya putus asa dengan Allah *sambil betulkan tudung*
wahhhhh. matiklah tiba2 mode ustajah uolls.
tazkirah di hari jumaat gitu. motippppp???

ok byeeeeeeeeeeeeeee.

condominium dan the eye~

Hi peej, my story ni took place at kondo bayu tasik, bandar sri permaisuri kl. 1st condo kt situ.

My house (eh umah ayah la!) Tkt 9. And unit tepi sekali. So tepi tu adalah laluan ke blok satu lagi. Banyak kisah seram ni, satu-satu la ye.

1st.
I tgh masak ngan my sis  and dr dapur boleh nampak corridor jalan kaki kat luar. Tgh sedap potong bwg my SIL balik, jelas ok I nampak mmg dia siap senyum ok. Then I told my sis that ourr sil balik pastu dgr org bg salam. Terus I suruh my hubs g bukak. Obvious mmg bagi salam tp bukak2 takde org. Terus terdiam satu rumah.

2nd.
One day my sister tgh mandi and bear in mind rumah I unit tepi ok. Bilik air my sis yang luar bilik. Tgh dia mandi dia dengar I cakap I nk keluar so nk bg kunci. Padahal I keluar sebelum dia mandi lagi ok. Pastu dr tingkp kecik bilik air ada org ketuk bunyik nak bg kunci. Umah I kan unit tepi so mana ada org boleh pegi tingkap tu sebab tingkap tu kat dinding penghabisan.

Then satu lagi I pulak tgh mandi pagi nak g keje, hubby tido lagi. I dgr my sis panggil kat luar, I keluar la sekalitu kat umah tu I berdua je ngan hubby.

My sil pulak dgr suara my hubs cakap ngan I tgh malam suruh bukak pintu bilik dia br sampai dr kampung. Padahal hubby I balik malam esok tu.

3rd.
Bilik I L shape so pintu tersorok la. Kalau tido malam kan nanti dengar pintu bilik u terbukak tertutup bunyik krekkk kroook pintu la. I tak berani nak jenguk tp serius mesti hantu tu gelak sebab I tak boleh tido.

4th.
Ni masa bujang sebelum kejadian2 kat atas tu berlaku. I ngan my 2 sister dalam bilik utama.  I tgh bergayut diorang lak masuk dlm sebab nak aircond. Tetiba riuh lak rumah. Rupanya TV ter'on' sendiri. Bila kitorang keluar tengok, tgk suis off tp tv on. Cemana tu? Terus of balik masuk bilik tidur berhimpit bertiga atas katil.

5th
Bila dah kawen hubby suka bela ikan so bela ikan sepat ronggeng. Bila letak ikan dlm akuarium, ikan2 tu akan ke satu penjuru je pastu kejap2 kuak lentang macam dh nyawa2 nk mampos la. Pstu kang ok, pastu jadik terlentang balik.pastu mati ikan2 tu.After tahu area tu keras, and I tgh preggy time tu takut kena kacau I bela ikan puyu konon nak protect la kan, 1st day ikan tu dok akuarium kat umah tu duri2 sirip dia terus naik tak turun2, esok I bangun pgi ikn puyu tu dh x de dlm akuarium, smpai bwh peti ais I korek kot la melompat tpi tkde. Beli sekor lagi puyu, esok tu bgn pg 1st thing check is ikan puyu. Tgk2 takde jugak. Haish..terer betul hantu ni. I amek my sil punya ikan puyu yng dia dh bela 2 thun sampai gemuk, masuk umah I tu 2 minggu hilang jugak ikan tu. Sampai skrg tak tau camana ikan-ikan puyu tu boleh hilang.

6th.
My sis keluar beronggeng tgh mlm I sorg kat umah, time nak tido dlm kul 2 ada org ketuk pintu bilik suara my mom..dia panggil 'mazz...meh kuar tolong mak ni' siap dgr bunyik peti ais terbukak macam kita amek lauk nak start masak. I terus kol my father sambil selubung selimut nangis2 suruh amek I.

7th
Bukan kt unit I tp kat swimming pool, guard bgtau masa teman I naik kat umah pukul 3 pagi balik dr opis, the day before 2 org guard jumpa sorg pempuan berkemban pukul 2 pagi bertenggek tepi swimming pool.

Alamak terpanjang la peej, sorry bnyak lagi tapi sakit la jari keypad bb ni kecik. Thanks sebab wujudkan segmen (wah macam rancangan tv pulak) expose mistik.

Now I dh pindh dr rumah tu and sekarang adik I yang duduk. Alhamdulillh takde apa dh sekarang sebab kawasan tu dh busy and bising. Masa I sunyi sepi je.

Ok thnks again


http://mazzrais.blogspot.com


.....................................................................................................................


hoho. bagi aku scary la ni.
macam boleh bayangkan scene2 dia tu. cibais betul.
mesti sapa duduk rumah tinggi2 ni faham kan. :|


......................................................................................................................




Hai peej,
Ni citer tahun lepas terjadi kat kakak i, dia koma 3 minggu H1N1.Kakak i di masukkan ke wad CCU, Critikal Care Unit.
actually i nak citer ada 2 orang staffnurse ni dah nampak lembaga hitam bertenggek kat atas badan kakak i aND the worst thing is dia dah main2 dgn
machine bantuan pernafasan kakak i tu..and 3 kali ok kakak i dah habis nafas pas tu ada balik..semua kerja lembaga tu..pelik kan...apa dia nak pun kami tak tau..my dad
siap panggil 3 orang ustaz berjaga tiap2 malam..hazab okeh..lepas akak i dah ok skit walau masih koma kejadian sama berlaku bila dia dipindah kan ke ICU, nurse yang tolak troly rasa berat nauzubillah..masuk jer lift tetiba lift terpadam, gelap gulita dan machine bantuan pernafasan sekali lagi berhenti, kami kat dalam lift dah panik mujur ada yang bawak walkie talkie.minta bantuan..cepat2 settlekan kakak i dulu..still benda yang sama..until now kami tak tau apa sebenarnya makhluk tu nak kat kakak i..ikutkan ustaz tu dia nyer citer kakak i dah tolak hasrat hati orang nak sunting dia dan actually family kami tak suka ngan orang tu, kakak i jenis ikut kata family..member sakit hati terus kenakan kakak i..tapi itu citer last year..lepas jer akak i ok dia ada satu sifat pelik,dia leh nampak setiap makhluk yang pelik2..orang kata orang yang baru bangun dari koma sure boleh nampak macam2 kan..itu yang kakak i alami di samping dia hilang memory lampau dia...takut kan..leh nampak mcm2 tapi kakak i rileks jer...
salam kenalan
suriaamanda a.k.a Malissa Mohd Zain


then aku reply la sikit.
then dia reply blk ni.



series peeja,
kakak i kerja kat ***** (aku kasi censor la yea), opis dia kat KL sentral..kekadang dia balik seremban malam la..sekali kat highway meet accident..mati la penunggang motor tu..dia siap leh nampak roh penunggang ni pakai baju yang sama dalam kejadian, helmet masih sama..berdiri merenung tgok mayat dia tgh jalan...scary giler ok..kalau i mmg dah mati hidup balik i tak tengok dah...

..........................................................................................................

omg. tak sanggup.
dah macam cerita the eye kan.
hush...syukur la aku tak pernah ada apa2 benda yang terlebih2 mistik ni. :)
mintak jauh plisssss.





Take a break..alang-alang tu kan.

Menyepi dpd dunia internet kejap.
Bukan la sbb apa.
Sbb line internet kat sini punya la slow.
Nak load page ke apa pun, punya la lembab.
End up aku tutup je. Kosser aku nak online lg.

Risau lak tgk mama x sihat lately.
Pastu papa pulak jatuh bumbung la apa la. Kepala pun benjol.
Benjol mcm pingpong ke xpe. Ni aku tgk besar mcm bola tennis. Tsk.

Tu yg berdesup aku blk.
Atleast boleh la tolong2 apa patut kan.
Ni dua2 x sihat. Pokok2 pun layu je x siram.
Boleh la tolong masak2.
Aku rajin masak sikit2 aje.
Mama ni semangat kuat. So dia akan masak jugak mcm2 tambah lauk.
Oh heaven. Masakan ibu ni sedap.
Wah alasan. Padahal bg la makan apa pun. Semua aku bedal kan.

So hari ni ngan muka x malu aku suruh mama masak asam rebus tempoyak.
Pitam weyh pitam. Sedap sangat. Nyam.
Ceh aku yg request kan. Patut org sakit yg request nak makan apa. Heheh.

Yeay, esok noy balik. X sabar.
Rindu sudah sama itu budak.
Ni xde apa. Bersantai ngan mama aje.
Nak jalan2 pun dia x larat.

Oh semalam lawak.
Tgh tgk travel n living. Aku tanya la mama

Me : mama, bila kita nak melancong?
Mama : haah? Melancong?
Me ; a ah. Kita pergi mana2 la. Bali lg ke. Euro trip ke?
Mama : entah la pija. Nak melancong apa. Nak berjalan pergi depan gate ni pun aku x larat.

Hahaha. Hampeh betul.
Tp ye la kan. If tak larat mcm mana kan?
Xpe la. Kita pakai la wheel chair kan?
Ok apa.

Ok la. Mau sambung santai sama mama.
Tgk la pic tu. Teruja betul muka dia.
Oh excuse my lebam eyes. N saya adalah pakai baju kedah arwah maktok :(
Miss her a lot la.

Ok tu je bye-bye.
Sent via BlackBerry from Maxis

macam-macam~

kepada yang bg macam2 tips.
terima kasih banyak.

hari jumaat tu aku minum green tea aje.
sebab umah aku takda teh. hampeh kan.
aku tak sure berkesan ke tak. sebab sama aje aku rasa.
aku minum dua gelas.
n petang jumaat tu tetap aku keluar.
amazingly. perut aku behave ok.
aku keluar almost 10 jam takda apa.
tak sekali pun pergi toilet terasa nak cirs birs ke apa. kehhh.

tapiiiiiiiiiiiiiii. balik je rumah terus meragam balik. T__T
then esoknya aku beli la 100 plus. pastu ok balik. :)
aku minum skip2. so ok-ok tak ok la. ;p
mama suruh betulkan scanner dia prob.
day 1 aku try tak berjaya.
aku check semua connection. device bla bla semua kata ok.
tp bila tekan. dia kata. check device for troubleshoot.
hotak kau. aku shoot kau baru tau.

yang aku bg la teori kat mama.
maybe sebab dah kena virus. eceh kau pija. macam pakar i.t pulak.
yang mama siap nak beli pc n scanner baru bagai.
wah gila over makcik tu.
sekali aku tanya kawan aku. kawan aku kata takda kena mengena. ceh.
dia kata try uninstall then install balik.

so day 2 aku try la lagi.
ok of coz tak terus try la kan.
aku buat benda2 lain dulu.
last minute baru la buat.

papa : pija dah betulkan scanner mama?
mama : mana ada. perempuan ni tau tido. pastu bangun makan. pastu berak sepuluh kali.

tsk. sempat kutuk mak cirs birs kan.
sedeh ok.
so aku try la buat seperti suggestion.
berjaya ok. so dah boleh scan.
sekali terpikir. nasib la aku ni reti la sikit2 pc ni.
belajar sendiri2 aje. sikit2 la.
bayangkan jenis blur terus ke apa kan.
kau kena hantar repair. padahal kerja senang.
tah apa dia kelentong itu ini. tiba2 kena rm150.
nyampah kan.

oh tadi terpikir.
ok bukan tadi la. dpd dpd hari tu.
apa punca aku cirs birs.
last aku makan nasi goreng aku masak.
tp aku mcm takleh terima kenyataan takkan aku sakit perut sbb tu.
siang tu aku makan nasi bungkus la.
so aku nak salahkan nasi tu.
tp siang tu ok. bila malam br sakit perut. tsk.
oh tidak. adakah masakan aku boleh menyebabkan cirs birs?
macam mana nak bg kawan makan kan.
ke aku cirs birs sebab aku exercise2. badan terkejut?
tetaplah nak bg teori sbb taknak terima kenyataan kan. kehhh.

aku kelaparan ni.
smlm makan nasi ayam je petang.
then td makan cornflakes.
mau masak sgt la malas.
bahan dah keluarkan. takpa sat lagi gi makan memana kot.
gila hampeh pemalas nak mampuih kan.
lantakkkkkkkk.
ok tu je tata

re-publish : kau ingat kau kurus nyah?~

ok mood malas terlampau.
nak update malas. nak reply comment malas.
so decide untuk re-publish entry lama.
mana tau ada yang tak pernah baca ke.
plus boleh imbas kenangan lama.
nanti aku nak carik entry2 arwah maktok la.
kelakar je dia tu. rindu :(

ok ni original entry - click here.

..................................................................................................................
ok tadi aku kat bilik termenung...
dah kata sampai sempat termenung..of coz la sebab beris kan..
tetibe aku teringat before aku start blogspot..
aku ade blog kat vox..
tp aku gune dalam 2 minggu je..
aku x suke sbb kalau nak comment..org yg ade vox je bole..
lain2 x bole..so aku pindah la ke blogspot..dimana dah 1 1/2 year aku stay..
i love blogspot.. ;p

nway..tetibe aku teringat la vox selalu ade Qotd..Question of the day..
mana..dorg bg soalan..so semua jawab..
kire bende tuh mcm membantu jugak la..
sbb if kau xde idea nak buat entry apa..tgk situ..mcm bole bg inspirasi la..

aku buat satu dulu..soalan die..cite pasal experience aku terkunci kat luar..
tp aku dah deleta acc tuh..so x bole la nak copy paste..
so aku cerite balik la yek...

this happened..maybe about 4-5 years back kot..
aku kalau pergi mana2 mmg x pernah bawak kunci..
sbb umah aku mmg akan sentiasa ade orang...
tah mcm mana..one day tuh..mmg xde org ke..x pun aku tekan bell mcm nak gile..xde sape dengar kot..
yg pasti aku sorang la...
biasanya aku kuar ngan noy..nih xde..aku sorang..

gate aku akan di lock ngan kunci basikal..
tau kan..yg mcm rantai tp kecik tuh...



:: gate umah aku ::


mcm lock atas tuh..tp yg atas tuh jenis besar punye..n ade nombor..
nih x..dulu jenis kecik n kene pakai kunci..
umah aku kene pakai lock nih..kalau x..org mintak sedekah ke..yg nak jual2 ke..
sesuke hati bukak selak..tetibe je dah ade depan pintu rumah..
scary ok...

nway..P.G if terkunci kat luar...die akan panjat gate..
ok la kan..die kurus....
aku apa jadah nak panjat..aku x suke..sbb nanti gate tuh akan gegar2..kuat2..
mcm nak roboh..aku x suke...bikin malu kalau org nampak..haha..
so aku mmg xkan panjat..so option one..no-no..



:: ruang yg bole dibukak if ever lock pun ::


nih sbb lock besar..so ruang besar..dulu lagi kecik...
tp dulu if aku terkurung ngan noy kat luar..malas nak panggil2 org bukakkan gate..
noy akan masuk ikut situ..mengiring..lepasss..
then die masuk umah..amikkan kunci tuh..bukak utk aku la..

so masa aku terkurung lama kat luar tuh..
panjat gate mmg aku xnak..
so xde pilihan lain..aku nak ikut cara noy la..
punya la aku tolak2 gate tuh..kasi regang lebih la konon kan.. haha

so aku pun try la...
kepala...lepassss...
tetek yg selambak ini...lepasssss... wahhh..bagusss...
aku dah teruja tuh..feeling aku kurus..
tetibe tang perut sangkut okeyh!!!!!!!!!!!!
aku dah tersepit kat tgh tuh...uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...
kire badan aku separuh kat dalam..separuh kat luar la...
x kire...xkan la aku nak jerit2 mintak tolong kan..
n xkan aku nak biar diri aku tersangkut mcm tuh kan..
dah la umah aku nih row tgh..mmg laluan org berjalan..if nak ke lrt ke apa ke..
malu la weyh if org tgk aku mcm tuh kan...
gowd..aku cite nih pun aku dah terasa mcm mana perasaan di saat itu..

nak xnak..aku force jugak sampai lepas..
punye la sakit perut aku masa tuh...
struggle..punye struggle..berjaya lepassssss ok...
x tunggu lama..terus aku masuk rumah..
sbb x sanggup nak pikir if ade org nampak ke apa..
ye la..mana tau if ade org tgk dpd tingkap ke..mallluuuuuuuuu..

masuk je umah...
terus aku check perut aku...
siap kulit2 aku terkopek2..uwaaaaaaaaaaaa...mcm mengelupas2 tuh..
tuh xpe lagi..by malam tuh..
aku tgk..perut aku biru gile ok..lebammm...
besar ok..besar kotak rokok mcm tuh lebam die....gagagaggaa
pedih gile..

pastuh aku cite la kat family aku..
semua dok gelak kan aku sakan...
ye la..ade hati aku nak masuk kot situ kan..
kan dah sangkut tang perut..
ye la..aku tgk noy relax je..
haha..dah tentu aku nih 2 kali ganda..
x sedar diri la tuh..hahahhaa...
kau ingat kau kurus nyah???muahahahha...





:: perut aku tersangkut kat selak tuh ::


serious selak tuh dengki ngan aku...
xnak bg can aku feeling kurus tau..nyampah...
tp selak tuh kecik..asal lebam besar??
sbb nya..kata tersangkut kan..
tentu2 la aku gerakkan bdan aku keatas,..ke bawah..nak kasi lepas..
huaaaaaaaaaaaaa...mesti buruk betul keadaan aku time tuh..x sangguppppp nak ingat..

kesimpulan ceritenyer...perut aku lagi tinggi dpd tetek aku...ape citetuh??

♥bye-bye...muaxx♥

apakah ini semua?~

dpd malam semalam perut tak best.
angin lebih ke apa ke.
yang pasti. terkentut2 aje. then takleh beris.
so not me ok. aku ni juara sehari memberis berkali2. hahah.
siap aku terkentut2 dalam lift berkali2 ok.
ok sekali je la. tp lain2 lift. hahahaha.
bau toksah cakap la kan.
nasib naik sorang. tapi sapa masuk lift lepas tu mesti mintak nyawa. kahhhh.

then lama dah malam tu baru la boleh gi toilet. legaaaa.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. lepas tu terus cirs birs.
what la weyh. tiba2 aje.
dah letih aku keluar masuk toilet ok.
anyway. semalam tak tau nak tgk cerita apa.
aku tgk di bawah ketiak isteri kat astro.
memula rasa. apa la bangang cerita ni.
tp lepas tu lawak gilo ok.
sebab ada hantu nurse.
marsha jadi. gelak sakan.
ok if jumpa betul2 mmg takut la kan.
make up gila best semua.
tp sebab cerita tu lawak. jadi teruja.
serious lawak hantu tu.
if ada ulangan sila la tengok. keh.

ok tu takpa.
pagi tadi terjaga sebab terasa panties basah. apakah.
terus menggelupur bangun check2 tilam. mana la tau ada apa2 kesan ngeri ke kan.
ok. takda apa. elok aje.
sekali pergi toilet. rasa nak pengsan.
mak telah tercirs tanpa sedar.
ok mmg sangat euw n memalukan.
tp what to do. mmg tak sedar ok. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

petang karang mau keluar.
tah apa mimpi ice cakap nak belanja makan n tgk wayang.
siap nak keluar ari ni. tp dia dah set appointment ngan aku dpd isnin ke selasa hari tu. hahahha.
matiklah kena set appointment kan. macam ke busy benar. ;p
semalam re confirm lg. sebab dorang nak book ticket la apa la.
n now aku cirit birit. urghhhhhhhhhhhhh.
takkan nak cancel. keji kan.
plus nak jumpa dorang. dah lama tak jumpa. rindu.

ada orang tweet cakap minum teh tak letak gula.
aku pun gigih la. sekali check umah takda teh. boleh?
tgk ada green tea aje. so ok la kot kan?
so far masih sama. cuma maybe kurang ke toilet je la. T_T
macam mana lagi eyh?
sila jgn cadangkan makan che kit teck aun ke apa tu.
sebab aku mmg tak reti la.
pernah try sekali dulu. berapa saat lepas tu terus menyembur muntah. i cannot.

takpelah. just pray that by this evening dah ok.
saya mau nap.
harapnya tidak berlaku insiden euw seperti pagi tadi.  :'(

p/s : harap maaf. entry sangat jijik. tp aku insan yang lemah dow. aku sakit. so takpa la kan. plus. sapa suruh baca sampai abis. haha. padan muka.

terbaikkk~

kami adalah ke bangsar sebab mau buat threading kening n upper lips.
tapi before that makan dulu. :)
kelaparan seharian tak makan kan.
bangsar tu congested betul la.
parking pun xdok.
last2 kena parking kat bangsar village. :|
what ever.

then ke nirwana maju.
pun penuh orang. so dok dalam.
tu pun kongsi meja sebelah orang.
lantak. janji perut kenyang uolls.

:: ho ho ho ::
:: kambing massala ::
:: ye sila telan air liur sementara orang tu bg acar n salted chili ::
:: oh tairu harus ada. if not rasa tak lengkap ::

oh order ikan tenggiri goreng jugak.
serious sedap.
sila makan sampai menangis.
then kita orang threading.

lepas tu ke mid valley.
oh masa on the way tu.
tgh naik fly over nak ke midvalley tu.
tiba ada kereta daripada lorong sebelah naik divider. masuk lorong kita orang.
langar tepi. pusing2. pastu ke arah kita orang ok.
gilaaaaaaaaaaaaaaaaa.
mmg betul2 depan la. nasib kereta tu tak tercampak ke bawah ke apa.

aku rasa kereta tu corner laju kot. 
aku terus suruh noy stop. nasib belakang kereta jauh.
elok stop. kereta tu pun tak bergerak. ada la jarak dalam 10-20meter je.
kereta mmg remuk gila la.
yang noy boleh tanya aku.

noy : mati ke?
me : tak tau laaaaa. *suara dah bergetar*

pastu nampak orang tu keluar.
lelaki india. terus tangan pegang kepala dia sambil tgk2 kereta.
aksi ala kalau dlm cerita tamil, " ayo maa...ayo pa"
serious aku tak tipu. mcm tu la gaya dia.
aku rasa sebab tu bukan kereta dia.
sebab dia pakai shirt honda. n kereta dia bawak tu honda.
i dunno la. but just imagine kalau tu bukan kereta dia. mmg kereta customer ke apa.
omg. mmg scary la kan.

kereta dia macam melintang sikit la.
tp kita orang jalan je. elak sikit.
betul la kan? ke keji. tp ramai lg orang lain2. kan kan?
tp tu la. orang ni bawak laju2 kan.
kalau dia je kena tak menyusahkan orang takpa.
bayangkan la if dia accident tu. if la kereta dia tak terhenti. n langgar kita orang.
tak ke dah menyusahkan orang tu kan. hishhh.

anyway. later ke midvalley. noy tukar duit.
sana ada KD. so bagus.
then ke carrefour beli barang2 putus.
lepak starbucks jap. noy je minum.
aku takmo. sebab aku minum air mata kucing petaling street tu. yeay. keh keh. 
then lepas tu terus balik.
tu je la.

gambar mmg pemalash lipash nak amik la kan.
plus lupa pun ye.
takpa lantak.
ok tu je. byeeeee.



exam week & mainan baby~


salam peej.



baca entri ko psl mistik2 nih. nak share gak 1 cite

mase blaja dulu. xtau la klw time blaja ni, dkt2 nak exam jek student akan kena kaco ke sbb stay up smpai  pg kan. xtau la betul ke x. tp rata2 pong akan ade jek cite2 camni.

aku dulu blaja kat uitm penang. stay hostel. 1 bilik 4 org. katil dabel decker tu ade 2 set, loker baju 4 dgn meja studi 4 buah a kan. masuk pintu nmpk loker dgn katil dulu, pastu baru meja study tu. ade mcm laluan kecik jek a tgh2 bilik. 
ade bdk bilik aku sorg bwk komputer yg len guna laptop jek. 
slalunye aku akan tdo dulu bile bdk2 bilik study. bese diorang study smpai kul 2 lbh a. pastu bile diorang tido aku plak bgn stay up smpai subuh. tp ade 1 mlm tu aku stay smpai kul 4 pg jek. sbb mata mmg dh rabak giler. x thn. aku tido awal. 

pastu kami klw mlm2 bukak lampu kat meja study tu jek. lampu bilik tutup. 

pastu ade budak bilik aku kate, mlm tu dia sdr kul 4 lbh kot. dia dgr bunyi kibod tu. mcm ade org menaip. dia ingatkan aku tgh guna kmputer tu. tp dia tgk kat katil, aku dh tido. dia tgk meja tu dr katil dia jek, kusi kosong. pastu dia biar. jap lg dia dgr plak bunyi mouse. dia tgk lg. mmg kompem2 xde sape kt meja tu. 
tp dia nak pnggil aku pong dia x brani. sbb dia xtau mane 1 btul. aku yg tido tu aku ke atau..... ape a kan. huhuu~
pastu yg dia dgr tu betul ke atau mmg aku ade ke dia x nmpk ke. camtu a.
besok pg nye baru dia cite. aku ckp a mmg aku x stay lame mlm tu. huhuu~
aku cuma ckp kat dia, ala agaknye benda tu nak study gak kot. ataupong dia tgh men game kat kmputer tu. hahaa! ble ke... 

pd aku x bp seram kot. tp klw aku yg dlm keadaan tu baru tau agaknye camne rase dia. 
sori, cite agak pjg. huhuu.. ade lg cite. yg ni aku sendiri kena. tp tu nnti a. kang muntah ijo plak nak bace pjg2. hehehee

p/s: siap bg layout koooo....  takut ko x phm aku xplain. hehee... 
meja yg ade komputer tu, meja study 1. member aku tu tido kat katil dabel decker belah kiri. dia tido katil bwh. aku  katil belah kanan. 

tenkiu sudi bace emel aku. [baca kan? hehee] 



.............................................................................................................


Hi Peej,
Selalu jadi silent reader je kat blok awk.. Memang best, keep it up k.. :)
Neway, nak share story mistik jugak.. Kalau ikut memang banyakk, tak tau nak citer mana satu.. Huhuhu..

1.  Ni masa kat rumah lama.. Dulu aku dok kuarters kat batu 9, cheras.. ko bayangkan kadang-kadang tetiba ada benda bedebummm! jatuh atas bumbung.. Apekahhh??
Tengah malam lak tu weh.. Menatang apa lak yang nak jatuh?? Buah kelapa? Mana ada pokok kelapa pulak.. Tapi aku buat bodoh lagi..

Then, dulu anak aku ada walker.. Walker bebudak skang kan canggih.. siap ada muzik bagai.. Sekali malam-malam walker tu bunyik sendiri.. huhuhu.. last-last aku hempuk walker tu kasik senyap..

Then, aku ni selalu stay sorang ngan anak aku smpai malam sebab hubby selalu balik lambat.. kat rumah aku ada satu anak patung lembu tau.. bile kite tekan button kat tangan dia, nanti dia bunyi..
so, hari tu aku patung ni ada kat hall.. tetiba patung tu berbunyik.. dah la bunyik dia last-last adalah scary.. bunyik dia camni tau.. bile ko tekan je kan, dia akan moo dulu.. so dia jadi "moooo, mooooo, mooooo..
then pastu patung ni akan gelak.. hahahahahahahahahahah macam tu.. gile tak terkejut aku?? siyes pastu terus aku campak kasik bakar je patung tu..

ada satu hari jiran aku cakap ada nampak hubby aku atas bumbung.. gilerrr.. apa kejadah hubby aku nak dok atas bumbung tengah2 malam wehhh??

2.  ni masa kat rumah mak aku.. dah lama giler dah ni.. kakak aku pun blom kawin masa ni.. so, kitorang kongsi bilik.. satu bilik 2 single bed.. satu malam aku terjaga.. tetiba nampak sesuatu kat hujung
katil kakak aku.. nak tau mende?? huhuhu.. hantu bungkus wehhhh..!! uwaaa.. dia tengah ngadap kakak aku tido.. then aku pejam mata balik, slow2 pusing badan sebelum dia pusing pulak badan dia ngadap aku.. huhuhu..
Hoh, kalau ikut ada lagi.. tapi nanti-nanti la aku story ea.. ngeeee.. 


.............................................................................................................




maBaker.ent~

[ADVERTORIAL]
[sticky post - scroll down for latest entry]

wokeh dapat email dpd reader a while ago.
since aku deman n all.
aku skip la last week tak buat.
wah sesuka hati je kan.
eh suka hati la. kata blog aku kan. keh.
aku ni pemalash sebenarnya.
tp tertangguh2 rasa bersalah pulak.
aku je selalu rasa bersalah. orang takda pun rasa bersalah ke apa kan.

anyway. farah ni mintak tolong iklankan business her mom :)
business cake n other yummies.
here r some of the pictures.












so nice eyh?
macam2 la. dia cater weddings, engagements, birthday n macam la.
u can check it out here. 


or u can add them kat facebook.





:: aku rasa nak terpengsan tgk jelly ni. tiba2 feeling mau makan jelly. :: 



To enquire u can email them at 


5577studio@gmail.com


ok tu aje.
selamat terliur semua.
:D

Sendiri terseksa?~

Aku ni byk cakap.
Aku ni selalu happy.
Nampak macam takda masalah.
Selalu buat2 lawak. Orang sekeliling happy.

Tapi sebenar2 nya banyak benda aku tanggung sorang2.
Maksud aku perasaan.
Aku jenis suka pendam.
Aku mmg x reti nak express emotion sangat.
Tak kisah la, rasa suka ke, sayang ke, cinta ke, marah ke, benci ke.
Mesti aku pendam aje.
Aku xnak salah cakap.
Tp if la aku cakap jugak tu. Makna nya aku dah x sanggup/larat nak tahan dah.
Benda2 tu jarang berlaku la kan.

Macam sayang semua tu.
Ngan family aku semua jarang la aku ckp. Tulis2 ade la.
Mcm noy n mama jenis suka peluk2 n cium2. Aku usually akan keras aje. X tau nak respond. Tah apa kena.
Sama gak la if dah suka or sayang org.
Mmg bertuah if orang tu dgr aku cakap sayang ke apa bersungguh2.
Usually aku x ckp. Janji aku tau sudah. Bila perlu je ckp. Ye aku mmg pelik.

Macam tu jugak bila aku marah n sedih.
Pun usually aku akan sorang2.
Nangis la sorang2 sampai tertido.
If marah n bengang pun. Aku akan buat diam aje. Ikutkan mmg rasa nak maki.
Tp Alhamdulillah selalunya tahap kesabaran tinggi la.
Usually marah tu kejap je kan. Nanti ok.
So sbb tu relax2 lama2 akan cool off.
IF aku tiba2 menjadi perempuan tak siuman maki2 tu. Maknanya dah tahap tertinggi la tahap kesabaran.
Cannot go dah.
But if la jadi pun. I don't feel good about it. Sbb rasa xde faedah pun. X solve anything pun kan.
So akan end up, aku pendammm la lagi.

Aku pun x tau la mana hala tuju entry aku ni.
Cuma buat masa ni aku ada macam2 rasa.
Semua aku pendam. Sampai sesak dah dada aku ni.
Dada ye. Bukan buah dada. Buah dada mmg dah sesak. Andailah boleh bedah kasi kurang sesak. Keh.
See sempat selit2 kasi mood ceria.
Sebenarnye x. Dada terasa sesak ada lah.
Sebab aku mcm mood happy. Tapi rasa sangkut sbb aku pendam sbb x sure perlu ke share.
Then aku jugak rasa marah n bengang. Tp aku xleh buat apa ngan benda tu. Pikir panjang baik aku pendam.
Mcm2 rasa la ada.

Kawan aku pun marah.
Dia kata aku suka seksa diri aku sendiri.
End up aku yg stress.
Just because aku nak jaga hati semua org. Aku yg makan hati.
Aku suka tunggu2, 'sabar2' sampai nanti benda tu meletop sendiri.
Baru aku kelam kabut n sibuk nak cakap.
By then it will be too late.

Abis macam mana?
What if apa yg aku cakap tu bikin org kecik hati?
Or susah hati?
Or sakit hati?
Or what if aku x mendapat response yang aku harapkan bila dah cakap 'isu' tu?

Ada ckp aku kena jadi sellfish.
Well I tried. But selalunya org tu lg sellfish. End up fish also not sell. Sendiri eat the fish. Ok lawak x jadi.
U get the point?

Entah la. I dunno.
Mmg character aku suka pendam kot.
Ke mmg pisces macam ni?
Ke aku yg tah apa2?

Omg. Korang baca entry ni sampai abis ke?
Sorry layan aku yg insomnia ni emosi.
Tah apa la aku merepek.
Saya rasa kosong.
Sent via BlackBerry from Maxis

kenapa budak kecik suka buat benda bungok?~

semalam aku baca entry chics.
terasa lawak n bungok ok.
tak pasal aku teringat kisah aku masa kecik2.
aku membuat benda yang lagi buduh ok.

aku tak sure umur aku berapa time tu.
rasanya darjah 3 macam tu kot.
time tu uncle aku sorang ni nak tunang ngan orang terengganu.
so untuk hantar rombongan tu.
malam sebelum tu kita orang tido umah uncle aku sorang lagi kat kuantan.
tumpang rumah dia la konon.

aku tak sure dia pergi mana. yang pasti rumah tu kosong.
kira family dia takda la.
n tak ingat siapa lagi tumpang.
tapi yang pasti aku ngan papa je ada.
or maybe adik beradik lain. x ingat la.
yang pasti mama takda. x sure apesal mama tak ikut.
kerja kot. mama ni mmg workaholic sikit.

uncle aku ni macam kaya2.
so barang rumah semua ada sedikit canggih.
aku rasa canggih kot. padahal takde kot. entah.
yang pasti satu petang tu aku rasa papa tido kot.
aku sorang kat dapur.
entah apa aku buat.
yang pasti aku pecahkan something.

Ya Allah tuhan je tau betapa takutnya time tu.
ye la kau pecahkan barang kat rumah orang kan.
aku tak berani bagi tau sesiapa.
so aku bersihkan sendiri kaca2 tu.
kutip semua. aku x sure aku sapu ke. vacuum ke. tak ingat.
yang pasti serpih2 tu aku lap pakan span basuh pinggan.
mmg bersih la. takda apa2 tinggal.
terasa lega.

then aku teruskan kehidupan macam biasa.
sampai la aku pergi dapur balik.
nak basuh apa tak sure. aku macam perah span tu.
amikkkkkkkkk. tangan aku berdarah2 n melekat2 kaca.
bodoh gila kan.

well aku tak kisah pasal tu semua.
yang bg aku gabra sebab nanti orang lain kena.
nanti orang tau aku pecahkan something.
so takut punya pasal. aku buang la kat belakang almari.
wtf. belakang almari?

pastu aku buat2 lalu2 kat situ tgk nampak tak span tu.
sekali nampak. masih gabra. so aku amik balik span tu.
aku pergi kawasan belakang tu.
then ada la barang2 kat situ. aku buang belakang tu pulak.

sumpah aku tak paham.
ape ke la gabra sangat kan.
i mean buang je la dalam tong sampah kan.
tak pun bg tau je la papa ke apa kan. tah apa takut tak pasal ntah.
tp yang aku ingat la apesal aku takut sangat.
sebab aku rasa span dia macam canggih.
dulu umah aku jenis span biasa ada yg lembut n keras sikit atas tu.
time tu umah uncle aku tu pakai jenis ada net2 tu. ceh. time tu aku rasa canggih tu.
n aku terfikir if aku buang. nanti takda span dah. nanti orang tercari.
kalau la time tu aku tau span berapa sen sgt la kan. takda la aku merepek sangat macam tu.

yang pastinya.
sampai sekarang takda sapa tau kisah tu sampai la aku cerita sini. hahaha.
takut nak cerita.
budak kecik mmg macam tu kan. bengong2 aje.
tp tak jugak. papa kalau pecahkan coralle mama mesti diam2 sbb takut mama bebel.
plus boleh la diam kan. sbb mama tak dengar bunyi pecah.
tapi aku dengki suka mengadu kat mama. hahahahhahahahaha.
akhirnya mama beli set melamin sbb tak sanggup 2 hari sekali papa pecahkan coralle dia. keh

motif tiba2 cakap pasal papa pecahkan pulak?
nampak sangat still takut terpecahkan barang orang. heh. ;p