#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

kita rasa hidup kita teruk. orang lain kena deal benda yang lagi menyedihkan~

aku jenis selalu bercerita ngan mama.
kalau boleh semua la nak cerita.
ok tak semua la. benda2 sedih ni selalu aku pendam aje.
orang nampak kita happy. tapi deep down orang tak tau apa kita rasa.
noy selalu bising if aku cerita2 kat mama.
macam dulu2 kalau aku gadih ngan kekasih lama pun cerita kat mama.
so biasa la mak kan. kalau orang tu sakitkan hati anak dia.
mesti dia jadi tak suka kat orang tu.
so aku complain kat noy la cakap, mama tak suka dia la.
noy cakap. padan muka aku. siapa suruh semua nak cerita kan.

entah aku suka cerita.
sebab dorang ni banyak pengalaman. makan garam lebih.
so nasihat2 dia tu banyak berguna.
macam dulu selalu gaduh2. mama akan pesan.
jangan gaduh. percintaan tu indah. jangan waste ngan benda2 macam tu.
so daripada situ aku belajar if gaduh je aku selalu diam.
so bila macam tu. gaduh pun kejap aje.
bayangkan kalau dua2 menjerit2 ke apa. lagi melarat kan.

ingat lagi dulu aku cerita kat mama pasal bf2 orang lain ke. bf aku ke.
cerita pasal setengah2 orang yg beruntung dpt laki baik, senang, handsome ke.
kira typical perfect package la konon kan.
so mama akan cakap. kita tak tau.
lain orang lain bahagian dia.
ada orang dapat lelaki 'perfect' macam tu. life semua perfect aje.
tapi what if tiba2 nyawa orang tu pendek ke.
semua ni di pinjamkan je oleh Allah.
tak pun dia dah dapat semua perfect dpd awal.
what if dapat ujian macam, tiba2 susah, accident jadi cacat ke.
boleh ke orang tu terima kita semua. or vice versa.

cerita abis situ aje.
just terima je la nasihat tu. takda rasa effect sgt.
konon sedapkan hati sendiri je la kan.
then dengar berita pasal sorang kawan mama ni.

anak dia baru kawin. 6 bulan kot.
ni semua orang2 kaya ni la.
kawin grand gila la. grand tahap dewa.
then dapat berita 6 bulan lepas tu suami dia meninggal. meninggal time tido. sakit jantung.
baru 29 tahun ok.
yang sedih. isteri dia time tu 6 bulan mengandung. bunting pelamin.
time meninggal tu. elok bed side table dia siap semua dokumen.
semua dia dah tukar nama bini dia.
siap anak dalam kandungan tu dia ambikkan insurans dah.
so budak tu sampai umur 18 tahun dapat rm1000 sebulan.
siap baby boy tu keluar2 je sebijik muka arwah bapak dia.
dengarnya sampai sekarang kakak tu tak kawin lain lagi.
susah kot.
this was 4-5 years back kot. tak ingat aku.

then kelmarin dapat berita.
pasal sorang kawan aku ni.
ok takda la kawan. perasan la dia.
dia ni school mate masa aku sekolah rendah dulu.
very nice girl n all.

awal tahun hari tu dia kawin.
pun grand gila.
ni semua stock2 elite person la. ye la. katanya business kapal2 ni. kapal je ada puluh2.
kawin stock kalau x abis rm300k tak sah. lebih kot. entah.
baru 4 bulan kawin. suami dia meninggal.
accident kat DUKE highway. petang.
baru lepas hantar mak dia balik rumah. dia nak amik isteri dia pulak.
kan sekarang musim hujan semua.
jenazah elok takda apa2 teruk. tapi internal bleeding n patah2 semua dalaman.
so mama n papa pergi la tahlil.

my god mesti sedih gila kan.
ye la. baru kawin kan. baruuuuuuuuu sangat.
tapi ye la. macam mama cakap. semua ni Allah pinjamkan aje.
bukan hak kita pun.
kalau Allah nak tarik tu. bila2 pun boleh. :(
mungkin ni la ujian yang Allah bagi kan.
lain orang lain ujian dia.
macam yang kawan aku ni.
dia jenis baik. sweet semua la. kaya toksah cakap la.
perfect wedding. perfect husband. handsome bagai. indah semua.
tapi macam orang cakap. mana ada life yang perfect.
so dia tarik la.
macam entry aku dulu. kita rasa life kita tak best. life orang best.
tp kita tak tau macam mana sebenarnya life orang tu.
orang2 yang perfect semua ni. lagi besar ujian dia.

isk takut kan.
apa sangat la orang yang break, putus tunang, bercerai bagai ni.
atleast benda2 tu u already see it coming.
kita boleh adjust hati n perasaan kita.
bayangkan kalau orang yang kau sayang ni. tiba2 dah takda.
lagi sedih. macam kena rentap.
benda2 macam ni membuatkan macam takut nak sayang orang sangat2 kan.

entah. sendiri tak kena. so tak tau kan.
orang yang rasa je la tau.
tapi kalau boleh taknak la rasa.
nak mati dulu sebelum laki boleh tak?
ceh tiba2. ada ke laki nok?
ok tu je. bye.

p/s : aku memang fail la ending. suka potong stim kan. tiba2 aje.

semua pun tak reti la~

haha..akhirnya dapat jugak jumpa internet.
rasa luas dunia. kalau tak sesak nafas.

anyway. few days back org kecoh2 kat tweet cakap pasal entry mama.
so aku pun check la. hahaha.
sila la jangan percaya. mama tu up lebih ok.
semua sama kot. semua menyumbang.
memang standard la kan. kalau apa2 jadi kat parents kita haruslah jaga kan.
takkan nak biarkan tergolek tepi sudut ke apa.
but however. thanks la untuk semua doa-doa semua.
walaupun aku tak rasa macam deserve je. ;p
aku ni tak reti nak react apa if orang cakap benda2 baik ke apa ke.
rasa macam kelakar. rasa macam, " eh ye ke? people are just being nice kot" entah.

so anyway. akhirnya next week aku akan dapat balik internet. Insyallah.
payah benar nak online.
semua salah TMpoint la.
me n noy pergi la nak install segala tu.
sampai around 2ish macam tu.
dapat nombor.
OMG. penantian yang penuh penyeksaan.
gila la slow nombor giliran untuk application.
tengok kat pintu 5.30 business hour tutup.

by 5pm ada lagi 10 number before kita orang.
wtf. kan. gila kau tunggu daripada pukul 2 kot.
kalau kau rasa tak sempat nak layan. jangan la bagi nombor kan.
takkan kau dah tunggu dekat 3 jam tapi tak membawa hasil kan.
tengok dah 5.30 tetaplah nombor kita orang tak di panggil. cibais.

kita orang memang tak gerak la.
padan muka sila la over time layan kami2 ini.
tengok ada dalam 6 orang yang berkeras stay.
so dorang layan la. bagus.

so abis la urusan semua.
after 4 days masuk la telefon.
then dia kata nanti streamyx lak masuk.
kata in 2 weeks time.
tunggu punya tunggu takda ok.
like wtf kan.
so call la. tanya apesal tak masuk2.
dia kata data takde la apa la.
dorang punn tak tau kenapa.
dia suruh check balik kat titiwangsa.
malas la kan. jadi kerja nak pergi balik.
tapi after 3 weeks. takda jugak. arghhhh. stresss.

aku dah bebel2 kat tweet la. kat fb la.
semua suruh aku gegar TM.
masalahnya uolls.
aku ni mana la reti marah2 ni.
adalah sangattttttttttttt jarang aku nak amuk ke apa.
kalau amuk tu maknanya dah sampai limit la.

so hari tu nak taknak pergi la jugak ke TMpoint tu.
masa amik nombor orang tu dah check.
tiba2 dia bagi nombor. kita orang tanya la kenapa.
dia kata pergi jumpa orang application. fine.
so tunggu. nasib baik ada 4 nombor je depan kita orang.
laju lak tu. so kejap je dah kena panggil.

sampai je cakap itu ini.
akak tu amik borang. dia type2 itu ini.
senyap tak cakap apa. tak tanya apa.
aku jenguk tengok dia baru nak masukkkannnn data ok!!!!!!!
maknanya selama ni memang tak buat la.
boleh tak kau admit je. nak cakap pusing2 tak tau kenapa la apa la.
hoih hangin. tapi sabar. senyap je aku ngan noy.
selalu noy ni kaki hangin. selamba sound if tak puas hati.
aku jenis akan senyap.
tapi kali ni aku tengok noy senyap aje.

then abis dia masuk semua.

TM : ok dalam masa 7 hari akan datang pasang la.
noy : bila yea? akan call ke?
TM : a ah kami akan call nombor yang diberi la.
noy : ok la.

aik. tadi minah ni kata nak amukan.
tiba2 elok lak cakap kan.
tiba2 aku lak menyiraps lebih.
bukan la menyirap apa. sebab aku tengok baru masuk data yg tak tahan tu.

me : sebenarnye lepas masuk line telefon kena datang sini la ye?
TM : cik buat kat mana ye?
me : kat sini la.
TM : oh ye ke?
noy : a ah.
TM : mungkin orang tu ter-miss kot masa buat tu.
me : oh macam tu pulak.
noy : takpe la. dalam 7 hari kan.

hoih potong noy ni.
tapi tak sanggup pun. akak tu dah macam terkulat2 aje.
plus macam tak sampai hati pun ada. sebab kesian.
bukan dia yang bersalah pun kan.
but stilllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.
boleh pulak kau ter-miss masukkan data tu.
baru suruh overtime sikit dah lupa2 masuk data.
penat je tunggu tau.
atleast yang customer service pun cakap la terang2 kan.
cakap la. "oh data belum ada. kena pergi balik ke tempat buat tu"
memang la dia ada cakap. tapi selit2 perkataan, " tak pasti pulak" "rasanya kena pergi"

nway. if baca mesti rasa macam tah apa2 je aku marah kan.
tak la. i mean macam mana korang marah hah?
macam orang cakap, "customer is always right" gitu.
kita orang kalau la order air. orang salah bagi. pun akan macam. hmmm. takpelah2.

oh tiba2 teringat masa kecik2.
mama dulu jenis garang ok.
kalau tau mama nak amukan je. confirm kita orang dah lari dulu.
mama memang akan buat scene la.
contoh kalau dia belikan coklat untuk kita orang.
sekali makan rasa pelik. expire dah.
dia sanggup bawak kereta pergi balik kedai.
terus pergi, " kau makan ni!!! kau makan!!"
hahhaha..
kalau baju2 ke. shopping2. orang salah punch ke.
terus mama pergi balik.
time tu aku, P.G, ayol dah lari weyhhhh.
tak sanggup.

tapi betul la kan.
patut kena la kan.
sebab hak kita kan.
wahhhh, dan-dan cakap pasal hak. poyo.

ok tiba2 mak blur nak type apa dah uolls.
blur n malas sebenarnye.
period pain ni. ok alasan.
itu je. bye.

p/s : harap maaf. aku malas nak check balik. kalau typo tu paham sendiri je la ye. ;p

new family member~

ok ni bukan entry tahap basi.
ni tahap ulat2 sudah.
aku dah letak pic ni lama.
tp letak je dalam draft.
sebab rasa dah basi sangat sampai malas gila nak update.
tp since ada perkembangan baru pulak ngan cerita ni.
so alang2 aku buat je la ni.
pastu tambah ngan pic baru semua.

kisah adalah mengenai belang.
kalau korang dah lama sini perasan kot.
aku pernah cerita pasal dorang ni sebelum ni.
start mak dia suka tumpang makan.
pastu angkut anak2 dia.
then dorang membesar kat sini aje.
dia takda la masuk umah. dok luar aje.
tp dah feeling kucing kita org la kononya.
manja semua.
daripada 5 ekor anak dia. tinggal 3.
then last2 tinggal 2 ekor aje. belang n oren.


so elok je si belang ni 6 bulan kot.
merasa kucing2 jantan semua mula berkumpul kat rumah aku ok.
seperti kaunter mengawan pulak lepas satu2 datang.
kesian gila je tengok si belang.
dah la dia ni kecik lagi.




:: macam2 kucing ada ok. ketakutan je belang tu ::
:: haha kucing ni lagi takleh blah. siap bersantai tepi fountain sementara tunggu giliran. ngeh. ye la tu santai. aku rasa dia tengah aim ikan tu. ::

then takpa la.
cerita abis.
after awhile nampak si belang ni dah bunting.
mula2 ingat dia buncit aje.
sebab dia ni sangat la frame kecik. so memang x nampak pregnant la.
tapi yang buat kita org sure sebab nipple dia semua dah ketara.
kesian je tengok.

nampak la berkali2 dia try curik2 masuk umah kita orang.
nak carik port nak beranak la tu.
serious ingat lambat lg dia nak beranak.
sebab dia nampak kecik je ok.
tak nampak full term langsung.
yang aku punya la pesan kata jaga2 pintu takut dia beranak mana2 dalam rumah.
n ingat nak sediakan kotak untuk dia.
macam noy pernah buat untuk kucing dulu, chombii.

then tengah aku sibuk nak keluar ngan noy.
aku dengar macam bunyi anak kucing.
tanya noy dia dengar tak. noy kata tak dengar apa.
aku tery2 carik. last2 jumpa ok bunyi tu.
noy terus selak tikar2 kat tepi tu.
rupanya belang dah selamat beranak ok.
dia beranak kat luar tepi closet. 

:: nonoy gigih terus sediakan kotak untuk babies tu  :)  ::


dapat 3 ekor.
2 belang macam dia.
sekor lagi oren macam pakcik dorang. hahah.
tapi yang oren tu dah mati :|
x sempat snap. so xde la sini.
sekor lagi tu pun sepi aje. ala2 tak bermaya.
rasanya si belang ni macam tak reti nak jaga la.
ye la dia macam kecik lagi kan.
boleh dia bersantai kat tepi bukan nak bg minum susu ke apa.
dulu chombii beranak, noy duduk je tepi kotak. paksa chombii susukan anak2 dia.
keji gila. chombii nak keluar aje dia tolak2 ke dalam balik. heheh.



then after 2 days check balik. tengok tinggal sekor je anak dia.
sekor lagi tak dapat di trace.
sama ada kena makan ke. mati dah ke.
dia bawak tempat lain ke. ntah.
yang pasti sampai ke hari ni takda la.
so tinggal la sekor kenit aje. haih.

oh kittens are the cutest kan.
tak tahan tengok. rasa nak penyetkan.
pic ni amik last week rasanya.
comel betul. mata dah bukak.
tp telinga tak naik lagi.
kaki pun x kuat lagi.
so terkangkang je dia. geram.
at the moment nama dia solomon.
tah apa motif tah. hayhahah.
sbb time tgh main2 tu. papa tgk dvd cerita solomon king.
so kita org bg nama solomon. tp sampai kat aku ngan noy.
panggil cholomon. cukeee laaaaa. ;p

:: cantik kan dia tu. eee geram ::

papa lagi geram.
dia kata elok putus susu dia nak bawak masuk.
jadikan kucing umah. wah over.
ish geram lak tengok pic dia ni.
nak gi jenguk la kejap lagi. nom nom nom.



aaa stress~

tadi tido.
then ni baru terjaga,.
dah 1/2 jam aku tak berjaya nak on Bb aku.
why la weyh? kenapa jadi macam ini? tiba2 aje.
bila on. dia keluar loading macam biasa tu. then suddenly terpadam.
hoih gila ke apa.
nak kata takda battery tak pulak elok je tadi.
infact ni aku tengah charge. mana la tau memang takda battery ke apa kan.
yallah tolong la bagi ok hp tu.
ni betul punya boleh coma if takleh on Bb pulak.
help! help! help!

lovely dinner with lovely people~

serious aku punya tahap parkinson tahap tertinggi ok.
bila ada internet 24/7 dulu siap keluar statement konon2 dah bosan tak tau nak online apa la.
omg, i tell u. lagi seksa bila takda ok.
memang la ada bb. tapi tetap la tak puas kan.
setakat tweet boleh la kan. tak pun chat ke.
tu pun bila chat memanjang la terdisconnect, tah apa2 tah.
then facebook lak masalah. jenuh aku update status ke, balas comment ke, asyik la ada loading tu. tapi sampai ke hari ni tak loading2. pffftt. 
if org bg msg pun berjanggut ok nak tunggu bukak.
kadang2 xleh bukak langsung. wtf la.

yang orang dah dok tanya2 awat aku tak update blog.
sepi sangat la. orang risau la.
takyah la risau. aku masih membesar bagaikan juara.
cuma stress takda internet connection aje.
nanti dah ada. rasakan muntah2 pulak korang tengok aku update 40 kali sehari. ;p

so anyway. dont ask me la when was this.
if tak silap akhir bulan lepas kot.
matiklah lama nak mampos kan.
orang lain dah update berkurun. aku baru nak update ;p
oh picture courtesy of all of them.
aku memang la pemalas nak snap2 la sekarang. tah apa penyakit ntah.
tak dapat di tolong.

tak silap time tu was on friday kot.
semua orang balik kampung.
then noy pulak fly.
so aku kesepian di rumah kan.
so terus bbm farah kata nak jumpa.
farah cakap ok aje. tapi dia kata ada orang lain jugak.
so dia tanya la if ok ke tak.
aku cakap ok je la. sebab daripada sorang2 kat rumah harus la buhsan kan.
lagipun aku kenal orang2 itu.
haha tak malu kan. tiba2 nak join orang. ;p lantakkkkkkk....

aku sampai 15 minit awal dpd masa yang di janjikan.
dengan harapan jumpa yang lain dulu.
rupanya dorang dont know i was coming. so takda reply tweet.
pfffft. merasa la macam beruk sorang2 sementara farah datang.
aku ni tah apa penyakit. paling la tak reti nak sorang.
macam rasa bangang sangat if kat luar sorang2.
so sebab tu la amat jarang la aku akan keluar ke mana2 sorang2.
unless. kalau la benda yg harus dibuat tu urgent sangat ke apa.
then tunggu kejap. farah pun turun dpd office dia.
then terus proceed ke chili's
mereka dah ada di chilis rupanya. :D



:: me & along ::
:: leeds & foxy farah ::

oh inilah mereka2 yang saya jumpa itu.
dah kenal mereka lama.
ok takda la kenal. baca blog aje.
tapi kan selalu if kita baca blog orang tu lama.
kita rasa macam kenal. so macam tu la rasa.
esp along la.
baca blog dia daripada zaman2 mula2 join blogspot.
serious kalau baca entry dia feeling macam baca novel ok.
sengih je. esp macam along cakap, masa zaman2 cinta kegemilangan dulu la.
time tu dunia blog tak besar mana lagi.
pusing2 orang sama aje.
semua blog pun sebab nak luahkan rasa hati semua. ikhlas aje.
so rasa lebih dekat la. 

leeds pulak aku baru lagi baca blog dia.
dah tau lama la.
sebab selalu nampak kat blog along :)
tapi cheq adalah segan ngan dia.
sebab katanya PhD student kan.
rasa kecil je diri bila ngan dia. wah kecil ke nok?
padahal besar almari ade la kan.
but i know she's a nice person la.
sebab serious walaupun kenal dpd blog aje.
tapi along ni adalah the sweetest. so kalau dah leeds bff ngan along.
so mesti la leeds pun sweet kan. ngeh.



sampai je terus gossip ok.
tengok la tu menu terbentang aje.
tak order pun.
ada la 1/2 jam ke lebih. bercakap aje. order nye tak jugak.
hahaha hampeh. tengok la. nganga2 mulut gossip sakan. ngehhhh.

paling diam along.
kelakar la dia. sebab dia angguk aje.
dah macam ayam aku tengok.
aku ni mula2 je malu. lepas tu amik kau tak reti stop. 
sampai one time tu tegur

me : eh along. yang along ni asyik angguk je kan.
along : along memang macam ni. along angguk sebab faham. tak tau nak cakap apa. along dengar aje la.

rasa bersalah. ye la mana tau aku bercakap non stop macam tak bagi orang cakap kan ;p
leeds was ok. banyak jugak la cakap. 
farah takyah cakap la kan. dia adalah geng prett-prett harus la ada je topik keluar.

:: me the lovely along  :D  ::

nampak apa yang terbentang depan along tu.
haaaahhh. itu la NOD yang dibanggakan sangat tu.
masih panas2 lagi.
mereka antara orang2 terawal yang dapat tengok NOD tu.
tapi tu bukan original copy la. buat lain untuk nak tunjuk kat orang senang.
takda la hancur kan.
harus la uolls. bukan semua blogger dapat kan.
kira best betul la aku ni sampai dapat NOD n saman bagai.
macam selalu orang cakap. tak puaka la mulut kalau tak kena saman kan.
so kalau sampai kena saman tu. maknanya puaka betul la kan.
sampai orang tak tahan kannnnnnn. nice.
oh nanti ada masa aku akan rajinkan diri bg tau apa kandungan NOD n saman ok.
kalau aku ada masa la. n rajin. panjang kauuuuuuuuuuuuu.
berhelai2. letih.

:: appetizer di hari itu. NOD. nom nom nom ::
:: the food spread. thanks to leeds n farah sebab belanja. :) ::
:: 4 of us. since dorang tak tau im coming. merasa la duduk non smoking area kan. ada jugak rasa gigil la kan. ye laaa. berjam kot session. tapi takpa. tahannnnn ::
:: us with along's signature snapshot. along ni sangat handal amik pic macam ni. letak la berapa orang pun. semua akan masuk ok dalam pic. terel gila. ::
:: sama2 baju biru weeee~ team biru. wah tiba2 team biru. gila ke hape weyh. hahahah. ::
:: along yang super tallllll~ ::

hahah konon nak balik.
tapi masih la galak snap2 pic semua sambil gossip2.
kedai pun dah tutup semua.
tu pun terpaksa gerak sebab along nak balik jauh.
rasa tak puas je sembang2.
takpa. Insyallah umur panjang n ada rezeki kita jumpa lagi yea.
maybe lebih ramai ke.
wah. aku ni cakap aje. aku mana reti jumpa2 orang ni kan.
dorang ni pun sebab dah selalu baca blog mereka. so rasa kenal.
if orang tak kenal. mungkin aku akan menjadi seperti along.
tolong angguk2 aje. ;p

ok itu aje entry aku yang basi tahap dewa.
if rajin aku akan cuba buat entry auto publish untuk minggu depan.
wah auto publish la konon. padahal semua basi jugak. ;p


Funny people~

Rasa nak tergelak pulak aku baca komen kat bawah ni.
Gila ke hapa weyh? Tiba2 merempan xde hujung pangkal.

Sebelum merempan sila check dulu. Aku ada sebut nama sapa2 ke yg sampai terasa n nak marah bagai.
Keluar bab agama bagai. Over ok.

Jangan la jadi manusia yang macam paham n assume things.
Aku rasa general gila kot entry tu.
Pagi2 dah ada orang call aku, sebab ingat aku marah kat dia ke.
Hahaha. Buduh tau. Tak pasal lepas tu aku xleh tido.
Then tadi ada orang ym. Aku tanya la dia tau ke aku cakap pasal sapa?
Dia sebut la 2 nama ni.
Not even close ok.

Ok pengajaran. Jangan la memandai2 buat2 paham if tak paham sebenarnye.
Ada yg komen ckp x paham entry aku ni. Kat twitter pun.
Senang je aku jawab, "if aku bukan aku pun aku rasa aku tak paham entry tu. So aku tak paham kenapa orang macam paham2 aje"

So entry tu lebih kurang sesuai utk org penuh kemarahan la.
Sbb general je.
So kau letak la mana2 nama kau suka. Assume la.
Janji lepas tu ala2 rasa legaaaa aje. Ngehhhh. Serious lega ok. :)

Akhir kata, hentikanlah menunding jari kepada individu2 x berkenaan yg obviously takda kena mengena pun. Jangan cepat melatah wahai manusia2.
Sent via BlackBerry from Maxis

Memang sepadan sangatlah~

yang sorang tu memang la terserlah bangangnya.
Ingat yang sorang lagi tu mangsa keadaan aje. Kesian je tengok. Ala2 helpless.
Ghupenya sama aje. Bangang n baghal jugak.
Elok la. Sesuai sangat.
Lama sangat spend masa sama2. Tu yang terjangkit tu.
Teruk betul virus ni. Merebak.
Mintak dijauhkan la. Nauzubillah.

Wah gila dramatik.
Tp serious. Merebak.
Berwaspadalah anak2 ku. ;p
Sent via BlackBerry from Maxis

Apakah bunyi-bunyi di tengah malam?~

Pagi tadi tido around 4ish am.
Elok nak tido terdengar bunyi-bunyi.
Sangat sesuatu.
Bunyi dia," AHH!...AHH!...AHH!"
Serious weyh. Suara macam perempuan.
Aku dah macam, "apakah. Siapakah main ni? Kuat gila suara"
Bunyi tu sama ajeee. Xde pelbagai.
Aku abaikan je la. Try tido.

After 20 mins aku still xleh tido.
Serious rasa terganggu ok.
Aku dah macam, " hoih, lamanya. Seronok betul perempuan ni. Hebat gila lelaki tu"
Hahahah matiklah kak nam tiba2 pikir pasal kehidupan seks orang kan.
Tp ye laaaa. Dah kuat gitu suaranya kan.

Then tak puas hati aku bangun. Lalu depan bilik noy. Hahahah
Ye la mana tau perempuan tu tebiat malam2 nak masturbate ke apa. Ye laaaaaa, mana la tau kan.
Hmmm takda bunyi. Bukan dia
Then aku masuk blk aku again. Aku jenguk ke luar. Mana tau ada anjing ke? Cik ponti ke?
Tapi pakah pulak nak bunyi mcm tu kan.
Tengok takda jugak.
So aku suspek jiran2 kot.
So lantak la.

Tp setelah hampir bape puluh minit masihlah x stop. Adalah x munasabah ok.
Apakah lama benar.
Aku dah syak benda lain
Aku tgk la keliling bilik. Mana tau ada apa2 ke kan.

Aku try tutup kipas.
Makin lama makin slow.
Elok nak stop tu kipas tu bunyi. AHHHHH! Agak kuat.
Wtf!!!!!! Apekah kipas aku moaning ni?
Baru beli kot. Pastu if ye la nak bunyi pun. Boleh x kau bunyi kreok2 ke. Nget2 ke. Kenapa kena 'ah ah'?
Ke kipas pun boleh horny2???
Bodoh tau. Tak pasal2 aku terpikir kisah kehidupan seks orang tau.
Elok stop takda bunyi. On dia bunyi again. Aku goyang2 kan sikit br dia stop bunyi tu terus.

Bodoh punya kipas.
Kacau minda org tgh2 malam.
Malam yang sepi dan sejuk lak tu.
Tak pasal meratapi nasib diri.
Muahahahah. Motif meratapi nasib diri? Lariksssssss.
Sent via BlackBerry from Maxis

macam2 rasa n bau ada~

ok rasa nak pitam ok.
dulu ada internet 24/7 poyo2 update status kata internet dah bosan.
dah tak tau nak tengok apa la konon.
sekali rasakan. 2 hari takda internet ok.
takda as in hp pun kena bar ok.
padan muka. pastu takda masa nak pergi bayar.
so sepi la dunia ku selama 2 hari.
sesak napas ok. ni bila dapat internet feeling indah macam minum air bandung time bukak puasa. wah over gila statement i kan.
bila takda internet dan2 la tgk dvd, main psp bagai.
kalau x psp tu setahun kot dalam laci aje. ngeh.

ok update tempat makan best lagi.
ok ini pun aku tak ingat bila. dah lamaaaa sangat rasanya.
orang yg follow twitter tau la kot.
dah berzaman aku update pasal makan ni. huahahah.
baru terkedek2 nak update kat blog.

me n noy makan kat kedai baru di JJ au2.
masa sekali tu makan tengok ada kedai baru bukak. gantikan kedai nasi lemak antarabangsa.
padan muka. memang tak sedap pun nasi lemak tu. tah apesal org gemar ntah. tak la mak minat sambal manis2 ni.
so anyway, kedai baru adalah asam pedas melaka.
yeeehaawwww. mak skerrr. katanya org melaka kan. harus la teruja.
wah tiba2 mengaku melaka kan. what ever. sukeeeeee.



so masa pergi ni dah bukak.
apa lagi terus ke sana la kan.
wah nice. macam2 ade. n aku rasa sangat2 affordable.
satu je slack. takda asam pedal tetel. if ada mesti lagi stone.


:: air asam boi. sedapppp. suke. cuma manis. aku ni tak reti manis2 sangat ni. cea poyo. padahal ke titisan air aku sedut. ngehhhhhhh ::
:: soda gembira. huhu. ok bukan nama tu la. nama panggil sirap bandung soda ::
:: nasi putih dapat timun, kacang botol, ulam raja, ikan masin and sambal belacan ::
:: asam pedas ikan pari. sedappp. but prefer if pedas lagi. aku suka pedas meletup. tapi melampau lak. kang sian orang2 yang perut tak tahan pedas tu kan. cuma ikan pari dia tua la. so macam tak lembut la. tapi tetap sedap ::
:: masak lemak cili padi daging salai. hohohoh *motif tiba2 jadi santa clause?* sedapppp. daging super lembut semua. hirup2 pun stone ok masak lemak dia. ::
:: kacang botol goreng belacan. pun super nice. i likeee ::
:: kedai itu. dia under mingo2. ala yang ice cream tu. ntah aku pun tak pernah try. tp makan kedai ni sangat la puas hati ::

oh ini la portion makanan tu.
kira semangkuk untuk sorang la. takda la banyak sangat.
tapi kalau rasa2 nak perut meletup makan la sorang2. gilakah.
so kira aku berdua ngan noy ni rasanya cukup2 la. just nice. tak kurang tak lebih.
kira makan semua ni. dalam rm32 macam tu aje. ok la kan. aku rasa murah la. kenyang lak tu.

bagi aku la. aku prefer masak lemak dia daripada asam pedas. sedap lagi la.
tapi still takleh lawan masak lemak cili api kalau uncle aku masak. katanya orang nogori kan.
omg, sedap menangis ok. tsk. dah lama tak makan masak lemak dia.
last masa kenduri arwah maktok tahun lepas kot. uwaaaa. i wantttttttttttt.
paling best. family uncle aku ni tak pandai makan2 sangat.
so dia masak banyak2. pastu call kita orang suruh amik.
sebab dia memang suka masak. makannya dia sorang.
so harus la seperiuk if makan. nom nom.
ok melalut lagi.


lepas makan noy bershopping sakan.
perempuan gila yang perabih duit kat jj.
sebab dapat point kan. so apa2 pun semua nak beli kat jj aje.
oh jj tu jusco la ye. tak pun sekarang aeon kan? entah.
saje tulis jj. senang. dulu kan nama dia jaya jusco.
sekarang tinggal Jusco aje.



oh ada peristiwa kelakar masa shopping tu.
matiklah kena maki if dia tau aku cerita sini.
tengah round2 tu.
aku pergi kat noy. dia nak pass barang.
time tu bau busuk menusuk hidung. takleh tahan.

noy : busuknya...kau kentut yea pija?
me : takda. mana ada. 
noy : abis kenapa bau kentut? kita je ada sini.
me : sumpah. mana ada aku kentut.

time tu aku sendiri jadi was2.
adakah aku kentut tapi tak sedar kan?
tapi aku yakin aku tak kentut. like seriously. memang aku tak kentut.
so aku abaikan je la.
continue tengok2 barang.
sekali noy datang pass trolley kat aku.

noy : eh amik ni la. aku sakit perut la. nak pergi berak la. aku rasa aku kot yang terkentut tadi.
me : bodoh kau. pastu tuduh2 aku kan. aku sampai terpikir2 aku ke yang kentut.
noy : apa2 la. bye. aku nak pergi. 

cibais gila ok minah tu.
paling bengang sampai sekarang kita orang gelak2 cerita balik.
dia kata dia tak rasa dia yang kentut. ntah2 memang aku yang kentut dia kata.
wtf this women. still nak tuduh tu.
boleh ke kentut tapi tak sedar? gilo.
pastu tak puas hati dia kata ntah2 orang lain kentut.
memang takda la. kita org je ada sana. pffftttt.
so nak bg dia senyap. aku hasilkan teori. " aku rasa tah2 salesgirl kot. dia buat2 betul2kan barang. kentut pastu lari laju2 tinggalkan tempat tu. pastu kita datang. bau la"
terus suka dia aku ngan teori tu. sebab tetaplah taknak mengaku kan.
ye la. sapa nak ngaku. katanya bau tak hengat. hahahah lariksssssssssssssssssss.

:: perempuan kentut taknak ngaku yang semangat nak tweet ::

ok tu je.
matiklah dah melalut daripada cerita makan ke cerita kentut kan.
itu aje. ta ta byatches.


new addiction~

antara tempat best nak pergi adalaj JJ.
macam family store pulak JJ ni kan.
macam2 ada. carik apa pun ada aje.
esp part2 makan la kan. ngeh ngeh.

paling best if pergi sana2. comot2 pun takda hal.
tah apa kena tah.
sampai mama bising. dia kata. apesal if pergi klcc semua akan lawa2 make up2.
tapi if pergi JJ je tak.
tah. rasa macam, 'alaaa JJ je"
mama cakap patutnya everytime u step out of the house je kena nampak presentable.
kosser weyh. penat ok nak make up bagai.
kalau muka flawless takat light make up takpe la.
ni mata pun lebam macam sundel bolong kan. apa cerita. jenuh weyh.

tapi aku tengok kan. orang lama2 sentiasa lawa2 kan.
maksudnya. macam dok rumah pun pakai proper.
siap lipstick la. celak la.
ada la few rumah aku pergi. mak2 semua macam tu.
even tho dorang suri rumah ke apa.
bagus gila weyh.
aku ni kat rumah merasa la pakai seluar pendek n tshirt aje.
siap baju takleh balah ada koyak2 bagai.
hello. selesa gila kot baju macam tu.
muka toksah cakap la. horror gila.

ok dah melalut.
sebenarnye nak cerita lain.
ok continue.
pergi sana mesti mau makan tako tao :)


:: tako tao. nom nom nom. ok tipu. hari tu makan tak nom nom langsung. sebab dia kedekut japanese sauce. so macam tawar ke apa. rasa pelik la. kejii. ::
:: cea tak sedap pun licin jugak la bedal kan. ;p. oh je muka lebam. so konon pakai spec coverline la kot. walaupun tak tercover pun ::
:: satu lagi if rambut sepah2. sila la coverline pakai cap. hahahah. ::

oh nak cerita pasal kesukaan baru ini.
mula2 jonet la beli.
kita orang dah ejek2. apa la dia makan pelik2 aje.
sekali dia bagi rasa. haaa kau. sedap gila ok.
so everytime pergi JJ memang akan beli la.
mula2 beli 2 ketul aje. lama2 over amik sampai 3-4 ketul :)

makanan yang dimaksudkan ialah sweet potato.
sedappppppppppppppppp gila.
manis dia sampai aku rasa macam dia inject gula je kat ubi ni.
haha gila bengong. ada ke inject2 kan.
tanya la jonet mana dia belajar makan.
dia kata askar selalu makan ni. kalau masuk hutan.
seriously nice weyh.
sila la try ye. x mahal pun. 100g dalam rm1.60 aje.
selalu dia ada kat JJ la.
samaada ngan tako tao tu. selalu dia sekali ngan chestnut tu.

::serious sedap. i like ::

happy mother's day~

sorry for the long silence. long ke? baru berapa hari kan.
busy macam2 nak uruskan. cea cea. bunyi macam important sangat kan. padahallll.
aku berada dalam kawasan tanpa internet. sebab tu sepi.
ada la Bb tapi macam malas nak reply2 email ke. update panjang lebar kat situ. tak feel.
so ni di dalam kawasan ada internet baru la boleh merepek2 kat sini.

so bila dah ngadap ni baru la khatam mana2 entry blog yang tertinggal.
so tiba2 rasa nak bukak blog mama.
so terbaca la her latest entry.
uwaaaaaaaaaaaa...sedih. tak suka tau.
bagi orang emo malam2.
sangat touching. so here i wanna share it with u guys.
..........................................................................................................

Selagi bergelar Ibu dan Bapa.kpd anak2
Tak kira lah....

Anak tuh...

Soleh/Soleha atau pun sebalik nya,
memberikan kegembiraan atau pun kesedihan

Adakah Ibu Bapa mengharap 'Imbuhan' dari anak2 nya untuk membalas jasa??

Kalau 'Ya' then its not fair for the child..
Probably he or she needs to build their own life..

But if yr child is thoughtful, then you are lucky

Pernah aunty terdengar kata2 orang2 tua ketika dulu

'Dalam setandan pisang bukan semuanya elok'

Takutnya kalau lah betul perkara tuh boleh berlaku dalam kehidupan

Apa perlu kita lakukan utk menjadi Ibu Bapa yang bahagia di kemudian hari??

Kalau dari jawapan aunty yg dah berumur 55 tahun, banyak yg aunty encounter baik keluarga sendiri, keluarga terdekat dan juga kawan2 sekeliling..

Ibu Bapa kena mendidik anak2 agama
Fahamkan anak2 apa itu hidup di dunia dan akhirat

Kalau semua dah di lakukan....

Apakah itu boleh menjamin kejayaan??

Oh! pada aunty..Pergaulan juga memainkan peranan..

Aunty selalu juga dengar kata ungkapan di sekeliling kita...

Mesti Mak Bapak dia tak ajar dia..yakni 'KURANG AJAR'

Bapak borek anak rintek...

Yang paling worst, bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..he he he

Kenapa pula terbabit pada Mak Bapak??

Kalau nak huraikan memang tak akan habis dengan entry ni..

Sempena satu dunia yg meraikan 'Hari Ibu'
jom kita sembang2 pasal peranan ibu dalam ertikata menjaga anak..

Aunty dah menjadi seorang ibu kepada anak2

pertama selama 32 tahun..(Khairul)

kedua 29 tahun..(Hafizi)

ketiga 27 tahun (Peeja)

keempat 24 tahun (Noy)

Apakah peranan saorang ibu??

Aunty tak nak citer kepayahan masa
mengandung..9 bulan 10 hari..
sakit bersalin 10 jam or more
dalam pantang 44 hari


Citer penjagaan anak selepas kelahiran..
dari kaki anak tuh sebesar 'dua jari hingga lah sebesar tapak tangan'...

Menyusukan anak2 nya dari hari pertama hinggalah putus susuan 
(tak kiralah berapa lama..terpulang kpd rezeki anak itu - mungkin 40 hari dan mungkin 2 tahun, dan ada juga lebih dari itu)


Cerita pasal susuan pun tak habis kalau nak di catitkan di sini..

Bila anak merengek nak susu..

Bangun tengah malam lah, depan khalayak ramailah,
bagi ibu yg berkerja, kena memerah susu utk anak nya,
ibu juga terpaksa menjaga pemakanan supaya susu badan
tidak memudaratkan anak dan makan benda2 berkasiat utk
menambahkan susu utk anak nya..
Payu dara membengkak, puting terluka kerna kerap dan kuat hisapan anak..

Mandikan, pakaikan baju, salin lampin, susukan dan tidurkan...

Sekarang buaian dah menggunakan elekric, anak di tinggalkan membuai lena sendirian...

Dulu2 ibu membuai anak, sampai lena dengan ayunan kedua tangan
Suara ibu yg perlahan2, melagukan anak dengan ' La illa ha illah'
Kadang kala ibu juga sampai terlepas tangan dari buaian ...
tertidur di bawah buaian,
sampailah terjaga mendengar rengekkan anak nakkan susu lagi di pagi subuh...

Ibu juga tidak sanggup melihat walaupun seekor nyamuk menghinggap anak nya..
di buatkan kelambu atau pun menudung/menyangkut kain ketika dalam buaian..

Anak tak kan di biar dlm keadaan yg membahayakan,

bila anak mula merangkak, ibu akan turut mengesot2 ikut anak nyer..

bila anak mula bangun utk berdiri, ibu juga akan siap bersedia menghulur kedua tangan..takut anak jatuh..

bila anak mula berjalan, ibu juga turut membongkok2 berjalan mengikut pergerakkan anak

bila anak mula berlari2, ibu turut 'berlari2 anak' mengejar anak....

Sebelum anak pandai bercakap, ibu dah mula mengagah2 anak dengan perkataan2 manis..hingga anak kecil tuh tersenyum..

Emm...terbayang aunty ketika membelai dan berkata pada anak2 aunty ketika mereka masih bayi..yg masih belum faham aper2...

Sapalah yg tantik2 tuh?
Anak sapa yg bucuk2 tuh?
Anak sapa yg temek2 idung tuh?

Membelek2 telinga anak, tapak tangan anak, kedua2 kaki nya...

Emm.....Sungguh manis kenangan...

Semua ibu akan memberi ciuman utk anaknya tertalu2, tak kira waktu..dalam keadaan apa jua pun, jaga atau tidur, sihat atau sakit..

Tanya diri kita sendiri..
Ada kah kita cium ibu kita macam tuh sekarang??

Emm..sedihkan ...bila mengingati saat2 ibu meninggal dunia yang dah kaku terbujur ...
bergilir2 anak memberi ciuman terakhir di dahi ....

Jangan tunggu sampai 'ibu meninggal baru nak dicium'
Ciumlah ibu bila2 masa yg sesuai, setiap hari saperti mana ibu mencium anak nya ketika dulu..

PESANAN AUNTY KPD ANAK2 - BAIK YG DAH KAWIN ATAU BELUM DI LUAR SANA...

Bagi anak2 yang berjauhan dengan ibu, selalu2 lah menanya kabar berita..adakan masa, luangkan masa utk balik melawat

Bagi seorang ibu, mendengar suara dan apatah lagi bertentanggan mata dgn anak nya adalah 'Bahagia' yang tak terperi bagi nya..

.................................................................................................................


sedih kan.
bila baca rasa betapa teruknya aku sebagai anak.
patut lah orang kata kasih ibu ni tak terbalas.
selalu la if gaduh2 ngan parents..mesti keluar statement, " nanti kau ada anak kau tau la"
of coz aku tak rasa semua tu. sebab aku bukan ibu.
tapi aku ada kawan2 yg ada anak kan.
so boleh nampak la. memang betul apa yang mama tulis.
dpt anak tu lahir sampai berjalan ke apa semua tu.


macam aku ni.
baru kena suruh2 sikit buat2 muka.
tanya sikit nak melenting. takleh salah sikit pun.
tah apa2 punya emosi. wah matiklah salahkan emosi kan. padahal mmg puaka.
padahal masa kita kecik2. kita buat salah tak kena marah pun.
macam iklan yang 'Burung Murai" tu. anak dia tanya 80 kali pun bapak dia jawab aje.
bapak dia tanya 3 kali je anak dah bengang gila.
isk isk isk. anak2 zaman sekarang.
termasuk aku la tu kan. ;p


macam kita orang memang la selalu cium mama.
papa kadang2 la. aku segan sikit. tah apa segan tah. lempang baru tau.
tp of coz tak sekerap seorang ibu cium anak dia masa kecik kot, macam entry yang mama tulis ni.
tapi i can see the happiness in mama's eyes bila kita orang cium2 dia.
tapi of coz tu semua tak cukup. banyak lagi aku boleh buat.
tapi serious. buat la macam mana pun. tak terbalas rasanya kan. :|


so to mama.
i love u very much.
even though i hardly show it. im not good with affection. *sempatsss. hahah*
despise sometimes we argue to a lot of stuff. me being very rude n etc.
but deep down i really really really love u.
u r the best mom anyone could have. no doubt.
im very grateful to have u as my mummy.


happy mother's day mama.
wish u a long life n a good health. love u always.
so sini aku wish jugak kepada semua ibu2 yang menyambut hari ibu yea. :)

aku penat la nak pikir tajuk~

seriously aku penat ok.
nak pilih tajuk pun satu kerja jugak.
so terhasil la tajuk atas tu. lantak.

some of u dah tau kot.
pertengahan May ni jonet akan pergi mission ngan UN. sobs.
maka tinggallah aku n noy kesepian tanpa jonet.
jonet pergi 6 months aje la. but still. 6 months is a long time ok.
serious rindu nanti :(
so keep in touch kat ym n fb je la nanti kot. tsk.

so hari tu meneman dia mencari barang2 untuk ke negera padang pasir.
memang la UN ada provide semua kelengkapan.
tapi minah tu gediks nak yang cantik2.
yang UN bagi dia kata tak best. over uolls.
dia carik sunglass yang polarize la apa la. then nak carik scarf la.
dia kata yg UN bagi macam orang nak mesin rumput. hahahah. macam2.
so meneman la.
daripada pertanyaan kepada orang yang biasa di negara padang pasir.
so arah tujuan adalah ke the gardens.
nasib jugak aku pernah pergi sana dan masuk kedai tu sebanyak 80 kali sbb orang padang pasir suka carik barang2. so aku tau la selok belok mana nak tuju semua.

so ke sana kita.
tapi perempuan tu gedik. dah ada yang berkenan tapi tetaplah konon nak tengok2 lain.
penat ok berjalan..pitammmmmmmm.
aku tak paham tau konsep2 orang macam ni.
i mean dah suka beli la kan. apa nak tgk lapan kali, nak carik2 lain la apa la.
sebab tu if nak bershopping sila jangan ajak aku.
aku memang amukan. tak suke ok.
makcik ni gemuk nok. jalan lebih lenguh ok. not loike.
paling panas hati. end up. nanti dia nak barang kat kedai pertama yang kau pergi.
what the hell. rasa nak tepuk muka2 mereka.
noy pun selalu macam tu. grrrrrrrrrr...


tapi satu je yang mengembirakan.
adalah session makan lepas penat berjalan sana sini.
ok aku tak tau nama kedai.
selalu orang makan aku tgk aje.
sebab aku tak reti makan panas2 ni.
so kalau tgh rushing mmg takkan la aku nak makan kan.
so hari tu hari yang tenang. so boleh la makan.
not bad. but i prefer the one kat cozy house ampang park.
cozy house ye. bukan cozy corner.


:: aku mintak mihun kari. tp dia bg mihun campur mee kuning tu. pelik la. tp not bad ::
:: jonet gila. dia kata dia tak suka mee kari ke apa. sebab dia kata kari hanya sesuai makan ngan nasi aje. so dia makan mihun aje. sewels ::
:: jonet try scarf Buff dia. nice kan. tapi gila gedik siap nak ada UV protection bagai. ::

oh time ni yang dapat minum air mata kucing petaling street tu. weeee~ 
best gila. siap beli dua kali. 
siap konon berangan lain kali nak bawak botol besar gila suruh dorang isi penuh. charge la berapa suka. ngeh.
oh suka. tapi tak puas aje rasa.
sebab cup dia macam kecik kan. then rm2.
kalau kat petaling street bungkus rm1.20 aje. then plastik itu besarrrrrrrrr.
damn. tiba2 rasa nak lagi. tapi gila malas nak pergi sana. terasa jauh.

ok dah. xmo cerita apa dah.
itu je. byeeeeeeeeeeee....


melayan kenit2. layan ke?~

few weeks back. yeah as usual cerita basi tahap ulat-ulat.
kami adalah melepak rumah tina.
before dia masuk kerja.
perempuan tu suka complain aku tak datang2 rumah dia.
katanya, "apakah busy benor teman ni?" fineeeeeeeeeeee!!!!
bukan apa. aku ni semenjak noy ada kereta. memang malas benar nak drive.
so memang tak bergerak ke mana la.
if dia ada pulak, ada je plan ke sana sini. tak sempat nak lepak ngan tina ke apa.
kita orang ni macam lobster. mana2 nak kepit aje.
tak reti nak gerak sendiri. tah apa-apa tah.

so akhirnya pergi jugak la lepak ngan tina.
tu pun sebab noy dah rindu gigil-gigil ngan kenit2 tu semua.
time lepak tu call jonet sekali. sebab dia pun nak jumpa mereka2.
bagus betul la dorang ni. suka budak kecik. siap rindu2. hahah.
ok aku takda la tak suka. cuma tak reti.
so bila tak reti tak rasa fond sangat la. omg. aku memang keji.
tapi aku serious pelik ngan mikhail tu.
aku garang2 n marah2 pun dia boleh sengih2 n suka2 aku.
sikit2 datang kat aku.
sama macam adik dia maryam tu. pandang aku sengih2.
why weyh why? habis reputasi i sebagai aunty garang ok.

gila lama lepak dpd petang sampai ke malam.
siap lepas tu sambung pergi makan pulak.
hoih ada dua anak kecik adalah memenatkan.
walaupun aku tak tolong apa pun sebenarnya.  ;p  tapi tolong tengok pun dah rasa penatnya.
nasib baik noy n jonet jenis suka budak. so relax la mak dia kan.

:: mikhail dengan muka teruja dapat layanan jonet ::
:: maryam yang tido je 24/7. nice ;p  ::
:: mikhail n tina. pandai tau budak ni. aku bg main cover camera tu. pastu terjatuh. aku amikkan balik. lepas tu dia saje2 jatuhkan byk2 kali suruh ambik. ewah..over kan. i aunty garang. so jawabnya aku amik dpd dia simpan terus. ::
:: noy. duhh..as if korang tak kenal kan. tak ape habit aku ni memanjang nak jugak letak caption.  biarkan je la kan. tah apa2 tah. ::
:: kecik sgt mika ni tau. tak pasal aku nampak besar dlm ini gambar. hahah, motif nak salahkan budak kecik padahal diri sendiri almari? ::
:: saya makan nasi lemak n air rootbeer float. nom nom ::

hoih cerianya jonet ni.
last2 elok mika tertido kat jonet. empuk. ngeh.
ok lepas tu habis cerita.
dah la tu nak cerita apa lagi.
dah cukup tak bermotif dah entry ni.
so bye-bye.